Saturday, 5 January 2008

BUKAN TAMADUN ISLAM YANG AKAN DIBANGUNKAN, TETAPI TAMADUN KEMUNDURAN ISLAM YANG DITUBUHKAN


Kerajaan pusat berjanji akan menjadikan Kelantan pusat ketamadunan Islam yang terbilang sekiranya Barisan Nasional (BN) dan membina lebih banyak masjid di negeri tersebut.

Bagaimanapun janji itu ada syaratnya - rakyat Kelantan mesti mengundi Barisan Nasional untuk kembali menerajui negeri itu selepas pilihanraya umum nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi di Kelantan mesti menolak PAS yang memerintah negeri itu sejak 18 tahun yang lalu jika mereka mahukan pembangunan dan perubahan yang positif.

Namun semua orang tahu apabila BN memerintah sudah tentu judi,arak, program hiburan maksiat dan sebagainya dibenarkan semula di Kelantan seperti juga Terengganu yang diperintah semula oleh BN.

Maka janji Najib hanyalah omongan kosong, kalaupun ianya adalah tamadun Islam Hadhari yang mengHALALkan apa yang diHARAMkan oleh Allah seperti yang diamalkan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59