Friday, 15 February 2008

PAS DAN PEMBANGKANG MELAKA TAWAN SEKURANG-KURANGNYA 15 KERUSI DUN?



Senario politik semasa yang penuh dengan isu kontroversi benar-benar merimaskan pemimpin kerajaan BN. Satu demi satu isu yang timbul ternyata membuat pemimpin tertinggi BN tidak senang duduk. Barangkali itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum mendapat `ilham’ untuk membubarkan parlimen walaupun desas-desus pembubaran tersebut telah bertiup kencang sejak awal tahun lalu.

Pada mulanya pemerhati politik menjangkakan ia akan dibubarkan seawal Jun 2007, namun ianya tidak menjadi kenyataan. Selepas itu sekelian rakyat tertumpu pula kepada pembentangan Bajet 2008 di mana ada yang menjangkakan parlimen akan dibubarkan beberapa minggu selepas pembentangan Bajet 2008 tersebut. Tetapi sekali lagi Pak Lah `tidak jadi’ untuk membubarkan parlimen. Mungkin kerana congakan beliau bahawa rakyat akan memberikan reaksi positif terhadap ’umpan’ Bajet 2008 itu, malang bagi Pak Lah apabila rakyat mentertawakan janji manis Pak Lah dalam Bajet 2008.

Antaranya janji untuk memberikan pendidikan percuma dengan menghapuskan yuran persekolahan, tetapi hakikatnya rakyat sedar bahawa yuran yang dihapuskan hanyalah RM4.50 untuk Sekolah Rendah dan RM9.00 untuk sekolah menengah sedangkan yuran-yuran lain masih dikenakan. Malah rakyat juga tahu bahawa mahasiswa-mahasiswi terpaksa menanggung beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan sebaik sahaja tamat pengajian mereka dimestikan membuat pembayaran hutang-hutang tersebut.

Akhirnya setelah telahan dan ramalan pemerhati politik beberapa kali tersasar jauh, kini tarikh keramat tersebut sudah diumumkan oleh Pak Lah iaitu 13 Februari lalu parlimen dibubarkan. Ramai juga mendabik dada kerana ramalan dan telahan mereka menjadi kenyataan kerana 'ahli nujum Pak Belalang' ini memang menjangkakan Pak Lah mencari angka 13 sebagai tarikh keramat yang mungkin memberikan 'ong' padanya.

Penamaan pula ditentukan pada 24 Februari dan Pengundian pada 8 Mac. Pengerusi Parti komponen BN yang terbaru iaitu SPR dengan bangga mengumumkan tarikh tersebut dan beriya-iya mengatakan SPR memang telus dan sentiasa mendengar segala 'complaint' rakyat dan parti politik.

PAS Melaka sudah bersedia?

PAS sebagai sebuah parti pembangkang sudah bersedia dengan segala kelengkapan dan jentera untuk menghadapi ’bala tentera’ BN walaupun pada hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan bukan sahaja jentera BN malah sebenarnya `tentera` kerajaan.

Agensi-agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penerangan, Rakan Muda dan lain-lain sudah pasti akan terus memainkan peranan masing-masing menjadi jentera parti-parti komponen BN. Agensi-agensi ini lebih sesuai diberikan nama jolokan sebagai parti-parti komponen BN.

Walaupun terhimpit dengan fitnah, tipu muslihat, ugutan dan sebagainya, jentera PAS terus bersemangat untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya mengundi BN. PAS Melaka tidak ketinggalan menggerakkan seluruh jentera dan `askar-askar`nya sebaik sahaja pilihanraya umum lalu berakhir.

Atas usaha dan kesabaran tersebut di tambah dengan isu-isu nasional dan tempatan yang jelas memihak kepada pembangkang maka tidak hairanlah PAS Melaka sudah bersedia untuk memimpin kerajaan negeri Melaka atau pun mengetuai barisan pembangkang di Dewan Undangan Melaka selepas Pilihanraya Umum ke-12 ini.

Menurut seorang pemerhati politik, Salleh Othman dari Batu Berendam, PAS Melaka kali ini diyakini bakal membuat kejutan dengan memenangi banyak kerusi DUN dan hampir pasti dapat menubuhkan kerajaan campuran dan rakan-rakan pembangkang andaikata gabungan tersebut berjaya memenangi lebih dari 14 kerusi DUN.

