Monday, 31 March 2008

Sekat Umno dengar Dr Mahathir, Khir?


Penganjur forum untuk menilai ketewasan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac mendakwa ketua penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib melarang pemimpin dan wakil rakyat parti itu menyertainya. Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran sekumpulan penyokong Umno MyKmu.net, disertai oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo. Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir dan ketua penerangan Johor Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi turut diundang sebagai pembicara di majlis itu yang dijadual di sebuah hotel di Petaling Jaya, esok.

Di laman webnya, MyKmu.net mendakwa Muhammad yang juga ketua baru badan perhubungan Umno Selangor memberi amaran kepada wakil rakyat negeri itu dalam satu pertemuan semalam.Susulan larangan itu, lapor laman web semalam, "sehingga kini kami belum dapat pengesahan sama ada ahli panel forum Dr. Khir akan hadir atau tidak. "Memandangkan Dr. Khir merupakan wakil rakyat BN dan ketua bahagian Umno, penganjur masih tertanya-tanya keadaan ini sungguhpun beliau sudah mengesahkan penyertaan sebelum ini."Ia juga mendakwa, Muhammad turut menghubungi ketua-ketua bahagian di Selangor agar tidak menghadiri majlis yang bermula jam 9 pagi itu.

Bagaimanapun sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menyatakan kesediaannya untuk menyertai forum tersebut.Ditanya tentang sebaran mesej SMS kepada penyokong Umno agar menghindar program itu, beliau berkata Umno masih lagi dibelenggu cara lama mengawal pemikiran ahli-ahli.Ketua pemuda bahagian Umno Petaling Jaya Utara berkata, beliau menerima mesej SMS yang melarang menyertai forum itu tetapi menafikan ia datangnya daripada Muhammad.

SMS itu juga tidak jelas sama ada datang daripada penyokong senator itu, tambah Azli Saad. Menurut notis di laman web itu, pendaftaran telah ditutup tetapi mereka yang berminat mengikuti ucapan pemimpin-pemimpin itu boleh menonton televisyen litar tertutup di lobi hotel.

Msiakini


UMNO SEMAKIN BERGASAK SESAMA SENDIRI


Selepas bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan hasratnya bertanding jawatan presiden, kini bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mengesahkan kesediaannya untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir berkata, beliau sedia bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan Umno yang dijadual 16-20 Disember ini.

Katanya, hasratnya itu berdasarkan sokongan akar umbi yang mahukan beliau bertanding jawatan berkenaan. Mohd Khir berkata, jawatan itu ini tidak memerlukan had umur dan mereka yang mendapat pencalonan boleh bertanding."Had umur (40 tahun) hanya dikenakan bagi jawatan naib ketua Pemuda dan jawatan-jawatan di bawahnya," tambahnya.

Dr Mohd Khir berkata, beliau tidak akan bertanding mempertahan kan jawatan Majlis Tertinggi, jika beliau mengambil keputusan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno. Jawatan itu kini disandang Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, tanpa bertanding sejak tahun 2000.

Tawaran Dr Mohd Khir dianggap sebagai perkembangan yang cukup menarik kerana ia mungkin menyaksikan pertembungan dengan menantu perdana menteri dan juga naib ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Sebelum ini, selepas dipilih semula tanpa bertanding pada 2004, Hishammuddin telah dilaporkan berkata bahawa beliau akan memegang jawatan tersebut untuk satu penggal sahaja.Sambutan menggalakkanSelepas itu, beliau akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Khairy.Sekiranya Hishammuddin tidak mahu melepaskan jawatan tersebut, maka beliau akan berdepan dengan cabaran Dr Mohd Khir.

Sebelum pemilihan Umno 2004, nama Dr Mohd Khir disebut-sebut akan dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Dr Mohd Khir bertanding kerusi MT dan menang dengan undi terbanyak.Ketika itu, beliau merupakan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor.

Selepas kekalahan BN Selangor dalam pilihanraya umum 8 Mac, beliau telah melepaskan jawatan tersebut dan ia kini disandang oleh Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Menurut Dr Mohd Khir berkata, daripada tinjauan yang dibuat, hasratnya itu mendapat sambutan menggalakkan di kalangan ahli pergerakan tersebut


Friday, 28 March 2008

IMAM HADHARI MESTI LETAK JAWATAN....DERHAKA KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG


Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah dan bengong, Imam Hadhari Wal Badawi mesti meletakkan jawatan kerana beliau jelas DERHAKA kepada Baginda Yang Dipertuan Agong apabila menyanggah keputusan Baginda yang berkenan melantik Ahmad Said sebagai MB Terengganu sebelum ini.

Selepas beberapa hari Ahmad Said menerima watikah sebagai MB, Imam Hadhari mesih bertegas mahukan wok Yiknya, Derih Jusoh menjadi MB. Ini jelas menunjukkan Imam Hadhari terang-terang menderhakai Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan Terengganu.

Akhirnya setelah beliau mengadap Yang Dipertua Agong dua hari lepas barulah Imam Hadhari akur dengan kehendak Yang Dipertuan Agong. Malangnya Imam Hadhari tetap besar kepala apabila tidak memohon ampun secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong.

Hal ini membuktikan Imam Hadhari Wal Badawi telah MENDERHAKAI Yang Dipertuan Agong secara terbuka.




Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menggesa Imam Hadhari meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan memohon ampun secara terbuka kepada Yang Dipertuan Agong.

Andainya Imam Hadhari tetap berdegil tidak mahu memohon ampun, kami mencadangkan Yang Dipertuan Agong memecat Imam Hadhari Wal Badawi dan digantikan dengan seorang yang lebih berwibawa dan tidak DERHAKA kepada Yang Dipertuan Agong.


KASIHAN....APABILA JAWATAN DAN KUASA JADI MATLAMAT INILAH PADAHNYA


INILAH PADAHNYA APABILA KUASA DAN JAWATAN SERTA HARTA MENJADI MATLAMAT PERJUANGAN.

APABILA DIKETEPIKAN 'FRUST TERTONGGENG'. ALLAH BERKUASA UNTUK MELUCUTKAN KEKUASAAN DAN MARTABAT SESEORANG.

AKIBAT MENANG DENGAN MENIPU AKHIRNYA DIRI SENDIRI DIMALUKAN.

UNDURLAH DERIH LETAK SEMUA JAWATAN DALAM KERAJAAN DAN UMNO. !!!!!!!!! MANA NAK LETAK MUKA TU.


Gambar ini diambil semasa mesyuarat MT Umno semalam yang memutuskan Derih di 'terajang' dari jawatan yang menjadi idaman Derih iaitu menjadi MB Terengganu sekali lagi.


Thursday, 27 March 2008

DERIH TERSUNGKUR MENYEMBAH BUMI


Akhirnya Derih Jusoh tersungkur menyembah bumi apabila MT membuat keputusan menerima perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Keputusan itu pada mesyuarat MT Umno bermula jam 3 petang tadi.

"Tiada seorang pun (ahli MT) yang bantah," kata seorang anggota majlis itu Datuk Abdul Rahman Bakar kepada Malaysiakini, sejurus sebelum presiden Umno mengumumkannya.

Susulan itu, kata ketua bahagian Marang itu, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh menerima pelantikan Ahmad.

Wakil rakyat Kijal itu menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Ahad lalu tetapi gagal mengangkat sumpah, seperti jadual asal, apabila istiadat itu dipulaukan oleh 23 lagi wakil BN.

Kumpulan 22 wakil rakyat BN itu mahu mengekalkan Idris, antaranya, dengan alasan beliau mendapat dukungan majoriti dan sokongan Perdana Menteri. Idris, sebagai ketua perhubungan Umno negeri, hadir bersama Abdul Rahman dan ketua Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.Majlis Tertinggi dianggotai 52 orang pemimpin Umno.

Dalam sidang medianya tadi, Abdullah berkata keutamaan Umno negeri itu adalah untuk melantik barisan ahli majlis mesyuarat (exco) kerajaan negeri secepat mungkin. Abdullah juga menafikan keputusan MT menerima Ahmad sebagai "memalukan" beliau dan parti.Keputusan MPPR akan diterima oleh Idris dan 22 penyokongnya itu, tambah Abdullah.

Mesyuarat itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno mulai pukul 3 petang, berlangsung lebih empat jam. Ia diadakan kali kedua selepas tamat pilihanraya umum 8 Mac.Abdullah juga mengumumkan Ahmad sebagai menteri besar dalam sidang medianya tadi.Idris, yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan 22 wakil rakyat yang menyokongnya, gagal dikesan.

Kumpulan lebih 10 wartawan berada di luar bilik pertemuan itu di tingkat 38 bangunan ibu pejabat Umno menunggu selama tiga jam sehingga pukul 10 malam.Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah dilaporkan sedang menyiasat penyelewengan seorang ahli politik Terengganu yang membabitkan tiga projek di Kijal dan Chukai, kedua-duanya di Kemaman.

Polis negeri pula menyatakan sebanyak 26 aduan diterima sepanjang krisis pelantikan menteri besar tetapi hanya empat kertas siasatan dibuka, antaranya kain rentang bertulisan "Kami nak Idris, natang".


KU LI MULA DAPAT SOKONGAN


Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mula mendapat sokongan apabila beberapa orang Ketua Bahagian Umno mula berani untuk bertemunya.

Hari ini Ku Li mengadakan pertemuan dengan kira-kira 100 ahli UMNO termasuk lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir ialah bekas Menteri Penerangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Dr. Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).

Ini merupakan suatu perkembangan menarik dan ianya memberikan tamparan hebat kepada Imam Hadhari yang seboleh-bolehnya mahu menghalang sesiapa sahaja dari bertemu Ku Li.


GEMPAR LAGI. TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN. IMAM AL HADHARI SEMAKIN TIDAK DIHORMATI


Imam Hadhari semakin tidak dihormati apabila keputusannya untuk melantik beberapa individu untuk menganggotai kabinetnya dicemari dengan perletakan jawatan beberapa orang timbalan menteri.

Terbaru Datuk Abdul Ghapur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan Sabah pula meletakkan jawatan.

Lebih kurang seminggu sejak dilantik, beliau membuat kegemparan apabila meletak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Surat peletakan jawatan pemimpin Umno itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.

Perkembangan mengejutkan ini satu lagi tamparan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas ketewasan besar-besaran BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan, yang menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu, mengikut jejak dua lagi ahli parlimen BN yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan. Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Kedua-duanya dilaporkan menolak, antaranya, dengan alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku.

Malaysiakini difahamkan, surat peletakan jawatan Abdul Ghapur dikirim melalui faksimili ke pejabat Perdana Menteri petang semalam. Malam tadi desas-desus tentangnya mula berkembang melalui mesej SMS dan laman-laman web, termasuk percubaan untuk menekannya agar menarik balik surat tersebut.

