Thursday, 14 February 2008

PRESIDEN PAS ANAK JANTAN


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Gur Haji Abdul Hadi Awang sedia bertanding satu lawan satu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Parlimen Kepala Batas dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Katanya beliau akur untuk bertanding di kawasan tersebut jika itu yang dimahukan oleh parti berkenaan.

"Kalau parti minta saya bertanding (di Kepala Batas), saya sedia. Saya ikut keputusan parti. (Tetapi) bertanding atau tidak bertanding bukannya penting, yang penting kita buat kerja untuk perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Kuala Terangganu ketika bagi mengulas pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, demikian menurut Bernama.

Abdul Hadi, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu terserah kepada
PAS Pulau Pinang untuk menentukannya.

"Apa yang pasti, PAS akan bertanding satu lawan satu (dengan calon Barisan Nasional) di Kepala Batas," katanya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertanding di kawasan-kawasan lain jika dicalonkan untuk berbuat demikian.

Dalam pilihanraya umum 2004, Abdul Hadi bertanding di kerusi Parlimen Marang tetapi tewas dengan majoriti 163 undi kepada calon BN, Datuk Abdul Rahman Bakar yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59