”Saya lihat kepimpinan PAS Negeri Melaka kali ini begitu yakin PAS akan menang, ini ditambah pula dengan kerja kuat yang dilakukan oleh petugas-petugas mereka yang tidak jemu-jemu bertemu rakyat setiap masa” .

”Andaikata PAS menang 8 kerusi, PKR 3 kerusi dan DAP 4 kerusi DUN maka sudah tentu pakatan ini boleh membentuk kerajaan baru” kata Salleh.

Isu-isu

Isu-isu nasional seperti isu keselamatan, kenaikan harga barang, kedaulatan kehakikan, gejala sosial dan sebagainya ternyata memberikan kelebihan kepada pembangkang. Selain itu isu-isu tempatan seperti hutang negeri Melaka yang mencecah RM1.08 bilion, isu keborosan kerajaan negeri, isu bilangan anak luar nikah meningkat, isu gejala sosial semakin parah, isu peminggiran peniaga Melayu di Melaka, isu pengagihan wang zakat yang tidak sempurna dan seribu satu macam lagi Insya Allah akan memberika kelebiham kepada pembangkang.

Selain itu di Melaka sehari dua ini, situasi politik mula berubah. Antara perubahan mendadak yang dapat kita lihat ialah kesediaan kaum bukan Melayu seperti Tionghua dan India untuk menghadiri program-program anjuran PAS dan PKR. Di Peti Undi Taman Rahah dalam DUN Bukit Baru umpamanya sejumlah 30 orang Tionghua hadir dalam program ramah mesra Unit Peti Undi (UPU) Taman Tun Rahah dua minggu lalu.

Begitu juga di Paya Mengkuang majoriti dari kalangan penternak-penternak babi yang dianiayai oleh kerajaan BN berikrar untuk memberikan sokongan kepada calon pembangkang pada pilihanraya umum nanti.

Begitu juga masyarakat Tionghua di Kampung Tiang Dua, DUN Ayer Molek, mereka juga telah memberikan kerjasama baik dalam Program Ramah Mesra antara Hu Pang Chow dan masyarakat Tionghua setempat. Malah lebih manis lagi program ramah mesra itu dihadiri oleh beberapa orang pimpinan masyarakat Tiang Dua.

Tidak syak lagi dengan isu dan senario terkini politik semasa, PAS dan pakatan pembangkang Insya Allah berupaya untuk menumbangkan kerajaan BN Melaka atau setidak-tidaknya menafikan majoriti dua pertiga BN di negeri Melaka.

Keputusan pilihanraya lalu

Keputusan pilihanraya lalu terutamanya pilihanraya umum 1999 membuktikan bahawa PAS dan pakatan pembangkang berupaya untuk melakukan kejutan di Melaka. Terdapat beberapa DUN di mana PAS dan PKR memberikan saingan yang sengit kepada BN, malah DAP seperti biasa berjaya memenangi kerusi tradisi dan beberapa kerusi baru pada pilihanraya tersebut.

Beberapa peti undi telah dimenangi oleh PAS pada pilihanraya tersebut. Antaranya Peti Undi Pernu dalam DUN Alai (sekarang Telok Mas), Peti Undi Paya Dalam, Bukit Baru (sekarang dalam DUN Bukit Baru) dan Bukit Lintang dalam DUN Ayer Molek dan beberapa peti undi lain di DUN Serkam.

Keputusan Pilihanraya Umum 1999 kerusi-kerusi di mana PAS, DAP dan PKR memberikan tentangan sengit kepada BN.