Setakat ini belum jelas sebab-sebab beliau berbuat demikian. Perdana Menteri setakat tengah malam tadi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.Selain itu, pemilihan kabinet Abdullah kali ini menyaksikan perasaan kurang senang yang meluas di beberapa negeri dan dalam kalangan beberapa tokoh.

Sehari selepas pengumuman kabinet, ahli parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan jawatan setiausaha agung Umno dan BN susulan penggugurannya daripada kabinet.

Datuk Seri Rafidah Aziz, wakil Kuala Kangsar, melahirkan rasa terkejut.Di Sabah, beberapa pemimpin parti komponen BN termasuk Umno berasa tidak dihargai walaupun telah memberi sokongan besar dalam pilihanraya ke-12.

Gara-gara itu, dua ahli parlimen dari Sarawak dilaporkan ingin meninggalkan BN - Datuk Dr Tiki Lafe (Mas Gading) dan Richard Riot (Serian) bagaimanapun menafikannya.


KUSUT MASAI


Umno semakin kusut masai apabila gagal menyelesaikan isu perlantikan MB Terengganu. Ini semua disebabkan nafsu mengatasi segala-galanya. Jawatan, projek, harta, pangkat dan wang ringgit menjadi matlamat mereka menjadi MB menjadikan jawatan tersebut sebagai matlamat untuk mencapai cita-cita peribadi. Di tambah lagi dengan dokongan kuat pemimpin utama yang juga mempunyai kepentingan peribadi.

Akhirnya Tuanku Sultan diketepikan dan diderhakai. Inilah Umno yang 'beriman' dengan matlamat menghalalkan cara. Pemimpin Umno tidak menghiraukan sesiapa, tidak kira Sultan, ulama' apatah lagi rakyat biasa akan ditendang dan diterajang asalkan mereka mendapat apa yang dihajati.

Media hari ini melaporkan bahawa kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu masih belum menunjukkan sebarang penyelesaian muktamad walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Pertemuan itu yang merupakan acara menghadap mingguan pada setiap Rabu dikatakan turut membincangkan isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dibantah oleh 23 ADUN Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Beberapa jam selepas Abdullah menghadap Seri Paduka, bekas Menteri Besar yang merupakan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan menemui Abdullah selama setengah jam di Putrajaya bermula pukul 12.45 tengah hari.

Namun tiada sebarang pengumuman mengenai kedua-dua pertemuan itu dibuat oleh Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

Sehingga malam tadi, kedudukan Idris dan Ahmad dikatakan belum jelas, tetapi para pegawai UMNO membayangkan isu itu sudah pasti dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu.

Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar.

Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden.

“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua 23 ADUN terlibat masih berada di ibu negara. Kecuali Idris, mereka belum dipanggil bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara itu.

Beliau percaya kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu akan mencapai jalan penyelesaian esok.

Katanya: “Berdoalah untuk penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat Terengganu.”

Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu Ahad lalu walaupun orang yang memperoleh watikah daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar ialah Idris.


KUSUT MASAI


Umno semakin kusut masai apabila gagal menyelesaikan isu perlantikan MB Terengganu. Ini semua disebabkan nafsu mengatasi segala-galanya. Jawatan, projek, harta, pangkat dan wang ringgit menjadi matlamat mereka menjadi MB menjadikan jawatan tersebut sebagai matlamat untuk mencapai cita-cita peribadi. Di tambah lagi dengan dokongan kuat pemimpin utama yang juga mempunyai kepentingan peribadi.

Akhirnya Tuanku Sultan diketepikan dan diderhakai. Inilah Umno yang 'beriman' dengan matlamat menghalalkan cara. Pemimpin Umno tidak menghiraukan sesiapa, tidak kira Sultan, ulama' apatah lagi rakyat biasa akan ditendang dan diterajang asalkan mereka mendapat apa yang dihajati.

Media hari ini melaporkan bahawa kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu masih belum menunjukkan sebarang penyelesaian muktamad walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Pertemuan itu yang merupakan acara menghadap mingguan pada setiap Rabu dikatakan turut membincangkan isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dibantah oleh 23 ADUN Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Beberapa jam selepas Abdullah menghadap Seri Paduka, bekas Menteri Besar yang merupakan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan menemui Abdullah selama setengah jam di Putrajaya bermula pukul 12.45 tengah hari.

Namun tiada sebarang pengumuman mengenai kedua-dua pertemuan itu dibuat oleh Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet semalam.

Sehingga malam tadi, kedudukan Idris dan Ahmad dikatakan belum jelas, tetapi para pegawai UMNO membayangkan isu itu sudah pasti dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu.

Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar.

Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden.

“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi.

Menurutnya, kesemua 23 ADUN terlibat masih berada di ibu negara. Kecuali Idris, mereka belum dipanggil bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara itu.

Beliau percaya kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu akan mencapai jalan penyelesaian esok.

Katanya: “Berdoalah untuk penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat Terengganu.”

Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu Ahad lalu walaupun orang yang memperoleh watikah daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar ialah Idris.


Wednesday, 26 March 2008

PERAK MELANGKAH SETAPAK KE DEPAN


Kerajaan baru Perak, yang diketuai menteri besar PAS Mohamad Nizar Jamaluddin, akan memperkenalkan sistem pengundian di kalangan penduduk untuk memilih ketua kampung.

Menurut Mohamad Nizar, sistem seumpama itu pernah diperkenalkan dan Perak kali ini akan menggunakan kaedah tersebut bagi memilih ketua di 817 kampung.

Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar selepas perjumpaan beliau dengan ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Ipoh hari ini.

Menurut Bernama, acara itu adalah majlis rasmi sulung selepas beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar 17 Mac lalu.Mohamad Nizar berkata, sistem pelantikan seperti yang diamalkan kini telah menimbulkan krisis di peringkat akar umbi masyarakat apabila "calon-calon yang dikehendaki penduduk tidak lagi terpilih atau nama itu dihilangkan.

"Kerajaan negeri dilaporkan merancang memperkenalkan kaedah baru itu secara rasmi selepas tempoh jawatan ketua-ketua kampungsedia ada tamat pada 31 Dis depan.Beliau menambah, semua 31 wakil rakyat DAP, PKR dan PAS bersetuju mengembalikan hak penduduk memilih ketua mereka sendiri.

"Kita setuju beri hak pilih siapa jadi ketua kepada penduduk... mereka boleh pilih sendiri ketua kampung, imam dan jawatankuasa masjid," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah beliau gembira dengan kehadiran lebih 300 ketua kampung di majlis itu walaupun ada laporan menyebut acara itu diboikot oleh Pertubuhan Ketua-ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP).


MB PAS TAK MAHU GUNA DUIT RAKYAT, MB UMNO PANTANG ADA PELUANG 'NGAP'


Bandingkan MB PAS dan Umno.

Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak enggan membaiki pagar rumah dengan menggunakan wang kerajaan negeri walaupun telah dinasihati oleh polis atas alasan keselamatan.

Menurut pegawainya Mohd Helmi Khalid, Azizan menolak pelawaan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan polis untuk berbuat demikian kerana "tidak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi."

"Kata MB, kalau untuk kediaman peribadi, beliau akan membiayainya menggunakan duit sendiri dan bukan peruntukan kerajaan negeri," Helmi dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.net hari ini.

Laporan itu menyebut, wakil rakyat PAS itu tidak tinggal di kediaman rasmi menteri besar Kedah di Sri Mentaloon, sebaliknya terus tinggal di rumah lamanya di Jalan Sultanah, Alor Setar.

"Kediaman rasmi itu kini dijadikan sebagai rumah tetamu," katanya. Langkah yang sama pernah diambil presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu Terengganu jatuh ke tangan parti itu pada 1999. Abdul Hadi menetap di rumahnya di kampung Rusila, Marang sewaktu menjadi menteri besar Terengganu selama lima tahun.

Mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tinggal di rumah asalnya di kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.Sementara itu Bernama pula melaporkan, Kedah yang kini ditadbir pakatan PAS-PKR akan menjadikan Kelantan sebagai model pentadbiran.

Bercakap kepada media sewaktu lawatannya ke Kelantan, Azizan berkata: "Kami (Kedah) tidak boleh terus menutup premis judi secara segera seperti yang Kelantan buat dan begitu juga masalah penjualan arak.

"Kedah tidak macam Kelantan kerana tukar kerajaan sudah perkara biasa di sini (Kelantan) tetapi di Kedah ini kali pertama PAS memerintah dan kerana sokongan bukan Islam juga PAS dapat menumpaskan BN.

"Beliau cuma berjanji kerajaan PAS di Kedah bersedia memperkenalkan dasar baru yang tidak dibuat era pentadbiran BN tetapi boleh diterima semua pihak.


Tuesday, 25 March 2008

DERIH TERUS BERLAKON, PERMAINKAN SULTAN DAN RAKYAT TERENGGANU


Bekas menteri besar Terengganu itu sekali lagi memohon keampunan daripada Sultan Terengganu di atas segala kesilapan yang telah menimbul kemurkaan baginda.

Beliau bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.Pada masa yang sama, beliau juga mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Said, dengan sokongan istana, sebagai menteri besar yang baru.

Sekali pohon ampun sekali pertikai keputusan Sultan, mana satu yang betul?

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, memulakan tugasnya sebagai menteri besar mulai hari ini.Idris yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, sebelum ini, beliau juga telah mengadap sultan, yang juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada 23 Februari lalu dan telah memohon keampunan baginda.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Subang petang ini, Idris berkata, beliau sepatutnya menghadap baginda sekali lagi pada 9 Mac lalu, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Tanggal itu sehari selepas berlangsungnya pilihanraya umum yang menyaksikan BN kembali mempertahankan Terengganu dengan memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

INILAH KAKI PUTAR ALAM, KALAU DENGAN SULTAN PUN DIA HENDAK TIPU DAN PERMAINKAN APATAH LAGI DENGAN RAKYAT JELATA.

ITU SEBABNYA HABIS PROJEK DI TERENGGANU DIBOLOT OLEH PATRICK BADAWI DAN JE (JUSOH ENTERPRISE).

RAKYAT TERENGGANU MESTI MENGAMBIL IKTIBAR DARI ISU INI. JANGAN LAGI MENGUNDI BN PADA LAIN KALI.

BIAR BERAPA RATUS RIBU PENGUNDI LUAR DIPUNGGAH KE TERENGGANU, KALAU RAKYAT 80 % MENOLAK BN SUDAH TENTU BN AKAN TERSUNGKUR.


