Sunday, 13 January 2008

PAS PERINTAH 4 NEGERI SELEPAS PRU 12?


Yakin ramai rakyat semakin gusar dengan kenaikan harga barang, PAS kini menaruh harapan bukan hanya mempertahankan Kelantan, malah merampas semula Terengganu serta menawan beberapa lagi negeri di utara negara daripada Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Menurut Ketua Pemudanya Salehuddin Ayob, peluang parti itu mempertahankan Kelantan serta memenangi kerusi majoriti di Terengganu, Kedah dan Perlis sangat cerah.

"Kita berkeyakinan tinggi dapat merampas Kedah dan Perlis, selain Terengganu pada pilihan raya kali ini kerana rakyat memang sudah sangat marah kepada kerajaan berikutan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di sini Isnin.

Selain tiga negeri itu, katanya, PAS juga akan menumpukan kekuatannya di Pahang, Perak dan Selangor untuk sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah kerusi Barisan kepada majoriti mudah dan tidak dua pertiga di Dewan Undang Negeri masing-masing.

Beliau berpendapat, perkembangan dalam negara sejak akhir-akhirnya ini seperti peningkatan kos sara hidup, peningkatan kes jenayah berat, pendedahan kes-kes rasuah dan penyelewengan melibatkan orang-orang kenamaan serta pelbagai isu lain yang meresahkan rakyat, akan memberikan kelebihan kepada PAS serta rakan-rakan lain dari parti pembangkang untuk menarik lebih ramai pengundi untuk menolak Barisan.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Salehuddin berkata kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan bagi hampir 95% kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya ke-12 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ditanya kemungkinan PAS, PKR dan DAP bertanding di kawasan yang sama, Salehuddin berkata, ia pernah berlaku di beberapa kawasan yang majoiritinya bercampur sebelum ini, tetapi kemungkinan ia berulang kali ini adalah sangat tipis.

Mstar

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59