Sunday, 13 January 2008

PAS berangan Mat Jenin?


PETALING JAYA: Harapan PAS untuk memerintah sekurang-kurangnya di empat negeri hanya angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian, kata Ketua Penerangan Umno Muhammad Muhammad Taib a.k.a Mike Tyson

Usahkan hendak tambah jajahan, katanya, malah beliau yakin Barisan Nasional akan dapat merampas semula Kelantan daripada PAS.

Kini sudah masuk 18 tahun PAS memerintah Kelantan, iaitu sejak memenangi negeri itu pilihan raya umum 1990.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata parti itu akan menumpukan perhatiannya untuk merampas semula Terengganu serta memenangi kerusi majoriti di sekurang-kurangnya dua lagi negeri, iaitu Kedah dan Perlis kerana yakin rakyat akar umbi kini semakin gusar dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan sejak akhir-akhir ini. [Baca: PAS intai peluang perintah tiga negeri selain Kelantan ]

Mike Tyson berkata PAS memang dari dahulu lagi gemar mengambil kesempatan politik daripada isu-isu semasa dengan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan mereka, tetapi kali ini Umno dan Barisan Nasional sudah bersedia.

"Mereka boleh cakap apa sahaja, kita akan tangkis. Jentera pilihan raya kita sudahpun diberikan taklimat dan penerangan jelas mengenai cara menangkis dakyah-dakyah PAS dan pembangkang lain," katanya kepada mStar Online.

Muhammad berkata pihaknya memang sedar bahawa kenaikan harga bahan bakar dan barangan keperluan lain antara isu yang akan cuba dieksploitasi oleh PAS dan parti pembangkang. Kerana itu, tambahnya, semua anggota jentera pilihan raya Umno telah diberikan taklimat terperinci mengenai kedudukan sebenar untuk diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka tidak ditipu pembangkang.

Selain itu, katanya, kerajaan termasuk Perdana Menteri Imam Al Hadhari sendiri telah pun berkali-kali memberikan penjelasan mengenai perkara yang sama serta mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Kita yakin rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kerajaan hari ini prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Lihat sahaja pada kenyataan-kenyataan yang dibuat Perdana Menteri dalam minggu ini, ia jelas menunjukkan betapa beliau mengambil berat tentang isu-isu yang boleh menjejaskan kebahagiaan rakyat.

"Sebagai contoh, kenyataan beliau yang tegas dan telus mengenai langkah-langkah mengatasi jenayah. Ini saya yakin akan diterima baik oleh rakyat," tegas beliau.

Ditanya benarkah pilihan raya akan diadakan beberapa minggu lagi Muhammad berkata tarikh bila ia akan diadakan tidak penting kerana Umno sudahpun bersiap sedia sejak tahun lalu lagi.

"Membuat spekulasi tentang tarikh pilihan raya kini sudah menjadi kegiatan paling digemari masyarakat Malaysia, terutama yang mengambil berat tentang perkembangan politik tanah air. Tapi kita dalam Umno, hanya mementingkan persiapan," katanya.

Menurutnya, hanya kerana Perdana Menteri serta timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak mempunyai jadual yang ketat pada minggu-minggu yang mendatang ini tidak bermakna ia adalah satu petanda pilihan raya akan diadakan.

"Tugas mereka tidak hanya terhad di ibu negara dan Putrajaya sahaja. Mereka memang kerap melawat ke negeri-negeri, tidak ada apa yang berlainan dengan minggu-minggu akan datang," jelasnya.

Menurut laporan The Star hari ini, pilihan raya mungkin akan diadakan dua atau tiga minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Feb 7 berdasarkan perkembangan terbaru, termasuk kekerapan Abdullah dan Najib membuat lawatan ke negeri-negeri dalam tempoh beberapa minggu ini.

Mstar

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59