Friday, 29 February 2008

SMS best yang boleh di "send" dan "forward" kepada sahabat-sahabat lain.


Betulkah kita..AMAN?
Adik nurin mati dibunuh..
sharlinie tak jumpa lagi..

SELAMAT?
Nenek keluar rumah pon takut,
rompak ragut sana sini..

MAKMUR?
hanya mereka dan keluarga mereka yg makmur..

KITA..?


Iklan BN: Tiga hari hangus RM1 juta


Barisan Nasional membelanjakan RM1 juta dalam tempoh tiga hari untuk menyiarkan iklan-iklan besar di semua akhbar, kata badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia.

“Tiga hari dalam tempoh pemantauan - 25 hingga 27 Feb - BN dinilai telah menghabiskan wang sejumlah RM1.049 juta,” kata presiden TI, Ramon V Navaratnam.


Jumlah ini tidak termasuk iklan di televisyen yang, menurut TI, memakan "sejumlah sangat besar wang untuk iklan kempen pilihanraya."

Organisasi antarabangsa itu akan mula memantau perbelanjaan untuk iklan TV mulai hari ini.

Menurut Ramon, kaji selidik TI itu sebahagian projek serantau bagi mempertingkatkan amalan ketelusan dalam perbelanjaan politik.

Dalam tempoh 13 hari berkempen, TI memantau iklan-iklan pilihanraya di enam akhbar berbahasa Inggeris, lima berbahasa Melayu, empat berbahasa Cina dan tiga Tamil.

Ramon menambah, anggaran kos iklan yang digunakan TI dalam pemantauannya didasarkan pada kadar yang disediakan oleh syarikat-syarikat penerbitan itu sendiri.

Jika kos iklan dibahagikan sama rata dalam kalangan calon-calon BN, TI berkata setiap calon parlimen telah menghabiskan RM2,200, sementara di peringkat kerusi negeri, calon-calon menghanguskan RM1,103 untuk iklan akhbar sahaja.


Wednesday, 27 February 2008

Negara Berkebajikan: Tawaran PAS buat rakyat Malaysia


PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tanggungajawab. Kerajaan Umno-BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS.

Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan Umno-BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan.

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat.

Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)

2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan

3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan

4. Menurunkan harga petrol dan gas.

5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin

6. Melaksanakan akta gaji minima

7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan Umno yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)


PAS MELAKA AKAN BUAT KEJUTAN BESAR


PAS Melaka akan membuat kejutan besar pada pilihanraya umum kali ini. Menurut sumber dalaman parti setakat ini PAS Melaka yakin memenangi sekurang-kurangnya 6 DUN dari 13 DUN yang ditandingi PAS.

Jurucakap PAS Melaka yang enggan disiarkan namanya memberitahu beberapa DUN yang sedang menjadi kawasan hitam bagi Umno dilihat amat berpotensi untuk dimenangi oleh PAS.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan DUN-DUN yang akan dimenangi oleh PAS.

"Kita tunggu dan lihat sahaja nanti pada 8 Mac, rakyat sekarang ini sebenarnya tidak sabar-sabar untuk mengajar BN yang angkuh dan zalim ini" kata beliau.

Ditanya kenapa rakyat membuat protes senyap beliau menjelaskan isu kenaikan harga minyak, harga barang dan peningkatan kes jenayah, gejala sosial, songlap duit, kronisme dan sebagainya sebenarnya menjadi pemangkin kepada protes senyap ini.

Selain itu pergolakan dalaman Umno juga hebat sekarang ini, walaupun ianya nampak reda tetapi riaknya belum berakhir. Beberapa tempat seperti di DUN Durian Tunggal, Telok Mas, Taboh Naning, Bukit Baru dan Ayer Molek 'pemberontakan senyap' masih berterusan dan ianya akan diterjemahkan pada hari mengundi.

PAS Melaka bertanding di 1 kerusi Parlimen iaitu Masjid Tanah dan 13 DUN iaitu Kuala Linggi, Lendu, Tanjung Bidara, Taboh Naning, Asahan, Durian Tunggal, Pantai Kundor,Ayer Molek, Bukit Baru, Telok Mas, Merlimau, Serkam dan Sungai Rambai. Pemerhati politik menjangkakan PAS mampu menawan 2 dari 13 DUN tersebut.


Kegagalan Umno/BN dalam bidang ekonomi


Ekonomi adalah merupakan tunggak kemajuan sesebuah negara. Ekonomi yang diuruskan secara efisyen dapat memacu pertumbuhan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 di samping kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh rakyat.

Permasalahan

Sejak 1957, di sepanjang pemerintahan kerajaan Umno/BN, telah berlaku pelbagai kepincangan ekonomi. Antara kepincangan yang utama ialah:

1. Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000–2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter hingga RM1.92/liter iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

2. Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

3. Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat

4. Walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.

5. Pengurusan wang rakyat yang tidak cekap menyebabkan pembaziran secara berleluasa telah berlaku. Ini termasuk:

a. Pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM257 juta.

b. Kerugian membeli saham Agusta sebanyak RM510 juta.

c. Pembatalan projek Incinerator di Broga yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM500 juta untuk membayar pampasan.

6. Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.

7. Pengisytiharan pelbagai projek Koridor Ekonomi seperti WPI, NCER, ECER, SDC dan SCORE, yang menelan belanja mencecah 1 trillion ringgit adalah sangat meragukan. Tidak ada sebarang penjelasan yang lengkap bagaimana sumber kewangan yang begitu banyak dapat dijanakan untuk menampung projek-projek berkenaan.

Penegasan dan Gesaan

PAS sentiasa mengambil sikap yang serius dan amat perihatin terhadap perkembangan ekonomi Negara. Dengan ini, PAS secara jelas menegaskan bahawa kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah gagal dalam memacu menigkatkan lagi daya saing ekonomi negara.

Dengan demikian, PAS dan seluruh masyarakat yang prihatin serta mencintai kemajuan dan kesaksamaan ekonomi dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia menolak kerajaan UMNO/BN yang gagal mengurus ekonomi Negara dengan berkesan. PAS ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk membuat perubahan ini melalui pilihanraya umum ke-12 ke arah pembentukan sebuah kerajaan berkebajikan yang lebih bertanggungjawab dan perihatin.

26 Febuari 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)


Monday, 25 February 2008

Undi BA, jadikan Abdullah Ketua Pembangkang di Parlimen


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat memberikan undi pada Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kali ini untuk memastikan Presiden Umno menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.

Bukan sahaja Dato' Seri Abdullah rakyat juga disaran menghukum Timbalannya, Dato' Seri Najib supaya mengalami nasib yang sama agar memudahkan Kerajaan BA menghantarnya menjadi Duta di Monggolia.

Jelasnya, itupun kalau rakyat di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang dan Pekan, Pahang mahukan khidmat mereka sebagai Ahli Parlimen dilanjutkan.

"Jika mereka menang pun biar sekadar menjadi Ketua Pembangkang manakala Najib kita hantar sebagai Duta di Monggolia," tegasnya ketika memberikan amanat pada pengundi sempena mengumumkan nama-nama calon KeAdiLan di Taman Kelasah, Permatang Pauh semalam.

Menurut Dato' Seri Anwar, pemuda yang mahu bekerja untuk Umno sila jalankan kerja seperti biasa kerana mungkin takut diugut kerana berkhidmat dengan kerajaan tetapi ingat bila undi nanti biar memangkah BA.

Beliau memberitahu, jika sekiranya mereka mendapat habuan kurang daripada RM400.00 untuk laksanakan kerja BN bermakna mereka telah ditipu kerana sejak dulu BN tidak pernah membayar kurang daripada itu.

"Kita tahu jika mereka nak kerja untuk BN kerjalah tapi kena ingat pembayaran mesti beres jangan ditipu. Lazimnya pembayaran lebih dari RM400.00 semalam jika dapat kurang dari itu bermakna ada orang ambil peluang terhadap jentera muda, " tambahnya lagi.

Jika dapat pula kata beliau, jangan lupa bagi sebahagiannya pada BA untuk melawan mereka balik kerana wang itu adalah wang rakyat.

Seandainya diberikan bendera untuk dinaikkan, jentera pemuda Umno usah sangkutkan di tiang tinggi sebaliknya setengah tiang sahaja kerana Umno bakal mati menjelang pilihan raya kali ini.

"Sangkut bendera BN setengah tiang sahaja baru sesuai dengan umur mereka yang tidak panjang, "jelasnya dengan gelak ketawa ribuan hadirin.


Jangan ghairah dengan pergolakan parti lawan


Walaupun menjelang pilihan raya umum ke-12, banyak krisis dalaman dan pergolakan hangat yang berlaku di dalam parti lawan khususnya Umno, rakyat khususnya penyokong Barisan Alternatif (BA) tidak terlalu ghairah dengan situasi tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat Haji Mahfuz Omar berkata insiden-insiden seperti piket, perubatan kuasa serta keluar parti itu merupakan 'bonus' untuk BA khususnya PAS meraih kemenangan dalam pilihan raya namun itu bukanlah sebagai faktor utama.

"Saya sarankan semua pihak supaya tumpukan juga pada isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN) selama mereka memerintah rakyat selama 50 tahun bukan hanya syok tengok orang lain bergolak," katanya.

Beliau diminta mengulas pergolakan BN yang berlaku khususnya menjelang pilihan raya ini termasuk isu bekas Adun Derga yang isytihar keluar BN, bertanding atas tiket KeADILan di kawasan Parlimen Pokok Sena.

Kata Mahfuz situasi tersebut merupakan tamparan hebat kepada BN Kedah dan menjadi bukti untuk rakyat menolak parti pemerintah itu yang turut tidak diyakini oleh pemimpinnya sendiri.