Ikuti live ceramah MB Kelantan, MB Kedah di Putik malam ini


Satu ceramah Perdana pasca pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada jam 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik).

Ia membariskan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. Bagi yang tidak dapat menghadirinya, bolehlah mengikutinya secara langsung yang akan disiarkan menerusi laman web kelantan.tv dan webtv pas.


PAK LAH KECUT PERUT, HASUT MT TANGGUHKAN PEMILIHAN UMNO


Akibat takut kepada bayang-bayang sendiri, Presiden Umno yang paling lemah dan longlai, Pak Lah Badawi dipercayai cuba menghasut Umno negeri-negeri dan Majlis Tertinggi supaya mencadangkan agar pemilihan parti itu pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Pak Lah sebenarnya berada dalam keadaan bagaikan cacing kepanasan akibat tekanan dari akar umbi agar beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana beliau jelas menjadi penyebab kepada kekalahan besar Umno dan BN pada PRU 12 baru-baru ini.

Desakan demi desakan bermula dengan surat terbuka dari Mukhriz, selepas itu Ku Li dan kini beberapa bahagian Umno juga mendesak perkara sama iaitu Bahagian Gua Musang dan Muar.

Media melaporkan bahawa Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat Khamis ini untuk memutuskan gesaan kesemua perwakilan badan perhubungan Umno negeri yang mahukan pemilihan parti itu yang dijadualkan pertengahan tahun ini, ditangguhkan.

Menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, mereka membuat gesaan tersebut ketika menemui Presiden parti itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini."Cadangan ini bagi mengelakkan 'mala petaka' kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita di kementeriannya hari ini.

Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu apabila gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
BN memperolehi 140 kerusi manakala barisan pembangkang pula mendapat 82 kerusi parlimen.
Umno sendiri tewas kira-kira 30 kerusi parlimen dan hanya mampu memenangi 78 kerusi sahaja.

Di samping itu, barisan pembangkang juga berjaya merampas empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.
Ekoran prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum lalu, Abdullah telah memanggil badan-badan perhubungan Umno secara berperingkat mengikut wilayah masing-masing, untuk mengadakan perbincangan di Putrajaya.

Selain membincangkan mengenai strategi untuk memulihkan semula Umno, soal pemilihan parti itu - yang ditangguhkan selama 18 bulan sebelum pilihanraya umum lalu - turut dibincangkan.
Ia ekoran kenyataan terbuka ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno yang dijadualkan Ogos ini.

Tengku Razaleigh juga menghantar surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara menggesa mereka membuat usul meminta diadakan perhimpunan agung tergempar bagi membincangkan prestasi parti dalam pilihanraya umum lalu.


Ahmad: Saya tak perlu angkat sumpah


Datuk Ahmad Said berkata beliau tidak perlu menjalani upacara angkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu yang baru kerana beliau telah menerima watikah pelantikan jawatan tersebut daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu.

Bagaimanapun, senarai ahli exco yang bakal dilantiknya selepas ini perlu mengangkat sumpah, katanya dalam sidang akhbar pertamanya selepas memulakan tugasnya sebagai menteri besar hari ini.

Ahmad tiba di Wisma Darul Iman sebelum jam 8 pagi tadi. Beliau kemudiannya terus ke tingkat 18 di mana satu majlis sembahyang hajat diadakan, yang dihadiri kira-kira 41 orang, termasuk kakitangan kerajaan.

Sembahyang hajat diadakan jam 8.14 pagi dan berakhir kira-kira lima minit kemudiannya.
Selepas itu, Ahmad mengadakan sidang akhbar. Menurutnya beliau akan ke Putrajaya hari ini tetapi enggan mengulas lanjutnya mengenainya.

Ditanya sama ada beliau akan mengekalkan barisan exco lama, Ahmad berkata, ia akan merupakan campuran muka lama dan muka baru.

Malaysiakini


MAT SAID MASUK PEJABAT PAGI INI


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya pagi ini sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman semalam.

Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah lebih 2,000 penyokongnya yang berkenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya lebih kurang 5.30 petang semalam.

Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya. "Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan saya sebagai menteri besar.

"Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya.

"Saya akan bekerja (sebagai menteri besar) sebaik mungkin."Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar hari ini di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.Bercakap kepada media, beliau berkata tidak berniat menderhaka kepada Umno dan meminta pucuk pimpinan parti itu supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.
"Pelantikan menteri besar bukan atas kehendak saya," katanya.Sebelum ini Umno memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad dan beliau harus "menanggung akibat" jika menerima pelantikan jawatan tersebut.Selain bacaan doa selamat, para penyokong Ahmad juga berselawat.
Beberapa ratus penyokong masih lagi berada di luar kediaman Ahmad, kata sumber.

Tengah hari semalam, Ahmad menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan, yang juga Sultan Terengganu, di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Tuanku Mizan memberikan sokongan kepada pelantikan Ahmad - yang telah menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja pagi Ahad lalu.

Malaysiakini juga difahamkan, lebih 10 Adun BN yang awalnya menyokong Idris kini mengalihkan sokongan kepada Ahmad.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan rasmi tentang perkara itu.

Sementara itu, ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata pelantikan Ahmad oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu adalah sah dan Adun itu sekarang seorang menteri besar.

"Sultan telah bertindak dalam bidang kuasa baginda untuk melantik seseorang yang dipercayai mempunyai dukungan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Tengku Razaleigh, mengulas kenyataan Perdana Menteri Ahad lalu bahawa pelantikan tersebut "tidak mengikut Perlembagaan."

Beliau, bekas menteri kewangan, menyifatkan keadaan tegang dan tidak menentu di negeri itu sebagai "krisis kerajaan, dan bukannya krisis Perlembagaan."

"Terserahlah kepada persidangan DUN nanti untuk memberikan usul percaya kepadanya (Ahmad)," tambahnya.

Tengku Razaleigh menyifatkan kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu sebagai "salah".

Selain krisis di Terengganu, kata Tengku Razaleigh lagi, cara Abdullah menangani krisis di Perlis baru-baru ini menunjukkan "kelemahan beliau yang terlalu menonjol" dalam mengurus hubungan asas dan fungsi muda kerajaan.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu berlarutan sejak majlis angkat sumpah Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Nama Ahmad bersama dua lagi bekas exco negeri disebut-sebut sebagai pengganti Idris.

Bagaimanapun desas-desus itu tergantung 14 hari sehingga pejabat Sultan Terengganu mengumumkan nama Ahmad pada petang Sabtu lalu - seterusnya mengundang pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu, seperti juga pandangan Abdullah sebagai pengerusi BN, menegaskan Idris sebagai pengerusi BN negeri dan juga ketua badan perhubungan Umno negeri satu-satunya calon yang layak untuk jawatan tersebut.


BN TERUS BERCAKARAN, RETAK MENANTI BELAH


Selepas kekalahan teruk pada PRU 12 baru-baru ini parti komponen BN (Barisan Najis) terus bercakaran menyalahkan antara satu sama lain. Tidak cukup bercakaran dalam sesama parti kini parti-parti tersebut menyalahkan parti-parti komponen lain yang menyebabkan BN tewas teruk.

Kalau sebelum ini Ku Li dan Mukhriz secara terbuka menggesa Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri dan ianya terus merebak sehingga Umno Bahagian Muar pula berani tampil melakukan perkara yang sama. Selain itu krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu pula tidak tahu kesudahannya. Ianya menjadi semakin kusut.

Kini Pemangku Presiden Gerakan pula menyalahkan Umno yang katanya menyebabkan BN kecundang. Selepas Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy menyifatkan Umno sebagai punca kaum India terpinggir di negara ini, Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula menyalahkan "keangkuhan kuasa" beberapa pemimpin Umno sebagai punca kekalahan partinya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Tindakan, kata-kata dan perbuatan beberapa pemimpin Umno sejak dua tahun lalu mengakibatkan rasa marah (rakyat)," kata Dr Koh selepas mempengerusikan taklimat parti itu semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui pihaknya mungkin tidak melakukan yang secukupnya.
"Mungkin kuasa telah naik ke kepala setelah memimpin Pulau Pinang selama 39 tahun," katanya.

Mengenai saranan-saranan dalam taklimat itu, Koh berkata, kepimpinan tertinggi parti itu dituntut supaya lebih lantang bersuara untuk rakyat.

"Kami mengakui bahawa kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja di dalam kerajaan dan mungkin kami telah terpisah dari rakyat," katanya.

Perkembangan seterusnya akan memperlihatkan adakah Dr Koh akan menerima nasib yang sama seperti Paranjothy.

Berikutan kenyataan Naib Ketua Pemuda Gerakan itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menuntut pucuk pimpinan Gerakan mengambil tindakan tegas ke atas Paranjothy.

Kalau ia melibatkan parti atau Pemuda saya, sudah lama saya pecat (orang itu). Tetapi ini bukan ahli Pemuda saya, parti saya, maka saya serahkan kepada Gerakan untuk menentukan,� katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menyifatkan kenyataan Paranjothy itu telah melanggar disiplin Barisan Nasional (BN).

KINI BN RETAK MENANTI BELAH.


Monday, 24 March 2008

DAULAT TUANKU




CERAMAH YB DR HATTA DAN HU PANG CHOW DI PAYA DALAM 31 MAC


PAS Kawasan Bukit Katil dan MTD Ayer Molek akan mengadakan ceramah umum pada 31 Mac bertempat di Markaz PAS Paya Dalam. Ceramah akan bermula pada jam 9.00 malam.

Ceramah ini akan disampaikan oleh YB Dr Hatta Mohd Rami Ahli Parlimen Kuala Krai dan Encik Hu Pang Chow Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat.

Ini merupakan ceramah pertama selepas kempen PRU 12. Adalah dijangkakan ceramah ini akan mendapat sambutan ramai yang ingin mendapat maklumat terkini tentang isu semasa yang hangat selepas PRU baru-baru ini.


SEMUA ORANG TAHU DOLLAH DAN DERIH TAKUT ..........


























"Daulat Tungku" Patrick itulah agaknya yang dikatakan oleh orang yang dilihat mengangkat sembah kepada Patrick Badawi dalam gambar ini.


Mengapa Dollah Badawi beria-ia benar hendak mengekalkan Deris Jusoh menjadi MB Terengganu. Tetapi tidak mempertahankan Shahidan Kassim di Perlis walaupun Shahidan 'melutut' memohon kepadanya untuk kekal sebagai MB setelah Raja Perlis memilih Mohd Isa Sabu.

Sudah tentu ada perkara besar yang bermain di kepala Dollah. Jika tidak kerana kepentingan diri sendiri sudah tentu Dollah patuh dan taat kepada keputusan Istana Terengganu yang memberikan watikah kepada Ahmad Said.

