Wednesday, 13 February 2008

POLIS PENCEN DILANJUT KONTRAK, SISWAZAH MENGANGGUR DIBIARKAN TERUS 'TANAM ANGGUR'



Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bersara tahun ini akan ditawar meneruskan perkhidmatan untuk tempoh tiga tahun lagi bagi memantapkan dan meningkatkan keupayaan pasukan itu membanteras jenayah.

Perdana Menteri, Imam Hadhari, berkata langkah itu adalah pendekatan sementara bagi menambah anggota polis terlatih dan berpengalaman yang diperlukan segera kerana pengambilan baru mengambil masa lama.

"Langkah ini saya fikir baik, malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, juga mengakui kebaikan menawarkan mereka yang akan bersara tahun ini untuk terus berkhidmat dengan PDRM.


"Kalau kita mengambil anggota polis mengikut prosedur biasa dan berdasarkan kemampuan pusat latihan PDRM, maka ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk mencapai matlamat 60,000 anggota baru menjelang 2010," katanya.

Nampak jelas kerajaan BN hari ini tidak mempunyai perancangan yang baik sehingga terpaksa melanjutkan perkhidmatan Polis pencen sedangkan terdapat begitu ramai siswazah menganggur yang sepatutnya di ambil untuk mengisi kekosongan ini.

Alasan kerana tidak cukup pusat latihan merupakan alasan yang dangkal kerana mereka boleh merombak prosedur latihan seperti mengujudkan program latihan sambil kerja dan sebagainya.

Persoalannya mengapa kerajaan dan PDRM tidak membuat perancangan rapi untuk menubuhkan lebih banyak pusat latihan? Pemimpin BN lebih suka menjalankan projek-projek mega dan tidak bermanfaat sehingga mengenepikan pembinaan dan penubuhan Pusat Latihan Polis.

Kita juga yakin bahawa siswazah menganggur yang jumlahnya lebih dari 60,000 orang ini boleh dilatih dalam kadar yang singkat kerana mereka sememangnya pintar dan mudah diajar sesuai dengan kelulusan mereka.

Adalah jelas bahawa kerajaan dan pemimpin BN sebenarnya sudah ketandusan idea dan perancangan untuk mentadbir sehingga perkara sekecil inipun tidak dapat difikirkan oleh mereka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59