Thursday, 31 January 2008

MAHATHIR TERUS 'TEMBAK' IMAM HADHARI



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah terniat untuk penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lebih dari sepenggal dan menyarankan beliau melepaskan jawatannya.

Abdullah akan bertanding untuk penggal keduanya dalam pilihanraya umum yang dijangka diadakan Mac ini.

Mahathir sebelum ini berkata, beliau telah membuat kesilapan apabila memilih Abdullah untuk menggantikannya sebagai perdana Menteri.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau sepatutnya melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih berpengaruh, untuk menggantikannya.

Pada masa ini, katanya, beliau terfikir memandangkan Abdullah lebih tua dari Najib "maka beliau patut menjadi PM untuk satu penggal dan kemudian Najib mengambil alih."

Bercakap dalam sidang akhbar, Dr Mahathir berkata, beliau faham bahawa ianya mengambil masa untuk melaksanakan rancangan dan projek.

Tetapi, tambahnya, jika itu yang dijadikan alasan untuk kekal berkuasa selama 18 tahun, maka ia tidak dapat diterima.

Abdullah menang besar dalam pilihanraya umum 2004 apabila para pengundi menyokong ikrarnya untuk memerangi rasuah.

Bagaimanapun, sejak itu beliau dikritik hebat kerana didakwa gagal memenuhi janjinya itu.

Dalam bulan-bulan kebelakangan ini, beliau berdepan dengan perhimpunan rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, membantah kenaikan harga minyak dan menuntut hak masyarakat India.


DR MAHATHIR AKUI UMNO PARTI KORUP


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai satu misi menjelang pilihanraya umum yang diramalkan Mac ini - masanya sudah tiba untuk 'membersihkan' kerajaan Barisan Nasional (BN), khususnya parti tulang belakangnya, Umno.

Sehubungan itu, beliau berharap penyokong BN tidak akan mengundi pemimpin yang "korup dan kayu mati" dalam pilihanraya umum akan datang.

Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata beliau cuba berbuat demikian kerana nampaknya BN tidak mungkin dapat membersihkan dirinya sendiri.

Untuk itu, katanya, jika terdapat calon-calon yang korup dan tidak cekap, maka penyokong BN tidak patut mengundi mereka dan "inilah cara kita dapat bersihkan... BN dan Umno".

Dr Mahathir berkata, tiada harapan untuk Umno membersihkan parti itu dari dalam kerana sebarang pandangan yang bertentangan dari ahli parti, akan dikekang.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan buku terbarunya dalam bahasa Inggeris bertajuk ‘Dr Mahathir’s Selected Letters to World Leaders’, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak menyokong pembangkang dan beliau yakin BN akan menang selesa dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau meramalkan keputusannya akan hampir sama dengan pilihanraya 1999, berbanding dengan 2004 di mana BN mendapat mendapat terbesar dari rakyat. Pada 1999, BN kalah teruk serta kehilangan Kelantan dan Terengganu kepada parti PAS.

"Isu-isu sekarang berbeza (berbanding dengan tahun 1999). Terdapat (sekarang) masalah inflasi. Lebih penting lagi kualiti kepimpinan (dalam Umno) tidak ada," kata Dr Mahathir.

Guna "cara-cara haram"

Menjawab soalan pemberita, Dr Mahathir berkata, pilihanraya umum akan datang "boleh jadi" yang paling kotor dan menyuarakan kebimbangnnya terhadap penggunaan "cara-cara haram" untuk mempengaruhi pengundi.

Apabila diminta membuktikan dakwaannya mungkin berlaku pembelian undi, Dr Mahathir menjawab, kebimbangannya itu berdasarkan pengalamannya dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu pada 2006 serta sewaktu pilihanraya kecil tahun lalu.

"Dalam kes saya (pemilihan Umno Kubang Pasu), saya telah membuktikan bahawa mereka (perwakilan) dirasuah. Saya menjangka amalam ini akan berterusan sewaktu pilihanraya umum," katanya.

Pada 2006, Dr Mahathir mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu untuk menghalang beliau daripada dipilih sebagai perwakilan ke perhimpunan agung Umno. Jawatankuasa disiplin Umno bagaimanapun, telah membersihkan bahagian tersebut dari sebarang salahlaku.

Dr Mahathir juga mengesahkan khabar angin yang sudah lama diperkatakan bahawa kerajaan pimpinannya sebelum ini sengaja mengelak memajukan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS atas sebab-sebab politik.

Beliau berkata, Umno merasakan kerajaan pusat tidak seharusnya memajukan negeri itu kerana PAS akan kesempatan daripada keadaan tersebut.

"PAS akan beritahu rakyat - walaupun tidak mengundi BN, anda masih dapat pembangunan. Jadi, mengapa perlu mengundi BN? Ini merupakan masalah yang sering dihadapi dengan PAS. Malah di kawasan pilihanraya saya... Kerana itu kita tidak memajukannya," jelas beliau.

Beliau turut mengulas mengenai isu-isu agama, ekonomi dan dakwaan rasuah sewaktu 22 tahun pentadbirannya

Malaysiakini


Monday, 28 January 2008

SEMUA TAHANAN DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN


Semua tahanan demo PROTES semalam dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 seorang. Mereka terdiri daripada 10 orang wanita dan 26 lelaki.

Antaranya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Muslimat PAS Pusat, Aiman Atirah al-Jundi; Mohd Zaid Mohd Ibrahim;Mohd Azmi Zamrus;Fadzil Osman; Solahudin Al-Ayubi Yahya; Izamudin Ludin; Marzuki Abdullah; Maisuhara Basarudin; Noraziati Ashari dan Nasita Mohd Noor.

Selain itu 12 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) antaranya Presiden Penaja PSM, Dr Nasir Hashim; Setiausahanya, Aruchelvan dan Dr Badrul Amin Baharun dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan seramai 10 orang ahli PKR.

SATU LAGI KEZALIMAN IMAM HADHARI


35 PESERTA HIMPUNAN DI DAKWA


Seramai 35 orang telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.

Mereka juga menghadapi tuduhan tambahaN sama ada melanggar perintah mahkamah melarang perhimpunan tersebut atau menyokong mereka yang berbuat demikian.

Kesemua mereka minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000 seorang. Kes mereka akan didengar pada 16 Jun.

Di mahkamah yang sama, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas tuduhan menghalang polis menjalankan tugas mereka.

Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain.

Antara individu yang di tahan semalam adalah Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu;AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahamd;Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.


35 PESERTA HIMPUNAN DI DAKWA


Seramai 35 orang telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram Sabtu lalu.

Mereka juga menghadapi tuduhan tambahaN sama ada melanggar perintah mahkamah melarang perhimpunan tersebut atau menyokong mereka yang berbuat demikian.

Kesemua mereka minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000 seorang. Kes mereka akan didengar pada 16 Jun.

Di mahkamah yang sama, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas tuduhan menghalang polis menjalankan tugas mereka.

Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain.

Antara individu yang di tahan semalam adalah Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu;AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahamd;Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.


PENJENAYAH BEBAS, RAKYAT DITANGKAP



Kebiadapan dan keganasan anggota polis menangkap secara rambang peserta perhimpunan aman menentang kenaikan harga barangan di KLCC menunjukkan seolah-olah kerajaan BN melaksanakan sistem kuku besi. Tidak cukup dengan tangkapan, rakyat yang ditahan ada yang di kasari dan dilayan umpama binatang.

Belum sempat peserta berkumpul menyuarakan bantahan, polis terus membuat tangkapan bermula jam 2.45 petang di hadapan Suria KLCC. Polis seolah-olah gian untuk menangkap rakyat. Langsung tidak ada pertimbagan dan tolak ansur.

Tangkapan awal dilakukan terhadap empat anggota Unit Amal diikuti lapan orang termasuk Setiausaha Dewan Musliamt PAS Pusat, Atirah Aiman Al-Jundi di Ampang Park.

Sejurus itu, polis bagaikan dirasuk terus membuat tangkapan walaupun tiada laungan memprotes atau pengedaran risalah dilakukan peserta perhimpunan.

Dalam perbualan wartawan dengan anggota polis, mereka mengakui mendapat arahan daripada pihak atasan supaya membuat tangkapan terhadap sesiapa sahaja yang cuba berhimpun di sekitar KLCC dan Ampang Park.

Anggota polis, Rela dan SB berada di merata-rata tempat. Mereka tidak memberi peluang langsung terhadap peserta perhimpunan untuk berkumpul.

Enam trak polis penuh disumbat dengan peserta perhimpunan untuk dihantar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Kuala Lumpur (IPK).

Polis bertindak cekap dan pantas dalam penangkapan tersebut. Bermula jam 2.45 hingga 4.15 petang polis telah menangkap 58 orang peserta perhimpunan dan dibawa ke IPK.

Apa hak rakyat ditangkap sebelum sempat menyuarakan bantahan? Apakah kerajaan BN benar-benar takut dengan kebangkitan rakyat sehingga mengarahkan polis bertindak ganas dan biadap terhadap peserta perhimpunan?

Sebelum ini, dalam mana-mana perhimpunan aman anjuran Protes atau PAS belum ada peserta yang membawa sebarang alat berbahaya seperti pisau, cangkul, keris, parang untuk berlawan dengan anggota polis.

Mereka hanya membawa mulut, tangan, kaki, kain rentang dan risalah. Kandungan risalah dan kain rentang hanya untuk menyedarkan rakyat tentang keadaan kerajaan BN yang semakin menekan kehidupan rakyat. Itu saja.

Malangnya, anggota polis telah berlawan dengan rakyat secara ganas. Polis dengan segala kelengkapan terutama Pasukan Simpanan Khas (FRU) menggunakan cota, kasut but, perisai dan 'water cannon' untuk berhadapan dengan rakyat.

Peserta perhimpunan ditangkap tak ubah sebagai seorang penjenayah. Sedangkan penjenayah sebenarnya terlepas bebas sehingga berjaya meneruskan kerjaya sebagai penculik kanak-kanak.

Terfikir sejenak. Dalam kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak, mengapa polis masih belum berjaya menangkap penjenayah terlibat?

Apakah anggota polis di negara Islam Hadhari ini hanya dikhaskan untuk mengintip dan menangkap sesiapa saja yang bersekongkol dengan pembangkang PAS, KeADILan dan DAP?

Perbualan penulis dengan seorang anggota polis wanita di hadapan Suria KLCC, beliau menyalahkan ibu bapa Sharline Mohd Nasar, 5, kerana cuai menjaga kanak-kanak tersebut.

Kenyataan polis wanita itu mengejutkan saya dan Pegawai Khas Pemuda PAS Pusat, Safarizal yang berada di hadapan beberapa anggota polis di hadapan Suria KLCC.

Safarizal berkata, "Kalau Sharlinie atau kanak-kanak yang diculik itu penyokong pembangkang mesti polis bertindak pantas dan cekap."

Malang polis di Malaysia hanya akur dan taat secara 'membabi buta' terhadap arahan pihak atasan untuk menangkap sesiapa saja yang bersengkokol dengan pembangkang.