Semua orang tahu Derih merupakan orang terpenting yang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Patrick Lim (gambar) dalam semua projek mega di Terengganu.

Semua orang tahu bahawa Patrick Lim yang mendapat jolokan Patrick Badawi merupakan orang yang sangat rapat dengan Dollah di mana beliau juga mempunyai pertalian keluarga dengan menantu Dollah, Azrene Abdullah isteri anak jantan kesayangan Dollah, Kamaluddin.

Semua orang tahu wang royalti Terengganu yang bernilai ratusan juta malah ribuan juta itu merupakan lubuk emas untuk Patrick Lim. Maka jika sekiranya MB selain dari Deris Jusoh dilantik dikhuatiri nanti Patrick tidak lagi bebas di memonopoli projek di Terengganu.

Semua orang tahu Dollah dan Derih takut jika orang lain di lantik menjadi MB Terengganu kemungkinan rahsia penyelewengan dan salah guna kuasa ketika Derih memerintah Terengganu berkaitan dengan projek Patrick Badawi bocor dan diketahui umum.

Semua orang tahu Umno biasanya bergaduh sebab projek dan wang bukan sebab lain. Memang dasar penyangak dan perompak harta rakyat.

Semua orang tahu bahawa Umno memang biadap dan derhaka kepada Sultan sebagaimana Annuar Musa yang menderhaka kepada Sultan Kelantan suatu masa dahulu.

Semua orang tahu bahawa Dollah dan Derih takut .................................????????


Sunday, 23 March 2008

DOLLAH BADAWI DAN IDRIS DERHAKA, MEDIA LANGSUNG TIDAK ULAS


Tindakan Dolah Badawi dan Idris yang tidak setuju dengan perlantikan Ahmad Said sebagai MB Terengganu oleh Sultan Terengganu dianggap oleh ramai pihak sebagai menderhaka kepada Sultan.

Malangnya media pengampu masih terus memberi sokongan kepada Dollah dan Deris, tidak menyifatkan mereka berdua sebagai penderhaka.

Tetapi ketika Lim Kit Siang meminta ADUN DAP Perak memulaukan majlis angkat sumpah MB Perak baru-baru ini Lim Kit Siang dituduh sebagai penderhaka. Mengapa sekarang Dollah dan Deris tidak dituduh penderhaka. Inilah sikap 'double standard' media pengampu kerajaan.


Ahmad tidak jadi angkat sumpah MB

Terengganu berterusan tanpa menteri besar apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, yang dipilih oleh pihak istana tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut pagi ini. Sebaliknya, beliau hanya menerima watikah pengisytiharan pelantikan sebagai menteri besar Terengganu yang baru - dipercayai akibat pemulauan 23 lagi wakil BN.

Watikah pengisytiharan tersebut diserahkan kepada beliau oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), dan juga adinda Sultan Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Shah.Upacara angkat sumpah asalnya dijadual diadakan pagi tadi di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, tarikh upacara itu belum ditentukan lagi - ada laporan menyebut dalam tempoh tiga hari dari hari ini, yakni Rabu. Ahmad menerima watikah pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

Malam tadi, setiausaha agung BN dan Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Ahmad bahawa beliau akan dikenakan tindakan disiplin Umno dan "menanggung akibat" jika menerima pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Tengku Adnan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga presiden Umno, telah mengeluarkan surat cara pelantikan kepada Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dan Ahmad tidak wajar melanggarnya.

Pejabat Sultan Terengganu semalam mengumumkan Ahmad, 51, dilantik menteri besar besar dan majlis mengangkat sumpah hari ini. Menjelang keputusan istana itu petang semalam, kesemua 23 Adun BN Terengganu dalam satu sidang akhbar memberi amaran untuk memboikot majlis hari ini atas alasan tidak menyokong calon lain selain Idris.

Semua Adun, kecuali Idris, yang membantah pelantikan Ahmad sebagai menteri besar telah menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada MPPR pagi tadi.Ia diserahkan oleh wakil mereka, Datuk Rosol Wahid yang juga setiausaha badan perhubungan Umno kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.

Rosol mendakwa, upacara penyerahan watikah pelantikan Ahmad itu dibuat "secara rahsia" kerana mereka tidak dijemput menghadirinya.Namun, katanya, kalau pun dijemput, mereka tetap akan memulaukannya.Selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Rosol dalam sidang media semalam.

Ketika ditemui pemberita pagi ini, beliau memberitahu bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika perlu berbuat demikian.Bagaimanapun, apabila pemberita memberitahu mereka tidak boleh bertanding semula jika meletakkan jawatan, Rosol menjawab "tengok dulu".

Sementara itu, kira-kira 300 penyokong Umno Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris sambil membawa kain rentang berbunyi "Kami sokong Datuk Seri Idris".

Datuk Ahmad Said menghadapi risiko dilucutkan keanggotaan Umno akibat didakwa melanggar arahan presiden Umno, dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahu meneruskan khidmat Datuk Seri Idris Jusoh bagi penggal kedua


Saturday, 22 March 2008

Ahmad Said Samseng jadi MB: 23 wakil BN boikot?


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik menteri besar baru Terengganu bagi menggantikan pengerusi BN Datuk Seri Idris Jusoh - mengesahkan spekulasi awal bahawa pengerusi BN itu tidak diperkenan pihak Istana.Majlis angkat sumpah Ahmad dijadual diadakan petang esok - dan kemungkinan menghadapi risiko diboikot.

Semua 23 Adun BN, termasuk Idris, dilaporkan berhasrat memulaukan majlis angkat sumpah itu kerana bantahan tidak melantik semula Idris. Pengesahan Ahmad ini menamatkan suasana bingung dan tidak pasti akibat krisis pelantikan ketua kerajaan di negeri itu sejak dua minggu lalu selepas berakhir pilihanraya umum 8 Mac.

Pemulauan majlis itu, jika menjadi kenyataan, akan menimbulkan krisis dalaman yang parah dalam Umno dan pentadbiran negeri.Nama ketua bahagian Umno Kemaman itu, yang juga exco paling berpengalaman, muncul selepas khabar bertiup kencang Idris mungkin ditamatkan perkhidmatannya akibat tidak mendapat perkenan pihak istana.

Desas-desus tentang Idris, yang memegang jawatan itu pada 2004 susulan kejayaan BN merampas Terengganu daripada PAS, akan digantikan mulai berkembang selepas istiadat melafaz surat pengisytiharan pelantikannya di Istana Maziah pada 10 Mac ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Ketika ditemui wartawan sehari selepas itu, Idris jelas berasa tidak senang untuk mengulas isu pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar. Idris, yang kelihatan terganggu apabila terus ditanya persoalan tersebut, terus menjawab "(awak) faham ke tak? Saya kata (pelantikan MB) itu atas istana (tentukan). Saya tidak perlu jawab soalan tersebut."Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih itu juga dilaporkan "kelihatan sugul" dan enggan mengulas lanjut.

Pada penggal lalu, Ahmad memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PEMIMPIN UMNO MEMANG KEPALA BATU TIDAK MAHU BERUBAH


Nasib baiklah semua pemimpin Umno bermula dari Pak Lah sehinggalah Ketua Cawangan Umno kampung semuanya kepala batu tidak mahu berubah walaupun kalah teruk baru-baru ini.

Amalan 'Yes man', patuh kepada pemimpin membuta tuli masih berakar umbi di lubuk hati mereka. Jika tidak sudah tentu Barisan Rakyat menghadapi tugas sukar untuk mengekalkan kemenangan PRU 12 ini.

Walaupun ada pemimpin Umno yang mempunyai niat untuk memperbetulkan Umno dan membuat anjakan paradigma seperti Ku Li dan lain-lain tetapi Ku Li di kecam dan dikritik dengan hebat


KU LI SEKALI LAGI DI ASAK OLEH PENGAMPU-PENGAMPU PAK LAH


Hampir semua pemimpin-pemimpin Umno di peringkat negeri ataupun pusat mengecam atau memberikan komen negatif terhadap Ku Li yang berhasrat untuk menentang Pak Lah pada pemilihan Umno tahun depan.

Semuanya adalah disebabkan budaya Umno yang mentarbiah ahli-ahlinya menjadi 'yes man' walaupun pemimpin melakukan kesalahan.

Sebab itulah bila Pak Lah gagal mengekalkan kemenangan Umno/BN beliau masih dipertahankan oleh kuncu-kuncunya kerana takut kehilangan jawatan atau dicap sebagai anti Pak Lah.

Begitu juga bila Pak Lah melantik menteri-menteri yang kontroversi, pemimpin-pemimpin Umno langsung tidak bersuara.

Tidak ada seorang pun yang memberikan komen yang positif apatah untuk menyokong Ku Li. Tidak hairanlah nanti jika MT Umno sekali lagi menyelamatkan Pak Lah dengan membuat ketetapan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh dipertandingkan.

Maka kempunanlah lagi Ku Li untuk memperbetulkan Umno yang kian hari kian reput dek penangan Pak Lah dan kuncu-kuncunya yang merasakan Umno adalah hak milik datuk nenek mereka.


Friday, 21 March 2008

PANDANGAN MUFTI PERLIS TERHADAP SEMUA KERAJAAN BARISAN RAKYAT


Pandangan Dr Asri tentang kerajaan pembangkang

SOALAN: Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor?

JAWAPAN: “Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara ini, maka beberapa perkara –setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti berikut:

1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah.

Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara ini.

Wajib kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk mengangkat imej Islam di negeri berkenaan.

2) Kerajaan Baru Kedah adalah harapan umum agar prinsip-prinsip siasah Islam yang menekankan soal keadilan dan kemaslahatan rakyat dalam dasar dan perlaksanaan benar-benar dapat dihayati.

Mereka perlu bernafas panjang dalam mengambil sesuatu tindakan agar kegopohan parti mereka di Trengganu dahulu tidak berulang. Kelihatannya YAB Menteri Besar Kedah yang baru, mampu menonjolkan ciri-ciri kematangan politik yang baik di peringkat awal ini.
Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam. Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru.

3) Kerajaan Baru Selangor sebenarnya berhadapan dengan situasi yang amat sengit. Ini kerana, Selangor adalah negeri maju, rakyatnya mungkin lebih sensitif dan kritis. Kedudukan Selangor yang terdedah kepada dunia yang lebih terbuka, menjadikannya kayu pengukur golongan cerdik pandai sejauh manakah slogan golongan pembaharuan politik ini dapat direalisasikan.

Nampaknya tawaran-tawaran Kerajaan Baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini.

4) Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang pertolongan Allah untuk pentadbirannya.

Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa “laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah.

Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”.


