Monday, 17 March 2008

PAK LAH BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK


Imam Hadhari semakin hari semakin terdesak. Jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno semakin hari semakin mendapat bantahan. Sebelum PRU 12, bantahan dan desakan hanya secara sembunyi-sembunyi, hanya Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang berani mendesak secara anak jantan. Orang lain semuanya 'kecut perut'. \

Tetapi selepas kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 lalu, bantahan dan desakan supaya Imam Hadhari berundur dibuat secara terang-terangan. Ianya dimulakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir.

Kemungkinan besar Ku Li dan Pemuda Umno Johor juga ingin mendesak Imam Hadhari meletakkan jawatan, tetapi desakan mereka agak 'berlapik' apabila hanya meminta Imam Hadhari mengadakan Perhimpunan Agong Umno luar biasa untuk membincangkan kekalahan Umno. Namun kita percaya bahawa jika ianya diadakan sudah tentu perhimpunan itu akan menjadi medan untuk menghentam Imam Hadhari dan mungkin juga suatu undi dipercaya akan diusulkan oleh perwakilan-perwakilan Umno.

Namun itu nampaknya Imam Hadhari memang tidak tahu malu dan tiada maruah. Seperti kata Tun Mahathir kalau di Jepun sudah tentu pemimpin mereka akan menjalankan Harakiri apabila berlaku musibah seperti ini. Tetapi Imam Hadhari masih mahu memegang tampuk pemerintahan walaupun imejnya terus tercalar dengan kekalahan Bn ini.

Inilah pemimpin Umno, yang sememangnya tidak bermaruah dan beradab. Dah tahu rakyat tolak masih mahu duduk di kerusi panas PM tu.

DASAR MUKA TEMBOK.


Laporan Malaysiakini


Umno digesa adakan perhimpunan khas

Umno digesa mengadakan segera perhimpunan khas Umno untuk membincangkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan Umno kalah teruk dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat negeri kepada pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS.Gesaan tersebut dibuat oleh pergerakan Umno Johor dan juga bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.


Dalam pilihanraya umum ke-12, BN hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu, BN juga kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang.Dalam surat yang bertarikh 12 Mac yang dihantar kepada kesemula 193 ketua bahagian Umno di seluru negara, bekas menteri kewangan itu menggesa mereka supaya meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan ekoran kekalahan teruk Umno pada 8 Mac lalu.

Pemuda Umno Johor pula mahu perhimpunan khas diadakan sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor, Suhaimi Khalid berkata, perhimpunan khas Umno hendaklah diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Perhimpunan khas ini akan membolehkan anggota parti bermuzakarah antara satu sama lain untuk selesai masalah. Kita tak boleh tuduh sesama sendiri sebaliknya bermuhasabah.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno," katanya kepada Bernama dari Kota Tinggi, Johor hari ini.

Beliau berkata pertikaian pendapat yang timbul melibatkan pemimpin dan ahli anggota Umno sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan parti, sebaliknya melemahkan orang Melayu.Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau mencadangkan mesyuarat agung luar biasa itu diadakan pada 11 Mei kerana ia merupakan hari Umno ditubuhkan pada 1946.

Beliau gagal mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Abdullah Badawi bagi jawatan presiden pada 2004 kerana gagal mendapatkan 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan tersebut.Selain jawatan presiden, parti itu juga menetapkan 20 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan majlis tertinggi (5 peratus).

Menurut beliau, dalam pilihanraya umum 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi parlimen, tetapi hari ini, ia menjadi suara minoriti di Dewan Rakyat.Oleh itu, di peringkat pusat, Umno kini bukanlah satu kuasa politik yang kuat, kata ahli Parlimen Gua Musang.Pada tahun 2004, katanya, Umno mempunyai 107 daripada 219 kerusi parlimen tetapi kini ia hanya menguasai 78 daripada 222 kerusi parlimen.

Kekalahan teruk

Paling teruk lagi, kata Tengku Razaleigh, pada pilihanraya umum ke-12 ini, BN kehilangan empat kerusi - Pulau Pinang yang merupakan negeri presiden Umno jatuh kepada pembangkang (DAP), Kedah (PAS), Perak (DAP walaupun menteri besar dari PAS) dan Selangor (PKR).Katanya, ahli-ahli Umno tidak seharusnya 'menuding jari kepada sesiapa' dan melepas tangan terhadap kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pada masa yang sama, Tengku Razaleigh berkata, parti itu juga tidak seharusnya membiarkan pucuk pimpinannya membuat kesilapan seumpama itu.Menurutnya, ia menjadi tanggungjawab bersama ahli Umno dari peringkat cawangan dan bahagian hingga kepada majlis tertinggi dan bukannya tanggungjawab segelintir pemimpin tertinggi parti sahaja.

Mesyuarat agung luar biasa itu, katanya, boleh meneliti dan mengkaji kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Katanya, ia harus mencari jawapan mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon dari parti-parti komponen BN - MCA dan MIC.Tengku Razaleigh berkata, ia juga harus mencari jawapan mengapa calon penyandang dari Umno kalah kepada calon PKR dan PAS.Jika tidak, katanya, BN dan Umno tidak akan memerintah lagi selepas pilihanraya umum akan datang.

Ketika itu, katanya, barisan pembangkang PKR-DAP-PAS akan menubuhkan kerajaan pusat dan perdana menteri mungkin dari PKR dan timbalan perdana menteri dari DAP.BN pula, katanya, akan menjadi parti pembangkang yang lemah dan tidak bersatu padu manakala Umno pula tidak akan mampu mewakili suara orang Melayu lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59