Mereka hanya menjadi `pak pacak' menunggu arahan untuk bertindak terhadap rakyat. Tak ubah seperti seekor anjing yang terlalu patuh pada arahan tuannya.

Banyak kes yang membuktikan anggota polis terlalu ganas terhadap rakyat. Kes di Batu Buruk, Kuala Terengganu anggota polis menembak dengan menggunakan peluru hidup ketika meleraikan perhimpuanan aman.

Bagaimanapun, polis tersebut terlepas sedangkan mangsa tembakan rambang itu didakwa di mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beginilah nasib rakyat Malaysia hidup di bawah kerajaan BN.

Pemimpin BN sedar rakyat mempunyai kuasa untuk menukar kerajaan. Sebab itu mereka menggunakan sepenuhnya kuasa polis untuk menahan kebangkitan rakyat.

Justeru, apakah rakyat masih rela diganasi oleh anggota polis?Jawapannya dalam keputusan pilihan raya umum ke-12.

Harakahdaily


Sunday, 27 January 2008

Ketua Muslimat PAS bebas jam 1 pagi, 47 masih ditahan


KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh adalah antara 11 individu awal yang dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain masih lagi dalam tahanan.

Turut dibebaskan bersama Ustazah Nuridah ialah suami beliau Mohd Azmi Azman dan mereka adalah antara 58 orang yang ditahan semalam atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Demikian menurut Ustazah Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengetahui perkembangan terkini kesemua tahanan terbabit.

"Saya dan suami dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Bagi saya penangkapan semalam adalah salah kerana saya tidak berhimpun sama sekali malah saya sedang membantu seorang wanita berketurunan India yang cedera akibat dikasari Polis.

"Apabila polis arahkan bersurai, saya patuh tetapi mereka mengekori dan mengepung saya seterusnya menangkap saya dan lain-lain," katanya yang sedang bersiap untuk ke IPKKL tengah hari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Sementera itu, Nuridah turut menjelaskan kepada Harakahdaily, bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti nama 9 individu yang dibebaskan pagi tadi namun menyatakan tujuh daripadanya berketurunan India mankala dua lagi berbangsa Cina.

"Ada yang ditangkap sekitar Wisma Central Jalan Ampang, dan bukannya di lokasi himpunan sepatutnya di adakan malah turut ditangkap individu yang memakai baju warna kuning," katanya.

"Nampaknya kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang mahu memprotes kenaikan harga minyak dan barang yang 'menindas' hidup mereka. Oleh itu mereka melakukan pelbagai halangan untuk menyekat daripada mendengar suara hati rakyat," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi semangat kepada semua pendokong, pejuang, aktivis dan pemimpin politik agar meneruskan perjuangan membela nasib hidup rakyat di samping mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh BN tanpa rasa gentar.
"Jangat takut. Ini adalah lumrah perjuangan, pasti ada pelbagai halangan dan insya-Allah kita akan berjaya," katanya mengakhiri perbualan telefon sebentar tadi.

p/s: lawan TETAP lawan...


PAS selar tindakan polis menangkap rakyat demo Protes di KLCC


KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - PAS menyelar dan membantah tindakan polis menangkap rakyat yang menyertai perhimpunan aman Protes bagi membantah kenaikan harga barang di KLCC petang semalam.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa tangkapan tersebut sekali menggambarkan rakyat diperlakukan dengan cara tidak demokratik oleh kerajaan dengan menggunakan kuasa polis.

"PAS membantah tangkapan tersebut dan meminta mereka segera dibebaskan," katanya semasa di hubungi di Tawau, Sabah.

Malah katanya sekali lagi tangkapan tersebut membuktikan negara ini negara polis.

"Saya dimaklum ada yang ditangkap di Stesen LRT Ampang Park sedangkan mereka tidak berhimpun pun," katanya.

Dakwanya ini menunjukkan kebebasan dan pergerakan rakyat disekat sebegitu sekali.

"Jika berada di Stesen LRT dan KLCC pun ditangkap ia merupakan satu tangkapan yang luar biasa.

"Ini kerana sebagai rakyat Malaysia mereka bebas untuk bergerak dan tidak ada gunanya membina KLCC secantik begitu," bidasnya.

Sementara itu lebih 50 orang termasuk beberapa pimpinan PAS, KeADILan dan Parti Sosialis Rakyat ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Kuala Lumpur petang tadi ekoran perhimpunan tersebut.

Antara yang ditahan, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Nuridah Saleh, Dr Md Hatta Mohd Ramli dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua.

Dalam pada Nasharudin berkata, beliau dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang serta Ustaz Misbahul Munir ke Sabah untuk program Jelajah Bersama Presiden PAS.

"Bermula hari ini kami berada di Tawau dan besok ke Kota Kinabalu.
"Di Tawau kami berceramah Di Merotai dan sambutan rakyat Sabah amat menggalakkan," katanya yang berada di sana selama dua hari.

p/s: ini bukannya negara "demokrasi" tetapi telah menjadi negara "demonazi"...


58 ditahan polis di perhimpunan aman Protes Kenaikan Harga Barang






KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) - Seramai 58 orang ditahan termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua ekoran satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang.

Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Daripada keseluruhan yang ditahan, sepuluh adalah wanita.

Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Tangkapan bermula kira-kira jam 2.45 petang apabila enam orang ditahan di hadapan Suria KLCC biarpun belum berlaku perhimpunan.

Enam orang yang ditahan ialah anggota Unit Amal Wangsa Maju. Sementara itu Dr Hatta, Tian Chua dan seorang peguam, Johnson Chong ditahan semasa mengada satu sidang media di sebuah restoran berhadapan Kedutaan Australia, Jalan Yap Kwan Seng, tidak berapa jauh dari bangunan KLCC.

Semasa tangkapan tersebut Dr Hatta kelihatan terjatuh dari meja makan.

Dalam pada itu, walaupun tiada perhimpunan di kawasan KLCC, ia dikawal rapi anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan Rela. Tangkapan berakhir kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu Dr Hatta semasa mengadakan sidang media di restoran itu tidak dapat menyatakan sama ada perhimpunan itu berjaya ataupun tidak.

Bagaimanapun katanya, melihat kepada situasi di sekitar KLCC ia menampak keadaan yang agak kecoh dan tidak teratur.

"Bagaimanapun ia tidak membahayakan keselamatan orang ramai, sebenarnya Protes kecewa kerana pihak polis bertindak melampau; kami difaham kira-kira 1000 anggota polis ditugaskan hari ini dan ia menyebabkan suasana tidak selesa dan tanda tanya kepada orang ramai" katanya.

Walhal beliau berkata perhimpunan yang dirancang itu akan berjalan dengan aman dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada orang awam.

Malah dakwanya tindakan tersebut membazirkan sumber kerajaan.

"Jika sumber hebat sebegini dikerah untuk mengesan penjenayah atau mencari kanak-kanak yang hilang, saya rasa ia boleh menyelesaikan beberapa kes jenayah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur," katanya.
Mereka yang ditahan melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup rakyat" ketika dibawa ke IPK Kuala Lumpur dengan trak polis.


Friday, 25 January 2008

KAMU ADA KUASA, BUATLAH APA SAHAJA, TAPI INGAT DI ATAS SANA ADA YANG MAHA BERKUASA!!!!!


Oleh kerana mabuk kuasa dan sanggup diperkudakan oleh Umno/BN Polis terus menjalankan dasar bermusuh. Adakah polis tidak tahu bahawa di atas sana ada yang lebih berKUASA.

Media melaporkan hari ini bahawa Polis tidak akan teragak-agak menahan mereka yang menyertai perhimpunan haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dirancang diadakan di hadapan KLCC Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata setakat ini polis tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan itu.

"KPN (Ketua Polis Negara) ada terima faks daripada kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) memberitahu untuk mengadakan perhimpunan.

"Mereka bukan buat permohonan minta permit kerana untuk minta permit mereka kena isi borang-borang tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur
hari ini.

Menurut Bernama, Zulkarnain berkata berdasarkan peraturan itu, polis menganggap perhimpunan yang akan diadakan tersebut adalah haram.

"Kita tak akan teragak-agak tahan mereka yang terlibat mengikut Seksyen 27 (8) Akta Polis kerana menghadiri perhimpunan," katanya.

Beliau berkata polis juga akan menutup jalan di sekitar kawasan KLCC dan Jalan Ampang, selain meletakkan anggota untuk menjaga keselamatan di kawasan itu pada hari berkenaan.

Kelmarin, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) berkata, pihaknya tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah sebarang kenaikan harga minyak di perkarangan KLCC di ibu negara Sabtu ini.

Bagaimanapun, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli (kiri) berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perhimpunan tersebut.

"Protes dengan kerjasama unit amal Pemuda PAS, akan memastikan keadaan terkawal termasuk lalulintas," katanya yang juga bendahari PAS, dalam satu sidang akhbar kelmarin.

Di samping itu, kata Dr Hatta, Protes juga akan memaklumkannya kepada Majlis Peguam dan Suruhan jaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya memantau perhimpunan aman itu


DAH 27 TAHUN BARU DAPAT GERAN


JEMPOL : Sudah 27 tahun membayar hutang barulah dapat geran. Sudah berpuluh ribu malah mungkin jutaan ringgit hasil dari titik peluh penerokan felda 'disedut' tanpa belas ihsan barulah peneroka Felda Palong 7 diberi hak untuk memiliki tanah ladang dan rumah mereka.

Tak payah Najib hendak menipu rakyat terutama peneroka felda sendiri dengan kata-kata manis seperti, kerajaan komited untuk menjaga kebajikan dan membela nasib golongan peneroka sehingga ke generasi seterusnya tanpa mengharapkan sebarang balasan dan juga janji manis, walaupun sudah 50 tahun berlalu sejak Felda ditubuhkan, peneroka tanah rancangan itu tetap dibantu malah melangkau kepada generasi kedua dan ketiga.

Berapa ramai penagih dadah di seluruh felda di negara kita mengapa ianya tidak disebut oleh Najib. Berapa banyak wang bayaran balik yang telah dibayar oleh peneroka? Mengapa Najib tak sentuh?

Kes Mahkamah di Kelantan baru-baru ini benar-benar membuktikan bahawa Peneroka di anaktirikan dari segi harga kelapa sawit.


Thursday, 24 January 2008

DEKAT PILIHANRAYA, KU LI BANTAI PAS ....SEBELUM INI PUJI PAS


Oleh kerana ingik 'membodek' Pak Lah agar memilihnya bertanding pilihanraya seklai lagi Ku Li akhirnya bersuara dengan menghentam PAS. Sebelum ini ucapan dan kenyataan Ku Li seolah-olah seiring dengan PAS. Mungkin Ku Li merasakan kedudukan beliau di Gua Musang tidak selamat maka Ku Li mesti menunjukkan yang beliau benar-benar anti PAS.

Semalam pemimpin yang suka melompat parti ini, menyatakan bahawa pengalaman Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) yang pernah bekerjasama dengan Pas selama dua penggal sejak 1990 membuktikan yang parti itu tidak mampu melakukan apa yang dirancang untuk rakyat, kata bekas Presiden Semangat 46 yang bacul dan tidak punya modal untuk menghentam PAS.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu banyak perkara yang melibatkan kebajikan rakyat tidak terlaksana menyebabkan rakyat naik muak dengan janji-janji yang dibuat.