Thursday, 20 March 2008

PAK LAH TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI


Presiden Umno yang tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang semakin gerun dan takut sekarang kerana Anwar mendakwa ramai di kalangan wakil rakyat BN yang berminat untuk menyertai Barisan Rakyat.

Semakin hari Pak Lah semakin celaru dan sekarang ini beliau kelihatan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Pak Lah sendiri mengaku bahawa memang ada wakil rakyat yang berbuat demikian. Malah Setiausaha Agong Umno yang baru Adnan Mansor berkata pihaknya akan menghantar ejen risikan untuk memastikan dakwaan bahawa kini wujud percubaan memujuk ahli-ahli parlimen meninggalkan BN.

"Wakil-wakil rakyat kita sedar bahawa BN dan Umno satu-satunya gabungan dan parti untuk mereka," katanya hari ini. Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada parti pembangkang agar "jangan jadi bodoh" untuk menghasut wakil-wakil BN melompat parti, lapor laman web Star Online.

Adnan mengulas kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihaknya menyambut baik wakil-wakil rakyat BN yang ingin berpindah parti.

Imam Hadhari Wal Badawi hari ini dilaporkan menyedari usaha memujuk wakil-wakil BN lompat parti dan yakin tiada sebab kerajaan pimpinannya tumbang kerana ia kuat dan mendapat sokongan rakyat.Sementara agensi berita Bernama melaporkan BN akan mengirim pasukan risikannya ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi untuk .

Memetik kenyataan Adnan, laporan itu menyebut BN memerlukan maklumat sahih untuk menilai perkembangan mutakhir.

"Maklumat yang diterima setakat ini ada yang sahih dan tidak sahih. Ada kata gini, ada kata gitu," beliau dipetik sebagai berkata.Usaha menarik wakil BN kepada pembangkang muncul selepas parti itu gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sementara parti-parti pembangkang pula hanya memerlukan 30 kerusi di Dewan Rakyat untuk memerintah dengan majoriti mudah.BN mendapat 140 kerusi dan pembangkang 82 kerusi parlimen.

Mengulas isu yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng hari ini meminta Perdana Menteri membuat laporan polis jika ada bukti parti pembangkang "membeli" wakil-wakil BN.

Lim berkata, ia harus dilaporkan kepada polis kerana "membeli" wakil rakyat satu kesalahan di sisi undang-undang dan dianggap rasuah."Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri itu.

Lim menafikan DAP terlibat dalam kegiatan seumpama itu.Beberapa hari lalu, Anwar menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah wakil BN yang berhasrat berpindah parti.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.


EXCO SELANGOR DAN PERAK ANGKAT SUMPAH SEHARI DUA INI


Barisan exco kerajaan negeri Selangor akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah di Klang Isnin depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.Menurutnya, beliau akan mengumum nama-nama barisan exco berkenaan selepas majlis angkat sumpah tersebut.Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Shah Alam hari ini.

Menurut Bernama, majlis sambutan tersebut dihadiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Khalid enggan mengulas lanjut mengenai komposisi barisan exco negeri, tetapi berkata: "Kami (PKR, DAP and PAS) telah dapat menyelesaikannya."

Mengenai jawatan timbalan menteri besar, Khalid berkata beliau akan menjelaskan perkara itu selepas majlis angkat sumpah ahli exco Isnin depan.

Para penyokong 12 badan bukan kerajaan telah mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Shah Alam semalam untuk mendesak Khalid supaya tidak melantik timbalan menteri besar.

Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus, meminta Khalid supaya jangan melantik bukan Melayu ke jawatan tersebut serta mengekalkan kuota ahli exco Melayu seperti dalam kerajaan negeri sebelum ini.
Exco Perak

Manakala barisan exco Perak pula dijangka diumumkan esok dengan majlis angkat sumpah jawatan mungkin diadakan Isnin ini.Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata dua timbalan menteri Besar Perak yang akan dipilih dari kalangan 10 barisan Exco yang bakal dilantik, juga akan diumumkan pada hari yang sama.

"Pakatan DAP, PKR dan PAS hampir memuktamadkan senarai berkenaan. Kita hanya perlu memperkemaskan beberapa portfolio lagi yang kita jangka akan selesai pada satu mesyuarat yang akan diadakan lewat hari ini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, kepada pemberita.

Katanya satu mesyuarat antara ketiga-tiga parti berkenaan sebelum ini telah memutuskan PKR diberikan tiga jawatan Exco dan DAP enam dan PAS satu selain jawatan menteri besar yang telah diisi oleh Muhammad Nizar Jamaluddin.


KECELARUAN PEMIKIRAN PAK LAH,LANTIK KU NAN JADI SETIAUSAHA AGONG UMNO


Fikiran Pak Lah semakin bercelaru apabila melantik Adnan Mansor (Nama sebenar ketika dilahirkan) menjadi Setiausaha Agong Umno. Apakah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk menggantikan Radzi Sheikh Ahmad menjawat jawatan itu.

Bukankah semua orang tahu bahawa Adnan Mansor adalah seorang ahli perniagaan yang terlibat dengan perniagaan judi. Malah nama Adnan juga 'berkumandang' di dalam video klip VK Lingam.

Apakah Pak Lah sudah bercelaru pemikirannya sehingga melantik 'towkey' judi ini menjadi Setiausaha Agong sebuah 'Parti Islam' (Islam Hadhari) terbesar di Malaysia.?

Apakah Pak Lah sudah tidak nampak calon-calon lain yang lebih bersih, berintegriti dan berkarisma dari Ku Nan (nama cembongan mesra Adnan Mansor).?

Apakah Pak Lah masih mahu memperbodohkan ahli Umno dan rakyat Malaysia.?

RAKYAT MESTI MEMBUKA MATA DAN TERUS BERUSAHA UNTUK MENYEDARKAN SEMUA RAKYAT BAHAWA PERDANA MENTERI KITA ADALAH SEORANG YANG CELARU PEMIKIRANNYA.

KITA MESTI MENGGANTIKAN BELIAU DENGAN PERDANA MENTERI YANG WARAS, CERDIK DAN TIDAK TIDUR


CERAMAH MAULIDUR RASUL DI KEDAH SECARA LIVE


SIARAN LANGSUNG BOLEH DIIKUTI DI http://webtv.pas.org.my/ ATAU DI LAMAN http://greenboc.blogspot.com/

PENCERAMAH PRESIDEN PAS, MB KELANTAN DAN MB KEDAH


Wednesday, 19 March 2008

UMNO SEMAKIN KALUT, KHIR TOYO PULA LETAK JAWATAN


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri - peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Jika keputusan (letak jawatan) ini lambat dibuat, pelbagai masalah akan berlaku, termasuk parti kita akan berpecah," katanya. "Saya lihat sekarang telah ada sikap saling salah-menyalah antara satu (pemimpin) sama lain.

Saya melepaskan jawatan ini kerana rasa perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti." Jawatannya itu akan diambil alih oleh ketua penerangan Umno, dan juga bekas menteri besar, senator Muhammad Muhd Taib.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat kira-kira 9 malam ini sebelum kedua-duanya menyertai mesyuara badan perhubungan Umno negeri di Shah Alam.Ura-ura peletakan jawatan Mohd Khir bermula lewat petang tadi.

BN gagal mempertahankan Selangor apabila mendapat 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Negeri itu kini ditadbir pakatan tiga parti pembangkang yang diketuai menteri besar Tan Sri Khalid Ahmad.


UMNO KETEPIKAN WANITA JADI MENTERI PAS LANTIK MUSLIMAT JADI EXCO


Siapa yang ketepikan wanita PAS atau Umno? PAS sebelum ini sering dituduh mendiskriminasikan wanita.

Kini terbukti bahawa Umnolah yang mengenepikan wanita apabila tiada seorang pun menteri yang dilantik oleh Pak Lah dari kalangan pemimpin Wanita Umno. Sebaliknya Kerajaan PAS Kelantan dan Kedah telah melantik pemimpin Muslimat negeri masing-masing menjadi Exco.

YB Hajah Wan Ubaidah Omar dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan manakala Ustazah Aisyah Ghazali dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Kepada rakyat Malaysia yang berjantina wanita bukalah mata, sekarang terbukti Umno meminggirkan wanita dan tidak memperakui peranan wanita Umno dalam kabinet kerajaan Malaysia.


TERENGGANU MASIH TERUS TIADA MB, KELANTAN DAH LANTIK EXCO


Ketika kerajaan BN Terengganu dikial-kial untuk melantik MB, Kelantan terus 'meluru' ke hadapan melengkapkan Exco Negerinya tanpa sebarang masalah walaupun ada desas-desus yang dihamburkan oleh media bahawa berlakunya perebutan dalam portfolio-portfolio tertentu.

Hakikatnya berita itu adalah mainan dan fitnah media untuk memporak perandakan kerajaan negeri Kelantan yang mendapat mandat besar dari rakyat Kelantan.

Kerajaan BN Terengganulah yang sebenarnya sedang berhadapan dengan seribu satu masalah untuk membentuk kerajaan negeri walaupun mendapat kemenangan besar (dipertikaikan oleh rakyat). Mungkin ini balasan Allah S.W.T terhadap BN kerana ramai mendakwa kemenangan BN di Terengganu adalah dengan penipuan yang dirancang oleh BN dengan bantuan 'parti-parti' komponen BN lain iaitu SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Polis.

Senarai penuh Exco Kelantan.

Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Pengerusi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi: Dato' Ahmad Yaacob

Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Pengerusi: Dato' Husam Musa

Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat
Pengerusi: Dato' Annuar Tan

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Pengerusi: Dato' Takiyuddin Hassan

Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Pengerusi: Nik Mohd Amar Nik Abdullah

Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar
Pengerusi: Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman

Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Pengerusi: Abdul Fattah Mahmood

Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolgi
Pengerusi: Che Abdullah Mat Nawi

Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Pengerusi: Wan Ubaidah Omar

Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Pengerusi: Dr Mohd Fadhli Dato' Hassan


TUN MAHATHIR-KULI-RAFIDAH-MUKHRIZ-RADZI BERSATU TENTANG PAK LAH?


Mungkin Umno akan terus bergolak selepas ini. Hari ini Ku Li secara terbuka melancar 'perang' untuk mencabar Pak Lah bagi jawatan Presiden Umno.

Rafidah pula berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun beliau kecewa dan kesal digugurkan dari jawatannya.

Radzi Sheikh Ahmad juga kecewa tidak dilantik menjadi menteri lantas meletakkan semua jawatannya dalam Umno.

Semua perkembangan amat menarik untuk diikuti dan dianalisa.

Mungkinkah akan berlaku perang besar dalam pemilihan Umno tahun depan berikutan kegagalan Pak Lah mengekalkan kemenangan Umno pada PRU 12 8 Mac lalu.

