Friday, 7 March 2008

PEMBANGKANG MELAKA AKAN CIPTA SEJARAH


PAS Melaka akan mencipta sejarah baru dalam lanskap politik negeri ini. Itulah ulasan yang diberikan oleh beberapa orang pimpinan PAS, ahli dan pemerhati politik di negeri ini.


Pendapat ini bukanlah omongan kosong kerana sepanjang tempoh kempen selama 12 hari lalu, kebangkitan rakyat menolak BN semakin memuncak terutama pengundi Cina dan India. Rata-rata pengundi Cina dan India menolak BN semasa mereka ditemui oleh petugas-petugas PAS dalam kempen rumah ke rumah.

Malah Ceramah Dato' Seri Anwar 2 hari lepas mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila lebih 10,000 orang hadir pada program yang dijalankan di Taman Thamby Chik Karim, Batu Berendam. Kehadiran seramai ini merupakan satu rekod di mana ianya mengembalikan balik momentum penolakan rakyat kepada BN seperti tahun 1999.

Para pemerhati Melaka menjangkakan beberapa 8 DUN akan ditawan oleh DAP sementara 3 DUN lagi akan ditawan oleh BA. Manakala parlimen Kota Melaka akan ditawan semula oleh DAP. Parlimen Bukit Katil pula akan menyaksikan pertarungan sengit antara Calon BN dan PKR.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari berkata, PAS berkemungkinan besar akan menawan 3 DUN pada pilihanraya ini. Namun beliau enggan menamakan DUN-DUN tersebut.

"PAS Negeri yakin berupaya mencipta sejarah sebagaimana manisfeto BN, bersama kita mencipta sejarah" katanya yang juga merupakan Pengarah Bilik Operasi Pilihanraya PAS Negeri Melaka.

Difahamkan antara DUN-DUN yang berpotensi untuk dimenangi PAS ialah Taboh Naning, Kuala Linggi dan Merlimau. DUN-DUN lain seperti Sungai Rambai, Tanjung Bidara, Pantai Kundor, Ayer Molek dan Bukit Baru serta Serkam juga berpotensi untuk dimenangi oleh PAS.

Manakala Telok Mas, Asahan, Durian Tunggal dan Lendu juga dilihat bakal menyaksikan pertembungan sengit.

PAS bertanding 13 kerusi DUN dan 1 Parlimen pada Pilihanraya Umum kali ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

4 Comments:

Anonymous said...

Kalau PAS dapat 1kerusi di Melaka ...aku kerat jari hantu aku.Janganlah nak bermimpi paksheh.

Anonymous said...

KO BONGKAK CAM KETUA2 BN KAU..TGK LA NATI X TUNGGU KO KERAT JARI, ALLAH KERAT JARI KAU...

Anonymous said...

sudah terbukti di negeri lain tapi melaka lambat ckit...

Nilsae Ramli said...

Kau tanya anak muda melaka takde sorang pun sokong pakatan ni...org buta pun tak sokong pakatan...nak bg janji konon...ni anak melaka tak perlukan hikmat pakatan pembohong mcm pas..pkr..lebih2 dap...aku ingat kalau pas berjaya pun setakat kwsn tangki taik sahaja..kah...kah...kah..mat bantut membantut

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59