Friday, 14 March 2008

ISU PERLANTIKAN IR NIZAR SEBAGAI MB PERAK SELESAI, MAJLIS ANGKAT SUMPAH BILA-BILA MASA


Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki telah mengesahkan kesemua Adun daripada ketiga-tiga parti politik, DAP, PKR dan PAS telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.


Kata sepakat itu katanya, telah dicapai jam 10.00 malam tadi di Pejabat PAS Negeri Perak setelah penjelasan diberikan kepada Adun KeADILan yang mempertikaikan pencalonan Menteri Besar daripada PAS dan pembahagian kerusi Exco.

Persetujuan telah dicapai berhubung pembahagian kerusi di mana DAP mendapat 6, KeADILan 3 dan PAS 2.

Kesemua Adun terbabit telah menandatangani penyataan persetujuan untuk menerima Haji NIzar sebagai Menteri Besar yang baru.

Selepas kata sepakat dan penyataan persetujuan diambil dari kesemua Adun dari ketiga-tiga parti, wakil-wakil dari DAP, KeADILan dan PAS telah bergegas pergi ke Istana Kinta untuk menyerahkan penyataan persetujuan kepada pihak istana.

"Upacara angkat sumpah Menteri Besar ke-10 di Istana Kinta akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang," ujar beliau.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59