Tengku Razaleigh yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang berjanji akan menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan sekiranya parti itu menang dalam pilihan raya umum ke-12, merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata.

“Setakat hendak cakap, siapa pun boleh bercakap tapi buat tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (Kwapm) kepada 850 pelajar di Sekolah Kebangsaan Jerek, dekat sini semalam.

Apakah buta mata dan gelap hati sehingga menafikan kejayaan PAS menjalankan banyak program kebajikan untuk rakyat antaranya Skim Kifaalah, program untuk armalah, cuti bersalin dan pelbagai lagi program yang langsung tidak terfikir oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri-negeri lain.

Semangat 46 ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh bersama-sama dengan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (kini Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) pada 1988. Semangat 46 pernah bekerjasama dengan Pas dalam pilihan raya umum pada 1990 dan 1994.

Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh dan Dr. Rais menyertai UMNO semula.


MEGAT JUNID MENINGGAL


KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Anak Allahyarham, Megat Firdaus memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.


Wednesday, 23 January 2008

IMAM HADHARI AKUI SUKAR UTK ULANGI KEJAYAAN PRU 2004


Imam Hadhari Pak Lah Badawi semalam mengakui agak sukar untuk mengulangi kejayaan gilang gemilang BN menipu rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Pak Lah berkata tahun 2004 adalah masa yang berlainan, masa itu masa peralihan. Sekarang adalah masa untuk kita lakukan, dan melakukan apa yang dijanjikan agar sukar kerana banyak perkara yang perlu dibuat.

Pak Lah cuba mengelirukan rakyat apabila terpaksa mengakui bahawa janji-janji yang beliau buat memerlukan masa yang lama untuk ditunaikan bukannya satu penggal selama 5 tahun (Ini tandanya dia nak memerintah lama - macam Mahathir).

Ditanya adakah BN akan menang besar seperti PRU 2004, Imam Hadhari berkata bahawa beliau tidak fikir BN dapat melakukan sekali lagi dan beliau cukup gembira jika kalau BN dapat mengulanginya, dalam masa yang sama beliau mengakui beliau berfikir secara praktikal.

Jelas Imam Hadhari sendiri sangsi dengan kemampuan BN pada pilihanraya ini. Sudah tentu Imam Hadhari akan mengerahkan segala bala 'tentera'nya tidak kira jentera kerajaan, pegawai kerajaan walau dari Jabatan mana sekalipun untuk 'meratah' pembangkang kali ini. Ini kerana Imam Hadhari jelas lebih rakus dan pelahap dari Tun Mahathir demi untuk mengekalkan kekuasaannya sebagaimana yang pernah dilakukan pada PRU 2004 dimana ia dikatakan PRU paling kotor. Maka demi untuk mengekalkan kuasanya Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya mungkin akan menggunakan taktir lebih kotor kali.
ini.

Ayuh bersedialah wahai pejuang-pejuang Islam dan Keadilan untuk menentang mereka.


Monday, 21 January 2008

DURIAN RUNTUH UNTUK KAWAN KITA ORANG INDIA


Tidak semena-mena Imam Hadhari mengumumkan bahawa Hari Perayaan Thaipusam kini hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai sambutan perayaannya tahun ini Rabu depan - 23 Januari.

Menurut beliau, kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut agama Hindu.

Mengapa baru sekarang Imam Hadhari hendak menghormati orang India mengapa tidak diberikan cuti dari dahulu lagi. Jelas pemberian cuti ada udang disebalik mee. Mungkin Imam Hadhari mula takut dengan penentangan jelas orang India terhadap kerajaan apabila berbondong-bondong Orang India menyertai Kelab Penyokong PAS seluruh negara dan juga menyeberang menyertai Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Jelas sekali kesan Demonstrasi Hindraf dan kebangkitan orang India mencemaskan Imam Hadhari. Dari itu kepada kawan-kawan kita Orang India jangan takut mari kita berganding bahu bangkit menentang BN bagi memastikan hak dan kebajikan kita tanpa mengira agama dan kaum di kembalikan oleh kerajaan zalim BN.


PROGRAM LAJNAH EKONOMI DPPBK. LABURKAN WANG KWSP ANDA SAMBIL MENYUMBANGKAN KEPADA PAS


Sempena dengan dasar baru KWSP, Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) mengambil kesempatan untuk menambah dana (DPPBK) dengan menjalankan program SIMPAN SAMBIL LABUR menggunakan wang KWSP (EPF).

KOMISEN AGENT DARI PELABURAN INI AKAN DISUMBANGKAN SEBAHAGIANNYA KEPADA PERJUANGAN ISLAM. ANDA TIDAK RUGI APA-APA KERANA BUKAN WANG PELABURAN ANDA YANG DIBERIKAN KEPADA AGENT.

MALAH ANDA MENDAPAT KEUNTUNGAN JAUH BERLIPAT KALIGANDA BERBANDING MEMBIARKAN DUIT ANDA DIURUSNIAGA OLEH KWSP YANG KEUNTUNGAN TAHUNANNYA HANYALAH 4-5 %.

SEDANGKAN SKIM UNIT AMANAH INI BOLEH MEMBERIKAN KEUNTUNGAN ANTARA 20-45 % SETAHUN.

LEBIH MALANG LAGI KWSP MELABURKAN DUIT KITA DALAM URUSNIAGA YANG TIDAK DIHALALKAN OLEH SYARIAH.

SEDANGKAN PELABURAN SKIM UNIT AMANAH YANG DIJALANKAN OLEH DPPBK ADALAH HALAL DI SISI SYARIAH.

Sekarang SEMAKIN RAMAI BOLEH SIMPAN & LABUR MENGGUNAKAN WANG EPF. SILA RUJUK KEPADA INFORMASI DI BAWAH :-

Mulai 1 Sept, KWSP telah melaksanakan pembaharuan kepada Skim KWSP dengan membenarkan pelaburan menggunakan wang caruman dari akaun 1 dengan kadar minimum berdasarkan umur pencarum. Jumlah pelaburan minima RM 1,000.

Pelaburan boleh dibuat tiap-tiap 3 bulan sekali.

Jumlah minimum simpanan asas dalam akaun 1 adalah berdasarkan jadual dibawah :-

Umur -->Simpanan Asas (RM)

18 tahun --> 1,000
19 tahun --> 2,000
20 tahun -->3,000
21 tahun -->4,000
22 tahun -->5,000
23 tahun -->7,000
24 tahun -->8,000
25 tahun -->9,000
26 tahun -->11,000
27 tahun -->12,000
28 tahun -->14,000
29 tahun -->16,000
30 tahun -->18,000
31 tahun -->20,000
32 tahun -->22,000
33 tahun -->24,000
34 tahun -->26,000
35 tahun -->29,000
36 tahun -->32,000
37 tahun -->34,000
38 tahun -->37,000
39 tahun -->41,000
40 tahun -->44,000
41 tahun -->48,000
42 tahun -->51,000
43 tahun -->55,000
44 tahun -->59,000
45 tahun -->64,000
46 tahun -->68,000
47 tahun -->73,000
48 tahun -->78,000
49 tahun -->84,000
50 tahun -->90,000
51 tahun -->96,000
52 tahun --> 102,000
53 tahun --> 109,000
54 tahun --> 116,000
55 tahun --> 120,000


CONTOH PENGIRAAN

Katakan anda berumur 22 tahun.

1) Baki akaun 1 anda ada RM8,000. Simpanan Asas = RM5,000. Jumlah pelaburan --> (RM8,000 - RM5,000) X 20 % = RM600.00 (Anda belum layak kerana pelaburan minima RM1,000)

2) Bakin akaun anda ada RM10,000. Simpanan Asas = RM5,000. Jumlah pelaburan --> (RM10,000-RM5,000) X 20 % = RM1,000 (Anda layak melabur sebanyak RM1,000).

CEPAT JANGAN LEPASKAN PELUANG INI HUBUNGI TALIAN WAKIL KAMI 019-682 1318 UNTUK URUSAN PELABURAN ATAU EMAIL KEPADA kpnmelaka@gmail.com atau penjana@gmail.com


KAMI BUKTIKAN DI KELANTAN DAN TERENGGANU



Akhbar Utusan Meloya melalui ruangan kartun Senyum Kambing cuba memperlekehkan manifesto PAS tentang negara kebajikan. Senyum Kambing berkata cakap senanglah. Tetapi mereka lupa bahawa PAS membuktikannya di Kelantan

Dalam manifesto PRU 12 PAS menawarkan pendidikan percuma dan banyak lagi tawaran yang betul-betul memberikan kebajikan maksima kepada rakyat.

Oleh kerana BN tidak mampu melakukannya disebabkan sikap BOROS dan PELAHAP mereka, BN merasakan PAS tidak mampu menunaikan janji manifesto itu. Sedangkan PAS telah membuktikannya di Kelantan apabila berjaya menjalankan pelbagai skim yang jelas memberikan kesejahteraan kepada rakyat antara Skim Takaful Kifaalah dan lain-lain.

Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri terhad akibat diskriminasi kerajaan Pusat, PAS masih mampu memerintah Kelantan dan memberikan kebajikan yang jauh lebih baik berbanding negeri yang diperintah BN.

NAK TAHU PAS MAMPU ATAU TIDAK SILA BERIKAN UNDI ANDA KEPADA PAS DAN BA PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG.


PROGRAM LAJNAH EKONOMI DPPBK. LABURKAN WANG KWSP ANDA SAMBIL MENYUMBANGKAN KEPADA PAS


Sempena dengan dasar baru KWSP, Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) mengambil kesempatan untuk menambah dana (DPPBK) dengan menjalankan program SIMPAN SAMBIL LABUR menggunakan wang KWSP (EPF).

KOMISEN AGENT DARI PELABURAN INI AKAN DISUMBANGKAN SEBAHAGIANNYA KEPADA PERJUANGAN ISLAM. ANDA TIDAK RUGI APA-APA KERANA BUKAN WANG PELABURAN ANDA YANG DIBERIKAN KEPADA AGENT.

MALAH ANDA MENDAPAT KEUNTUNGAN JAUH BERLIPAT KALIGANDA BERBANDING MEMBIARKAN DUIT ANDA DIURUSNIAGA OLEH KWSP YANG KEUNTUNGAN TAHUNANNYA HANYALAH 4-5 %.

SEDANGKAN SKIM UNIT AMANAH INI BOLEH MEMBERIKAN KEUNTUNGAN ANTARA 20-45 % SETAHUN.

LEBIH MALANG LAGI KWSP MELABURKAN DUIT KITA DALAM URUSNIAGA YANG TIDAK DIHALALKAN OLEH SYARIAH.

SEDANGKAN PELABURAN SKIM UNIT AMANAH YANG DIJALANKAN OLEH DPPBK ADALAH HALAL DI SISI SYARIAH.