Katanya PAS bertanding dan berjuang untuk membela rakyat tetapi Umno bertanding untuk mengaut keuntungan dan kekayaan yang melimpah-ruah. Oleh kerana itulah katanya mereka merebut kuasa dan tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.

Sebelum ini Mahfuz menyifatkan tindakan mencalonkan Khairy Jamaluddin di Dun Rembau dalam pilhan raya umum ke-12 ini akan menguatkan lagi tuduhan bahawa Abdullah menjadikan kerajaan yang diterajuinya sebagai kerajaan anak-beranaknya.

"Saya berharap Abdullah tidak memandang ringan ingatan Dr Mahathir. Jangan sampai seperti kata pepatah, datang bersalam, pulang berterajang," katanya

Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata: "Mereka akan menanggung padah kerana mengubah kerajaan Malaysia menjadi sebuah kerajaan keluarga... Abdullah Ahmad Badawi"


Sunday, 24 February 2008

UMNO Telok Mas Bantah Calon Luar


Ahli Umno Telok Mas membantah pencalonan Datuk Abdul Latif Thamby Chik yang dipilih oleh Ketua Menteri Ali Rustam. Penentangan mereka ini disuarakan dengan cara memasang poster dan banner ditepi-tepi jalan. Antara banner yang dipasang adalah seperti di bawah.



Ahli-ahli Umno di DUN Telok Mas pencalonan Dato' Abdul Thamby yang


Sekitar Penamaan Calon bagi Parlimen Bukit Katil di Rumah Media, MITC


Sebagai sombol semangat juang yang ditunjukkan oleh PAS Bukit Katil, peserta perarakan Penamaan Calon Parlimen Bukit Katil telah berkumpul seawal 7.30 pagi diperkarangan Masjid Al-Alami, MITC. Para pimpinan PAS dan semua pendokong dan penyokongnya memulakan program perarakan dengan solat sunat hajat dan doa di masjid pada jam 8.10 pagi. Ini kerana PAS yakin bahawa kemenangan hanya akan tiba dengan keizinan Allah walau sekuat mana pun tentangan musuh agamaNya.

Tepat jam 8.45 pagi, perarakan dari BA yang diwakili oleh parti PAS, PKR dan juga DAP telah memulakan perarakan menuju ke Rumah Media, MITC Melaka untuk penamaan calon bagi Parlimen Bukit Katil dan seterusnya bagi Dun Bachang, Dun Ayer Keroh, Dun Bukit Baru, dan seterusnya Dun Ayer Molek. Perarakan disertai oleh hampi 1,500 pendokong dan penyokong BA yang membawa mesej yang jelas bahawa BA akan memastikan kerajaan pimpinan Ali Rustam tumbang atau sekurang-kurangnya dapat menghantar wakil atau "Penegur" kepada kerajaan agar mereka tidak sewenang-wenangnya mempermainkan dan memporak-perandakan hak rakyat Melaka.
















Saturday, 23 February 2008

MAKLUMAN PERARAKAN UNTUK PENAMAAN CALON PARLIMEN BUKIT KATIL


Untuk makluman semua ahli dan penyokong PAS di minta berkumpul seawal jam 8.00 pagi dan berarak ke tempat penamaan calon sebaik sahaja selesai solat hajat.

MAKLUMAT TERPERINCI SILA HUBUNGI Tuan Haji Mohd Ali Sharif (0196551818), DUN Ayer Molek, Hj Yassim Musa (0133038205) dan Ramli Dalip - Bukit Baru (0136216109)


CALON-CALON PAS NEGERI MELAKA
















Thursday, 21 February 2008

PAS MELAKA TAMPILKAN ULAMA, PROFESSIONAL, AKTIVIS MASYARAKAT DAN PEMUDA SEBAGAI CALON


PAS Melaka seperti juga negeri-negeri lain menampilkan ramai muka baru untuk bertanding membawa panji-panji Islam pada PRU 12 ini.

Kewibawaan calon-calon PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih mereka sudah memang mempunyai kelulusan tinggi dan pengalaman yang banyak.

Antara nama-nama yang disebut-sebut yang bakal membawa cabaran PAS ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman;Ustaz Abdul Rahman Jaafar, Ustaz Kamaruddin Sedik dan lain-lain.

Majlis pengumuman rasmi nama-nama calon PAS akan diadakan malam besok 22 Feb 2008 jam 9.00 mlm di Pejabat PAS Bukit Katil. Semua dijemput hadir.


ORANG CERDIK TIADA TEMPAT DALAM UMNO MELAKA?


Semalam Ketua Menteri (Bekas), Ali Rustam mengumumkan senarai calon yang akan bertanding mewakili BN pada Pilihanraya Umum ke 12 ini. Dari senarai tersebut salah seorang yang disebut-sebut bakal menjadi Ketua Menteri tercicir.

Dato' Prof Mohd Ruddin Abd Ghani yang sejak akhir-akhir ini dikatakan calon 'favourite' untuk jawatan Ketua Menteri akhirnya 'tersungkur'. Begitulah budaya UmNO khasnya UmNO Melaka. Sesiapa yang cerdik dan berkelulusan tinggi tidak dipandang. Yang mereka pandang ialah seseorang yang bersifat 'Yes Man' dan pandai bodek.

Harapan menggunung yang dibawa oleh Ruddin pada tahun 2004 akhirya berderai menjadi debu berterbangan.

Ayuh Ruddin jangan bersedih marilah gabungkan diri bersama Parti Islam SeMalaysia. Selagi kamu bersama BN selagi itulah kejahatan BN/Umno akan terpalit sama kepada Tuan-tuan dan Puan-puan.


Wednesday, 20 February 2008

OTAK LETAK KAT MANA?


Akhbar arus perdana yang mendapat jolokan 'The Greatest Liars' terus memutarbelitkan fakta berkenaan negara kebajikan yang menjadi manifesto PAS.

Pelbagai komen di muatkan di dada akhbar 'Penipu Terbesar' tersebut. Semua kenyataan itu berupa kenyataan bodek dan 'mengipas' pemimpin Islam Hadhari.

Antara komen yang disiarkan ialah komen Presiden Persekutuan Syarikat-Syarikat Tersenarai Awam, Datuk Seri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, Pas perlu lebih realistik dengan konsep negara kebajikan kerana bukan mudah menyalurkan begitu banyak subsidi kepada rakyat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia semakin melambung.

Menurutnya, kerajaan sudah pun membelanjakan RM40 bilion setahun untuk pemberian pelbagai bentuk subsidi termasuk petrol dan gas sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan.

Katanya, subsidi itu yang berjumlah RM200 bilion untuk tempoh lima tahun menyamai keseluruhan peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

“Pas tidak akan mampu memberi begitu banyak subsidi secara berterusan tanpa meningkatkan pendapatan negara. Adakah ini bermakna cukai akan ditingkatkan?’’ kata Megat Najmuddin ketika dihubungi Utusan Meloya semalam.

Nampak jelas si Megat ini terpengaruh atau dipengaruhi oleh pemikiran pemimpin Umno yang boros membelanjakan wang rakyat. Beliau sepatutnya sedar bahawa kegagalan kerajaan menambah subsidi untuk mengurangkan harga minyak adalah disebabkan keborosan mereka membelanjakan wang rakyat sehingga akhirnya rakyat sendiri menderita.

Wang yang sepatutnya digunakan untuk subsidi tersebut digunakan untuk projek-projek mega, bail-out syarikat bermasalah dan lain. Antaranya wang yang digunakan untuk 'bail-out' syarikat kroni berjumlah lebih RM11.022 bilion; melaksanakan projek-projek membazir seperti pembinaan menara berkembar, tajaan Sauber-Petronas, Litar Sepang dan sebagainya.

Selain itu sifat boros dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Islam HAdhari juga melenyapkan banyak duit rakyat. Contohnya kes rasuah/penyelewengan pembelian barangan IKBN dan lain-lain.


Tuesday, 19 February 2008

Hanya perubahan politik mampu ubah nasib kaum India


Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan, masalah yang melanda kaum India di Malaysia hanya boleh diselesaikan dengan melakukan perubahan politik.

Menurutnya, bila perubahan politik berlaku pastinya, masalah yang dihadapi sekian lama akan terhurai bahkan dapat menjalin perpaduan yang lebih kukuh di bawah pentadbiran baru.

"Tiada cara lain untuk membaiki atau mencari titik penyelesaian berhubung masalah kaum India bahkan Cina dan Melayu di Malaysia. Jika Barisan Nasional (BN) berkuasa semula nescaya ia bertambah kusut maka ia perlukan perubahan di semua peringkat bagi menjamin kesejahteraan semula, " jelasnya ketika pertemuan dengan masyarakat India di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Pongsu Seribu semalam.

Menurut beliau, Hindraf banyak membantu membuka mata masyarakat India itu sendiri kerana MIC, PPP atau IPF yang kononnya mewakili suara keturunan India gagal menjadi penyelamat sebaliknya menambah kesengsaraan masa depan mereka terutamanya golongan sederhana dan daif.

Hindraf sambungnya, bukan memberontak tetapi sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Kerajaan British tetapi lain pula yang terjadi sehingga berlaku peristiwa yang memalukan negara apabila ada yang dipukul, ditangkap dan diletakkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan yang adil jangan bertindak sebegitu. Terima saja memorandum dan sampaikan kepada Kerajaan British bukan bertindak seolah Malaysia sebahagian daripada negara itu. Tapi, kita tahu British pun takkan bersikap kasar umpama Malaysia, " tegasnya.

Tambahnya, bukan sahaja Hindraf tetapi turut menerima kesannya ialah orang Cina dan Melayu apabila terlibat dengan kumpulan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) dan mereka juga dipukul dan ditahan semata-mata mahu menegakkan demokrasi agar terpelihara kembali.

