Sunday, 2 March 2008

BERSEDIALAH HADAPI PENIPUAN UMNO ISLAM HADHARI


Imam Hadhari berkata semalam bahawa beliau amat yakin BN akan dapat mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-12, sekali gus mengulangi kejayaan besar yang dicapai parti itu pada tahun 2004.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, keyakinan tersebut berdasarkan laporan yang diterima daripada pengurus-pengurus pilihan raya parti itu di negeri-negeri mengenai kedudukan BN yang semakin kukuh selepas separuh pertama tempoh berkempen berlangsung.

Menurutnya, berdasarkan kedudukan berkenaan, BN dijangka tidak mempunyai halangan untuk membentuk semula kerajaan selepas tarikh 8 Mac ini.

Keyakinan Imam Hadhari itu mesti dipandang serius oleh semua pihak di dalam PAS kerana kita bimbang keyakinan beliau itu adalah kerana BN telah mengatur strategi untuk menipu dengan pertolongan SPR dan Jabatan Perdaftaran Negara.

Semalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengumumkan bahawa sesiapa yang kehilangan Kad Pengenalan boleh membuat Kad Pengenalan sementara untuk digunakan semasa hari pengundian.

Ini amat membimbangkan kita kerana mungkin ada 'hantu-hantu' yang akan menggunakan Kad Pengenalan sementara ini untuk mengundi.

Awas jentera PAS bersedialah untuk menghadapi KONSPIRASI BN ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Zulkijora said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59