Sekarang SEMAKIN RAMAI BOLEH SIMPAN & LABUR MENGGUNAKAN WANG EPF. SILA RUJUK KEPADA INFORMASI DI BAWAH :-

Mulai 1 Sept, KWSP telah melaksanakan pembaharuan kepada Skim KWSP dengan membenarkan pelaburan menggunakan wang caruman dari akaun 1 dengan kadar minimum berdasarkan umur pencarum. Jumlah pelaburan minima RM 1,000.

Pelaburan boleh dibuat tiap-tiap 3 bulan sekali.

Jumlah minimum simpanan asas dalam akaun 1 adalah berdasarkan jadual dibawah :-

Umur -->Simpanan Asas (RM)

18 tahun --> 1,000
19 tahun --> 2,000
20 tahun -->3,000
21 tahun -->4,000
22 tahun -->5,000
23 tahun -->7,000
24 tahun -->8,000
25 tahun -->9,000
26 tahun -->11,000
27 tahun -->12,000
28 tahun -->14,000
29 tahun -->16,000
30 tahun -->18,000
31 tahun -->20,000
32 tahun -->22,000
33 tahun -->24,000
34 tahun -->26,000
35 tahun -->29,000
36 tahun -->32,000
37 tahun -->34,000
38 tahun -->37,000
39 tahun -->41,000
40 tahun -->44,000
41 tahun -->48,000
42 tahun -->51,000
43 tahun -->55,000
44 tahun -->59,000
45 tahun -->64,000
46 tahun -->68,000
47 tahun -->73,000
48 tahun -->78,000
49 tahun -->84,000
50 tahun -->90,000
51 tahun -->96,000
52 tahun --> 102,000
53 tahun --> 109,000
54 tahun --> 116,000
55 tahun --> 120,000


CONTOH PENGIRAAN

Katakan anda berumur 22 tahun.

1) Baki akaun 1 anda ada RM8,000. Simpanan Asas = RM5,000. Jumlah pelaburan --> (RM8,000 - RM5,000) X 20 % = RM600.00 (Anda belum layak kerana pelaburan minima RM1,000)

2) Bakin akaun anda ada RM10,000. Simpanan Asas = RM5,000. Jumlah pelaburan --> (RM10,000-RM5,000) X 20 % = RM1,000 (Anda layak melabur sebanyak RM1,000).

CEPAT JANGAN LEPASKAN PELUANG INI HUBUNGI TALIAN WAKIL KAMI 019-682 1318 UNTUK URUSAN PELABURAN ATAU EMAIL KEPADA kpnmelaka@gmail.com atau penjana@gmail.com


Sunday, 20 January 2008

WANG IHSAN KEDUA UNTUK MANGSA BANJIR. MANGSA BANJIR DI MELAKA 2006 ADA YANG BELUM DAPAT?


PEKAN : Seramai 157,507 mangsa banjir di seluruh negara yang menerima wang ihsan hari ini, bakal menerima satu lagi bantuan yang akan disalurkan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak berkata, bantuan dalam bentuk wang ihsan bagi pusingan kedua itu bagi membaiki kerosakan rumah mereka yang ditenggelami air pada kejadian banjir baru-baru ini.

‘‘Kita menetapkan rumah mangsa banjir yang ditenggelami air sedalam lebih 1.5 meter akan menerima wang ihsan sebanyak RM1,100 manakala di bawah paras itu menerima RM700,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 813 mangsa banjir di Dewan Konvensyen di sini hari ini.

Nampaknya begitu serius dalam hal pembayaran wang pampasan banjir. Beliau memilih kawasannya sendiri sebagai tempat untuk memulakan penyerahan wang banjir ini kerana dia serik bila hanya menang 213 undi sahaja pada pilihanraya umum 1999 lalu. Jadi setiap minggu dia balik ke Pekan.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, mangsa banjir di Melaka tahun 2006 dulu masih ada yang belum dapat wang pampasan. Ini dinyatakan sendiri oleh lidah rasmi Umno Melaka, akhbar Melaka Hari ini.

Tak payahlah Najib berlakon bahawa kerajaan BN prihatin dan cekap. Di Melaka dah setahun lebih masih belum selesai.


Saturday, 19 January 2008

PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR


KUALA LUMPUR : Bahang pilihan raya umum ke-12 semakin terasa apabila UMNO hari ini mengeluarkan arahan melarang semua pemimpinnya daripada melakukan lawatan ke luar negara berkuat kuasa serta-merta. Ini merupakan satu lagi isyarat jelas bahawa pilihanraya umum semakin hampir, omputih kata 'just around the corner'.

Selepas Perdana Menteri, Imam Hadhari semalam secara berseloroh mengatakan pilihan raya umum akan datang boleh diadakan sebelum sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang dijadualkan pertengahan Mac ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad hari ini tampil dengan arahan tersebut.

Maka isyarat dan tanda-tanda ianya hampir pasti diadakan Mac semakin jelas.

MAKA JENTERA KITA MESTILAH MEMPERSIAPKAN SEGALA JENTERA DAN KELENGKAPAN BAGI MEMASTIKAN PAS MERAMPAS KERAJAAN DAN MENUMBANGKAN REGIM ISLAM HADHARI YANG SEDANG BERMAHARAJALELA SEKARANG.


US Khirul DIMASUKKAN KE HOSPITAL MELAKA



Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh (gambar) dimasukkan ke Hospital Besar Melaka akibat sakit dada awal pagi tadi.

Beliau pada mulanya mengadu sakit dada yang teramat sangat terus dikejarkan ke hospital menggunakan kereta Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), saudara Nazri Ariffin kira-kira jam 10.00 malam dan dimasukkan ke wad 3, Tingkat 3 pada jam 2.45 pagi selepas diberi rawatan kecemasan selama 4 jam.

Menurut AJK DPPBK, Saudara Firdaus Mohd keadaan Ustaz Khirul semakin baik di mana pagi tadi beliau sudah boleh berbual tetapi masih lemah dan tidak bermaya.

Di fahamkan beliau sebenarnya mempunyai masalah komplikasi jantung sejak dahulu lagi. DPPBK mendoakan beliau cepat sembuh untuk meneruskan perjuangan.


Thursday, 17 January 2008

PEMBUNUH NURIN DAN PENCULIK SHARLINIE BEBAS DAN BERMAHARAJALELA, DOKTOR DAN USTAZ KENA TANGKAP



Hebat sungguh Polis Malaysia, Doktor dan Ustaz yang tidak pernah membunuh, menculik dan melakukan jenayah dengan cepat ditangkap walaupun kesalahannya hanyalah menghadiri perhimpunan aman.

TETAPI PENJENAYAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK DAN SEBAGAINYA DIBIARKAN HIDUP BEBAS DAN BERMAHARAJALELA.

KES-KES BUNUH YANG PULUHAN TAHUN PUN MASIH BELUM SELESAI, ANTARANYA KES PEMBUNUHAN MUSTAKIZAH, NORITA SHAMSUDDIN, NURIN JAZLIN DAN RAMAI LAGI.

SYABAS POLIS MALAYSIA YANG SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA UMNO DAN BN


Dr M: Saya baru kenal Lingam


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau baru saja mengenali peguam Datuk V K Lingam, orang yang dirakam dalam satu klip video sedang bercakap mengenai pelantikan hakim.

Ketika menjawab satu soalan semasa memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video berkenaan, bekas Perdana Menteri itu menafikan kononnya ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun telah beberapa kali membawa Lingam ke rumahnya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Itu tak betul," katanya kepada soalan wakil Badan Peguam, Christopher Leong, yang merujuk kepada perbualan dalam klip video itu yang memberi andaian Lingam telah beberapa kali pergi ke rumah beliau.

Mana satu yang betul ni? Allah sahaja yang tahu.


DERIH JUSOH MULA TERASA BAHANG DIGUGURKAN?


Menteri Besar Terengganu Derih Jusoh semalam menyatakan kesediaannya untuk dilantik sebagai menteri Pusat selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya pucuk kepimpinan tertinggi parti memutuskan sedemikian.

“Saya hanya seorang pekerja parti yang sanggup memberikan perkhidmatan dan sekiranya saya disuruh bertanding untuk kerusi Parlimen, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri.

“Tetapi setakat ini saya tak tahu, tetapi saya akan ikut dan bersedia bertanding di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Presiden parti, Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini.

Nampaknya Derih mula terasa bahang yang beliau kemungkinan besar akan 'diterajang' ke Pusat akibat dari permasalahan yang begitu banyak timbul di Terengganu. Derih sebenarnya amat tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Umno tempatan kerana dilihat melonggokkan projek pembangunan ke daerah kelahirannya iaitu Besut. Sehingga ada yang memberikan jolokan bahawa semua projek dibolot oleh BesutPutra. Derih sendiri dikatakan mempunyai syarikat kroninya sendiri iaitu JE.

Selain itu Derih juga mungkin diketepikan untuk memberi peluang kepada orang kuat Khairy dan Pak Lah iaitu Wan Hisam Untuk menjadi Menteri Besar yang baru. Desas-desus ini bertiup kencang apabila Wan Hisam seringkali dilihat pulang ke Kuala Terengganu untuk aktiviti-aktiviti Bahagian Kuala Terengganu di mana beliau menjadi Ketua Bahagiannya.

Andai kata Derih Jusoh di'terajang' ke pusat maka menangislah kroni-kroninya kerana hilang tempat berpaut bagi mendapatkan projek-projek baru.

Apa pun Wan Hisham belum tentu menjadi Menteri Besar walaupun Derih diturunkan takhtanya kerana Insya Allah PAS akan kembali berkuasa di Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 nanti.


Wednesday, 16 January 2008

BILA MATERIALISTIK KUASAI MANUSIA PELACURAN PUN DI HALALKAN


MELAKA: Malang sungguh bagi rakyat negeri Melaka apabila kerajaan negeri yang berideologikan Islam Hadhari terus membiarkan hotel-hotel yang menjalakan perniagaan pelacuran terus dibenarkan beroperasi walaupun sudah berkali-kali diserbu. Beginilah keadaannya bila negeri diperintah oleh BN yang tidak mengendahkan HALAL atau HARAM. Sarang pelacuran tumbuh dengan banyaknya bagaikan cendawan lepas hujan.

Ketua Menteri Ali Rustam membisu seribu bahasa malah menggalakkan lebih banyak hotel beroperasi di Melaka tanpa rasa bimbang kalau-kalau hotel itu menjalankan kegiatan maksiat.

Komen Herman : Kerajaan BN langsung tak mahu menutup premis ini, mereka hanya menutup mata, mungkin kerana Ali Rustam menganggapnya sebagai sebahagian ‘produk pelancongan’ ke Negeri Bersejarah tu. Hakikatnya Ali Rustam hanya memalukan cucu Hang Tuah dinegeri itu sahaja. Baik jatuhkan semua pemimpin BN agar Melaka bebas dari SARANG PELACURAN

Cuba anda baca laporan media di bawah :-

Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.

Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.

Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.

Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.

Dalam operasi di hotel itu, JAIM menangkap enam wanita berusia 19 hingga 39 tahun yang dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki warga asing berusia 40-an yang dipercayai pelanggan pelacur berkenaan.

