Thursday, 10 January 2008

2 PROGRAM BESAR DALAM 2 SEMINGGU DI BUKIT KATIL


PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan dua program besar dalam masa seminggu iaitu pada 27 Januari dan 2 Februari 2008.

Program pertama pada 27 Januari ialah ceramah perdana Naib Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di perkarangan rumah Tuan Haji Mohd Yassin Abd Ghani di sebelah Stesyen minyak BP Bukit Katil. Ceramah bermula pada jam 9.00 malam.

Program kedua ialah Kempen Jelajah Presiden ke seluruh negara bertemakan Gelombang Kuning Semarak Hijau di mana rakyat negeri Melaka dijemput untuk sama-sama berhimpun di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bagi mendengar amanat Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.00 petang.

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Khairul Che Salleh dalam kenyataannya pagi tadi melahirkan rasa terharu kerana PAS Negeri memberikan kepercayaan kepada PAS Kawasan Bukit Katil untuk menjadi tuan rumah kepada dua program besar ini.

"Insya Allah PAS Bukit Katil akan memastikan program ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancang".

"Kita harap seluruh rakyat Melaka termasuk penyokong kerajaan dan bukan Melayu datang beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat terkini tentang isu semasa yang rancak sekarang" kata Ustaz Khairul yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka.

Menurut Ustaz Khairul, DUN Bukit Baru dipilih sebagai tuan rumah untuk kedua-dua program ini kerana PAS Kawasan ingin meng'GEGAU' Ali Rustam yang merupakan ADUN Bukit Baru.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59