Thursday, 3 January 2008

HIKAYAT MENTERI PERDANA YANG PENING


Baru hamba berangan nak bubarkan Dewan Perwakilan sepekan lepas, Si Apek Lek Soi buat perangai pulak, bermukah dengan dayangnya. Dah lah hamba beberapa kali tangguh pembubaran disebabkan Himpunan sekelian rakyat sepurnama lalu, cerita hikayat Si Langam merasuah Hakim, Perbelajaan tahunan Negara (Bajet) yang tidak menjadi, Kenaikan gaji sekelian pembesar negara yang tidak membawa erti dan lain-lain; kenaikan harga barang-barang yang tidak dapat di kawal; tiba-tiba Apek tua ni pulak buat kerja jalang.

Pening! Pening! Pening betul kepala hamba nak fikir. Congakan hamba dah berapa kali tak betul.

Ingatkan bajet boleh menipu hamba rakyat, tapi rakyat buat dek je; ingatkan kenaikan gaji sekelian pembesar negara boleh kelentong rakyat tapi semuanya hanya igauan semata.

Apa agaknya yang boleh hamba lakukan untuk kelirukan rakyat supaya menyokong hamba.

Tangkap semua pemimpin pembangkang sumbat di dalam penjara ikut undang-undang Siksa Amba (USA).....tak boleh nanti nampak sangat hamba jahat dan zalim.

Rasuah rakyat dengan duit masa pemilihan pembesar negara nanti.....ini boleh dibuat tapi takut jugek nanti ada yang bocorkan rahsia dan bawa ke muka pengadilam susah jugek hamba nak jawab.

Pening! Pening! mana pak dukun dan tabib aku boleh sasau macam ni ............

Aku ingat aku kena gunakan si RaSHIT bengong tu sewenang-wenangnya supaya SPR betul-betul dapat membantu aku menang besar lagi sama seperti 2004.

Aku ada Jabatan Pendaftaran Negara, Polis, KEMAS, Jentera Kerajaan. AKu akan gunakan semahu-mahunya.....jangan segan silu yang penting aku mesti tunjukkan bahawa aku hebat. Kalau tidak nanti ..... si bedebah tu menunggu je nak ngap aku. Macam Memanda Menteri Perdana dulu di ngap oleh aku.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59