Thursday, 3 January 2008

RAMAI PEMIMPIN KERAJAAN JALANG, PERASUAH DAN TIDAK BERSIH


Mengambil kira kenyataan Bekas Menteri Islam Hadhari yang jalang, Chua Soi Lek jelas sekali bahawa ramai pemimpin kerajaan dan parti kerajaan yang sama-sama jalang seperti Soi Lek, mungkin juga perasuah dan tidak bersih.

Kenyataan berani Soi Lek itu membuktikan dakwaan pembangkang bahawa sememangnya pemimpin-pemimpin kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai berlakon sebagai orang baik tetapi hakikatnya teruk seteruk-teruknya.

Ketika mengumumkan perletakan jawatannya semalam, Soi Lek berkata bahawa bukan semua yang duduk dalam kerajaan itu bersih.

Ini mencerminkan yang barisan kepimpinan kerajaan BN yang ada pada hari ini menghadapi krisis moral dan akhlak yang serius yang perlu diberi perhatian oleh rakyat khasnya apabila mereka membuat pemilihan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Rakyat perlu pastikan yang mereka dipimpin oleh pemimpin yang bersih dan berakhlak mulia demi kesejahteraan dan keselamatan mereka serta negara yang tercinta ini.

Sudah tentu Soi Lek berani berkata demikian kerana mereka TAU SAMA TAU (TST).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59