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya kerana menjalankan kegiatan sama, pihaknya menahan lima wanita juga dipercayai pelacur berusia 22 hingga 25 tahun.Dua lelaki warga asing berusia 20-an dipercayai pelanggan turut ditahan.

Menurutnya, daripada 10 wanita yang ditahan itu, dua beragama Islam. Semuanya mendakwa berasal dari Sabah dan hanya mempunyai sijil kelahiran.

Mereka ditahan untuk siasatan dan dua wanita beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana melacur, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiga lelaki beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 54, enakmen sama kerana bersekediaman dengan bukan muhrim, sabit kesalahan boleh didenda dan dihukum penjara bagi nilai dan tempoh sama manakala seorang lagi lelaki dibebaskan kerana bukan beragama Islam.

Herman - Beginilah keadaannya bila negeri anda diperintah oleh BN. Sarang pelacuran tumbuh dengan banyaknya. Walaupun dah banyak kali diserbu, tapi tempat itu terus hidup dan aktif. Kerajaan BN langsung tak mahu menutup premis ini, mereka hanya menutup mata, mungkin kerana Ali Rustam menganggapnya sebagai sebahagian ‘produk pelancongan’ ke Negeri Bersejarah tu. Hakikatnya Ali Rustam hanya memalukan cucu Hang Tuah dinegeri itu sahaja. Baik jatuhkan semua pemimpin BN agar Melaka bebas dari SARANG PELACURAN


Suruhanjaya teliti surat-menyurat Dzaiddin dengan Dr M


Suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam hari ini menumpukan kepada surat menyurat antara Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman hari ini diminta mengesahkan surat-surat Mohamed Dzaiddin dengan Dr Mahathir pada masa tersebut. Samsudin, selaku KSN, mempunyai pengetahuan mengenai surat-surat sulit.

Dalam sepucuk surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin mencadangkan lima nama kepada Dr Mahathir untuk pelantikan tersebut. Mereka adalah Peguamcara Negara ketika itu, Datuk Heliliah Yusof; Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ramly Ali dan Datuk Ahmad Maarop, dan peguam Andrew Chew dan Zainudin Ismail.

Bagaimanapun, sepucuk lagi surat dihantar oleh Samsudin kepada Dr Mahathir yang mengandungi senarai nama lima orang yang harus dipertimbangkan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Suruhanjaya diraja itu diberitahu, apabila Dr Mahathir menjawab surat Mohamed Dzaiddin mengenai calon-calon yang dipilih, nama Chew dan Zainudin telah digugurkan dan digantikan dengan Datuk Sulaiman Daud dan Datuk VT Singham, kedua-duanya dari senarai yang dikemukakan oleh Samsudin.

Samsudin memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa beliau tidak pasti mengapa Chew dan Zainuddin tidak dipilih.

“Saya tidak tahu, Itu adalah keputusan perdana menteri," katanya.

Samsudin juga berkata, beliau tidak kenal peguam Datuk VK Lingam tetapi mengenali ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan yang ditemui dalam urusan tugasnya.

Mengganti orang Dzaiddin

Senarai nama calon yang dikemukakan oleh Mohamed Dzaiddin adalah penting kerana Lingam telah dirakamkan bercakap mengenainya dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam perbualan telefon. Mohamed Dzaiddin bersara pada 2003 dan digantikan oleh Ahmad Fairuz, yang bersara Disember lalu.

Dalam video tersebut, Lingam memberitahu Ahmad Fairuz bahawa nama Zainudin telah digugurkan kerana beliau "mengkritik" kenaikan pangkat Ahmad Fairuz’ sebagai Hakim Besar Malaya dan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Tiga lagi nama dalam senarai yang dikemukakan Mohamed Dzaiddin semuanya kini menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Video itu juga menunjukkan Lingam menyuarakan kebimbangannya bahawa Ketua Hakim Negara Mohamed Dzaiddin telah meletakkan 'orang-orangnya' untuk mengisi jawatan-jawatan tinggi dalam badan kehakiman.

Perbualan tersebut adalah mengenai mustahaknya Ahmad Fairuz - Hakim Besar Malaya ketika itu dan memegang jawatan No. 3 dalam badan kehakiman - dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan (No 2) dan kemudiannya sebagai Ketua Hakim Negara (No 1).

Perbualan Lingam itu juga termasuk rujukan kepada Vincent Tan, rakan rapat perdana menteri ketika itu (Dr Mahathir) dan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Mereka sepatutnya berbincang dengan Dr Mahathir mengenai pelantikan hakim-hakim.

Samsudin memberitahu hari ini bahawa beliau tidak pasti bagaimanakah Lingam mendapat tahu mengenai surat-menyurat Mohamed Dzaiddin dengan Dr Mahathir.

Siasatan suruhanjaya itu bersambung selepas waktu makan tengahari.

Malaysiakini


NOMBOR TELEFON PUN BOLEH TERLUPA. APA YANG VK LINGAM INGAT?


Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), Chuah Lay Choo memberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Datuk VK Lingam bahawa beliau tidak dapat memperolehi nombor-nombor telefon peguam tersebut kerana Lingam tidak dapat mengingatinya.

Chua berkata, menurut Lingam semua telefonnya menggunakan kad pra-bayar dan oleh itu tidak menggunakan nombor telefon yang khusus.

Bagaimanapun, Chua berkata, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim selama ini menggunakan nombor telefon bimbit yang sama.

“Ya, kita menyiasat Ahmad Fairuz. Kita dapati beliau menggunakan O13 (Celcom) sejak 2000 dan kita telah meminta butir-butir penuh (rekod penggunaan telefonnya), tetapi kami tidak mempunyai nombor telefon VK Lingam untuk membuat perbandingan," katanya.

Chua memberitahu suruhanjaya diraja bahawa beliau masih menunggu untuk mendapatkan rekod penuh panggilan telefon Ahmad Fairuz dari Celcom.

Menurut beliau lagi, hanya baru semalam beliau mengetahui tarikh sebenar perbualan tersebut dirakam.

Ahli perniagaan, Loh Mui memberitahu suruhanjaya itu semalam bahawa perbualan telefon yang didakwa antara Lingam dengan Ahmad Fairuz mengenai pelantikan hakim-hakim, dirakam pada 20 Disember 2001 ketika beliau pergi ke rumah peguam tersebut untuk makan malam.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja itu pada jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan klip video tersebut, dijangka tidak memberi keterangan hari ini.


MANA SHAEFI APDAL????? HARGA BARANG MAKIN MELAMBUNG NAIK??? KALAU TAK MAMPU KAWAL LETAK JAWATAN SAJA???



Harga barangan semakin melambung harganya. Menteri yang menjaga hal ehwal harga barang dok sibuk ke sana ke mari 'kelentong' rakyat bahawa kerajaan berupaya mengawal harga barang.

Lepas itu bila diasak oleh rakyat, menteri dari Sabah ini memberikan alasan bahawa kenaikan harga barangan tidak dapat dikawal sebab harga bahan mentah meningkat dan kos pengeluaran juga meningkat akibat kenaikan harga bahan api.

Kata contohnya sebagai contoh harga tepung tidak dapat dikawal sebab permintaan tinggi disebabkan beberapa masalah.

Mana satu yang betul ni Pie (Shafei), hang jangan dok buat lawak, hang bukannya pelawak macam Mydin dan Pie, hang tu seorang menteri. Cakap biar lah konsisten dan munasabah jangan dok mengarut macam hang dok tipu orang Sabah.

Kalau tak berupaya letak jawatan sahaja.


DUA LAGI KUBU KUAT ALI RUSTAM DITEMBUSI


Majlis Tindakan DUN Bukit Baru sekali membuat kejutan apabila berjaya membuka dua buah lagi Pusat Perkhidmatan dan Pejabat Unit Peti Undi (UPU)iaitu di Peti Undi Kampung Ku Sayang dan Padang Jambu. Kedua-dua Peti Undi ini terutama Kampung Ku Sayang sememangnya kubu kuat ALi Rustam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Baru.

Sebelum ini petugas PAS begitu sukar untuk menembusi Kampung Ku Sayang sehingga poster PAS juga tidak dibenarkan untuk digantung di kawasan tersebut. Sebelum ini Kampung Ku Sayang diletakkan di bawah Peti Undi Bukit Baru tetapi mengikut pekeliling SPR yang baru Peti Undi Bukit Baru dipecahkan menjadi dua kepada Peti Undi Kampung Ku Sayang dan Bukit Pulau.

Kejayaan membuka kedua-dua Pejabat peti undi di kawasan tersebut merupakan suatu kejayaan gemilang PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru kerana sebelum ini penduduk setempat cukup liat untuk membantu PAS pada setiap kali pilihanraya umum.

Menurut Pengarah MTD Bukit Baru, Ramli Halib kesediaan penduduk setempat mewakafkan rumah mereka untuk dijadikan pejabat dan pusat khidmat masyarakat merupakan petunjuk bahawa rakyat semakin berani untuk bangkit menolak BN pada pilihanraya akan datang.

"Walaupun mereka diugut dan ditekan oleh penduduk setempat mereka tetap teguh pendirian dan sentiasa bersemangat untuk membantu PAS".

"Insya Allah kita akan buat kejutan dengan memberikan saingan yang cukup sengit kali ini ditambah lagi dengan sokongan terbuka masyarakat bukan Melayu kepada pembangkang membuatkan kita sangat yakin PAS mampun menumbangkan BN di sini" kata Rami dengan penuh semangat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin menyatakan bahawa Pemuda Kawasan bertekad untuk menggerakkan pejabat baru ini dengan semaksimum mungkin bagi memastikan pengundi di kawasan itu beralih arah kali.

"Kita telah pun membentuk jentera pemuda di semua peringkat termasuk UPU dan UPU Kampung Ku Sayang merupakan antara UPu yang kita akan beri tumpuan khusus" katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sebelum ini MTD Bukit Baru berjaya menembusi kubu BN di Tamam Tun Rahah (Peti Undi Baru) walaupun sebelum ini PAS tidak pernah mempunyai cawangan maupun markas semasa kempen pilihanraya di sana. Pusat Khidmat dan Pejabat UPU telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 Melaka, Hj Bakrin Sidek tiga minggu lalu.


Tuesday, 15 January 2008

HIMPUNAN AMAN BANTAH KENAIKAN HARGA BARANGAN 26 JANUARI


Himpunan rakyat aman Malaysia akan diadakan sebagai membantah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di hadapan bangunan KLCC, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 26 Januari depan.

Himpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) dijadual bermula jam 3 petang.

Sebelum itu, satu ceramah umum anjuran Protes akan diadakan pada jam 8 malam 20 Januari depan bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH).

Setiausaha Protes, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, Protes - yang dianggotai beberapa parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sangat memandang serius suasana inflasi di negara ini.

Katanya, keadaan inflasi yang tidak terkawal itu, menurutnya sedang menekan kehidupan rakyat jelata, khususnya golongan yang berpendapatan rendah.

"Kenaikan bayaran tol di beberapa lebuhraya, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan elektrik dan air, kesemuanya menambah berat beban hidup rakyat yang semakin terhimpit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ceramah umum

Dr Mohd Hatta mendakwa, semua itu berlaku akibat gaya pentadbiran negara yang boros, korup dan "sentiasa mengorbankan kepentingan rakyat".

