Thursday, 3 January 2008

TUAN GURU PRESIDEN TURUN MELAKA 2 FEB


Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang akan mengadakan lawatan sambil kerja ke Melaka untuk menghadiri program Jelajah Presiden ke seluruh negara. Program tersebut akan bermula pada jam 2.00 petang 2 Februari 2007.

Program tersebut akan bermula dengan acara Himpunan Bertemu Rakyat dan seterusnya diikuti Majlis Ramah Mesra dengan masyarakat bukan Islam dan ceramah umum pada sebelah malamnya.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khiru Che Salleh dalam kenyataannya pagi ini mengharapkan seluruh ahli PAS akan Melaka akan turun beramai-ramai ke setiap program yang akan dihadiri oleh Tuan Guru Presiden.

Selain Tuan Guru, Naib Presiden PAS Hj Mohd Sabu dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh akan turut bersama-sama Presiden dalam setiap program yang diaturkan untuk negeri Melaka.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59