Friday, 4 January 2008

CHUA SOI LEK DAH LETAK JAWATAN, PEMIMPIN UMNO YANG JUGA 'JALANG' BILA NAK BERBUAT DEMIKIAN?



Bekas Menteri jalang, Chua Soi Lek telah meletakkan jawatan hanya selepas beberapa hari heboh diperkatakan di dada akhbar dan DVD lucahnya diedarkan. Walaupun Chua melakukan perkara yang tidak disenonoh beliau masih mempunyai maruah dan harga diri dengan bertanggungjawab sepenuhnya dengan jawatannya dan terus meletakkan semua amanah samada dalam kerajaan atau parti.

Malangnya pemimpin Islam Hadhari, Umno yang beragama Islam walaupun gambar dan kes mereka dibawa ke mahkamah mereka masih berdegil mahu meneruskan karier politik mereka walaupun kredibilit mereka telah hancur.

Lihat sahaja contoh bagaimana 2 orang ahli parlimen Umno dari Selangor yang mana gambar tidak senonohnya bersama seorang lagi pemimpin wanita Umno tersebar beliau kedua-dua masih terus berdegil tidak mahu meletakkan jawatan.

Begitu juga seorang lagi Ahli Parlimen Umno yang ditangkap sendiri oleh suaminya di hotel bersama lelaki lain masih mahu meneruskan kerjaya politiknya.

Memang jelas bahawa maruah dan harga diri tiada dalam diri penganut Islam Hadhari. Walaupun diri sendiri terbukti tidak bermoral, melakukan rasuah dan penyelewengan mereka menebalkan muka, memekakkan telinga meneruskan karier politik mereka.

Malah parti mereka iaitu Umno sendiri seolah-olah merestui perangai buruk mereka ini apabila tiada tindakan di ambil. Mungkin Islam Hadhari mengHALALkan semua perlakuan seperti ini.

Rakyat sepatutnya menilai semula sokongan kepada parti dan pemimpin sebegini.

Ikuti artikel yang tulis oleh Roslan SMS

Tetapi apabila meletup skandal seorang ahli parlimen Umno Selangor bergomol dengan seorang ahli dewan negara Umno Selangor (yang kedua-duanya masing-masing telah ada suami dan isteri) tidak pula berlaku apa-apa sebagaimana yang berlaku ke atas Dr Chua seorang tokoh MCA yang bukan Islam!

ADUN DAP Sekinchan telah membawa foto kedua-dua pemimpin Umno ini berdakap-dakapan ke Dewan Undangan Negeri Selangor sambil bertanya inikah contoh pemimpin Islam Hadhari yang mahu MB Selangor lahirkan, speaker dewan telah membantah usaha YB Ng itu dan kebetulan speaker adalah ayahanda kepada Senator yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Kelang itu.

Kedua-dua ahli Parlimen Gombak dan Senator Norhayati masing-masing pada mulanya membuat kenyataan menafikan gambar tersebut. Kononnya difitnah oleh pihak pembangkang. Tetapi apabila ADUN DAP Sg Pinang mendedahkan laporan polis yang dibuat oleh suami Senator berkenaan dan rakyat pula diberitahu bahawa Senator berkenaan sedang menuntut cerai dari suaminya dan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah syariah, barulah kita tahu bahawa memang mereka berdua ada hubungan sulit.

Dr Chua berkata sekurang-kurangnya beliau berani buat dan berani bertanggungjawab dan memetik pula dasar Islam Hadhari amalan kerajaan Dollah sebagai alasan untuk beliau melepaskan jawatan, ahli Parlimen Gombak dan Senator yang sudah tentu Islam kedua-duanya itu bagaimana?

Jika benar kita mahu dipimpin oleh pemimpin yang bukan hanya tidak rasuah dan menyeleweng tetapi juga baik akhlak dan pekertinya, maka sebagaimana Naib Presiden MCA ini, rakyat Selangor juga sepatutnya mendesak agar ahli Parlimen Gombak dan Senator berkenaan melepaskan jawatan masing-masing demi membuktikan mereka berdua adalah insan-insan rabbani yang mahu dibentuk dan dilahirkan oleh Khir Toyo.

Malu kita kepada pemimpin MCA yang bukan Islam yang berani itu, sedangkan pemimpin Umno bersenang-senang enggan memikul tanggungjawab.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59