Wednesday, 16 January 2008

DUA LAGI KUBU KUAT ALI RUSTAM DITEMBUSI


Majlis Tindakan DUN Bukit Baru sekali membuat kejutan apabila berjaya membuka dua buah lagi Pusat Perkhidmatan dan Pejabat Unit Peti Undi (UPU)iaitu di Peti Undi Kampung Ku Sayang dan Padang Jambu. Kedua-dua Peti Undi ini terutama Kampung Ku Sayang sememangnya kubu kuat ALi Rustam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Baru.

Sebelum ini petugas PAS begitu sukar untuk menembusi Kampung Ku Sayang sehingga poster PAS juga tidak dibenarkan untuk digantung di kawasan tersebut. Sebelum ini Kampung Ku Sayang diletakkan di bawah Peti Undi Bukit Baru tetapi mengikut pekeliling SPR yang baru Peti Undi Bukit Baru dipecahkan menjadi dua kepada Peti Undi Kampung Ku Sayang dan Bukit Pulau.

Kejayaan membuka kedua-dua Pejabat peti undi di kawasan tersebut merupakan suatu kejayaan gemilang PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru kerana sebelum ini penduduk setempat cukup liat untuk membantu PAS pada setiap kali pilihanraya umum.

Menurut Pengarah MTD Bukit Baru, Ramli Halib kesediaan penduduk setempat mewakafkan rumah mereka untuk dijadikan pejabat dan pusat khidmat masyarakat merupakan petunjuk bahawa rakyat semakin berani untuk bangkit menolak BN pada pilihanraya akan datang.

"Walaupun mereka diugut dan ditekan oleh penduduk setempat mereka tetap teguh pendirian dan sentiasa bersemangat untuk membantu PAS".

"Insya Allah kita akan buat kejutan dengan memberikan saingan yang cukup sengit kali ini ditambah lagi dengan sokongan terbuka masyarakat bukan Melayu kepada pembangkang membuatkan kita sangat yakin PAS mampun menumbangkan BN di sini" kata Rami dengan penuh semangat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin menyatakan bahawa Pemuda Kawasan bertekad untuk menggerakkan pejabat baru ini dengan semaksimum mungkin bagi memastikan pengundi di kawasan itu beralih arah kali.

"Kita telah pun membentuk jentera pemuda di semua peringkat termasuk UPU dan UPU Kampung Ku Sayang merupakan antara UPu yang kita akan beri tumpuan khusus" katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sebelum ini MTD Bukit Baru berjaya menembusi kubu BN di Tamam Tun Rahah (Peti Undi Baru) walaupun sebelum ini PAS tidak pernah mempunyai cawangan maupun markas semasa kempen pilihanraya di sana. Pusat Khidmat dan Pejabat UPU telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 Melaka, Hj Bakrin Sidek tiga minggu lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59