ImageBegitu juga 'Kempen Kenaikan Harga Barang' (Protes) mereka juga dibelasah tanpa budi bicara sedangkan mereka hanya mengadakan perhimpunan aman.

Oleh itu, jatuhkan BN menjadi agenda semua kaum di Malaysia masa kini seandainya mahukan kestabilan negara dikembalikan.

Umno dan BN ujar Dato' Seri Abdul Hadi, sengaja mahu melihat negara kacau bilau untuk berkuasa semula. Contohnya, masa 13 Mei 1969 ia digemburkan ke seluruh negara walhal kejadian itu hanya berlaku di Kuala Lumpur tidak di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

"Bila Umno dan BN terdesak mereka cuba provokasi menerusi polis supaya rakyat menilai kembali berada di bawah naungan kerajaan sedia ada kerana kerajaan milik pembangkang belum terjamin, " tambah beliau.

Maka sebab itu, PAS menerusi manifestonya meletakkan tawaran 'Negara Berkebajikan' dan 'PAS Untuk Semua' semata-mata mahukan perubahan dalam pentadbiran.

Katanya, dari tawaran itu rakyat boleh menikmati kebahagian, keharmonian serta hidup aman damai jauh dari unsur-unsur jenayah dan perlakuan seks sebagaimana sekarang.

Semasa pertemuan dengan kaum India semalam, Dato' Seri Abdul Hadi menyerahkan bendera berlambangkan bulan purnama kepada mereka sebagai kenangan.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut dihadiri oleh Yang DiPertuanya, Ustaz Khalid Man; Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, Zamri Darus; Setiausaha Perhubungan, Fadzil Kemi dan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.


MAJLIS PENGISYTIHARAN CALON PAS PRU-12




Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka akan mengadakan Ceramah Perdana dan Pengisytiharan Calon pada 22 Feb 2008 bermula jam 8.15 malam di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Program tersebut akan dimulakan dengan Solat Hajat untuk memohon kemenangan Islam dalam Pilihanraya Umum ke 12 ini. Selepas itu Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman akan menyampaikan ceramah dan seterusnya mengisytiharkan calon untuk semua kerusi yang ditandingi oleh PAS.

Pada Pilihanraya Umum kali ini PAS akan bertanding di 1 kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN. Seperti kebiasaannya PAS meletakkan calon-calon dari pelbagai golongan antaranya ulama, bekas-bekas pegawai kerajaan, professional, aktivis masyarakat,pemuda dan lain-lain.

Antara yang disebut-sebut akan dipertaruhkan untuk menjadi calon PAS adalah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman sendiri, Dato' Amir Yaakub dan beberapa orang bekas pegawai kerajaan terdiri dari bekas pengetua, bekas guru besar dan lain-lain.


Monday, 18 February 2008

GAMBAR MASJID KRISTAL PULAU WAN MAN


CUBA ANDA AMATI GAMBAR MASJID KRISTAL INI. IANYA DIAMBIL OLEH SEORANG PELANCONG. DAPAT LIHAT APA YANG ADA DI DALAM GAMBAR INI?


RAKYAT MELAKA TAK NAMPAK KEBURUKAN DAN KELEMAHAN ALI RUSTAM


Rakyat Melaka terutamanya di kalangan pengundi dikatakan terkesan dengan isu kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang yang sehingga kini masih belum boleh dijawab oleh kerajaan BN, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Beliau yang ditemui semasa lawatan Harakah ke Pejabat Perhubungan PAS Melaka semalam berkata, setakat ini isu setempat tidak mendapat perhatian masyarakat.

Isu-isu yang membabitkan peribadi Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan hutang-hutang kerajaan negeri selain projek yang tidak menguntungkan kurang mendapat perhatian.

Ini memandangkan sikap rakyat Melaka lebih kepada melihat soal pembangunan yang bagi mereka adalah sumbangan yang besar kerajaan kepada rakyat.

Meskipun dicelah-celah pihak kerajaan melaksanakan pembangunan itu adanya rasuah dan penyelewengan namun ia dianggap sebagai satu perkara yang tidak mendatangkan kesan kepada 'mood' rakyat untuk menolak kepimpinan BN Melaka, katanya.

Isu-isu nasional terutamanya isu kenaikan harga minyak yang mendorong kepada kenaikan harga barang sedikit sebanyak menyumbang kepada kempen yang sedang dijalankan PAS serta parti pembangkang lain, katanya.

PAS Melaka telah memulakan kempen dan kerja-kerja penerangan sejak tahun lalu, namun selepas pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu, gerak kerja lebih dipergiatkan lagi, kata Adly yang turut ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab.

Beliau juga menyatakan, sambutan rakyat terhadap bahan edaran mula menampakkan perkembangan yang positif hinggakan terpaksa menggandakan cetakan yang dibuat dua hari sekali.

Secara keseluruhannya PAS Melaka hampir pasti akan bertanding di 13 Dun dan satu Parlimen selepas beberapa pertemuan bagi membincangkan pembahagian kerusi dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) hampir selesai.

PAS Melaka juga mensasarkan sekurang-kurangnya lima Dun tumpuan, tetapi yakin dua Dun di Parlimen Jasin akan berlaku persaingan sengit dengan calon BN.

Harakahdaily


Saturday, 16 February 2008

KERAJAAN BN TERUS ZALIMI RAKYAT - 200 RAKYAT DITAHAN PAGI


Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 penyokong Hindraf yang berhimpun secara aman di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur awal pagi ini.

Menurut Penyeleras Hindraf, S Thanenthiran, kira-kira 200 orang telah ditahan. Turut ditahan oleh penganjur kempen Ros Hindraf, S Manickavasagam.

Ramai anggota polis ditempat di Jalan Raja Laut, manakala empat trak meriam air ditempat di sepanjang jalan menuju ke Parlimen.

Majlis itu pada mulanya dirancang untuk diadakan di pintu masuk Parlimen di mana 200 kanak-kanak akan hadir untuk menyerahkan bunga ros kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi supaya menimbangkan 18 tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut.

Berita mengenai jalan-jalan menuju ke Parlimen ditutup untuk menghalang kumpulan itu ke Parlimen, mendorongkan mereka menukar tempat perhimpunan ke Jalan Raja Laut.

Selepas dikejar oleh kira-kira 40 anggota polis berpakaian biasa, para penyokong Hindraf lari berselerak ke sekitar kawasan Masjid India.


Friday, 15 February 2008

PAS DAN PEMBANGKANG MELAKA TAWAN SEKURANG-KURANGNYA 15 KERUSI DUN?



Senario politik semasa yang penuh dengan isu kontroversi benar-benar merimaskan pemimpin kerajaan BN. Satu demi satu isu yang timbul ternyata membuat pemimpin tertinggi BN tidak senang duduk. Barangkali itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih belum mendapat `ilham’ untuk membubarkan parlimen walaupun desas-desus pembubaran tersebut telah bertiup kencang sejak awal tahun lalu.

Pada mulanya pemerhati politik menjangkakan ia akan dibubarkan seawal Jun 2007, namun ianya tidak menjadi kenyataan. Selepas itu sekelian rakyat tertumpu pula kepada pembentangan Bajet 2008 di mana ada yang menjangkakan parlimen akan dibubarkan beberapa minggu selepas pembentangan Bajet 2008 tersebut. Tetapi sekali lagi Pak Lah `tidak jadi’ untuk membubarkan parlimen. Mungkin kerana congakan beliau bahawa rakyat akan memberikan reaksi positif terhadap ’umpan’ Bajet 2008 itu, malang bagi Pak Lah apabila rakyat mentertawakan janji manis Pak Lah dalam Bajet 2008.

Antaranya janji untuk memberikan pendidikan percuma dengan menghapuskan yuran persekolahan, tetapi hakikatnya rakyat sedar bahawa yuran yang dihapuskan hanyalah RM4.50 untuk Sekolah Rendah dan RM9.00 untuk sekolah menengah sedangkan yuran-yuran lain masih dikenakan. Malah rakyat juga tahu bahawa mahasiswa-mahasiswi terpaksa menanggung beban hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan sebaik sahaja tamat pengajian mereka dimestikan membuat pembayaran hutang-hutang tersebut.

Akhirnya setelah telahan dan ramalan pemerhati politik beberapa kali tersasar jauh, kini tarikh keramat tersebut sudah diumumkan oleh Pak Lah iaitu 13 Februari lalu parlimen dibubarkan. Ramai juga mendabik dada kerana ramalan dan telahan mereka menjadi kenyataan kerana 'ahli nujum Pak Belalang' ini memang menjangkakan Pak Lah mencari angka 13 sebagai tarikh keramat yang mungkin memberikan 'ong' padanya.

Penamaan pula ditentukan pada 24 Februari dan Pengundian pada 8 Mac. Pengerusi Parti komponen BN yang terbaru iaitu SPR dengan bangga mengumumkan tarikh tersebut dan beriya-iya mengatakan SPR memang telus dan sentiasa mendengar segala 'complaint' rakyat dan parti politik.

PAS Melaka sudah bersedia?

PAS sebagai sebuah parti pembangkang sudah bersedia dengan segala kelengkapan dan jentera untuk menghadapi ’bala tentera’ BN walaupun pada hakikatnya PAS terpaksa berhadapan dengan bukan sahaja jentera BN malah sebenarnya `tentera` kerajaan.

Agensi-agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penerangan, Rakan Muda dan lain-lain sudah pasti akan terus memainkan peranan masing-masing menjadi jentera parti-parti komponen BN. Agensi-agensi ini lebih sesuai diberikan nama jolokan sebagai parti-parti komponen BN.

