Monday, 14 January 2008

Siasatan suruhanjaya diraja bermula


Suruhanjaya diraja memulalakan siasatannya terhadap skandal klip video Lingam dengan memanggil beberapa ahli politik dan bekas hakim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman.

Klip video tersebut didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim September lalu, yang telah menggegarkan bidang perundangan dan kehakiman negara.

Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negeri, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Antara mereka yang dijangka dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dan Ahmad Fairuz.

Suruhanjaya tersebut, yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, akan menyiasat ketulenan klip tersebut dan sama ada wujud sebarang bukti salahlaku.

Mereka akan memanggil 16 orang saksi sepanjang siasatan itu dijalankan selama dua minggu, mulai hari ini.

Ahad lalu, seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah berkata, klip tersebut dirakamkan olen anak lelakinya pada bulan Disember 2001.

"Saya tidak tahu yang anak lelaki saya telah merakamkan perbualan (Lingam)," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar adalah bekas timbalan perdana menteri sebelum beliau dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat dan salahgunakan kuasa di mana beliau dihukum penjara selama enam tahun.

Sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, tetapi sabitannya bagi tuduhan salahaguna kuasa dikekal, sekaligus menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan awam, termasuk bertanding dalam pilihanraya, sehingga April 2008.

Satu kenyataan dari pejabat PKR berkata Anwar akan menghadiri prosiding suruhanjaya itu hari ini.

“Saya telah melantik peguam yang akan membangkitkan beberapa isu kritikal kepada suruhanjaya tersebut, termasuk persoalan mengenai keanggotaan suruhanjaya berkenaan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga memuji keberanian Loh (gambar) untuk tampil mengesahkan identitinya sebagai orang yang dilihat dalam klip video Lingam tersebut.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59