Wednesday, 16 January 2008

BILA MATERIALISTIK KUASAI MANUSIA PELACURAN PUN DI HALALKAN


MELAKA: Malang sungguh bagi rakyat negeri Melaka apabila kerajaan negeri yang berideologikan Islam Hadhari terus membiarkan hotel-hotel yang menjalakan perniagaan pelacuran terus dibenarkan beroperasi walaupun sudah berkali-kali diserbu. Beginilah keadaannya bila negeri diperintah oleh BN yang tidak mengendahkan HALAL atau HARAM. Sarang pelacuran tumbuh dengan banyaknya bagaikan cendawan lepas hujan.

Ketua Menteri Ali Rustam membisu seribu bahasa malah menggalakkan lebih banyak hotel beroperasi di Melaka tanpa rasa bimbang kalau-kalau hotel itu menjalankan kegiatan maksiat.

Komen Herman : Kerajaan BN langsung tak mahu menutup premis ini, mereka hanya menutup mata, mungkin kerana Ali Rustam menganggapnya sebagai sebahagian ‘produk pelancongan’ ke Negeri Bersejarah tu. Hakikatnya Ali Rustam hanya memalukan cucu Hang Tuah dinegeri itu sahaja. Baik jatuhkan semua pemimpin BN agar Melaka bebas dari SARANG PELACURAN

Cuba anda baca laporan media di bawah :-

Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.

Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.

Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.

Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.

Dalam operasi di hotel itu, JAIM menangkap enam wanita berusia 19 hingga 39 tahun yang dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki warga asing berusia 40-an yang dipercayai pelanggan pelacur berkenaan.

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya kerana menjalankan kegiatan sama, pihaknya menahan lima wanita juga dipercayai pelacur berusia 22 hingga 25 tahun.Dua lelaki warga asing berusia 20-an dipercayai pelanggan turut ditahan.

Menurutnya, daripada 10 wanita yang ditahan itu, dua beragama Islam. Semuanya mendakwa berasal dari Sabah dan hanya mempunyai sijil kelahiran.

Mereka ditahan untuk siasatan dan dua wanita beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana melacur, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiga lelaki beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 54, enakmen sama kerana bersekediaman dengan bukan muhrim, sabit kesalahan boleh didenda dan dihukum penjara bagi nilai dan tempoh sama manakala seorang lagi lelaki dibebaskan kerana bukan beragama Islam.

Herman - Beginilah keadaannya bila negeri anda diperintah oleh BN. Sarang pelacuran tumbuh dengan banyaknya. Walaupun dah banyak kali diserbu, tapi tempat itu terus hidup dan aktif. Kerajaan BN langsung tak mahu menutup premis ini, mereka hanya menutup mata, mungkin kerana Ali Rustam menganggapnya sebagai sebahagian ‘produk pelancongan’ ke Negeri Bersejarah tu. Hakikatnya Ali Rustam hanya memalukan cucu Hang Tuah dinegeri itu sahaja. Baik jatuhkan semua pemimpin BN agar Melaka bebas dari SARANG PELACURAN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59