Thursday, 20 March 2008

EXCO SELANGOR DAN PERAK ANGKAT SUMPAH SEHARI DUA INI


Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.Menurutnya, beliau akan mengumum nama-nama barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah tersebut.Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Shah Alam hari ini.

Menurut Bernama, majlis sambutan tersebut dihadiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: "Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya."

Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Para penyokong 12 badan bukan kerajaan telah mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Shah Alam semalam untuk mendesak Khalid supaya tidak melantik timbalan menteri besar.

Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus, meminta Khalid supaya jangan melantik bukan Melayu ke jawatan tersebut serta mengekalkan kuota ahli exco Melayu seperti dalam kerajaan negeri sebelum ini.
Exco Perak

Manakala barisan exco Perak pula dijangka diumumkan esok dengan majlis angkat sumpah jawatan mungkin diadakan Isnin ini.Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata dua timbalan menteri Besar Perak yang akan dipilih dari kalangan 10 barisan Exco yang bakal dilantik, juga akan diumumkan pada hari yang sama.

"Pakatan DAP, PKR dan PAS hampir memuktamadkan senarai berkenaan. Kita hanya perlu memperkemaskan beberapa portfolio lagi yang kita jangka akan selesai pada satu mesyuarat yang akan diadakan lewat hari ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, kepada pemberita.

Katanya satu mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan sebelum ini telah memutuskan PKR diberikan tiga jawatan Exco dan DAP enam dan PAS satu selain jawatan menteri besar yang telah diisi oleh Muhammad Nizar Jamaluddin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59