Kini Pak Lah kebingungan untuk berhadapan dengan serangan dari luar yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim bersama PAS dan DAP malah serangan dari Umno sendiri mula menggila apabila semakin ramai pemimpin dan ahli Umno berani mengkritik Pak Lah secara terbuka.

Mungkin Umno hilang kuasa akibat penghijrahan ahli parlimen BN beramai-ramai menyertai Barisan Rakyat dan tidak sempat untuk melangsungkan persidangan tahunannya tahun depan sebagai kerajaan.

Matilah kau Pak Lah, nak tidur lagi ke?


PAK LAH TERUS DIASAK


Setelah diasak oleh Mukhriz dan Dr Mahathir minggu lalu, kini Pak Lah yang terus mengelamun diasak pula oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli parlimen Gua Musang itu, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.

Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno.Tengku Razaleigh gagal mencabar Abdullah bagi jawatan presiden pada 2004 setelah tidak berjaya mencapai 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan tersebut.

Selain jawatan presiden, Umno juga menetapkan 20 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan majlis tertinggi (5 peratus).Bercakap di sidang media di Kota Bharu petang tadi, Tengku Razaleigh berkata ketewasan besar-besaran Umno dan BN tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Siapa yang bertanggungjawab tidak boleh terus tidur," katanya.Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, juga menggesa kepemimpinan negara mengambil berat kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah yang akan membawa kesan kepada Malaysia.

Katanya, apabila kadar jenayah di negara ini makin meningkat, itu menandakan ekonomi sedang lemah. Beliau, yang juga bekas naib presiden Umno, turut menyatakan sokongan kepada exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menyuarakan desakannya agar Abdullah meletakkan jawatan.

"Mukhriz berhak menyuarakan pendapat, Umno bukan parti satu orang. Setiap ahli Umno berhak bersuara," katanya, yang juga mesra dipanggil Ku Li. Esok, tambahnya, bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat bagi mencadangkan Umno memanggil mesyuarat agung luar biasa untuk membincangkan isu kekalahan teruk Umno.

Mengulas tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), Ku Li berkata sebahagian kritikan pemimpin pembangkang tentang dasar itu ada kebenarannya. DEB, tambahnya, telah lari daripada semangat asal sewaktu ia digubal pada 1970, selepas tragedi rusuhan 13 Mei, bagi membasmikan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Seperti dakwaan pembangkang, beliau bersetuju bahawa wujud amalan kronisme dalam pelaksanaan DEB apabila sesetengah pemimpin atau individu yang rapat dengan mereka menunjukkan kekayaan berlebihan.Sebagai seorang yang terlibat di peringkat awal merumuskan dasar itu, kata Ku Li lagi, beliau menyokong dasar itu diteruskan.

Beliau juga bersetuju dengan gesaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Umno dibersihkan selepas parti itu tewas pada pilihanraya umum 8 Mac.Sebelum itu, bekas pengasas Parti Melayu Semangat 46 itu disambut meriah oleh kira-kira 100 penyokong di lapangan terbang Pengkalan Chepa, kira-kira setengah jam dari kediamannya di Palm Manor.


UMNO MAKIN PARAH, BARISAN RAKYAT MAKIN PADU


Azizah dilantik Ketua Pembangkang

Di saat parti-parti komponen BN semakin goyah dan di landa krisis terutama Umno dan MIC, ketiga-tiga komponen parti dalam Barisan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP sepakat melantik wakil Permatang Pauh, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat bagi penggal ini susulan kejayaan PKR mendapat jumlah kerusi paling banyak.

PKR menguasai 31 kerusi parlimen, DAP dan PAS masing memperoleh 28 dan 23 kerusi.

Dr Wan Azizah, yang juga presiden PKR, disokong oleh tokoh utama DAP Lim Kit Siang, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan ringkas, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini berkata Dr Wan Azizah kekal dengan jawatan itu sehingga Anwar mengambil alihnya selepas layak bertanding dan menang.

Kenyataan tiga perenggan itu dikeluarkan oleh PKR tengah hari ini.Semalam Lim, ketua pembangkang pada sesi lalu, menyatakan sokongannya pada pelantikan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang.

Sejak 1969, Lim mengepalai parti pembangkang sehingga tewas pada 1999. Beliau berkhidmat selama 34 tahun.Presiden PAS waktu itu Datuk Fadzil Noor menggantikannya susulan kemenangan besar partinya ekoran kes pemecatan Anwar.

Tugas itu kemudian dipikul oleh Abdul Hadi sehingga 2004.


Kenyataan bersama Ketiga-tiga pemimpin Barisan Rakyat

Dalam satu keputusan bersejarah malam tadi, para pemimpin KeADILan, PAS dan DAP bersetuju untuk membentuk satu barisan yang lebih padu bagi memenuhi tuntutan sebuah 'kerajaan menunggu' di peringkat Pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu, parti-parti terbabit juga sebulat suara bersetuju mencadangkan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sehinggalah Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Berikut disiarkan kenyataan penuh tiga perenggan pemimpin-pemimpin parti terbabit:
Adalah diumumkan bahawa kami Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Ustaz Abdul Hadi Awang pagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dalam satu pertemuan pada malam 18 Mac 2008 bahawa hasrat rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini perlulah dihormati dan dilaksanakan oleh kami dan parti-parti kami.

Kami bersetuju bahawa kerjasama yang lebih erat perlu dipertimbangkan dengan serius dengan mengambil kira hasrat rakyat untuk mewujudkan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang baru dan boleh membawa perubahan-perubahan besar kepada rakyat.

Kami juga bersetuju mencadangkan YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat, iaitu parti pembangkang terbesar di Parlimen ke-12, sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang baru, sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim layak bertanding untuk kerusi Parlimen.

Ybgh Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Lim Kit Siang
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


UMNO MAKIN PARAH, RADZI LETAK JAWATAN SU AGONG, RAFIDAH MENYUSUL


Kekalahan Umno menyebabkan Pak Lah menjadi tidak keruan. Kekalutan dalam Umno semakin membarah hari ini apabila Setiausaha Agongnya Radzi Sheikh Ahmad mengumumkan perletakan jawatannya di dalam Umno dan BN.

Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dilantik semula ke kabinet mungkin berasa dirinya diketepikan oleh Pak Lah sehingga membuat keputusan mengejutkan ini.
Beliau memberi alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan.Perdana Menteri, yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menerima peletakan jawatan Radzi.

Pemerhati politik berpendapat keputusan Radzi untuk melepaskan jawatan itu serta-merta ada kaitan keputusan Perdana Menteri tidak melantiknya semula menganggotai kabinet.Ianya juga dipercayai ada kaitan dengan kekalutan politik Umno Perlis, khususnya berhubung dengan isu pelantikan menteri besarnya.
Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, beliau memegang jawatan menteri hal ehwal dalam negeri.Sebelum pilihanraya umum lalu, Radzi secara terbuka mengecam menteri besar Perlis ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menurutnya harus diganti.

Selain Radzi, ahli parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet yang diumumkan perdana menteri samalam.

Radzi dilahirkan pada 24 Februari 1942 di Jalan Pegawai, Kangar, Perlis. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar sebelum meneruskan pendidikan di Maktab Tentera Diraja. Pada 1961 beliau mengambil Barrister-at-Law, Inns of Court di Middle Temple, London.
Beliau pernah berkhidmat dengan perkhidmatan kehakiman sebagai timbalan pendakwa di Selangor dan kemudian Presiden Mahkamah Sesyen di Klang. Kemudian beliau meninggalkan perkhidmatan kehakiman dan membuka firma guammnya sendiri.
Kerjaya beliau dalam politik bermula apabila bertanding dalam pilihanraya umum 1982 bagi Parlimen Kangar dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. Pada tahun 1989, beliau menyertai parti Semangat 46 selepas Umno diharamkan dan beliau dipecat dari Umno.Beliau kemudiannya menyertai semula Umno pada tahun 1990 selepas keluar dari parti Semangat 46 dan dipilih bertanding semula di Parlimen Kangar pada tahun 2004.

Selepas itu, Radzi dilantik menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya Menteri Dalam Negeri pada 2006. Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Umno pada 1 Jun 2004 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka.


Rafidah juga mungkin letak jawatan

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz akan mengadakan sidang akhbar khas di tengah-tengah spekulasi beliau akan melepaskan jawatan ketua Wanita Umno.

Rafidah yang memenangi kerusi parlimen Kuala Kangar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, tidak dilantik semula menganggotai barisan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi semalam.

Rafidah, 65, menganggotai kabinet sejak tahun 1986. Abdullah melantik naib presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui kementerian berkenaan.

Beliau dijangka mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Wanita Umno dalam sidang akhbar yang akan diadakan di pejabatnya pada jam 2.30 petang nanti.Selaku ketua Wanita Umno, Rafidah juga merupakan ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Pagi ini, Datuk Radzi Sheikh Ahmad - yang juga tidak dilantik semula menganggotai kabinet - telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha agung Umno dan BN berkuatkuasa serta-merta.

Abdullah telah menerima peletakan jawatan Radzi.

Naib ketua Wanita Umno, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Lembah Pantai, telah dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Abdullah dalam hal ehwal wanita.

Para penyokong Rafidah berkumpul ke kediaman perdana menteri di Putrajaya malam tadi kerana membantah pengguguran Rafidah daripada kabinet, walaupun beliau merupakan ketua Wanita Umno.

Rafidah memegang jawatan tersebut pada 1984 - kecuali satu penggal dari 1996 hingga 1999 - apabile beliau ditewaskan oleh Datuk Siti Zaharah Sulaiman. Ini adalah kali pertama Wanita Umno tidak mempunyai wakilnya dalam kabinet.


Shahrizat lwn Azalina?
Perkembangan terbaru itu terus mencetus spekulasi mengenai pengganti Rafidah untuk menerajui pergerakan Wanita Umno.
Jika sah berlaku kekosongan jawatan tersebut, para pemerhati politik menjangka menyaksikan pertembungan antara Shahrizat dengan bekas ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman Said yang kini menjadi menteri pelancongan.
KITA TUNGGULAH SAAT KEHANCURAN UMNO SELEPAS INI


KABINET CACA MARBA


(Sila klik atas gambar untuk imej lebih besar)r)
Inilah barisan kabinet caca marba Pak Lah yang memuatkan beberapa orang yang dipertikaikan integriti dan latarbelakang masing-masing antaranya :-

1) Bekas 'penculik' Puteri Sultan Selangor dan pembawa wang 'cash' yang banyak di tangkap di Australia - Mike Tyson.