Oleh itu, katanya, Protes tidak menolak kemungkinan besar kenaikan harga bahan bakar dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, Protes memandang semua kenaikan ini sebagai manifestasi kegagalan kerajaan menjalankan pentadbiran secara berkesan.

Keadaan itu, katanya, telah mengakibatkan rakyat terus disajikan dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial dari masa ke semasa.

Berikutaan itu, katanya, Protes akan menganjurkan ceramah umum pada 20 Januari depan di SCAH dan perhimpunan aman rakyat di depan bangunan KLCC pada 26 Januari ini.

"Protes menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin agar turut serta menjayakan ceramah umum dan perhimpunan aman rakyat itu," katanya lagi.

Malaysiakini


BILA PULAK UMNO PANDAI CARI CALON YANG BERMORAL


SHAH ALAM : Maka berkatalah anak Pak Toyo bahawa hanya calon yang bebas daripada masalah moral termasuk skandal seks yang layak menjadi calon untuk Barisan Nasional (BN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Langkah tersebut katanya adalah bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah dari segi kepimpinan dan keyakinan rakyat terhadap parti.

Bila pulak Umno pandai bercakap pasal moral ini. Anak Pak Toyo sendiri didakwa terpalit dengan pelbagai skandal rasuah, kronisme dan penyelewengan. Nasib baik Anak Pak Toyo jadi orang politik di Malaysia. Kalau Anak Pak Toyo duduk di Thailand atau balik Kampung asal Arwah bapaknya di Indon sudah lama Anak Pak Toyo masuk 'dalam' (Penjara).

Semua orang tahu sebahagian besar pemimpin parti Anak Pak Toyo ada kes. Cuma mereka itu tidak maruah diri dan muka tembok masih mahu memegang jawatan sehingga mati berdiri dalam pejabat.


Monday, 14 January 2008

Permohonan minta Haidar dan dua anggota, tarik diri



Siasatan suruhanjaya diraja terhadap klip video Lingam bermula pagi ini dengan permohonan peguam yang mewakili pemimpin PKR yang meminta supaya tiga anggota suruhanjaya itu menarik diri.

Peguam M Puravelan, yang mewakili pemimpin PKR - yang Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin - memohon supaya pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dua anggotanya - Datuk Shim Lip Kiong dan Datuk Zaitun Zawiyah Puteh - menarik diri daripada menganggotai suruhanjaya tersebut.

Haidar merupakan bekas Hakim Besar Malaya manakala Steve Shim adalah bekas Hakim Besar Sabah dan Zaitun pula merupakan bekas peguamcara negara.

Puravelan berkata, keanggotaan mereka dalam suruhanjaya tersebut boleh menimbulkan percanggahan kepentingan kerana jawatan yang mereka sandang sekarang serta perilaku mereka sebelum ini.

Menurutnya, Hadir merupakan anggota lembaga amanah Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF) yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir dijangka dipanggil sebagai saksi.

Puravelan menambah, Haidar dan Shim juga pernah menganggotai panel hakim yang mendengar kes kontroversi yang membabitkan Lingam. Nama Steve Shim juga turut disebut dalam klip video Lingam tersebut.

Zaitun pula terbabit dalam pendakwaan kes salahguna kuasa terhadap Anwar. Klip video itu juga menyebut tentang perbicaraan kes tersebut.

Haidar tidak berkata apa-apa berhubung permohonan tersebut manakala Shin berkata beliau memerlukan masa untuk menimbangkannya.

Seorang lagi anggota, bekas Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar, berkata, penarikan balik keanggotan mereka membabitkan banyak isu kerana kelima-lima anggota suruhanjaya diraja itu diberi mandat oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan siasatan tersebut.

Terserah kepada suruhanjaya

Selepas berbalas hujah serta penjelasan dari ketiga-tiga anggota terbabit, Puravelan berkata, beliau menyerahkan kepada suruhanjaya tersebut untuk membuat keputusan berhubung permohonannya itu.

Haidar, Steve Shim dan Zaitun kemudiannya memutuskan bahawa tiada alasan yang sah untuk mereka menarik diri sebagai anggota suruhanjaya diraja itu.

Shim dan Zaitun berkata mereka akan hanya menarik diri jika tidak dapat menjalankan tugas tersebut dengan sempurna.

Buat masa ini, kata Shim, beliau tidak perlu menarik diri daripada suruhanjaya tersebut, tetapi akan berbuat demikian jika timbul keperluannya kemudian.

Zaitun pula menjelaskan kedudukannya sebagai pendakwa dalam kes Anwar.

"Saya mengendalikan beberapa kes yang membabitkan Anwar. Ia adalah tugas seorang kakitangan awam tetapi keputusannya dibuat oleh mahkamah, bukan saya. Saya beri jaminan jika saya merasakan tidak dapat menjalankan tugas saya, saya akan menarik diri," katanya.

Haidar pula berkata: “Saya bercakap bagi pihak diri saya, bahawa tiada alasan yang sah untuk saya menarik diri.”

Siasatan hari ini bermula dengan keterangan tiga pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan seorang kakitangan syarikat keselamatan siber.

Anggota lain suruhanjaya diraja itu ialah bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim. Ketua Pengarah Bahagian Perundangan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menjadi setiausaha suruhanjaya tersebut.

Malaysiakini


Siasatan suruhanjaya diraja bermula


Suruhanjaya diraja memulalakan siasatannya terhadap skandal klip video Lingam dengan memanggil beberapa ahli politik dan bekas hakim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan berlaku rasuah dalam badan kehakiman.

Klip video tersebut didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim September lalu, yang telah menggegarkan bidang perundangan dan kehakiman negara.

Klip tersebut menunjukkan perbualan telefon peguam Datuk VK Lingam, didakwa dengan bekas Ketua Hakim Negeri, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Antara mereka yang dijangka dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar dan Ahmad Fairuz.

Suruhanjaya tersebut, yang diketuai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor, akan menyiasat ketulenan klip tersebut dan sama ada wujud sebarang bukti salahlaku.

Mereka akan memanggil 16 orang saksi sepanjang siasatan itu dijalankan selama dua minggu, mulai hari ini.

Ahad lalu, seorang ahli perniagaan, Loh Mui Fah berkata, klip tersebut dirakamkan olen anak lelakinya pada bulan Disember 2001.

"Saya tidak tahu yang anak lelaki saya telah merakamkan perbualan (Lingam)," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar adalah bekas timbalan perdana menteri sebelum beliau dipecat dari kerajaan dan Umno pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dihadapkan di mahkamah atas tuduhan liwat dan salahgunakan kuasa di mana beliau dihukum penjara selama enam tahun.

Sabitan dan hukuman bagi tuduhan liwat telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan, tetapi sabitannya bagi tuduhan salahaguna kuasa dikekal, sekaligus menghalang beliau daripada memegang sebarang jawatan awam, termasuk bertanding dalam pilihanraya, sehingga April 2008.

Satu kenyataan dari pejabat PKR berkata Anwar akan menghadiri prosiding suruhanjaya itu hari ini.

“Saya telah melantik peguam yang akan membangkitkan beberapa isu kritikal kepada suruhanjaya tersebut, termasuk persoalan mengenai keanggotaan suruhanjaya berkenaan," kata Anwar dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga memuji keberanian Loh (gambar) untuk tampil mengesahkan identitinya sebagai orang yang dilihat dalam klip video Lingam tersebut.

Malaysiakini


MALAYSIA NEGARA ISLAM BERJAYA TEKAN ISLAM


Kerajaan Sepanyol menganggap Malaysia adalah sebuah negara Islam berjaya, dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum dengan mengamalkan kaedah pemerintahan demokrasi yang harus dicontohi oleh negara-negara lain di dunia.

Di atas kejayaan Malaysia itu, Perdana Menteri, Imam Al Hadhari Wal Badawi telah dijemput untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mengenai bagaimana untuk mengurangkan jurang kesalahan fahaman antara kaum dan agama serta dalam konteks yang lebih luas lagi antara dunia Islam dan Barat pada Forum Tahunan Pertama Perikatan Ketamadunan di ibu kota Sepanyol di sini Selasa ini.

Begitulah laporan berita Utusan Meloya muka depan hari ini.

PADA HAKIKATNYA JIKA SESEBUAH NEGARA UMAT ISLAM ITU DIPUJI OLEH NEGARA BUKAN ISLAM TENTANG PELAKSANAAN ISLAM MAKA SUDAH TENTU ADA YANG TIDAK KENA, KERANA DI DALAM AL-QURAN SENDIRI ALLAH MENYATAKAN BAHAWA ORANG YAHUDI DAN NASARA TIDAK AKAN REDHA KEPADA ISLAM SELAGI ORANG ISLAM TIDAK MENGIKUT 'MILLAH' (CARA HIDUP/AGAMA) MEREKA.

MAKA JANGANLAH IMAM HADHARI DAN KUNCU-KUNCUNYA GEMBIRA DENGAN PUJIAN DAN SANJUNGAN INI. MARI KITA MUHASABAH DIRI KITA DAN PEMIMPIN KITA TENTANG HAL INI.

MALAH DENGAN KEADAAN NEGARA YANG KESELAMATAN RAKYAT KIAN TERGUGAT; KOS HIDUP SEMAKIN TINGGI AKIBAT KENAIKAN HARGA BARANGAN; TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP RAKYAT SEMAKIN ZALIM (ISA- TAHANAN TANPA BICARA); SISTEM KEHAKIMAN YANG HANCUR; PEMIMPIN YANG TIDAK BERMORAL DAN SEBAGAINYA ADAKAH KITA MASIH TERMAKAN DENGAN GULA-GULA DAN KELENGTONG PEMIMPIN ISLAM HADHARI INI.


50 TAHUN MERDEKA MASIH ADA RAKYAT TINGGAL DALAM REBAN KAMBING


Setelah 50 tahun merdeka dan negara kita sering dilaung-laungkan sebagai negara maju rupa-rupanya ia hanyalah omongan kosong guna untuk mengabui mata rakyat. Hakikat sebenarnya jauh panggang dari api.

Media pengampu BN sendiri mendedahkan bagaimana terdapat sebuah keluarga di Baling, Kedah yang tinggal di dalam reban kambing kerana miskin.

Lebih malang bantuan yang dipinta dari pihak kerajaan dan agensinya di pandang sepi. Bila sudah disiarkan oleh media baru terhegeh-hegeh hendak memberi bantuan. Budaya siapakah ini?

Utusan Meloya melaporkan bahawa, Esah Mohd Yusof, 40 serta 2 anaknya, Firdaus,13 dan Siti Khadijah, 2 tahun tinggal di dalam reban kambing di Kampung , Baling Kedah. Reban kambing tersebut tidak mempunyai dinding hanya ditutup dengan jaring.

Lebih menyayatkan hati, suaminya Rosli Abdul Rahim, 38 pula telah menghilangkan diri sejak Oktober tahun lalu.

