Sunday, 6 January 2008

TUBUHKAN KELAB PENYOKONG PAS MELAKA - USTAZ MUJAHID


Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyeru PAS Melaka segera menubuhkan Kelab Penyokong PAS Negeri Melaka seberapa segera bagi mendekati masyarakat bukan Melayu di negeri ini.

"Kelab ini sangat penting dalam usaha kita mendekati kaum bukan Melayu yang jumlahnya ramai di negeri Melaka'.

"Negeri lain semua dah tubuh malah kelab di peringkat kawasan pun dah tubuh, Melaka bila lagi?" tanya Dr Mujahid.

Beliau berkata demikian dalam majlis penerangan Lajnahnya di Pejabat PAS Negeri di Semabok pagi ini. Turut hadir Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abdul Ghani Rahman, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat Hu Pang Chow, Timbalannya Dr Halimah, AJK Badan Perhubungan Negeri dan wakil-wakil PAS Kawasan, Majlis Tindakan DUN dan Dewan-dewan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59