N.6 Pulau Sebang
Abdul Aziz Isa – 3,490 undi
Ku Choi (DAP) – 2,307 undi
Majoriti : 1,183 undi

N.9 Durian Tunggal
Abdul Kadir Daud (BN) – 4,016 undi
Minghat Mamut (PAS ) – 2,419 undi
Majoriti : 1,597 undi

N.13 Ayer Keroh
Seah Kwi Tong – 7,656 undi
Joseph Junior Sta Maria – 5,949 undi
Majoriti : 1,707 undi

N.15 Ayer Molek
Mo’min Abdul Aziz – 7,429 undi
Mohd Yassin Abdul Ghani (PAS) – 5,806 undi
Majoriti : 1,623 undi

N.19 Duyong
Gan Boon Leong – 5,074 undi
Aw Boon Huan (DAP) – 5,0329 undi
Majoriti : 45 undi

N.20 Alai (sekarang Telok Mas)
Amid Nordin – 6,204 undi
Ustaz Abdul Rahman Jaafar (PAS) – 4,996 undi
Majoriti : 1,208 undi

N. 21 Ayer Panas
Chong Tam On – 4,713 undi
Omar Jaafar (PKN) – 2,825 undi
Majoriti : 1,888 undi

N.22 Rim
Ramlah Abas – 3,980 undi
Zulkefly Othman (PKN) – 2,014 undi
Majoriti : 1,966 undi

N.24 Serkam
Ahmad Hamzah – 5,902 undi
Dr Abdul Halim Ramli (PAS) – 4,013 undi
Majoriti : 1,889 undi

N.25 Sungai Rambai
Abdul Aziz Abdul Ghani – 4,042 undi
Azutdin Hassan (PAS) – 2,686 undi
Majoriti : 1,356 undi


Keputusan Pilihanraya Umum 1999 kerusi-kerusi yang dimenangi oleh DAP

N.14 Bachang
Lim Jak Wong (DAP) – 6,583 undi
Chua Peng Song – 6,542 undi
Majoriti : 41 undi

N.16 Tengkera
Goh Leong San (DAP) – 7,618 undi
Soon Tian Tzu – 5,634 undi
Majoriti : 1, 984 undi

N.17 Durian Daun
Betty Chew Gek Cheng – 7,380 undi
Chew Chong Lin – 4,011 undi
Majoriti : 3,369 undi

N.18 Bandar Hilir
Sim Tong Him - 6,835 undi
Ng Peng Ann - 4,771 undi
Majoriti : 2,064 undi

Walaupun keputusan pilihanraya umum 2004 tidaklah sebaik keputusan pilihanraya umum 1999, namun dari keputusan pilihanraya umum 1999 kita boleh membuat kesimpulan bahawa rakyat Melaka sebenarnya boleh berubah dengan mengundi pembangkang. Keyakinan ini ditambah lagi dengan situasi politik semasa yang memihak kepada pembangkang.

Oleh Pemerhati Politik Melaka

Bersambung.........

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

isa said...

tumpang..

Kini telah ada image hosting malaysia, berbahasa Melayu, StorGambar.com

StorGambar.com adalah hosting gambar berbahasa Melayu yang dikendalikan oleh anak tempatan yang berprestasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri hebat berbanding hosting gambar orang putih sekalipun! Host gambar anda secara online untuk kegunaan forum, blog, laman web, dan lain-lain.


Apa yang hebat di StorGambar.com?

1.Anda boleh mengupload banyak fail sekaligus. Lebih mudah

2.Anda juga boleh masukkan banyak gambar dalam bentuk fail ZIP lalu upload. Kami menyediakan fungsi Extract fail ZIP jika terlalu banyak gambar yang hendak diupload.

3.Anda juga boleh hostkan apa sahaja fail selain gambar, termasuklah video, audio, dan banyak lagi jenis fail.

4.Antaramuka berbahasa Melayu. Mana ada hosting gambar lain dalam bahasa Melayu, tapi di sini ada. Sangat mudah.

5.Ada fungsi untuk terus hasilkan kod untuk forum (Kod BB @ BB code) dan kod lain. Seperti dalam gambar di bawah, anda hanya perlu klik pilihan format kod untuk mendapatkan kodnya.

6.Daripada gambar yang anda upload, galeri boleh dibina untuk dilihat oleh orang lain. Anda juga boleh setkannya sebagai persendirian agar tidak boleh dilihat oleh orang lain.

7.Server terletak di Netmyne Data Centre, Kuala Lumpur, lebih pantas untuk rakyat Malaysia. Tiada lagi keluar gambar katak kuning (kecuali anda yang menguploadkan gambar katak kuning tersebut).

Anda boleh resize gambar, fail yang telah dilihat akan ditandakan, boleh buat folder, dan banyak lagi..

MASUK KE SINI:
http://storgambar.com/

:-D

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59