Friday, 4 January 2008

PAK LAH DAPAT HADIAH ISTIMEWA



Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia hari ini menyerahkan satu 'cenderahati' simbolik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai mencerminkan rasa tidak puashati mereka terhadap pentadbiran kerajaan.

Cenderahati tersebut merupakan sebuah bantal berwarna kuning dan sebuah bantal peluk - kedua-dua dihiasi dengan gambar bendera Malaysia dan menara berkembar Petronas.

Mereka meninggalkan cenderahati itu di laluan pintu masuk bangunan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini.

Pengerusi sekretariat tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata masa depan golongan muda di negara ini gelap selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Beliau mendakwa ia kerana kepimpinan utama negara termasuk, Perdana Menteri yang lemah dan didakwanya sering 'tertidur' ketika menghadiri majlis di dalam dan luar negara.

"Kami telah mengadakan perbincangan sesama rakan-rakan sebelum mengambil keputusan menghantar bantal ini," kata Badrul yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR.

"Kita kecewa dengan ketidakberkesannya Perdana Menteri mentadbir negara. Saya mendesak beliau melihat isu golongan muda secara serius," katanya.

Menurutnya, banyak memorandum yang dihantar kepada Abdullah supaya mengambil serius mengenai pentadbiran negara, tidak mendapat balasan.

Badrul Hisham berkata, 2008 merupakan tahun kebangkitan golongan muda dan sehubungan itu pihaknya akan mengadakan beberapa tindakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut tindakan yang akan diambil itu tetapi menyatakan ia membabitkan pelbagai cara.

Menurut Badrul, kumpulan yang hadir pagi ini terdiri daripada para artis, penyajak, blogger, penulis dan para aktivis.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59