Walaupun terhimpit dengan fitnah, tipu muslihat, ugutan dan sebagainya, jentera PAS terus bersemangat untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya mengundi BN. PAS Melaka tidak ketinggalan menggerakkan seluruh jentera dan `askar-askar`nya sebaik sahaja pilihanraya umum lalu berakhir.

Atas usaha dan kesabaran tersebut di tambah dengan isu-isu nasional dan tempatan yang jelas memihak kepada pembangkang maka tidak hairanlah PAS Melaka sudah bersedia untuk memimpin kerajaan negeri Melaka atau pun mengetuai barisan pembangkang di Dewan Undangan Melaka selepas Pilihanraya Umum ke-12 ini.

Menurut seorang pemerhati politik, Salleh Othman dari Batu Berendam, PAS Melaka kali ini diyakini bakal membuat kejutan dengan memenangi banyak kerusi DUN dan hampir pasti dapat menubuhkan kerajaan campuran dan rakan-rakan pembangkang andaikata gabungan tersebut berjaya memenangi lebih dari 14 kerusi DUN.

”Saya lihat kepimpinan PAS Negeri Melaka kali ini begitu yakin PAS akan menang, ini ditambah pula dengan kerja kuat yang dilakukan oleh petugas-petugas mereka yang tidak jemu-jemu bertemu rakyat setiap masa” .

”Andaikata PAS menang 8 kerusi, PKR 3 kerusi dan DAP 4 kerusi DUN maka sudah tentu pakatan ini boleh membentuk kerajaan baru” kata Salleh.

Isu-isu

Isu-isu nasional seperti isu keselamatan, kenaikan harga barang, kedaulatan kehakikan, gejala sosial dan sebagainya ternyata memberikan kelebihan kepada pembangkang. Selain itu isu-isu tempatan seperti hutang negeri Melaka yang mencecah RM1.08 bilion, isu keborosan kerajaan negeri, isu bilangan anak luar nikah meningkat, isu gejala sosial semakin parah, isu peminggiran peniaga Melayu di Melaka, isu pengagihan wang zakat yang tidak sempurna dan seribu satu macam lagi Insya Allah akan memberika kelebiham kepada pembangkang.

Selain itu di Melaka sehari dua ini, situasi politik mula berubah. Antara perubahan mendadak yang dapat kita lihat ialah kesediaan kaum bukan Melayu seperti Tionghua dan India untuk menghadiri program-program anjuran PAS dan PKR. Di Peti Undi Taman Rahah dalam DUN Bukit Baru umpamanya sejumlah 30 orang Tionghua hadir dalam program ramah mesra Unit Peti Undi (UPU) Taman Tun Rahah dua minggu lalu.

Begitu juga di Paya Mengkuang majoriti dari kalangan penternak-penternak babi yang dianiayai oleh kerajaan BN berikrar untuk memberikan sokongan kepada calon pembangkang pada pilihanraya umum nanti.

Begitu juga masyarakat Tionghua di Kampung Tiang Dua, DUN Ayer Molek, mereka juga telah memberikan kerjasama baik dalam Program Ramah Mesra antara Hu Pang Chow dan masyarakat Tionghua setempat. Malah lebih manis lagi program ramah mesra itu dihadiri oleh beberapa orang pimpinan masyarakat Tiang Dua.

Tidak syak lagi dengan isu dan senario terkini politik semasa, PAS dan pakatan pembangkang Insya Allah berupaya untuk menumbangkan kerajaan BN Melaka atau setidak-tidaknya menafikan majoriti dua pertiga BN di negeri Melaka.

Keputusan pilihanraya lalu

Keputusan pilihanraya lalu terutamanya pilihanraya umum 1999 membuktikan bahawa PAS dan pakatan pembangkang berupaya untuk melakukan kejutan di Melaka. Terdapat beberapa DUN di mana PAS dan PKR memberikan saingan yang sengit kepada BN, malah DAP seperti biasa berjaya memenangi kerusi tradisi dan beberapa kerusi baru pada pilihanraya tersebut.

Beberapa peti undi telah dimenangi oleh PAS pada pilihanraya tersebut. Antaranya Peti Undi Pernu dalam DUN Alai (sekarang Telok Mas), Peti Undi Paya Dalam, Bukit Baru (sekarang dalam DUN Bukit Baru) dan Bukit Lintang dalam DUN Ayer Molek dan beberapa peti undi lain di DUN Serkam.

Keputusan Pilihanraya Umum 1999 kerusi-kerusi di mana PAS, DAP dan PKR memberikan tentangan sengit kepada BN.

N.6 Pulau Sebang
Abdul Aziz Isa – 3,490 undi
Ku Choi (DAP) – 2,307 undi
Majoriti : 1,183 undi

N.9 Durian Tunggal
Abdul Kadir Daud (BN) – 4,016 undi
Minghat Mamut (PAS ) – 2,419 undi
Majoriti : 1,597 undi

N.13 Ayer Keroh
Seah Kwi Tong – 7,656 undi
Joseph Junior Sta Maria – 5,949 undi
Majoriti : 1,707 undi

N.15 Ayer Molek
Mo’min Abdul Aziz – 7,429 undi
Mohd Yassin Abdul Ghani (PAS) – 5,806 undi
Majoriti : 1,623 undi

N.19 Duyong
Gan Boon Leong – 5,074 undi
Aw Boon Huan (DAP) – 5,0329 undi
Majoriti : 45 undi

N.20 Alai (sekarang Telok Mas)
Amid Nordin – 6,204 undi
Ustaz Abdul Rahman Jaafar (PAS) – 4,996 undi
Majoriti : 1,208 undi

N. 21 Ayer Panas
Chong Tam On – 4,713 undi
Omar Jaafar (PKN) – 2,825 undi
Majoriti : 1,888 undi

N.22 Rim
Ramlah Abas – 3,980 undi
Zulkefly Othman (PKN) – 2,014 undi
Majoriti : 1,966 undi

N.24 Serkam
Ahmad Hamzah – 5,902 undi
Dr Abdul Halim Ramli (PAS) – 4,013 undi
Majoriti : 1,889 undi

N.25 Sungai Rambai
Abdul Aziz Abdul Ghani – 4,042 undi
Azutdin Hassan (PAS) – 2,686 undi
Majoriti : 1,356 undi


Keputusan Pilihanraya Umum 1999 kerusi-kerusi yang dimenangi oleh DAP

N.14 Bachang
Lim Jak Wong (DAP) – 6,583 undi
Chua Peng Song – 6,542 undi
Majoriti : 41 undi

N.16 Tengkera
Goh Leong San (DAP) – 7,618 undi
Soon Tian Tzu – 5,634 undi
Majoriti : 1, 984 undi

N.17 Durian Daun
Betty Chew Gek Cheng – 7,380 undi
Chew Chong Lin – 4,011 undi
Majoriti : 3,369 undi

N.18 Bandar Hilir
Sim Tong Him - 6,835 undi
Ng Peng Ann - 4,771 undi
Majoriti : 2,064 undi

Walaupun keputusan pilihanraya umum 2004 tidaklah sebaik keputusan pilihanraya umum 1999, namun dari keputusan pilihanraya umum 1999 kita boleh membuat kesimpulan bahawa rakyat Melaka sebenarnya boleh berubah dengan mengundi pembangkang. Keyakinan ini ditambah lagi dengan situasi politik semasa yang memihak kepada pembangkang.

Oleh Pemerhati Politik Melaka

Bersambung.........


CALON BN JUJUR, WIBAWA DAN EFISIEN. PERANGAI DAN AKHLAQ BURUK TAK APA?


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan memastikan hanya mereka yang mampu berkhidmat secara jujur, berwibawa dan efisien kepada rakyat disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.

Pengerusi BN, Imam Hadhari Wal Badawi berkata, ini bagi membolehkan segala projek yang telah dirancang untuk rakyat termasuk dalam wilayah koridor pembangunan ekonomi yang dilancarkan beliau baru-baru ini dapat diberi perhatian sewajarnya.

‘‘Komitmen kita membuat yang terbaik. Kita mahu pastikan kita memilih calon yang boleh berkhidmat untuk rakyat, secara jujur, dengan wibawa dan efisien. Ini yang kita mahu buat,’’ katanya.

Jujur, wibawa dan efisien sahaja ke???, bagaimana dengan akhlaq, integriti dan perangai. TIDAK HAIRANLAH KITA KALAU RAMAI DIKALANGAN PEMIMPIN BN YANG KAKI BETINA, KAKI DANDUT DAN SEBAGAINYA, SEPERTI CHUA SOI LEK DAN LAIN-LAIN, SEMUA ORANG SUDAH TAHU!!!!!!!!!!!!!!!

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini hari ini, Perdana Menteri berharap BN sekali lagi diberi mandat untuk membentuk kerajaan bagi membolehkan parti itu memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat dan negara.


DAH JADI TPM OTAK MASIH BANGANG


Sekali lagi (Bekas) Timbalan Perdana Menteri membuka pekung di dada, betapa bangang pemimpin BN dan kerajaan dengan menyatakan negara akan bangkrap jika negara kebajikan yang ditawarkan dalam manifesto PAS di praktikkan.

Malah Najib cuba memutarbelitkan fakta apabila menyatakan konsep negara kebajikan PAS membawa pengetian bahawa rakyat yang tidak bekerja juga akan mendapat elaun.

Ini jelas merupakan pembohongan kerana di dalam manifesto tersebut tidak disebutkan demikian.

Apa yang dinyatakan dalam manifesto itu ialah PAS akan menurunkan harga minyak, menawarkan pendidikan percuma dan lain-lain bentuk kebajikan seperti takaful dan sebagainya.

