Tuesday, 18 March 2008

KERAJAAN BARISAN RAKYAT MULA TUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT MASING-MASING


Walaupun baru sehari dua memerintah, kerajaan Barisan Rakyat di beberapa negeri mula menunaikan janji-janji manisfesto mereka walaupun mereka dicemuh dan dihina oleh BN kononnya janji-janji itu hanyalah omongan kosong untuk menipu rakyat.

Kedah beri tiket percuma, turunkan cukai tanah

Kedah bawah kerajaan pimpinan PAS-PKR akan menurunkan tidak lebih 30% cukai tanah daripada kadar hari ini, kata menteri besarnya Azizan Abdul Razak.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian," katanya seperti laporan Bernama.

Azizan juga menghadiahkan tiket percuma kepada rakyat negeri itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, Azizan antaranya berhasrat memajukan lagi industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan menambah produk pelancongan, termasuk menarik lebih ramai pengembara dari Timur Tengah.

Beliau dilaporkan berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau itu dan Kedah turut merancang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi berasingan untuk wanita dan lelaki.

Selangor tunai janji air percuma

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang menyemak perjanjian bekalan air yang dimeterai antara dua syarikat dengan pentadbiran BN sehari sebelum hari pengundian.

Semakan itu perlu bagi mengelak kemungkinan perjanjian itu - untuk mengurus dan merawat bekalan air mentah di loji Sungai Sireh, Tanjung Karang - dibuat secara berat sebelah demi mengayakan pihak tertentu, katanya di sidang media di kediaman rasminya di Shah Alam.

Semakan itu juga untuk membolehkan Selangor, yang diketuai oleh PKR, menunaikan janji dalam manifestonya - bekalan air secara percuma kepada rakyat negeri itu.

Beliau tidak menyebut tarikh tepat pelaksanaan program itu susulan semakan perjanjian air antara Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dengan kerajaan negeri belum bermula.

Bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu dirancang berkuatkuasa mulai April ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pulau Pinang dan Perak hapuskan saman kerajaan tempatan

Di Perak dan Pulau Pinang, Menteri Besar dan Ketua Menterinya mengumumkan pemansuhan segala saman kerajaan tempatan yang dikeluarkan kepada rakyat sehingga ke tarikh perlantikan kedua-dua ketua kerajaan negeri tersebut.

Perkembangan ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan-kerajaan Barisan Rakyat. Ini baru dua tiga memerintah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59