Thursday, 3 January 2008

SHAHIDAN GOYANG DI PERLIS, ALI GOYAH DI MELAKA


Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru selepas Pilihanraya Umum nanti? Spekulasi ini bertiup kencang di kalangan pemerhati politik di negeri ini.

Ketua Menteri sekarang, Dato’ Seri Ali Rustam sudah hampir pasti diketepikan oleh Pak Lah disebabkan kegagalannya mentadbir negeri terutama kegagalan beliau menguruskan kewangan negeri sehingga hutang negeri kepada pusat mencecah RM1.08 bilion. Ali Rustam begitu boros membelanjakan wang rakyat sehingga negeri Melaka hampir bangkrap.

Besar kemungkinan Ali Rustam akan di'tarik' ke pusat untuk memegang jawatan menteri kabinet. Itupun jika sekiranya BN memenangi pilihanraya umum akan datang ini.

Dalam isu babi, Ali jelas lemah dan lembap sehingga Ahli Parlimen Masjid Tanah Dato’ Wira Abu Seman Yusop dilantik mengetuai jawatankuasa menangani isu babi tersebut. Kelemahan Ali sangat ketara apabila terus membiarkan penternakan babi dijalankan tanpa lesen dan sistem rawatan air yang menepati spesifikasi Jabatan Alam Sekitar. Beliau dikecam oleh penternak babi sendiri kerana permohonan mereka untuk mendapatkan lesen tidak di layan sebaliknya membiarkan terus industri itu beroperasi secara haram.

Ali Rustam sendiri di kecam hebat oleh penyokong Umno kerana melantik kroni-kroninya memegang beberapa jawatan penting dalam agensi-agensi kerajaan negeri antaranya ialah Datuk Hasnoor Sidang Hussin, Abu Bakar Abdul dan lain-lain.

Begitu juga dengan pembangunan infrastruktur apabila banyak pejabat agensi-agensi kerajaan dibina di kawasan Bukit Katil dan Ayer Keroh dengan mengenepikan daerah-daerah lain.

Di bawah ini dinyatakan beberapa kelemahan Ali Rustam yang jelas menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Ketua Menteri dan Naib Presiden Umno.

1) Kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan wang rakyat dengan berhemah menyebabkan hutang Kerajaan Melaka terus meningkat. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2006 Jadual 18, Hutang Kerajaan Negeri Melaka meningkat kepada RM1.05 bilion berbanding RM1.03 billion tahun sebelumnya. Bermakna setiap rakyat Melaka mempunyai hutang sebanyak RM2,342.22.

2) Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah disita berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2 juta pada bulan Jun 2006. Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar turut disita. Kejadian membuktikan kegagalan Kerajaan Negeri dan PKNM menguruskan agensi tersebut dengan baik. Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

3) Penjualan dua aset Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) iaitu Ayer Keroh Country Resort (AKCR) dan Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR) yang mengalami kerugian teruk adalah bukti kelemahan kerajaan negeri pimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam. Berdasarkan laporan itu, AKCR dijual pada harga RM6.7 juta sedangkan harga di pasaran RM15.8 juta manakala TBBR dijual pada RM6 juta sedangkan harga pasaran RM7.12 juta menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM10.22 juta.

4) Kegagalan Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menangani masalah Kuil di Kampung Tambak Paya dalam Parlimen Bukit Katil (Ali Rustam adalah Ketua Umno Bahagian Bukit Katil) menimbulkan kemarahan penduduk India di mana kuil mereka telah dirobohkan setelah ianya hampir siap. Mengapa MBMB tidak bertindak dari awal menyelesaikan isu ini bagi mengelakkan kerugian. Akhirnya isu ini menimbulkan ketegangan penduduk Melayu dan India di kampung itu.

5) Isu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang tidak selesai sehingga kini setelah berlarutan kira-kira 4 tahun menunjukkan kelemahan Kerajaan Negeri Melaka yang bertindak atas sentimen politik bukannya berdasarkan undang-undang. Gambar menunjukkan beberapa pemimpin Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berbincang dengan pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengenai PASTI.

6) Projek Pulau Melaka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri yang menemui kegagalan. Projek tersebut terdiri dari 4,387 unit rumah kediaman dan 4,180 unit separa perniagaan termasuk pusat pelancongan mewah, hotel serta pelbagai aktiviti pantai dengan kos yang bernilai RM1.46 billion. Menurut laporan dari sumber yang boleh dipercayai hanya RM195.3 juta iaitu sebanyak 1,419 unit sahaja yang terjual sehingga 31 Januari 2005.

7) Statistik kelahiran anak luar nikah yang meningkat saban tahun umpama pada tahun 2007 (sehingga Nov) terdapat 261 kes dan tahun 2006 dalam jangka masa sama terdapat 261 kes. Angka ini membuktikan bahawa JAIM di agensi kerajaan negeri gagal menanganinya disebabkan kelemahan dan kedegilan kerajaan negeri tidak mahu menerima Islam sebagainya jalan penyelesaian.

8) Isu tanah wakaf di tengah-tengah Bandaraya Melaka yang dijual kepada orang Bukan Islam masih tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri walaupun ianya sudah berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya. Kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya kerana merekalah yang menjualnya kepada individu bukan Islam tersebut.

9) Wang zakat yang berjumlah ratusan juta setahun gagal dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya sehingga masih terdapat 785 keluarga miskin di negeri ini. Wang zakat yang dikutip sehingga Oktober 2007 adalah RM17.3 juta dan tahun 2006 dalam jangka masa yang sama ialah RM16.2 juta. Ke mana pergi wang zakat tersebut sehingga kerajaan negeri terpaksa mencari dana lain berjumlah RM14 juta untuk membantu keluarga miskin tersebut.

10) Kegagalan mengagihkan wang pampasan banjir tahun 2006 di mana sehingga Nov 2007 masih terdapat 341 pemilik rumah yang dilanda banjir masih belum menerima pampasan masing-masing. Malah ada antara mangsa banjir pula menerima pampasan lebih dari yang sepatutnya di sebabkan kelemahan pengurusan wang pampasan banjir ini. Inikah kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah?

11) Kerajaan negeri pimpinan Ali Rustam terus boros membelanjakan duit rakyat sebagai contoh membelanjakan RM1 juta untuk lawatan ke Paris dan Latin Amerika untuk belajar menanam pokok. Sedangkan masih ramai rakyat yang miskin dan hutang kerajaan negeri sendiri berjumlah RM1.05 bilion (2006) sepatutnya kerajaan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan Ali Rustam yang tidak sempat dinukilkan di sini.

Di kalangan ahli Umno sendiri mereka hilang keyakinan kepada Ali dan dilihat mereka sedang mengalihkan perhatian mereka kepada beberapa calon Ketua Menteri lain iaitu Abu Seman dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Dato’ Mohd Ruddin Abdul Ghani

Mohd Ruddin sendiri dikatakan amat disenangi oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno. Jika benar Mohd Ruddin akan bertanding di kerusi DUN dan dilantik menjadi Ketua Menteri, pengaruh Ali di Melaka semakin parah kerana Ruddin merupakan seteru ketatnya.
Ruddin sendiri tidak mempunyai apa-apa jawatan di Bahagian Bukit katil gara-gara mainan politik kotor Ali Rustam.

Abu Seman pula sedang giat melobi pucuk pimpinan atasan dan peringkat akar umbi untuk memastikan jawatan Ketua Menteri jatuh ketangannya untuk meneruskan karier politik peribadinya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59