Jelas pemimpin BN memang kaki pembelit dan pembohong. Mereka tidak segan silu menipu rakyat sepertimana yang dilakukan oleh Pak Lah apabila menyatakan tiada pembubaran parlimen tetapi tidak sampai 24 selepas itu beliau berbuat demikian.

Sebenarnya Pak Lah dan Najib amat gerun dengan tawaran PAS yang sebenarnya memang boleh dilaksanakan dengan keuntungan Petronas yang besar iaitu kira-kira RM76 bilion (2007); RM70 bilion (2006). PAS hanya menawarkan RM10bilion untuk subsidi minyak bagi menurunkan harga minyak dan RM10bilion lagi untuk pendidikan percuma. Bermakna wang keuntungan tersebut masih berbaki sebanyak RM56bilion.

Malah dengan penurunan harga minyak kerajaan yang memerintah boleh menstabilkan harga barang malah mungkin boleh meminta peniaga menurunkan harga barangan.

Itu belum dikira dari pungutan cukai dan pendapatan negara yang lain seperti ekspot minyak sawit, getah dan lain-lain.

Tawaran PAS untuk mengujudkan takaful ala Kifaalah, tabung bantuan dalam pelbagai perkara memang cukup 'menggiurkan' rakyat.

Rakyat mesti menilai tawaran ini dengan sewajarnya kerana ianya memang berasaskan bukan sebagaimana tuduhan pemimpin BN bahawa manifesto tidak berpijak di bumi nyata.

PAS baru-baru ini melancarkan manifesto bagi Pilihanraya umum 2008 dengan bertemakan Pemimpin beramanah, adil, bersih dan negara kebajikan.


Thursday, 14 February 2008

PENAMAAN 24 FEB, MENGUNDI 8 MAC


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 24 Februari dan hari pengundian pilihanraya umum ke-12 ialah pada 8 Mac ini.

Pengerusi SPR Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putra Jaya hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat selepas pembubaran parlimen dibuat oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Bawadi, semalam.


PRESIDEN PAS ANAK JANTAN


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Gur Haji Abdul Hadi Awang sedia bertanding satu lawan satu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di kawasan Parlimen Kepala Batas dalam pilihanraya umum ke-12 ini.

Katanya beliau akur untuk bertanding di kawasan tersebut jika itu yang dimahukan oleh parti berkenaan.

"Kalau parti minta saya bertanding (di Kepala Batas), saya sedia. Saya ikut keputusan parti. (Tetapi) bertanding atau tidak bertanding bukannya penting, yang penting kita buat kerja untuk perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Badan Perhubungan Pas Terengganu di Kuala Terangganu ketika bagi mengulas pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, demikian menurut Bernama.

Abdul Hadi, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang, bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu terserah kepada
PAS Pulau Pinang untuk menentukannya.

"Apa yang pasti, PAS akan bertanding satu lawan satu (dengan calon Barisan Nasional) di Kepala Batas," katanya.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertanding di kawasan-kawasan lain jika dicalonkan untuk berbuat demikian.

Dalam pilihanraya umum 2004, Abdul Hadi bertanding di kerusi Parlimen Marang tetapi tewas dengan majoriti 163 undi kepada calon BN, Datuk Abdul Rahman Bakar yang merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia.


Wednesday, 13 February 2008

PARLIMEN DIBUBARKAN - IMAM HADHARI PENIPU........PERANG SEBENAR BERMULA


Imam Hadhari menamatkan spekulasi yang ditunggu-tunggu selama ini apabila MENGUMUMKAN PEMBUBARAN PARLIMEN HARI INI.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar tergempar pada 12.30 tengahari sebentar tadi.

Sekarang semua mata tertumpu pula kepada Tan Sri RaSHIT pengerusi SPR untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Jelas sekali Imam Hadhari seorang yang suka MENIPU dan BERDOLAK-DALIK, maka tidak hairanlah rakyat selalu benar ditipu oleh Imam Hadhari. Baru semalam beliau berkata parlimen tidak akan dibubarkan esok (hari ini). Tetapi tiba-tiba hari ini beliau membubarkan parlimen.

INILAH SIKAP PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG SUKA MENIPU DAN BERDOLAK-DALIK

AYUH SEKELIAN PEJUANG ISLAM BANGUN DAN TUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM DAN MENYIKSA RAKYAT INI.

----------------------------------------------------------------------------------
Laporan Utusan Meloya

Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.


PM umum pembubaran Parlimen hari ini?


Perdana Menteri, Imam Al Hadhari Wal Badawi memanggil sidang akhbar terkejut pada jam 12.30 tengahari ini dan dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen.

Hanya semalam, Imam Hadhari menolak spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini.

"Bukan, bukan esok," kata Perdana Menteri kepada wartawan semalam.

Dan hari ini, beliau memanggil sidang akhbar di pejabatnya, dan sekaligus mencetuskan spekulasi beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

Demam pilihanraya sudahpun bermula sejak awal tahun ini ekoran ramalan para pemerhati politik dan juga ahli-ahli politik bahawa pilihanraya umum akan didadakan bulan depan.

Penganalisa politik dan pihak media juga meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada 13 Februari (hari ini) kerana 13 merupakan nombor kegemaran Perdana Menteri.


POLIS PENCEN DILANJUT KONTRAK, SISWAZAH MENGANGGUR DIBIARKAN TERUS 'TANAM ANGGUR'



Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bersara tahun ini akan ditawar meneruskan perkhidmatan untuk tempoh tiga tahun lagi bagi memantapkan dan meningkatkan keupayaan pasukan itu membanteras jenayah.

Perdana Menteri, Imam Hadhari, berkata langkah itu adalah pendekatan sementara bagi menambah anggota polis terlatih dan berpengalaman yang diperlukan segera kerana pengambilan baru mengambil masa lama.

"Langkah ini saya fikir baik, malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, juga mengakui kebaikan menawarkan mereka yang akan bersara tahun ini untuk terus berkhidmat dengan PDRM.


"Kalau kita mengambil anggota polis mengikut prosedur biasa dan berdasarkan kemampuan pusat latihan PDRM, maka ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh tahun untuk mencapai matlamat 60,000 anggota baru menjelang 2010," katanya.

Nampak jelas kerajaan BN hari ini tidak mempunyai perancangan yang baik sehingga terpaksa melanjutkan perkhidmatan Polis pencen sedangkan terdapat begitu ramai siswazah menganggur yang sepatutnya di ambil untuk mengisi kekosongan ini.

Alasan kerana tidak cukup pusat latihan merupakan alasan yang dangkal kerana mereka boleh merombak prosedur latihan seperti mengujudkan program latihan sambil kerja dan sebagainya.

Persoalannya mengapa kerajaan dan PDRM tidak membuat perancangan rapi untuk menubuhkan lebih banyak pusat latihan? Pemimpin BN lebih suka menjalankan projek-projek mega dan tidak bermanfaat sehingga mengenepikan pembinaan dan penubuhan Pusat Latihan Polis.

Kita juga yakin bahawa siswazah menganggur yang jumlahnya lebih dari 60,000 orang ini boleh dilatih dalam kadar yang singkat kerana mereka sememangnya pintar dan mudah diajar sesuai dengan kelulusan mereka.

Adalah jelas bahawa kerajaan dan pemimpin BN sebenarnya sudah ketandusan idea dan perancangan untuk mentadbir sehingga perkara sekecil inipun tidak dapat difikirkan oleh mereka.


BEKAS AJK PEMUDA UMNO BAHAGIAN MASUK PAS


Umno Bahagian Bukit Katil menerima tamparan hebat apabila bekas AJK Pemuda Bahagian yang juga Bekas Ketua Biro Agama Pemuda Umno Bahagian Batu Berendam, Hj Rafli keluar Umno dan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang keahlian PAS bersama isterinya pada satu majlis ceramah kelompok di rumahnya di Taman Saujana malam tadi. Pada majlis itu beliau menyerahkan borang tersebut kepada Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau yang pernah menjadi Timbalan Ketua Peti Undi BN Kampung Tun Razak pada Pilihanraya Umum 2004, melahirkan kekesalannya terhadap kegiatannya yang berjuang di dalam Umno sebelum ini.

Hj Rafli juga pernah menjadi Imam Masjid Kampung Tun Razak sebelum meletakkan jawatan beberapa tahun lalu.

"Saya telah bersekongkol dengan perjuangan maksiat sebelum ini, tetapi sebenarnya saya tidak mengundi BN sejak 3 pilihanraya umum lalu".

"Mulai saat ini saya akan berjuang bersama PAS untuk memartabatkan Islam" tegasnya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Sementara itu beberapa orang ahli-ahli Umno di Taman Saujana telah menyatakan kesediaan untuk menyertai PAS. Salah seorang dari mereka yang enggan disiarkan namanya berkata beliau akan mengumpulkan seramai mungkin kawan-kawannya untuk bersama-sama mentertai PAS dalam masa terdekat.


Tuesday, 12 February 2008

'SANTA KLAUS' TERUS BERI HADIAH PADA RAKYAT


'Santa Klaus' terus memberikan hadiah kepada anak buah. Kali ini 'budak-budak' di Sarawak pula memperolehi hadiah dari Santa Klaus ini.

Hadiah itu pula belum tentu menjadi kenyataan baru cakap-cakap mulut.

Semua itu adalah disebabkan pilihanraya semakin dekat. Jadi 'Santa Klaus' begitu hebat menggagihkan hadiah berupa janji.

Rakyat ternganga mendapat hadiah.

Semalam bapak segala 'Santa Klaus' melancarkan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) yang berteraskan penerokaan sumber tenaga secara mesra alam dengan pelaburan berjumlah RM334 bilion dalam tempoh 23 tahun.

