Monday, 7 January 2008

HADIAN TAHUN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Belum pun selesai masalah bayaran yuran tambahan sekolah, ibu bapa kini menghadapi kenaikan tambang bas sekolah sehingga 20 peratus berbanding kadar tambang tahun lepas.

Di Petaling Jaya sebagai contoh bagi perjalanan tiga kilometer (km), kadar tambang sehala meningkat daripada RM50 kepada RM60.

Di Bangi, tambang bas dilaporkan melonjak sebanyak RM5 untuk perjalanan sehala. Jika dahulu ibu bapa membayar RM25 untuk perjalanan sehala sejauh satu setengah kilometer, kini tambangnya naik kepada RM30.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Chee Ah Tey mengakui sesetengah ahli persatuan itu menaikkan kadar tambang bas sekolah kerana khuatir harga diesel meningkat dan bas sekolah yang berusia melebihi 12 tahun tidak dibenarkan disewa.

Menurut beliau, gejala itu berlaku di Lembah Klang sekarang dan beliau bimbang ia akan merebak ke seluruh negara menjelang Februari dan Mac ini.

Malangnya kerajaan gagal menguruskan hal ini dengan baik. Tambang dinaikkan sewenang-wenangnya tetapi tiada tindakan di ambil. Setelah aduan dibuat, tindakan segera tidak diambil.

Sekali lagi rakyat menjadi mangsa.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59