INIKAH SEBUAH NEGERI MAJU (KEDAH MAJU 2010), MASIH ADA RAKYAT YANG TINGGAL DI DALAM KANDANG KAMBING DAN KERAJAAN PULA TIDAK MENGAMBIL TAHU AKAN MASALAH MEREKA.


Sunday, 13 January 2008

HIMPUNAN RAKYAT KEDUA ANJURAN BERSIH 23 FEBRUARY


The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) announces its second gathering which will take place on 23 February 2008.

In response to the PM and IGP's suggestions that Bersih holds its gatherings in alternative venues such as a stadium, Bersih has decided it will apply for three venues (Merdeka Stadium, Bukit Jalil Stadium as well as Dataran Merdeka) for its second gathering.

We are mobilizing the rakyat again as our core demands for electoral reform have not been seriously addressed by the Election Commission and the Barisan Nasional. Bersih will over the next few weeks intensify our efforts to take our message of electoral reform to Malaysian citizens and inform them about the rally on 23 February 2008.

As the Barisan Nasional has tried to portray any public gathering critical of the administration as aggressive or violent events, we are declaring our rally as a "Pesta" and a celebration of our demand for electoral reform and of the real democracy that all freedom-loving Malaysians want. Everyone is welcome to attend the Pesta Rakyat "Jom BERSIH" with their families.

BESIH reiterates that the PM's and IGP's statement that a stadium was offered for the 10 November BERSIH rally is not true at all. The question of alternative venues did not crop up in the discussions between Bersih leaders and the police, prior to the rally.

In mobilizing for the Pesta Rakyat "Jom BERSIH", we will inform the Rakyat about the following.

Firstly, the electoral roll remains dirty and flawed, in contrast to Tan Sri Rashid's claim that the electoral roll is now "free of dubious voters", as published in The Star on 9 January 2008.

To take a minor example, many Malaysians have received emails about three voters whose ICs are "991214740101", "910815750017" and "981231081137" suggesting that they are either children or more than 100 years old.

Bersih was told by the EC HQ in Putrajaya on 31 December 2007 that the three were deceased voters and therefore their names would be removed. As at this morning, the names of the three are still on the electoral roll.

More seriously, voters have been transferred in and out of constituencies as and when the EC sees fit, it seems. Apart from that, in two recent cases, voters Sharmila Thuraisingam of Subang Jaya and Eric Liew of Petaling Jaya were registered without their knowledge ( as in the earlier case of prominent blogger Ahiruddin Atan aka "Rocky" ) respectively at the parliamentary seat of Kubang Kerian, Kelantan and state seat of Sekinchang, Selangor. These cases are essentially fraudulent registrations.

Tan Sri Rashid has still not responded specifically to Parti Keadilan's assertion with specific details how 12 dead Malay voters in the voting district of Jaya Setia came out of the grave and voted in the Ijok by-election in May; as well as how three Chinese voters at the voting district of Pekan Ijok arrived to vote in the afternoon and were told that they had voted in the morning!

Tan Sri Rashid has not satisfactorily explained how as many as 8,643 voters have been transferred en mass into Ipoh Timur currently held by the Parliamentary Opposition Leader. Of that, 3208 are new postal voters, even though there are no new army camps or police stations in the area.

Is Tan Sri Rashid so incompetent that he knows nothing about all these examples of electoral fraud? Or, is he shamelessly misleading the Malaysian public by insisting that the roll is clean without explaining any of the above instances?

Electoral rolls are only the most basic requirement of a clean and fair electoral process, something which EC has failed to comply with. Bersih has spelt out four other basic demands, which has been conveniently ignored by the EC and the Government.

Instead, they have been trumpeting loudly about the introduction of transparent ballot boxes, which Bersih has never requested for and sees the RM16 million spent on 50,000 ballot boxes -- RM320 per box -- a waste of tax-payers' money. It would be a world-class joke if EC thinks transparent ballot boxes equates to a transparent election.

Secondly, the implementation of Bersih's demand for indelible ink to prevent multiple voting, which EC has verbally agreed to, may not even take place. Bersih has long demanded a trial run, involving members of the press, the political parties and civil society groups, to address the concern of "removability" of the ink and other technical issues. No response has been forthcoming from the EC.

The EC has also recently insisted that an amendment to the Elections (Conduct of Elections) Regulations must be done for the use of indelible ink. Why did they not do it during the last year’s Parliament session if they were serious about implementating it?

After all, the Fatwa Council gave the go-ahead for the issue in August last year. If the EC is serious and sincere about this, it must insist that the Government delays the imminent General Election until after the next session of Parliament.

Thirdly, the EC has not agreed to the abolition of postal votes for the military and police voters. In Bersih's 7 August 2007 meeting with the EC Deputy Chairman Dato' Haji Wan Ahmad and four other Commissioners, we were assured that the police had agreed to allow polling agents to observe the casting of postal votes. At the time, Dato' Wan Ahmad had added that the Ministry of Defence was not agreeable to the issue of allowing polling agents to observe the polling process.

Furthermore, the EC is also directly responsible for the 'import' or 'export' postal votes to whichever constituency they see fit, in order to influence the result in marginal seats, as we are now witnessing in Ipoh Timur.

Fourthly, nothing has happened with regard to Bersih's demand for free and fair media access. The mainstream media is blatantly used during elections to demonise Opposition leaders and instill fear in the people by the constant replay of footage of riots on state-owned TV stations. How can the elections be free and fair when voters are denied their right to making informed choices?

Fifthly, instead of considering Bersih's demand for a campaign period of 21 days minimum, the EC Chairman has threatened to shorten it if the people take to the street to protest against unclean elections.

May we remind the EC that the campaign period of 7 days 13 hours in 2004 is already the shortest possible allowed by law? It is indeed truly ironic then that our colonizers, the British, was able to give us a 42-day campaign period in 1955!


BERSIH
12th January 2008


PEROMPAK PUN SOKONG PAS



Simpati Seorang Perompak

Mungkin kisah ini suatu kisah biasa sahaja, tetapi kisahnya memang benar-benar berlaku membabitkan perompak dengan mangsanya seorang pemimpin PAS, baru-baru ini.

Menurut empunya cerita, ketika perompak sedang menggelidah rumah mangsa (mangsa sekeluarga telah diikat ketika itu) mencari wang dan baarngan berharga perompak menjumpai sebuah 'Tabung', mangsa memberitahu perompak bahawa Tabung itu adalah tabung untuk perjuangan Islam (PAS), dia boleh ambil Tabung itu tetapi perompak enggan mengambilnya. Perompak terjumpa pula Kamera Digital, mangsa merayu supaya tidak mengambilnya kerana terdapat banyak gambar yang belum dicetak, perompak bersimpati dan tidak mengambilnya. Begitu juga 'kad sim' telefon milik anak mangsa, anak mangsa merayu supaya memulangkan kad sim kerana banyak data didalamnya, perompak tidak mengambil kad sim.

**Penulis...
Jika dikatakan pelik memanglah pelik kerana perompak dan mangsa boleh tawar menawar. Perompak pula boleh bersimpati dengan mangsa. Mungkin inilah perompak yang paling baik pernah ditemui setakat ini. Perompak juga turut bersimpati dengan perjuangan PAS kerana tidak mengambil Tabung Derma milik PAS di rumah mangsa!.

darigaunghati


PAS berangan Mat Jenin?


PETALING JAYA: Harapan PAS untuk memerintah sekurang-kurangnya di empat negeri hanya angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian, kata Ketua Penerangan Umno Muhammad Muhammad Taib a.k.a Mike Tyson

Usahkan hendak tambah jajahan, katanya, malah beliau yakin Barisan Nasional akan dapat merampas semula Kelantan daripada PAS.

Kini sudah masuk 18 tahun PAS memerintah Kelantan, iaitu sejak memenangi negeri itu pilihan raya umum 1990.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata parti itu akan menumpukan perhatiannya untuk merampas semula Terengganu serta memenangi kerusi majoriti di sekurang-kurangnya dua lagi negeri, iaitu Kedah dan Perlis kerana yakin rakyat akar umbi kini semakin gusar dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan sejak akhir-akhir ini. [Baca: PAS intai peluang perintah tiga negeri selain Kelantan ]

Mike Tyson berkata PAS memang dari dahulu lagi gemar mengambil kesempatan politik daripada isu-isu semasa dengan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan mereka, tetapi kali ini Umno dan Barisan Nasional sudah bersedia.

"Mereka boleh cakap apa sahaja, kita akan tangkis. Jentera pilihan raya kita sudahpun diberikan taklimat dan penerangan jelas mengenai cara menangkis dakyah-dakyah PAS dan pembangkang lain," katanya kepada mStar Online.

Muhammad berkata pihaknya memang sedar bahawa kenaikan harga bahan bakar dan barangan keperluan lain antara isu yang akan cuba dieksploitasi oleh PAS dan parti pembangkang. Kerana itu, tambahnya, semua anggota jentera pilihan raya Umno telah diberikan taklimat terperinci mengenai kedudukan sebenar untuk diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka tidak ditipu pembangkang.

Selain itu, katanya, kerajaan termasuk Perdana Menteri Imam Al Hadhari sendiri telah pun berkali-kali memberikan penjelasan mengenai perkara yang sama serta mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Kita yakin rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kerajaan hari ini prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Lihat sahaja pada kenyataan-kenyataan yang dibuat Perdana Menteri dalam minggu ini, ia jelas menunjukkan betapa beliau mengambil berat tentang isu-isu yang boleh menjejaskan kebahagiaan rakyat.

"Sebagai contoh, kenyataan beliau yang tegas dan telus mengenai langkah-langkah mengatasi jenayah. Ini saya yakin akan diterima baik oleh rakyat," tegas beliau.

Ditanya benarkah pilihan raya akan diadakan beberapa minggu lagi Muhammad berkata tarikh bila ia akan diadakan tidak penting kerana Umno sudahpun bersiap sedia sejak tahun lalu lagi.

"Membuat spekulasi tentang tarikh pilihan raya kini sudah menjadi kegiatan paling digemari masyarakat Malaysia, terutama yang mengambil berat tentang perkembangan politik tanah air. Tapi kita dalam Umno, hanya mementingkan persiapan," katanya.

Menurutnya, hanya kerana Perdana Menteri serta timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak mempunyai jadual yang ketat pada minggu-minggu yang mendatang ini tidak bermakna ia adalah satu petanda pilihan raya akan diadakan.

"Tugas mereka tidak hanya terhad di ibu negara dan Putrajaya sahaja. Mereka memang kerap melawat ke negeri-negeri, tidak ada apa yang berlainan dengan minggu-minggu akan datang," jelasnya.

Menurut laporan The Star hari ini, pilihan raya mungkin akan diadakan dua atau tiga minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Feb 7 berdasarkan perkembangan terbaru, termasuk kekerapan Abdullah dan Najib membuat lawatan ke negeri-negeri dalam tempoh beberapa minggu ini.

Mstar


PAS PERINTAH 4 NEGERI SELEPAS PRU 12?


