Wednesday, 2 January 2008

MANUSIA JADI BABI BARU DAPAT PAMPASAN


Bukit Katil : Manusia jadi babi barulah mereka dapat wang pampasan dari kerajaan, itulah cerita lucu yang di sampaikan oleh Penulis Blog, Zaharin Mohd Yassin atau dikenali sebagai Sang Kelembai dalam ceramahnya di sini malam tadi.

Zaharin berkata, semasa isu babi di Bukit Pelanduk memuncak dahulu, kerajaan telah tanpa berperikemanusiaan merobohkan rumah setinggan rakyat di Kampung Sungai Midah, Kuala LUmpur. Kerajaan katanya tidak mahu membayar pampasan tetapi pada masa yang sama membayar pampasan kepada tuan punya babi dan kandang babi yang dimusnahkan di Bukit Pelanduk.

Akhirnya, Zaharin memanggil semua penduduk setinggan Sungai Midah dan meminta mereka menandatangani satu surat yang mengaku bahawa semua penduduk adalah babi bukan manusia. Penduduk akhirnya bersetuju menandatanganinya.

Zaharin seterusnya menyerahkan surat itu kepada kerajaan. Akhirnya kerana tidak tahan dengan sindiran dan isi surat itu, kerajaan akhirnya membayar pampasan tersebut.

Cerita beliau itu benar-benar melucukan tetapi katanya adalah sahaja cara yang boleh diambil demi untuk membela rakyat.

Dalam ceramahnya malam tadi beliau secara jelas dan ikhlas menyeru seluruh rakyat Malaysia khasnya rakyat Melaka supaya mengundi PAS dan pembangkang demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari kehancuran disebabkan kezaliman dan kegagalan kerajaan Islam Hadhari mentadbir negara ini.

Turut berceramah bersama beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

NOTA : Blog Zaharin boleh dilayari di www.sangkelembai2006.blogspot.com

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59