Wednesday, 2 January 2008

MAJLIS 'SEMBAHYANG' UNTUK MENDIANG SAMY TARAK VALUE'


Kritikan dan kecaman terhadap Presiden MIC Datuk S Samy Vellu telah sampai ke tahap tahap yang "menggerikan".

Walaupun ada pihak yang menganggapnya melucukan, tetapi pihak lain menyifatkan ia sudah sampaikan ke peringkat yang menjengkelkan.

Pada masa yang ini, kumpulan yang tidak dikenali sedang mengedarkan, antara lain, notis mengadakan "sembahyang hari ke-16 kematian" presiden MIC itu.

Khabar angin bertiup kencang bahawa majlis sembahyang tersebut memang benar-benar telah diadakan di beberapa lokasi tetapi sehingga ini tidak dapat disahkan.

Menurut sumber-sumber, terdapat beberapa versi notis tersebut, yang juga turut diedarkan melalui internet.

Notis-notis ini juga ditampal di pelbagai tempat, termasuk salah satu daripadanya menggelarkan presiden MIC itu sebagai 'Pembunuh No 1" masyarakat India.

Notis yang diperolehi oleh Malaysiakini - dalam bentuk iklan akhbar - merupakan jemputan ke majlis "sembahyang hari ke-16 kematian" presiden MIC itu.

Notis tersebut yang mengandungi gambar Samy Vellu bersama pelita minyak di sisinya, menggesa orang ramai supaya menghadiri majlis tersebut pada 25 Disember 2005 berhampiran sebuah tebing sungai di Batang Berjuntai.

Selain mengandungi perkataan-perkataan yang menghina presiden MIC itu, notis tersebut juga menuduh beliau telah "mengkayakan" keluarga dan sahabat handainya, sedangkan masyarakat India hidup menderita.

Sehubungan itu, notis tersebut menyatakan: "Kami menggesa penduduk Tamil di Batang Berjuntai supaya bersembahyang agar rohnya terseksa di neraka".

Perhimpunan Hindraf

Notis itu juga menyatakan bahawa Samy Vellu telah "meninggal dunia dalam keadaan yang amat memalukan" selepas menyaksikan perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November lalu.

Perhimpunan tersebut, yang diadakan di Kuala Lumpur telah disertai oleh kira-kira 30,000 masyarakat India Malaysia.

Notis itu juga turut mengecam anggota keluarga Samy Vellu; Timbalannya, Datuk G Palanivel; Naib Presidennya, Datuk S Sothinathan; Setiausaha Agungnya, Datuk S Subramaniam dan Ketua Pemudanya, S Vigneswaran.

MIC dan para pemimpinnya berdepan dengan tekanan yang hebat selepas perhimpunan 25 November diadakan, yang disifatkan oleh para pemerhati "telah menggerakkan" kesedaran politik masyarakat India di negara ini.

Hindraf juga menuduh MIC gagal mewakili kepentingan masyarakat india, walaupun parti tersebut berulangkali menafikannya.

Hindraf juga mendakwa bahawa kerajaan telah meminggirkan masyarakat India dan mereka turut menjadi mangsa 'penghapusan etnik'.

Lima pemimpin Hindraf telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

'Golongan tolol'

Sementara itu, Palanivel mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedarkan notis tersebut apabila ditanya mengenainya.

"Ia bukanlah sebahagian daripada budaya kita untuk melakukan perkara seumpama itu kepada seseorang yang masih hidup. Ia amat memalukan," katanya kepada Malaysiakini.

Timbalan presiden MIC itu menegaskan bahawa mereka yang beragama dan mempunyai nilai kemanusiaan, tidak akan tergamak bertindak sedemikian rupa.

"Saya tidak rasa rakyat gembira dengan perbuatan seumpama itu," tambah Palanivel (kanan).

Sothinathan pula menyifatkan mereka yang melakukannya sebagai "golongan tolol yang tidak mempunyai rasa hormat kepada agama dan budaya".

"Malah binatang pun tidak akan melakukan perkara seumpama itu, mereka ini adalah golongan yang tidak tahu budaya India. Jika mereka orang Hindu sebenarnya, mereka tidak akan melakukan perkara seumpama itu," katanya kepada Malaysiakini.

"Golongan ini sepatutnya berhenti menyalahkan orang lain, mereka ini tidak maju atau membenarkan orang lain maju...jadi mereka ini tidak harus diambil kira secara serius," katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59