Tuesday, 15 January 2008

HIMPUNAN AMAN BANTAH KENAIKAN HARGA BARANGAN 26 JANUARI


Himpunan rakyat aman Malaysia akan diadakan sebagai membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di hadapan bangunan KLCC, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 26 Januari depan.

Himpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) dijadual bermula jam 3 petang.

Sebelum itu, satu ceramah umum anjuran Protes akan diadakan pada jam 8 malam 20 Januari depan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH).

Setiausaha Protes, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Protes - yang dianggotai beberapa parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sangat memandang serius suasana inflasi di negara ini.

Katanya, keadaan inflasi yang tidak terkawal itu, menurutnya sedang menekan kehidupan rakyat jelata, khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

"Kenaikan bayaran tol di beberapa lebuhraya, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan elektrik dan air, kesemuanya menambah berat beban hidup rakyat yang semakin terhimpit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ceramah umum

Dr Mohd Hatta mendakwa, semua itu berlaku akibat gaya pentadbiran negara yang boros, korup dan "sentiasa mengorbankan kepentingan rakyat".

Oleh itu, katanya, Protes tidak menolak kemungkinan besar kenaikan harga bahan bakar dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, Protes memandang semua kenaikan ini sebagai manifestasi kegagalan kerajaan menjalankan pentadbiran secara berkesan.

Keadaan itu, katanya, telah mengakibatkan rakyat terus disajikan dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial dari masa ke semasa.

Berikutaan itu, katanya, Protes akan menganjurkan ceramah umum pada 20 Januari depan di SCAH dan perhimpunan aman rakyat di depan bangunan KLCC pada 26 Januari ini.

"Protes menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar turut serta menjayakan ceramah umum dan perhimpunan aman rakyat itu," katanya lagi.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Blow d' whistle said...

sila siasat tentang perlantikan 'salleh'@ yusof jantan bkt katil sbg datuk bandar mbmb yang baru untuk jadi proksi pak ali bg habiskan duit mbmb untuk pilihanraya akan dtg.
dgr kabarnya, hj zaini (datok bandar lama) da disuruh utk guna duit mbmb bg bantu bn menang election akan datang tapi dia berkeras utk tak nak tolong sebab dia penat2 carikan duit utk majlis tp senang2 je org lain nak tlong perabiskan.
lagi satu perlantikan salleh ni ditentang oleh segelintir pemimpin di jbtn ketua menteri sebab salleh ni belajar tak tinggi(xde 1st degree).
tolong buat posting pasal ni takut nanti mbmb takde duit nak bayar kontraktor pungut sampah mcm kat perlis.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59