Wednesday, 16 January 2008

NOMBOR TELEFON PUN BOLEH TERLUPA. APA YANG VK LINGAM INGAT?


Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Chuah Lay Choo memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Datuk VK Lingam bahawa beliau tidak dapat memperolehi nombor-nombor telefon peguam tersebut kerana Lingam tidak dapat mengingatinya.

Chua berkata, menurut Lingam semua telefonnya menggunakan kad pra-bayar dan oleh itu tidak menggunakan nombor telefon yang khusus.

Bagaimanapun, Chua berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim selama ini menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

“Ya, kita menyiasat Ahmad Fairuz. Kita dapati beliau menggunakan O13 (Celcom) sejak 2000 dan kita telah meminta butir-butir penuh (rekod penggunaan telefonnya), tetapi kami tidak mempunyai nombor telefon VK Lingam untuk membuat perbandingan," katanya.

Chua memberitahu suruhanjaya diraja bahawa beliau masih menunggu untuk mendapatkan rekod penuh panggilan telefon Ahmad Fairuz dari Celcom.

Menurut beliau lagi, hanya baru semalam beliau mengetahui tarikh sebenar perbualan tersebut dirakam.

Ahli perniagaan, Loh Mui memberitahu suruhanjaya itu semalam bahawa perbualan telefon yang didakwa antara Lingam dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim-hakim, dirakam pada 20 Disember 2001 ketika beliau pergi ke rumah peguam tersebut untuk makan malam.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja itu pada jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan klip video tersebut, dijangka tidak memberi keterangan hari ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59