Thursday, 10 January 2008

Kelantan kesal kedatangan Maya Karin ‘dipolitik’


KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan kesal dengan beberapa pihak yang mempolitikkan kedatangan pelakon Maya Karin ke negeri ini bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.

“Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beberapa hari lepas, selebriti itu melahirkan rasa sedihnya apabila kedatangannya ke Kelantan telah dipolitikkan.

Forum yang dihadiri Maya Karin itu turut disertai ahli akademik Prof. Dr. Hatta Azad Khan serta pengarah filem Mamat Khalid dan Hassan Mutalib.

Nik Mohd. Amar berkata, pihaknya bercadang untuk menganjurkan MiniFest Kelantan tahun ini dalam skop yang lebih luas.

“Kita rancang untuk anjurkan sekali lagi program berkenaan pada pertengahan tahun ini dengan meluaskan lagi skop program tanpa terhad kepada forum dan penayangan filem dari negara Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menayangkan filem dari pelbagai negara asalkan ia memberi mesej yang baik dan bertepatan dengan kehendak agama. Bernama

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59