Sambutan terhadap SCORE daripada para pelabur amat memberangsangkan sebaik sahaja ia dilancarkan.

Beberapa jam selepas merasmikan koridor pembangunan itu, 'Santa Klaus' memberitahu, SCORE telah menerima komitmen pelaburan jangka panjang sebanyak RM500 bilion hasil memorandum persefahaman (MoU) 24 syarikat swasta yang ditandatangani hari ini.

Menurut pelan induk SCORE, koridor itu memerlukan suntikan RM200 bilion untuk membangunkan pelaburan dalam industri, sektor tenaga (RM67 bilion), infrastruktur (RM61 bilion), modal insan (RM3 bilion) dan infrastruktur institusi (RM3 bilion).

Kerajaan Pusat akan menyumbang 15 peratus daripada jumlah pelaburan SCORE yang akan dimajukan bermula dari tahun 2008 sehingga 2030.

Ketika berucap melancarkan SCORE di sini, 'Santa Klaus' berkata, SCORE bakal menjadikan Sarawak maju seiring dengan negeri-negeri di Semenanjung.

Begitulah hebatnya rakyat Sarawak digula-gula dengan projek guna untuk memancing undi mereka.


Monday, 11 February 2008

Kisah PM dan angka 13


Imam Al Badawi Wal Hadhari berkata, orang ramai boleh mengaitkan nombor 13 sebagai tarikh pembubaran pilihan raya sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Takkan Imam Hadhari percaya nombor kot???

Namun, kata Perdana Menteri, jika beliau ingin membubarkan Parlimen beliau akan memanggil media massa untuk membuat liputan.

''Saya suka (nombor) 13 kerana tidak ada orang mahu nombor itu. Kerana kepercayaan karut, mereka kata nombor 13 habislah. Jadi oleh kerana tak ada siapa ambil, saya ambil.

''Dulu nombor 13 tak laku, nak ambil (tender Jabatan Pengangkutan Jalan) nombor satu, nombor lapan, semuanya kena bayar beribu," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Kebanyakan kereta Perdana Menteri menggunakan nombor pendaftaran 13.

Sebelum ini timbul spekulasi kononnya beliau akan membubarkan Parlimen pada 13 Februari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Sambil berseloroh, Abdullah berkata, memandangkan nombor 13 makin popular, selepas ini beliau perlu mencari nombor lain kerana nombor 13 begitu laku di pasaran.

Mengenai pertemuan yang beliau adakan dengan pucuk pimpinan UMNO Pulau Pinang dan UMNO Bahagian Kepala Batas semalam dan hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau memberi amanat kepada mereka supaya bekerja dengan baik.

''Susun kerja dengan elok supaya nanti kita boleh dapat kemenangan untuk Barisan Nasional (BN). Semuanya diberi nasihat yang sama," ujar beliau.

Mengenai situasi politik di Pulau Pinang, beliau berkata, semuanya berada dalam suasana yang baik dan beliau gembira dengan kerja-kerja yang telah dijalankan oleh jentera pilihan raya BN.


PAS akan lantik orang Cina jadi menteri


PAS akan memastikan hak dan kebebasan orang bukan Islam dalam negara ini terjamin, malah kebajikan mereka akan lebih terbela, kata Pesiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, sesiapapun tidak boleh menganggu kebebasan dan hak mereka dan kepakaran mereka akan digunakan untuk memajukan negara.

"Berdosa kepada orang Islam untuk berlaku tidak adil kepada semua orang, sama ada orang Islam atau pun bukan Islam.

"Orang Cina yang pandai dan layak boleh dilantik menjadi menteri. PAS akan memberi ruang yang lebih banyak kepada orang bukan Islam," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di pejabatnya di ibu negara Isnin lalu.

Sehubungan itu, bekas Menteri Besar Terengganu itu menggesa masyarakat Cina supaya tidak takut untuk mengundi PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, orang Cina yang boleh menerima pelbagai ajaran seperti sosialis dan komunisme tetapi masih was-was dengan politik Islam yang dibawa oleh PAS.

"Apa salahnya mereka menerima politik Islam, tanpa menganut Islam. Hukum hudud hanya untuk orang Islam, manakala orang bukan Islam mereka boleh memilih undang-undang sendiri.

"Lebih penting PAS tidak akan menghalang kemajuan sesuatu kaum dengan syarat mereka membantu kaum lain yang masih ketinggalan.

Bantu semua kaum

"Orang Islam yang kaya raya sekalipun bukan sahaja perlu membantu kaumnya tetapi semua rakyat yang miskin," katanya.

Abdul Hadi berkata, negara kebajikan yang mahu diamalkan oleh PAS boleh dilaksanakan jika amalan rasuah tidak wujud di dalam negara ini.

Katanya, PAS pernah mencuba semasa parti itu memerintah Terengganu di mana pembiayaan rakyat diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk wang zakat.

Beliau berkata, tauke-tauke balak memberi sumbangan kepada kerajaan negeri kerana mereka gembira rasuah dalam pemberian kawasan balak telah dihapuskan.

Tauke balak, kata Abdul Hadi merasa gembira kerana sebelum itu mereka terpaksa membayar rasuah yang lebih banyak daripada cukai balak.

"Rawatan kesihatan percuma, pendidikan percuma dan sebagainya telah diamalkan di England," katanya sambil menambah, bukan orang tua yang tiada pendapatan, perlu dibantu.

Beliau berkata, konsep negara kebajikan PAS ialah mengenakan cukai untuk bidang tertentu seperti pembalakan dan perniagaan besar supaya cukainya boleh digunakan untuk membantu rakyat.

Katanya, peniaga kecil tidak dikenakan cukai sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan PAS Terengganu iaitu menghapuskan cukai bakul.


Monday, 4 February 2008

Klip Lingam: Lebih ramai hakim dibabitkan


V Thirunama Karasu - adik lelaki peguam Datuk VK Lingam - hari ini mendakwa, ada lagi hakim-hakim yang mempunyai hubungan rapat dengan abangnya itu, ketika memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam hari ini.

Beliau menyebut nama hakim-hakim - selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin dibangkitkan sebelum ini - ketika memberi keterangan pagi ini.

Mereka termasuk bekas hakim Mahkamah Rayuan - Datuk Lamin Yunus dan Datuk Mokhtar Sidin - serta seorang hakim Mahkamah Rayuan yang masih berkhidmat, Datuk Low Hop Bing.

Thirunama mula memberi keterangan pada jam 11.10 pagi sebagai saksi ke-18 pada hari ke-13 sesi siasatan suruhanjaya diraja itu.

Dalam kenyataan saksinya yang dikemukakan kepada suruhanjaya tersebut sebelumnya, juruelektrik berusia 50 tahun ini mendakwa, Lingam menghantar fail guaman ke rumah Eusoff pada lewat malam antara 1995 hingga 1996, membeli telefon, dompet dan beg tangan berjenama untuk Eusoff dan malah pernah berniat untuk membeli rumah untuk Eusoff.

Bagaimanapun, sesetengah daripada keterangan Thirunama hari ini adalah bahagian-bahagian di dalam kenyataan saksinya yang telah ditolak oleh suruhanjaya diraja itu sebelum ini.

Hanya dua daripada 21 muka surat kenyataan Thirunama yang diterima, yang terhad kepada hubungan rapat Lingam dengan Eusoff.

Bahagian yang ditolak oleh suruhanjaya tersebut, termasuk bahagian mengenai hubungan Lingam dengan hakim-hakim lain, selain daripada Eusoff.

Turut ditolak ialah cerita Thirunama mengenai bagaimana Lingam memaksanya berlakon gila selepas beliau membuat pengakuan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai aktiviti abangnya semasa satu siasatan dijalankan pada 1998.

Hantar sup

Menjawab soalan peguamnya, Wee Choo Keong, Thirunama mendedahkan bahawa beliau telah memandu kereta untuk membawa menghantar abangnya ke rumah bekas Ketua Hakim Negara itu sebanyak tujuh atau lapan kali.

Katanya, beliau pernah pergi bersendirian ke rumah Eusoff untuk menghantar kek dari sebuah kedai kek, sebuah beg bimbit dan tiga mangkuk sup.

Ditanya sama ada beliau tahu tujuan Lingam ke rumah Eusoff, Thirunama menjawab: “Beliau (Lingam) memberitahu saya yang beliau ada kes penting. Beliau menyebut sesuatu mengenai Ayer Molek tetapi saya tidak tahu apakah itu Ayer Molek.”

Thirunama berkata, beliau pernah melihat Eusoff makan malam di rumah Lingam sebanyak dua kali dan sekali lagi apabila Ketua Hakim Negara itu datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada Lingam dan isterinya yang akan mendapatkan rawatan perubatan di Amerika Syarikat.

“(Kali pertama adalah) adalah pada 1995, bila Lingam meminta saya menyusun beberapa buah meja dan kerusi serta membersihkan rumahnya. Malam itu, saya nampak Eusoff dan isterinya, Datuk Lamin Yunus dan isterinya datang untuk makan malam," katanya.

Ini bercanggah dengan keterangan Lingam sebelum ini bahawa beliau dan Eusoff pernah pergi ke rumah masing-masing sekali saja pada 1995, iaitu pada hari terbuka Hari Raya dan Deepavali.

Thirunama juga berkata, beliau bercakap dengan Eusoff sebanyak empat kali - termasuk sekali melalui telefon Lingam - apabila dia menghantar hadiah ke rumah bekas Ketua Hakim Negara itu. Satu daripadanya ialah apabila beliau menghantar beg bimbit dan dompet kepada Eusoff.

