Tuesday, 19 February 2008

Hanya perubahan politik mampu ubah nasib kaum India


Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, masalah yang melanda kaum India di Malaysia hanya boleh diselesaikan dengan melakukan perubahan politik.

Menurutnya, bila perubahan politik berlaku pastinya, masalah yang dihadapi sekian lama akan terhurai bahkan dapat menjalin perpaduan yang lebih kukuh di bawah pentadbiran baru.

"Tiada cara lain untuk membaiki atau mencari titik penyelesaian berhubung masalah kaum India bahkan Cina dan Melayu di Malaysia. Jika Barisan Nasional (BN) berkuasa semula nescaya ia bertambah kusut maka ia perlukan perubahan di semua peringkat bagi menjamin kesejahteraan semula, " jelasnya ketika pertemuan dengan masyarakat India di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam.

Menurut beliau, Hindraf banyak membantu membuka mata masyarakat India itu sendiri kerana MIC, PPP atau IPF yang kononnya mewakili suara keturunan India gagal menjadi penyelamat sebaliknya menambah kesengsaraan masa depan mereka terutamanya golongan sederhana dan daif.

Hindraf sambungnya, bukan memberontak tetapi sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Kerajaan British tetapi lain pula yang terjadi sehingga berlaku peristiwa yang memalukan negara apabila ada yang dipukul, ditangkap dan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang adil jangan bertindak sebegitu. Terima saja memorandum dan sampaikan kepada Kerajaan British bukan bertindak seolah Malaysia sebahagian daripada negara itu. Tapi, kita tahu British pun takkan bersikap kasar umpama Malaysia, " tegasnya.

Tambahnya, bukan sahaja Hindraf tetapi turut menerima kesannya ialah orang Cina dan Melayu apabila terlibat dengan kumpulan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) dan mereka juga dipukul dan ditahan semata-mata mahu menegakkan demokrasi agar terpelihara kembali.

ImageBegitu juga 'Kempen Kenaikan Harga Barang' (Protes) mereka juga dibelasah tanpa budi bicara sedangkan mereka hanya mengadakan perhimpunan aman.

Oleh itu, jatuhkan BN menjadi agenda semua kaum di Malaysia masa kini seandainya mahukan kestabilan negara dikembalikan.

Umno dan BN ujar Dato' Seri Abdul Hadi, sengaja mahu melihat negara kacau bilau untuk berkuasa semula. Contohnya, masa 13 Mei 1969 ia digemburkan ke seluruh negara walhal kejadian itu hanya berlaku di Kuala Lumpur tidak di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Bila Umno dan BN terdesak mereka cuba provokasi menerusi polis supaya rakyat menilai kembali berada di bawah naungan kerajaan sedia ada kerana kerajaan milik pembangkang belum terjamin, " tambah beliau.

Maka sebab itu, PAS menerusi manifestonya meletakkan tawaran 'Negara Berkebajikan' dan 'PAS Untuk Semua' semata-mata mahukan perubahan dalam pentadbiran.

Katanya, dari tawaran itu rakyat boleh menikmati kebahagian, keharmonian serta hidup aman damai jauh dari unsur-unsur jenayah dan perlakuan seks sebagaimana sekarang.

Semasa pertemuan dengan kaum India semalam, Dato' Seri Abdul Hadi menyerahkan bendera berlambangkan bulan purnama kepada mereka sebagai kenangan.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut dihadiri oleh Yang DiPertuanya, Ustaz Khalid Man; Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus; Setiausaha Perhubungan, Fadzil Kemi dan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59