2) Pendokong kuat IFC yang ditentang oleh sebahagian besar Umat Islam Malaysia juga menganut Islam Liberal, pernah menyaman kerajaan Kelantan atas isu Hudud dan juga didapati bersalah kerana politik wang sehingga digantung jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Baharu - Zaid Ibrahim.

3) Kementeriannya terlibat dengan penyelewengan pembelian alatan IKBN - Azalina Othman Said - (Wakil Pemuda Umno????)

4) Gagal menjalankan peranan sebagai Menteri yang menjaga harga barang - Shafei Afdal

5) Pernah mengharuskan perbuatan zina HARUS hukumnya oleh sebab kesempitan hidup - Ustazah Mashitah Ibrahim kaki pembodek

6) Menandatangani memo menyokong penubuhan IFC, maki hamun dalam parlimen - Nazri Aziz Samseng

7) Dikatakan ada skandal - Ismail Sabri Yaakub

8) Kaki lompat parti - Ahmad Shabery Chik

9) Kaki lompat parti - Rais Yatim

10) Dituduh makan rasuah - Johari Baharom


APAKAH PAK LAH TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA WARAS SEHINGGA MELANTIK INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERMASALAH INI.

BUKANKAH ADA 78 AHLI PARLIMEN UMNO YANG MENANG PADA PRU 12 YANG LALU, MENGAPA MP-MP YANG TIADA KONTROVERSI TIDAK DILANTIK.?


Tuesday, 18 March 2008

MINAH SENGET TERKELUAR, MAT TYSON DISUMBAT MASUK


Minah senget ditendang keluar dari kabinet Pak Lah dalam pengumuman kabinet baru BN yang hampir kecundang pada PRU 12 8 Mac lalu.

Malangnya Pak Lah masih gagal berfikir secara waras apabila melantik semula Mike Tyson yang sarat dengan skandal termasuk membawa duit 'cash' bernilai jutaan ringgit keluar negeri; melarikan anak Sultan dan bermacam-macam lagi.

Orang seperti inilah yang dilantik oleh Imam Hadhari. Bukankah ada seramai 78 orang ahli parlimen Umno yang menang. Apakah tidak ada lagi Ahli Parlimen lain yang layak untuk mengisi jawatan menteri kabinet yang dihadiahkan Mike Tyson.

Atau adakah Imam Hadhari membuat perjanjian sebelum pilihanraya bahawa Mike Tyson tidak dipilih untuk bertanding tetapi akan dilantik menjadi menteri ikut pintu belakang. Begitu juga adakah Zaid Ibrahim Al IFC, Ustazah Mastura Ibrahim Al Bodeki juga dijanjikan perkara yang sama - digugurkan dari bertanding tetapi mendapat habuan mengganggotai kabinet dengan jalan mudah - dilantik menjadi senator.

Inilah standard pemikiran Imam Hadhari.

Bersambung ..........


BARISAN KABINET PAK LAH


Inilah barisan kabinet Pak Lah yang diumumkan sebentar tadi.

Prime MinisterAbdullah Ahmad Badawi (Umno)

Deputy Prime MinisterNajib Razak (Umno)

Finance MinisterAbdullah Ahmad Badawi (Umno)

Second Finance MinisterNor Mohamed Yakcop (Umno)
Deputies: Ahmad Husni Hanadzlah (Umno), Kong Cho Ha (MCA)

Defence MinisterNajib Razak (Umno)
Deputy: Abu Seman Yusop (Umno)

Housing and Local Government MinisterOng Ka Chuan (MCA)
Deputy: Robert Lau Hoi Chew (Supp), Hamzah Zainuddin (Umno)

Works MinisterMohd Zin Mohamed (Umno)
Deputy: Yong Khoon Seng (Supp)

Energy, Water and Communications MinisterShaziman Abu Mansor
Deputy: Joseph Salang GandumAgriculture and Agro-Based Industry

MinisterMustapa Mohamad (Umno)
Deputy: Rohani Abdul Karim (Umno)

International Trade and Industry Minister Muhyiddin Yassin (Umno)
Deputy: Leow Wei Keong (LDP), Yaakob Dungau Sagan

Foreign MinisterRais Yatim
Deputy: Tengku Azlan Sultan Azlan Abu Bakar (Umno)

Education MinisterHishammuddin Hussein (Umno)
Deputies: Dr Wee Ka Siong (MCA), Razali Ismail (Umno)

Transport MinisterOng Tee Keat (MCA)
Deputy: Anifah Aman Health MinisterLiow Tiong Lai (MCA)

Deputy: Dr Abdul Latiff Ahmad (Umno)

Human Resources MinisterS Subramaniam (MIC)
Deputy: Noraini Ahmad (Umno)

Home Affairs and Internal Security MinisterSyed Hamid Albar (Umno)
Deputies: Chor Chee Heung (MCA), Wan Ahmad Farid (Umno)

Women, Family and Community Development MinisterDr Ng Yen Yen (MCA)
Deputy: Norliah Kasmon

Culture, Arts, Heritage and National Unity MinisterShafie Apdal (Umno)
Deputy: Teng Boon Soon (MCA)

Science, Technology and Innovation MinisterDr Maximum Ongkili
Deputy: Fadillah Yusof

Entrepreneurial and Cooperative Development MinisterNoh Omar (Umno)
Deputy: Saifudin Abdullah

Higher Education MinisterKhaled Nordin (Umno)
Deputies: Idris Haron (Umno), Dr Hou Kok Chung (MCA)

Information MinisterAhmad Shabery Cheek (Umno)
Deputy: Tan Lian Hoe (Gerakan)

Natural Resources and Environment MinisterDouglas Uggah Embas (PPB)
Deputy: Abdul Ghapur Salleh (Umno)

Rural and Regional Development Minister Senator Muhammad Muhammad Taib (Umno)Deputy: Joseph Entulu

Domestic Trade and Consumer Affairs MinisterAbdul Shahrir Samad (Umno)
Deputy: Jelaing Mersat

Plantation Industries and Commodities MinisterPeter Chin Fah Kui (Supp)
Deputy: Kohilan Pillay (Gerakan)

Youth and Sports MinisterIsmail Sabri Yaakob (Umno)
Deputy: Wee Jack Seng (MCA)

Tourism MinisterAzalina Othman Said (Umno)
Deputy: Sulaiman Abu Taib (PBB)

Federal Territories MinisterZulhasnan Rafique (Umno)
Deputy: M Saravanan (MIC)

Minister in the Prime Minister's Department

Zaid Ibrahim (Umno, to be appointed senator) - legal affairs
Zahid Hamidi (Umno)
Bernard Dompok (Upko)
Mohamed Nazri Abdul Aziz (Umno)


KERAJAAN BARISAN RAKYAT MULA TUNAIKAN JANJI KEPADA RAKYAT MASING-MASING


Walaupun baru sehari dua memerintah, kerajaan Barisan Rakyat di beberapa negeri mula menunaikan janji-janji manisfesto mereka walaupun mereka dicemuh dan dihina oleh BN kononnya janji-janji itu hanyalah omongan kosong untuk menipu rakyat.

Kedah beri tiket percuma, turunkan cukai tanah

Kedah bawah kerajaan pimpinan PAS-PKR akan menurunkan tidak lebih 30% cukai tanah daripada kadar hari ini, kata menteri besarnya Azizan Abdul Razak.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian," katanya seperti laporan Bernama.

Azizan juga menghadiahkan tiket percuma kepada rakyat negeri itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Beliau dilaporkan berkata, Kedah akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajaan negeri dan jumlah potongan itu diumumkan kelak.

Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, Azizan antaranya berhasrat memajukan lagi industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan menambah produk pelancongan, termasuk menarik lebih ramai pengembara dari Timur Tengah.

Beliau dilaporkan berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau itu dan Kedah turut merancang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi berasingan untuk wanita dan lelaki.

Selangor tunai janji air percuma

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bercadang menyemak perjanjian bekalan air yang dimeterai antara dua syarikat dengan pentadbiran BN sehari sebelum hari pengundian.

Semakan itu perlu bagi mengelak kemungkinan perjanjian itu - untuk mengurus dan merawat bekalan air mentah di loji Sungai Sireh, Tanjung Karang - dibuat secara berat sebelah demi mengayakan pihak tertentu, katanya di sidang media di kediaman rasminya di Shah Alam.

Semakan itu juga untuk membolehkan Selangor, yang diketuai oleh PKR, menunaikan janji dalam manifestonya - bekalan air secara percuma kepada rakyat negeri itu.

Beliau tidak menyebut tarikh tepat pelaksanaan program itu susulan semakan perjanjian air antara Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dengan kerajaan negeri belum bermula.

Bekalan air percuma kepada rakyat Selangor sehingga 20 meter padu dirancang berkuatkuasa mulai April ini. Turut hadir pada sidang akhbar itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pulau Pinang dan Perak hapuskan saman kerajaan tempatan

Di Perak dan Pulau Pinang, Menteri Besar dan Ketua Menterinya mengumumkan pemansuhan segala saman kerajaan tempatan yang dikeluarkan kepada rakyat sehingga ke tarikh perlantikan kedua-dua ketua kerajaan negeri tersebut.

Perkembangan ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan-kerajaan Barisan Rakyat. Ini baru dua tiga memerintah.


NYAWA KABINET ISLAM HADHARI TIDAK PANJANG


Nyawa kabinet Islam Islam Hadhari yang akan diumumkan oleh Imam Hadhari jam 12 tengahari ini mungkin tidak panjang jika dakwaan Anwar bahawa ramai di kalangan YB BN akan menyeberang menyertai Barisan Rakyat.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar.Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil rakyat BN dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan diberikan ganjaran.

"Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya. Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Anwar mengesahkan beliau kini sedang mendapatkan dukungan ahli-ahli parlimen BN dari Malaysia timur, kumpulan sokongan besar yang boleh menumbangkan parti itu jika berlaku pertukaran parti.BN menguasai 51 kerusi di Sabah dan Sarawak, sementara DAP hanya menang dua. PKR gagal di semua kerusi.

Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 daripada 222 kerusi parlimen, kurang 40 kerusi lagi untuk memerintah dengan majoriti mudah


Monday, 17 March 2008

WAKIL RAKYAT BN CADANG LOMPAT PARTI - ANWAR


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau kini sedang mengadakan rundingan dengan sejumlah anggota parlimen BN yang berhasrat berpindah kepada parti-parti pembangkang setelah parti pemerintah itu mengalami ketewasan besar-besaran baru-baru ini.

"Mereka datang dan mendekati kita," kata Anwar, dengan menambah beliau telah bercakap dengan "sejumlah" wakil dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan dibayar."Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah," katanya.