“Beliau menjemput saya masuk ke dalam (rumah). Saya letak beg tersebut atas meja makan dan dia melihat beg tersebut. Beliau memberitahu saya yang beliau sangat letih kerana baru balik dari London - dari Porchester Gate,” katanya, sambil menambah Lingam memberitahunya bahawa jutawaan Tan Sri Vincent Tan memiliki sebuah rumah di kawasan mewah di pinggir bandar London.

Thirunama berkata, beliau juga mendapat tahu yang salah seorang pemandu Lingam telah menjemput Eusoff dari lapangan terbang Subang.

Mengenai percutiaan Lingam-Eusoff ke New Zealand pada 1994, Thirunama berkata, Lingam memberitahunya bahawa beliau "berlepas bersama (dengan Eusoff) dari Malaysia", dan bukannya "terserempak" di sana, seperti yang diberitahu oleh kedua-duanya kepada suruhanjaya tersebut sebelum ini.

Beliau mendakwa telah menasihatkan Lingam supaya jangan membingkai gambar-gambar percutian mereka itu.

“Saya beritahu beliau ‘Anne (abang dalam Tamil), jangan jadi bodoh dengan membingkai gambar-gambar tersebut atau menunjukkannya. orang akan datang tahu'. Gambar-gambar tersebut tidak pernah dibingkaikan," kata Thirunama, disambut gelak ketawa para hadirin.

'Setiausaha ancam dedah'

Dalam kenyataan saksinya, Thirunama mendakwa beliau diberi wang RM1,200 untuk membeli sebuah telefon bimbit dari Mutiara Telecommunication - ketika itu dimilik Vincent Tan - untuk Eusoff.

Dalam keterangannya hari ini, Thirunama juga mendedahkan bahawa beliau telah diminta membeli sebuah telefon bimbit untuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mokhtar.

Thirunama bekerja dengan Lingam antara tahun 1995 dan 1996, termasuk melaku kerja-kerja di firma guaman Lingam di mana dia mengenali setiausaha Lingam, Jeyanthi, yang menguruskan lawatan Lingam ke New Zealand.

“Dia menemui Lingam untuk mengambil sekeping cek. Bekas pengerusi Mahkamah Perindustrian, Satchianandan memberitahu saya, dia (Jeyanthi) menimbulkan banyak masalah pada Lingam dan dia (Jeyanthi) mahu mendedahkan banyak perkara mengenai (Lingam dan) hakim-hakim," dakwa Thirunama.

Mengenai Vincent Tan pula, Thirunama mendakwa, Lingam telah mengenalinya sejak tahun 70-an lagi kerana beliau pernah ternampak jutawan tersebut di rumah keluarganya di Seapark, Petaling Jaya.

Anggota pesuruhjaya diraja itu beberapa kali menegur Wee supaya jangan menyimpang dan mengemukakan soalannya berkaitan empat bahagian dalam kenyataan saksi Thirunama, yang diputuskan boleh diterima.

Para peguam yang mewakili Eusoff, Tan dan Lingam turut membantah beberapa kali soalan yang dikemukakan oleh Wee.

Pada satu ketika, apabila Thirunama menyebut nama Mokhtar, Pengerusi suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohd Noor kelihatan tidak jengkel dan menegur Wee.

Sambil menegaskan perlunya perkara tersebut digali sedalam-dalamnya, Wee menjawab: "Ini adalah ibu semua siasatan, jika tidak kita akan memerlukan satu lagi siasatan (untuk menyiasat rasuah dalam kehakiman)."

Bagaimanapun, Haidar berkata, peguam itu tidak boleh membangkitkan apa-apa sahaja dalam siasatan tersebut.

Kemudiannya, seorang lagi anggota suruhanjaya tersebut, Datuk Steve Shim bertanya kepada Wee sama ada perlu untuk mengheret personaliti-personaliti lain ke dalam siasatan tersebut dan sama ada peguam tersebut berhasrat untuk memanggil mereka sebagai saksi.

“Jika dibenarkan, saya mahu Datuk Low Hop Bing dan Datuk Mokhtar Sidin dipanggil,” kata Wee tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai pembabitan Low.

Nama Low disebut dalam kenyataan saksi Thirunama tetapi ia bukan dalam bahagian yang diterima oleh suruhanjaya tersebut.

‘Saya 100% tidak gila’

Sebelum itu, Thirunama memberitahu suruhanjaya diraja tersebut bahawa beliau 100 peratus yakin bahawa orang dalam videlo klip tersebut adalah Lingam.

"Saya boleh kenal dari bahasa badannya, kelantangan dia bercakap, pergerakannya, dia teruja dalam perbualan tersebut dan perkataan ‘correct, correct, correct’ - selalu digunakannya ketika saya berkerja dengannya," katanya.

Ini mendorong Haidar untuk mencelah: “Sebagai seorang adik, beliau boleh memberi gambaran terbaik mengenai abangnya."

Lingam telah mempertikaikan keterangan Thirunama dan laporan awal yang dibuatnya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang mendakwa adiknya itu adalah seorang pesakit mental.

Bilik mahkamah menjadi gamat apabila Mahadev Shankar bertanya kepada Thirunama bagi memperjelaskan perkara tersebut.

“Adakah kami gila?” tanya Mahadev kepada Thirunama.

“Saya 110 peratus pasti yang saya tidak gila. Itu adalah satu tuduhan yang serius terhadap saya," jawab Thirunama sambil tersenyum.

Apabila Eusoff diminta masuk ke bilik mahkamah untuk dicam, Thirunama berdiri dengan tiba-tiba dalam kadang saksi dan berkata: "Anda seorang Tun, saya amat menghormati anda."

Beliau kemudiannya mengesahkan bahawa Eusoff adalah orang yang ditemuinya ketika menghantar hadiah ke rumah bekas Ketua Hakim Negara itu.

Menjawab soalan peguamnya Wee Choo Keong, Thirunama mengulangi bahawa beliau tidak mengalami gangguan mental, khayalan ataupun diletakkan di bawah pemerhatian psikiatrik.

Laporan polis

Terdahulu, Mahadev merujuk kepada keterangan Lingam kepada suruhanjaya itu bahawa Thirunama memberikan kenyataan kepada BPR kerana beliau (Lingam) enggan memberikan wang kepada Thirunama.

Mahadev menarik perhatian bahawa Lingam turut memberitahu suruhanjaya itu yang peguam M. Manoharan, bertindak bagi pihak Thirunama, telah menghubungi Lingam dan menuntut supaya diberikan wang, satu dakwaan yang dinafikan oleh Thirunama.

"Itu tidak benar. Semasa Manoharan menghubungi abang saya, saya sedang berada di pejabat Manoharan. Manoharan katakan kepada saya yang abang saya
beritahunya banyak kali bahawa keadaan mental saya tidak stabil," kata Thirunama.

Semasa Haidar bertanya jika terdapat keterangan bagi menunjukkan Thirunama bukanlah mengalami keadaan mental tidak stabil, Wee berkata beliau ada sepucuk surat daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) yang menyatakan UMMC tidak pernah mengeluarkan laporan perubatan yang menyebut Thirunama telahpun dirujuk ke hospital itu untuk pemerhatian mental, sepertimana yang didedahkan oleh Lingam.

"Sebenarnya UMMC telahpun membuat laporan polis mengenai kenyataan bahawa UMMC mengeluarkan laporan perubatan berhubung keadaan mental Thirunama," kata Wee.

Mano sedia beri keterangan

Sementara itu, Bernama melaporkan, peguam M Manoharan yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan dalam siasatan suruhanjaya diraja berhubung klip video Lingam.

Manoharan telah menghantar surat kepada setiausaha suruhanjaya itu melalui peguamnya Karpal Singh.

Karpal berkata, Manoharan perlu menjawab dakwaan Lingam beberapa hari lalu semasa siasatan, bahawa Manoharan yang menjadi peguam kepada adiknya Thirunama Karasu telah meminta sejumlah wang sebagai bayaran untuk menarik balik satu laporan BPR.

Laporan itu dikatakan berkaitan pembabitan Lingam dalam sistem
kehakiman.

Menurut Karpal yang ditemui pemberita di perkarangan mahkamah di Kuala Lumpur, pihaknya juga memohon supaya Lingam dipanggil semula untuk soal balas.

Manoharan, 47, bersama empat pemimpin lain Hindraf - P Uthayakumar, 47; V Ganabatirau, 35; K Vasantha Kumar, 35; dan R Kengadharan, 41; ditahan di bawah ISA mulai 13 Disember tahun lalu.

Malaysiakini


Kit Siang fail saman tuntut k'jaan sementara


Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang hari ini memfailkan saman untuk mendapatkan pengisytiharan supaya sebuah kerajaan sementara ditubuhkan selepas Parlimen dibubarkan.

Lim, yang juga penasihat DAP, menuntut supaya kerajaan menubuhkan kerajaan sementara itu bermula dari tarikh pembubaran Parlimen hingga Jemaah Menteri yang baru dilantik selepas pilihanraya umum.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menuntut satu deklarasi bahawa kerajaan diwajibkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan kerajaan sementara yang hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan dalam tempoh itu yang tiada kuasa dalam perkara berhubung dengan dasar nasional, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan awam semasa pilihan raya umum akan datang.

Menurut Bernama, dalam saman pemula itu yang difailkan oleh Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Lim menamakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia, defendan kedua.

Malaysiakini


PAS MELAKA AKAN BUAT KEJUTAN


PAS Melaka akan membuat kejutan pada pilihanraya umum ke-12 nanti apabila akan memenangi beberapa kerusi dan kemungkinan membentuk kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Seorang pemimpin PAS Negeri berkata, keyakinan ada asasnya berpandukan kepada situasi semasa rakyat terutama Bukan Melayu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Jadi sekarang apa yang penting pembangkang mesti bekerja kuat untuk menambah keyakinan rakyat kepada mereka.


