Monday, 11 February 2008

Kisah PM dan angka 13


Imam Al Badawi Wal Hadhari berkata, orang ramai boleh mengaitkan nombor 13 sebagai tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Takkan Imam Hadhari percaya nombor kot???

Namun, kata Perdana Menteri, jika beliau ingin membubarkan Parlimen beliau akan memanggil media massa untuk membuat liputan.

''Saya suka (nombor) 13 kerana tidak ada orang mahu nombor itu. Kerana kepercayaan karut, mereka kata nombor 13 habislah. Jadi oleh kerana tak ada siapa ambil, saya ambil.

''Dulu nombor 13 tak laku, nak ambil (tender Jabatan Pengangkutan Jalan) nombor satu, nombor lapan, semuanya kena bayar beribu," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Kebanyakan kereta Perdana Menteri menggunakan nombor pendaftaran 13.

Sebelum ini timbul spekulasi kononnya beliau akan membubarkan Parlimen pada 13 Februari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Sambil berseloroh, Abdullah berkata, memandangkan nombor 13 makin popular, selepas ini beliau perlu mencari nombor lain kerana nombor 13 begitu laku di pasaran.

Mengenai pertemuan yang beliau adakan dengan pucuk pimpinan UMNO Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Kepala Batas semalam dan hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau memberi amanat kepada mereka supaya bekerja dengan baik.

''Susun kerja dengan elok supaya nanti kita boleh dapat kemenangan untuk Barisan Nasional (BN). Semuanya diberi nasihat yang sama," ujar beliau.

Mengenai situasi politik di Pulau Pinang, beliau berkata, semuanya berada dalam suasana yang baik dan beliau gembira dengan kerja-kerja yang telah dijalankan oleh jentera pilihan raya BN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

cakapaje said...

Salam Tuan Rumah,

Jemput saksikan video terbitan Nisa' di http://newsyoumavemissed.blogspot.com/2008/02/andai-ku-tahu-pangkah-bn-jadi-begini.html

Kalau suka, tolong pamerkan di sini dan hebahkan lagi. Terima kasih.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59