Tambahnya, mereka dialu-alukan beralih parti "jika mereka menerima agenda kita".

Malaysiakini

SIAPAKAH YANG HENDAK LOMPAT PARTI TERSEBUT? TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA SELEPAS INI


ISU MB PERLIS MAKIN KALUT: ADA CALON KETIGA PULAK DAH!!!!!!!!!!


Krisis mencari calon menteri besar Perlis nampaknya masih jauh daripada penyelesaian apabila nama ketiga disebut-sebut sebagai langkah "jalan tengah" meredakan ketegangan antara dua pihak.

Kumpulan majoriti wakil rakyat mendukung Datuk Dr Md Isa Sabu (Bintong) dengan sokongan istana, sementara satu lagi kumpulan cuba mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan mengambil sokongan Perdana Menteri, dan juga pengerusi BN.Dr Md Isa dilaporkan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat, paling awal 5.30 petang ini.

Namun ini, muncul pula nama ketiga Khairi Hassan (Mata Ayer) - difahamkan nama ini dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengadakan rundingan dengan pihak-pihak terbabit semalam.

Malaysiakini difahamkan nama Khairi telah dimaklumkan sendiri oleh Abdullah kepada Raja Perlis.

Jadi majlis angkat sumpah petang ini belum tentu berlangsung mungkin ditangguhkan.

Umno ini kalah pun kalut menang lagi KALUT. Kalau dah berebut sama sendiri bubar sahaja DUN Perlis adakah Pilihanraya Negeri sekali. Kita lawan Gang Shahidan, Gang PAS-BA dan Gang Radzi barulah anak jantan namanya.


GAMBAR-GAMBAR YANG SANGAT RELEVAN SEKARANG






GEMPAR ; SEMUA DOKUMEN DALAM BILIK MENTERI BESAR DAN EXCO KEDAH HILANG


Terbukti bahawa Bekas MB dan Exco-exco Kerajaan Negeri Kedah penggal lalu amat takut dan gusar dengan tindakan yang mungkin diambil ke atas mereka.

Kegusaran ini terbukti apabila semua dokumen di dalam bilik MB dan Exco-Exco Kedah hilang semasa MB dan Exco-Exco baru memasuki pejabatnya semalam.

Diberitakan tidak ada sehelai kertas pun yang tinggal di dalam bilik mereka. Apa sebabnya semua dokumen ini hilang. Jawapannya sudah tentu dapat difikirkan oleh Tuan-tuan dan puan-puan.

Laman web Kelantankini yang dipetik dari Web Tranungkite melaporkan berita di bawah :

MENGEJUTKAN! Itulah yang berlaku kepada pejabat Menteri Besar dan anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah apabila semua dokumen rasmi didapati hilang ketika mereka memasuki pejabat masing-masing, hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak yang enggan membuat sebarang tuduhan berkata, insiden berkenaan akan disiasat dan satu laporan polis akan dibuat, demikian menurut laporan The Star Online hari ini.

Ustaz Azizan mengarahkan anggota Exco kerajaan negeri, Phahrolrazi Zawawi untuk menyiasat kes kehilangan dokumen tersebut.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa tanpa sebarang bukti." kata Ustaz Azizan.
Phahrolrazi pula berkata "Tidak ada sehelai kertas pun di dalam kesemua pejabat. Ini satu perkara yang serius kerana semua dokumen-dokumen tersebut adalah hakmilik Ahli majlis mesyuarat dan bukan milik peribadi".


Beliau menambah: "Kami sedang menyoal siasat pegawai-pegawai kerajaan yang bertugas. Tiada siapa yang berhak untuk meindahkan sebarang dokumen kerajaan tanpa kebenaran".
Katanya insiden berkenaan sangat memeranjatkan kerana semua bekas Exco tidak berhak memasuki bangunan pejabat kerajaan tanpa kebenaran.


"Tidak ada sehelai kertas pun di dalam kesemua pejabat. Ini satu perkara yang serius kerana semua dokumen-dokumen tersebut adalah hakmilik Ahli majlis mesyuarat dan bukan milik peribadi.

"Kami memerlukan minit mesyuarat untuk memeriksa perkembangan projek2 dan pelbagai urusan lain yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat Exco sebelum ini," sambung Phahrolrazi.


IR NIZAR ANGKAT SUMPAH MB PERAK KE 10


Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dengan rasmi menjadi Menteri Besar Perak ke 10 dalam majlis angkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Majlis yang bermula pada jam 11.40 pagi turut dihadiri oleh Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Harussani Zakaria, Bekas MB Tajol Rosli Ghazali dan ADUN-ADUN.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Husam Musa, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ahmad Awang dan Pengerusi PKR Perak Zulkifli Ibrahim turut hadir.

Selepas ini, Mohamad Nizar dijangka akan mengumumkan bahawa semua saman yang dikeluarkan oleh Majlis Kerajaan Tempatan sehingga ke hari ini akan dimansuhkan.


PAK LAH BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK


Imam Hadhari semakin hari semakin terdesak. Jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno semakin hari semakin mendapat bantahan. Sebelum PRU 12, bantahan dan desakan hanya secara sembunyi-sembunyi, hanya Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang berani mendesak secara anak jantan. Orang lain semuanya 'kecut perut'. \

Tetapi selepas kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 lalu, bantahan dan desakan supaya Imam Hadhari berundur dibuat secara terang-terangan. Ianya dimulakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir.

Kemungkinan besar Ku Li dan Pemuda Umno Johor juga ingin mendesak Imam Hadhari meletakkan jawatan, tetapi desakan mereka agak 'berlapik' apabila hanya meminta Imam Hadhari mengadakan Perhimpunan Agong Umno luar biasa untuk membincangkan kekalahan Umno. Namun kita percaya bahawa jika ianya diadakan sudah tentu perhimpunan itu akan menjadi medan untuk menghentam Imam Hadhari dan mungkin juga suatu undi dipercaya akan diusulkan oleh perwakilan-perwakilan Umno.

Namun itu nampaknya Imam Hadhari memang tidak tahu malu dan tiada maruah. Seperti kata Tun Mahathir kalau di Jepun sudah tentu pemimpin mereka akan menjalankan Harakiri apabila berlaku musibah seperti ini. Tetapi Imam Hadhari masih mahu memegang tampuk pemerintahan walaupun imejnya terus tercalar dengan kekalahan Bn ini.

Inilah pemimpin Umno, yang sememangnya tidak bermaruah dan beradab. Dah tahu rakyat tolak masih mahu duduk di kerusi panas PM tu.

DASAR MUKA TEMBOK.


Laporan Malaysiakini


Umno digesa adakan perhimpunan khas

Umno digesa mengadakan segera perhimpunan khas Umno untuk membincangkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac lalu yang menyaksikan Umno kalah teruk dan Barisan Nasional (BN) kehilangan empat negeri kepada pembangkang dan gagal merampas Kelantan dari PAS.Gesaan tersebut dibuat oleh pergerakan Umno Johor dan juga bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.


Dalam pilihanraya umum ke-12, BN hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di parlimen. Selain itu, BN juga kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang.Dalam surat yang bertarikh 12 Mac yang dihantar kepada kesemula 193 ketua bahagian Umno di seluru negara, bekas menteri kewangan itu menggesa mereka supaya meminta diadakan mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei depan ekoran kekalahan teruk Umno pada 8 Mac lalu.

Pemuda Umno Johor pula mahu perhimpunan khas diadakan sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor, Suhaimi Khalid berkata, perhimpunan khas Umno hendaklah diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Perhimpunan khas ini akan membolehkan anggota parti bermuzakarah antara satu sama lain untuk selesai masalah. Kita tak boleh tuduh sesama sendiri sebaliknya bermuhasabah.

"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno," katanya kepada Bernama dari Kota Tinggi, Johor hari ini.

Beliau berkata pertikaian pendapat yang timbul melibatkan pemimpin dan ahli anggota Umno sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan parti, sebaliknya melemahkan orang Melayu.Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau mencadangkan mesyuarat agung luar biasa itu diadakan pada 11 Mei kerana ia merupakan hari Umno ditubuhkan pada 1946.

Beliau gagal mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Abdullah Badawi bagi jawatan presiden pada 2004 kerana gagal mendapatkan 30 peratus pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan beliau mencabar jawatan tersebut.Selain jawatan presiden, parti itu juga menetapkan 20 peratus pencalonan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus) dan majlis tertinggi (5 peratus).

Menurut beliau, dalam pilihanraya umum 1955, Umno menguasai dua pertiga kerusi parlimen, tetapi hari ini, ia menjadi suara minoriti di Dewan Rakyat.Oleh itu, di peringkat pusat, Umno kini bukanlah satu kuasa politik yang kuat, kata ahli Parlimen Gua Musang.Pada tahun 2004, katanya, Umno mempunyai 107 daripada 219 kerusi parlimen tetapi kini ia hanya menguasai 78 daripada 222 kerusi parlimen.

Kekalahan teruk

Paling teruk lagi, kata Tengku Razaleigh, pada pilihanraya umum ke-12 ini, BN kehilangan empat kerusi - Pulau Pinang yang merupakan negeri presiden Umno jatuh kepada pembangkang (DAP), Kedah (PAS), Perak (DAP walaupun menteri besar dari PAS) dan Selangor (PKR).Katanya, ahli-ahli Umno tidak seharusnya 'menuding jari kepada sesiapa' dan melepas tangan terhadap kekalahan teruk parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Pada masa yang sama, Tengku Razaleigh berkata, parti itu juga tidak seharusnya membiarkan pucuk pimpinannya membuat kesilapan seumpama itu.Menurutnya, ia menjadi tanggungjawab bersama ahli Umno dari peringkat cawangan dan bahagian hingga kepada majlis tertinggi dan bukannya tanggungjawab segelintir pemimpin tertinggi parti sahaja.

Mesyuarat agung luar biasa itu, katanya, boleh meneliti dan mengkaji kekalahan teruk BN dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.Katanya, ia harus mencari jawapan mengapa pengundi Cina dan India menolak calon-calon dari parti-parti komponen BN - MCA dan MIC.Tengku Razaleigh berkata, ia juga harus mencari jawapan mengapa calon penyandang dari Umno kalah kepada calon PKR dan PAS.Jika tidak, katanya, BN dan Umno tidak akan memerintah lagi selepas pilihanraya umum akan datang.

Ketika itu, katanya, barisan pembangkang PKR-DAP-PAS akan menubuhkan kerajaan pusat dan perdana menteri mungkin dari PKR dan timbalan perdana menteri dari DAP.BN pula, katanya, akan menjadi parti pembangkang yang lemah dan tidak bersatu padu manakala Umno pula tidak akan mampu mewakili suara orang Melayu lagi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59