PAS MELAKA AKAN BUAT KEJUTAN


PAS Melaka akan membuat kejutan pada pilihanraya umum ke-12 nanti apabila akan memenangi beberapa kerusi dan kemungkinan membentuk kerajaan campuran bersama PKR dan DAP.

Seorang pemimpin PAS Negeri berkata, keyakinan ada asasnya berpandukan kepada situasi semasa rakyat terutama Bukan Melayu yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada pembangkang.

Jadi sekarang apa yang penting pembangkang mesti bekerja kuat untuk menambah keyakinan rakyat kepada mereka.


Sunday, 3 February 2008

CARA ISLAM HADHARI ISI DANA ORANG SAKIT DENGAN AMALAN MAKSIAT


Inilah Islam Hadhari. Matlamat menghalalkan cara. Apa juga program yang boleh mendatangkan hasil boleh dilakukan walaupun ianya jelas bertentangan dengan islam.

Malah Imam Hadhari sendiri menyaksikan konsert Sheila Majid bagi mengisi dana Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Pada majlis sama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini itu, Perdana Menteri turut menerima sumbangan bagi mengisi dana Yayasan IJN sebanyak RM870,000 daripada lima penyumbang terbesar.

Penyumbang terbesar dana Yayasan IJN adalah Enfiniti Production sebanyak RM500,000, CIMB Group sebanyak RM120,000, Berjaya Group (RM100,000), KL Kepong Berhad (RM100,000) dan Sapura (RM50,000).

Turut hadir menyaksikan konsert tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Dr. Aishah Ong.

Sementara itu, dalam buku cenderamata konsert Sheila Majid untuk bantuan Yayasan IJN, Perdana Menteri memberitahu, konsert itu merupakan satu projek besar anjuran yayasan tersebut dengan matlamat untuk mengutip derma bagi mengukuhkan dana yayasan.

''Kehadiran kita pada malam ini bukanlah semata-mata untuk berhibur tetapi yang lebih penting untuk menghulurkan tangan dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,'' katanya.

HALAL HARAM TOLAK TEPI. ISI DANA UNTUK ORANG SAKIT DENGAN PROGRAM MAKSIAT. ALAHAI ISLAM HADHARI


JELAJAH PRESIDEN DI MELAKA DAPAT SAMBUTAN HEBAT



Kira-kira 1,000 rakyat negeri Melaka berkumpul di perkarangan Markas PAS Bukit Katil menghadiri program Jelajah Presiden semalam.

Program itu disifatkan amat berjaya kerana sambutan luar dugaan rakyat berbilang bangsa yang membanjiri semua program yang dijalankan.

Program dialog bersama NGO dan Bukan Melayu di Hotel King juga mendapat sambutan hebat dari orang ramai pelbagai bangsa dan juga media.

Beberapa soalan telah dikemukakan oleh para hadirin. Antaranya En Karupaya (gambar) yang mempertikaikan peranan ADUN BN yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mengotakan janji mereka.

"Mereka ada cakap mahu buat jalan, bagi duit sama orang kampung tapi semua tarak, ini kali kita mesti undi pembangkang" kata beliau diberikan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

Program jelajah ini benar-benar membuktikan bahawa pembangkang berada di dalam keadaan selesa untuk menghadapi pilihanraya sekarang.


Saturday, 2 February 2008

JANGAN CAKAP BESAR


KUALA LUMPUR - Sebanyak RM30 bilion diperlukan bagi mengatasi masalah banjir di seluruh negara bagi melaksanakan Pelan Induk Tebatan Banjir (PITB) secara menyeluruh dan holistik.

Melalui pelaksanaan PITB, banjir yang menjadi igauan rakyat negara ini setiap tahun akan dapat diatasi sepenuhnya untuk tempoh 100 tahun akan datang.

Pengarah Tebatan Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Abd. Rahim Kaparawi berkata, pelan itu merangkumi kerja-kerja melebar dan mendalamkan sungai, pembinaan empangan, kolam takungan air, lencongan sungai serta pembinaan pam air.

Begitulah hebatnya mereka apabila bercakap tidak ingat bahawa kita adalah hamba. Usaha yang kita buat tidak mungkin dapat menandingi kuasa Allah. Sepatutnya segala kenyataan sebegini mesti diiringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah setelah kita berusaha. Walau sehebat mana manusia kita tidak akan dapat menandingi kuasa Allah.

BERHATI-HATILAH BILA BERKATA-KATA.


Friday, 1 February 2008

PELUANG PEMBANGKANG-BN 50-50



Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan peluang yang seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka dalam pilihanraya umum ke-12 akan datang.

"Kedua-dua pihak mempunyai peluang... BN 50, pembangkang 50. Ini ramalan saya," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di ibu negara baru-baru ini.

Abdul Rahim menjadi Ketua Menteri Melaka selama 12 tahun mulai April 1982 hingga14 Oktober 1994 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno Malaysia selepas didakwa terbabit dalam skandal seks tetapi beliau menafikan dakwaan tersebut.

"Jika mereka gembira dengan ekonomi, mereka akan sokong, jika mereka tidak gembira, mereka fikir sebaliknya. Mereka melihat apa yang ada pada hari ini, " katanya lagi.

Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, sebenarnya, selain ekonomi, ada banyak isu lain lagi yang boleh mempengaruhi pengundi dalam pilihnaraya umum akan datang.

Katanya, untuk itu pemilihan calon perlu dibuat dengan berhati-hati kerana ia memainkan faktor penting untuk kemenangan parti mereka.

Faktor calon

"Sebanyak 60 peratus pengundi memilih faktor calon dan 40 peratus kerana parti. Ini fenomena yang berlaku hari ini.

"Dulu parti letak sesiapa sahaja akan menang tetapi kini telah berubah kerana faktor-faktor seperti generasi muda dan keadaan yang berbeza.

"Mereka melihat kepada keyakinan. Jika mereka yakin mereka sokong," katanya lagi.

Abdul Rahim berkata, beliau turut merasa gembira dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri sekarang yang meneruskan apa yang dilakukannya sebelum ini.

Katanya, Melaka hari ini telah mengembalikan semula kegemilangan yang dinikmati semasa Kesultanan Melaka dahulu.

Abdul Rahim juga berkata, Umno telah bersedia menghadapi pilihanraya umum di mana 191 bahagian Umno di seluruh negara diarah berbuat demikian.

'Perhimpunan haram'

Katanya, jentera penerangan bergerak lancar dengan mengadakan pelbagai majlis penerangan di seluruh negara bagi memastikan rakyat mendapat penerangan yang jelas mengenai isu-isu semasa.

Beliau berkata, banyak cabaran yang akan dihadapi oleh Umno dan BN bagi menjawab dan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang kali ini.

"Isu kenaikan harga barangan, kenaikan minyak dunia, koridor ekonomi perlu dijelaskan secara mendalam kepada rakyat.

"Kami juga menerangkan mengenai demontrasi haram yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam negara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, jika kumpulan ekstremis menguasai negara ini, ia akan memusnahkan negara dan dasar rakyat kerajaan ialah memberi perlindungan kepada rakyat.

Pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) telah beberapa kali mengadakan perhimpunan bagi membantah perjalanan pilihnaraya yang didakwa tidak adil dan telus, selain kenaikan harga barangan.

Malaysiakini


ALI RUSTAM DI'BUANG NEGERI' KE PARLIMEN



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini bagi memperkukuhkan lagi kedudukannya dalam hirarki kepimpinan Umno.

Ini kerana, dari segi hirarkinya, beliau merupakan naib presiden terkanan di belakang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seandainya Najib menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, maka Mohd Ali layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

"Sekiranya beliau masih berada di peringkat negeri, kemungkinan besar jawatan TPM terlepas kepada seorang lagi naib presiden yang juga menteri kanan, Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata sumber-sumber yang rapat dengan Umno.

Dalam pemilihan naib presiden Umno yang lalu, Mohd Ali (kiri) menduduki tempat kedua di belakang Tan Sri Mohd Isa Samad, manakala Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, di tempat ketiga.

Bagaimanapun, kemenangan Isa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, dibatalkan kerana didakwa terbabit dalam politik wang.

Ia sekaligus meletakkan Mohd Ali di tempat kedua di belakang Najib yang menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Pengganti Mohd Ali

Lagi pula, kata sumber-sumber itu lagi, kedudukan pembangkang di Melaka agak kuat sepertimana yang diakui oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik (kanan) dalam temubual dengan Malaysiakini kelmarin.

Rahim yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di Melaka mempunyai peluang 50-50 dalam pilihanraya umum akan datang.

"Jika prestasi BN kurang baik dalam pilihanraya umum nanti, ia tentu turut menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Ali. Untuk itu, lebih baik beliau berpindah ke pusat," kata sumber-sumber itu lagi.

Lagi pula, kata mereka, selaku naib presiden kanan Umno, pastinya Mohd Ali akan dilantik ke jawatan menteri dalam kabinet baru Perdana Menteri nanti.

Nama yang disebut-sebut akan menggantikan Mohd Ali ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Prof Dr Mohd Ruddin Ab Ghani, yang kini Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (kanan).

Malaysiakini


JOM RAMAI-RAMAI KE BUKIT KATIL PETANG ESOK


Rakyat Melaka tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama memeriahkan program Jelajah Presiden PAS bertemakan GELOMBANG KUNING SEMARAK HIJAU esok bermula pada jam 2.00 petang.

Program yang akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil itu dilihat menjadi medan untuk menzahirkan kebangkitan rakyat negeri Melaka menentang BN yang jelas gagal mentadbir negara dengan baik.

Diharapkan semua lapisan masyarakat beramai-ramai ke program tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59