Friday, 14 March 2008

BERITA PANAS : TOK DAN KEMPUNAN, ISA SABU MB BARU PERLIS


Datuk Seri Shahidan Kassim (Tok Dan) gagal mengekalkan jawatan Menteri Besar Perlis, keputusan mengejut yang sama sekali berbeza daripada dakwaannya malam tadi.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Mat Isa Sabu menggantikan Shahidan yang memegang jawatan itu sejak 1995.

Semalam Shahidan dengan angkuh berkata :


"Saya sebenarnya memberi dua pilihan kepada mereka. Pertama dikenakan tindakan (disiplin) atau keluar dari parti."Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi.

Sebelum itu, Shahidan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.Ketua badan perhubungan Umno Perlis itu menambah "jika tidak sokong, mereka bolehlah isytihar keluar BN.


"Saya beri mereka masa sehingga jam 5 petang ini. (Dan) saya telah menelefon Abdullah mengenai perkara tersebut."Katanya dalam kes ini, BN akan mengguna pakai peraturan Whip yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


"Shahidan berkata demikian, dipercayai mengulas isu pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis yang tertangguh sehingga hari ini.Penangguhan tersebut berlaku ekoran campur tangan pemimpin tertentu di Perlis yang tidak mahu Shahidan dilantik semula sebagai menteri besar.


Timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidil Zainul Abidin, yang turut hadir di sidang media tersebut mendakwa setiausaha agung Umno Datuk Radzi Sheikh Ahmad mengumpul penyokongnya termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).


Shahidan berkata, beliau akan menghadap Raja Perlis di Kuala Lumpur jam 12 tengahari hari ini untuk mendapatkan watikah pelantikan beliau sebagai menteri besar Perlis.


"Mereka yang tidak puas hati dengan pelantikan saya sebagai menteri besar Perlis boleh berjumpa parti (pucuk pimpinan)."Jika mereka berdegil dan terus mahu menimbulkan masalah, saya akan memberitahu rakyat mereka yang munafik ini."Rakyat perlu tahu siapa yang munafik ini," kata Shahidan lagi.


Sementara itu, Shahidan merayu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Mukhriz memberi semangat kepada ahli-ahli Umno dengan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.


Katanya, ini kerana Abdullah merupakan perdana menteri yang dipilih sendiri oleh Dr Mahathir."Rakyat kini melihat BN seolah-olah merebut harta rompakan perang dan ini menyebabkan rakyat meluat dengan parti itu," kata Shahidan lagi.


SEMALAM ANGKUH HARI INI TERSUNGKUR. INILAH UMNO DAH KALAH TERUK PUN MASIH BELUM SERIK LAGI. MASIH MAHU BEREBUT JAWATAN, RAKYAT MESTI SEDAR PERKARA INI JANGAN TERTIPU LAGI.


RAKYAT PERLIS TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH PADA PRU 12 MINGGU LALU.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59