Monday, 25 February 2008

Undi BA, jadikan Abdullah Ketua Pembangkang di Parlimen


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat memberikan undi pada Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kali ini untuk memastikan Presiden Umno menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.

Bukan sahaja Dato' Seri Abdullah rakyat juga disaran menghukum Timbalannya, Dato' Seri Najib supaya mengalami nasib yang sama agar memudahkan Kerajaan BA menghantarnya menjadi Duta di Monggolia.

Jelasnya, itupun kalau rakyat di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dan Pekan, Pahang mahukan khidmat mereka sebagai Ahli Parlimen dilanjutkan.

"Jika mereka menang pun biar sekadar menjadi Ketua Pembangkang manakala Najib kita hantar sebagai Duta di Monggolia," tegasnya ketika memberikan amanat pada pengundi sempena mengumumkan nama-nama calon KeAdiLan di Taman Kelasah, Permatang Pauh semalam.

Menurut Dato' Seri Anwar, pemuda yang mahu bekerja untuk Umno sila jalankan kerja seperti biasa kerana mungkin takut diugut kerana berkhidmat dengan kerajaan tetapi ingat bila undi nanti biar memangkah BA.

Beliau memberitahu, jika sekiranya mereka mendapat habuan kurang daripada RM400.00 untuk laksanakan kerja BN bermakna mereka telah ditipu kerana sejak dulu BN tidak pernah membayar kurang daripada itu.

"Kita tahu jika mereka nak kerja untuk BN kerjalah tapi kena ingat pembayaran mesti beres jangan ditipu. Lazimnya pembayaran lebih dari RM400.00 semalam jika dapat kurang dari itu bermakna ada orang ambil peluang terhadap jentera muda, " tambahnya lagi.

Jika dapat pula kata beliau, jangan lupa bagi sebahagiannya pada BA untuk melawan mereka balik kerana wang itu adalah wang rakyat.

Seandainya diberikan bendera untuk dinaikkan, jentera pemuda Umno usah sangkutkan di tiang tinggi sebaliknya setengah tiang sahaja kerana Umno bakal mati menjelang pilihan raya kali ini.

"Sangkut bendera BN setengah tiang sahaja baru sesuai dengan umur mereka yang tidak panjang, "jelasnya dengan gelak ketawa ribuan hadirin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

jiwamelayu said...

ada kawan saya kata macam ni:

terima hakikat, PAS tidak akan bisa dapat memerintah Malaysia. mereka bertanding 66 dari 222 kerusi Parlimen, manakala DAP kalau tak silap 80+. PKR pulak 97. dan ingat, daripada 66 kerusi yang ditandingi PAS, berani aku kata nak dapat 30 pun susah. tengok pada PRU11 yang lalu, DAP lagi banyak menang kerusi Parlimen dari PAS. kalau BA dapat 2/3 daripada kerusi Parlimen pun, DAP still akan jadi Ketua Kerajaan, manakala PAS 'orang kanan sahaja'. inikah yang anda mahu?

macamana nak jawab ni?

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59