Yakin ramai rakyat semakin gusar dengan kenaikan harga barang, PAS kini menaruh harapan bukan hanya mempertahankan Kelantan, malah merampas semula Terengganu serta menawan beberapa lagi negeri di utara negara daripada Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

Menurut Ketua Pemudanya Salehuddin Ayob, peluang parti itu mempertahankan Kelantan serta memenangi kerusi majoriti di Terengganu, Kedah dan Perlis sangat cerah.

"Kita berkeyakinan tinggi dapat merampas Kedah dan Perlis, selain Terengganu pada pilihan raya kali ini kerana rakyat memang sudah sangat marah kepada kerajaan berikutan kenaikan harga minyak dan barang-barang keperluan lain," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di sini Isnin.

Selain tiga negeri itu, katanya, PAS juga akan menumpukan kekuatannya di Pahang, Perak dan Selangor untuk sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah kerusi Barisan kepada majoriti mudah dan tidak dua pertiga di Dewan Undang Negeri masing-masing.

Beliau berpendapat, perkembangan dalam negara sejak akhir-akhirnya ini seperti peningkatan kos sara hidup, peningkatan kes jenayah berat, pendedahan kes-kes rasuah dan penyelewengan melibatkan orang-orang kenamaan serta pelbagai isu lain yang meresahkan rakyat, akan memberikan kelebihan kepada PAS serta rakan-rakan lain dari parti pembangkang untuk menarik lebih ramai pengundi untuk menolak Barisan.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Salehuddin berkata kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan bagi hampir 95% kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya ke-12 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ditanya kemungkinan PAS, PKR dan DAP bertanding di kawasan yang sama, Salehuddin berkata, ia pernah berlaku di beberapa kawasan yang majoiritinya bercampur sebelum ini, tetapi kemungkinan ia berulang kali ini adalah sangat tipis.

Mstar


IMAM HADHARI MELAMPAU



Bukanmain sedap lagi Imam Al Hadharu Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat, katanya jangan sesekali memperjudikan diri dan masa depan negara dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Cakap ikut sedap mulut je, Imam Hadhari ini" kata Khiru Che Salleh, seorang penduduk Taman Merdeka.

Imam Hadhari juga menambah lagi dengan berkata, rakyat perlu membuat keputusan yang betul kerana pemilihan kerajaan bergantung kepada parti yang terbukti berjaya menjamin pembangunan dan kestabilan negara.

Imam Hadhari berkata demikian seperti yang dilaporkan oleh media pengampu hari ini.

Kenyataan Imam Hadhari ini disifatkan melampau kerana mengugut rakyat supaya tidak mengundi pembangkang. Inikah standard Perdana Menteri kita?

Beliau tidak sedar bahawa sekarang rakyat berada dalam keadaan yang amat tenat, dengan seribu satu masalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Hadharinya. Kehidupan rakyat makin terhimpit dengan kenaikan harga barangan; keselamatan rakyat yang tidak terjamin indeks jenayah meningkat dari sehari ke sehari;maksiat berleluasa; pemimpin Hadhari yang tidak ada harga diri dan moral rendah; kezaliman kerajaan terus menghantui rakyat dan bermacam-macam lagi perkara yang amat menekan rakyat.

Jangan Imam Hadhari cuba berselindung lagi kerana rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh berfikir secara waras. Insya Allah kalaupun Imam Hadhari menang di Kepala Batas kemungkinan besar beliau akan menjadi KETUA PEMBANGKANG sahaja. Pada masa itu baru Imam Hadhari tau langit tinggi atau rendah.


Saturday, 12 January 2008

RAKYAT MELAKA DISERU HADIR PADA PROGRAM PRESIDEN BERTEMU RAKYAT


Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh rakyat negeri Melaka tanpa mengira bangsa dan agama agar turun beramai-ramai pada program Presiden PAS bertemu rakyat pada 2 Februaru 2008 bermula pada jam 2.00 petang di Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Presiden PAS akan menyampaikan amanat penting kepada rakyat Melaka dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN yang semakin zalim dan gagal memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Program yang bermula dengan pertemuan dengan rakyat diikuti dengan dialog bersama bukan Melayu dan ceramah umum pada sebelah malam di Durian Tunggal.


PROGRAM PASAR NING MUSLIMAT MELAKA BERJAYA


Program Pasar Ning Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka berjaya apabila sambutan masyarakat bukan Melayu di dua tempat program amat menggalakkan. Program tersebut telah dijalankan di dua tempat berasingan iaitu di Pasar Pagi Bukit Baru dan Sungai Rambai.

Program di Bukit Baru telah diketuai sendiri oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan Setiausahanya Hajah Kintan Man.

Rata-rata masyarakat Cina yang ditemui memberikan maklum balas yang amat baik apabila menyatakan sokongan terbuka kepada PAS.

Salah seorang pengunjung pasar itu yang tidak mahu namanya disiarkan, menyatakan bahawa pemimpin BN terutama MCA hari ini tidak senonoh, kita tidak boleh menyokong mereka.

"Ini BN, MCA talak senonoh, kita talak boleh sokong sama dia olang" katanya sambil menghirup minuman.

Sementara itu, Dr Khatijah dalam kenyataannya begitu gembira dengan sambutan dan sokongan masyarakat Cina dan beliau yakin PAS akan membuat kejutan pada pilihanraya akan datang.


Friday, 11 January 2008

TIMBALAN PENGERUSI MIC JOHOR MATI DITEMBAK


Timbalan Pengerusi MIC Negeri Johor yang juga ADUN Tenggaroh S Krishnasamy ditembak mati di Pejabat MIC Johor petang ini. Beliau mati pada jam 2.00 petang tidak lama selepas di tembak.


Tian Chua dituduh sengaja cederakan anggota polis


Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dihadapkan ke mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan sengaja menyebabkan cedera terhadap seorang konstable pada 11 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 332 Penal Keseksaan, menyebakan kecederaan itu terhadap anggota polis Rosyaidi Anuar.

Jika didapati bersalah, Tian boleh dihukum penjara tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.


Thursday, 10 January 2008

KENAIKAN HARGA BARANG : KERAJAAN CHINA KASIHANKAN RAKYAT KERAJAAN MALAYSIA BUAT DEEK JE


BEIJING : Kenaikan harga barang di Malaysia nampaknya berada diperingkat yang sangat membebankan rakyat. namun satu langkah yang konkrit masih tidak dilakukan dengan serius oleh pihak berwajib.

Yang berlaku hanya tuduh menuduh pelbagai pihak yang tiada kesudahannya. Antaranya pemimpin negara mempersalahkan pengguna dan peniaga kecil . Keadaan ini berbeza dengan negara China di mana suatu sidang khas parlimen (Dewan Negara) diadakan bagi menyelesaikan masaalah rakyat tersebut.

Kelmarin Perdana Menteri China Wen Jiabao memanggil suatu sidang eksekutif Dewan Negara untuk mengkaji langkah-langkah untuk menstabilkan harga barangan bertempat di Beijing. Langkah ini menampakkan betapa sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada permasalahan rakyat.

Dalam sidang tersebut ditegaskan bahawa badan berkenaan harus mencegah pertumbuhan ekonomi daripada cepat menjadi terlampau panas, mencegah inflasi, mengawal harga barangan yang normal serta menjaga kepentingan pengguna China.

Berdasarkan tuntutan sidang tersebut, harga produk minyak, gas asli, elektrik, pengangkutan awam, bekalan kuasa pemanas, bekalan air dan lain-lain tidak boleh dinaikkan dalam masa terdekat ini. Kerajaan tempatan di seluruh China pelbagai tempat mestilah meningkatkan pengawalan terhadap harga barangan keperluan seharian serta membanteras kegiatan yang memanipulasikan dan menaikkan harga barangan di pasaran.


2 PROGRAM BESAR DALAM 2 SEMINGGU DI BUKIT KATIL


PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan dua program besar dalam masa seminggu iaitu pada 27 Januari dan 2 Februari 2008.

Program pertama pada 27 Januari ialah ceramah perdana Naib Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di perkarangan rumah Tuan Haji Mohd Yassin Abd Ghani di sebelah Stesyen minyak BP Bukit Katil. Ceramah bermula pada jam 9.00 malam.

Program kedua ialah Kempen Jelajah Presiden ke seluruh negara bertemakan Gelombang Kuning Semarak Hijau di mana rakyat negeri Melaka dijemput untuk sama-sama berhimpun di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bagi mendengar amanat Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 5.00 petang.

Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Khairul Che Salleh dalam kenyataannya pagi tadi melahirkan rasa terharu kerana PAS Negeri memberikan kepercayaan kepada PAS Kawasan Bukit Katil untuk menjadi tuan rumah kepada dua program besar ini.

"Insya Allah PAS Bukit Katil akan memastikan program ini berjalan lancar sebagaimana yang dirancang".

"Kita harap seluruh rakyat Melaka termasuk penyokong kerajaan dan bukan Melayu datang beramai-ramai untuk mendapatkan maklumat terkini tentang isu semasa yang rancak sekarang" kata Ustaz Khairul yang juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka.

Menurut Ustaz Khairul, DUN Bukit Baru dipilih sebagai tuan rumah untuk kedua-dua program ini kerana PAS Kawasan ingin meng'GEGAU' Ali Rustam yang merupakan ADUN Bukit Baru.


KERAJAAN GAGAL KAWAL HARGA TAMBANG BAS. APA YANG KONG CHOY BUAT?


KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia tetap akan menaikkan tambang sebanyak 50 peratus selepas perayaan Tahun Baru Cina bulan depan walaupun belum mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Presidennya, Chee Ah Tey, berkata lebih 8,000 ahli persatuan itu terpaksa menaikkan tambang berkenaan bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.

Katanya, sebahagian besar pengusaha bas sekolah pula kehilangan sumber pendapatan sampingan selepas LPKP menguatkuasa peraturan melarang bas sekolah berusia lebih 15 tahun mengadakan perkhidmatan sewa khas pada musim perayaan dan cuti sekolah.

"Sebelum ini pengusaha berkenaan dapat menampung kenaikan kos operasi dengan mengadakan perkhidmatan sewa khas. Sekarang, peluang mereka mencari pendapatan sampingan sudah disekat.

"Jadi, bagaimana mereka hendak menampung kos operasi yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga minyak, manakala subsidi diesel yang diterima sangat rendah," katanya kepada Berita Harian.

Sepatutnya kerajaan mencari jalan penyelesaian bagi membantu pelanggan dan pengusaha bas supaya masing-masing mendapat manfaat tanpa menyusahkan satu-satu pihak. Malangnya kerajaan seolah-olah lepas tangan tidak mahu bertanggungjawab.


RAKYAT DIPERBODOHKAN OLEH KERAJAAN. BERTINDAKLAH SEKARANG


Oleh : Dollah Rimau

Bermula dengan HINDRAF, ada beberapa kelonggaran dalam isu ini tetapi banyak perbezaan pelaksaan hukuman berbanding dengan isu penganiayaan terhadap peristiwa Batu Burok. SMS perkauman tersebar luas. Bahan-bahan internet yang berunsurkan pergaduhan kaum, orang Melayu dipukul, India diganyang tersebar luas.

Api-api perkauman telah disebar luas dan rakyat berada dalam keadaan gelisah. perniaga Cina diugut dengan ekonomi dan darurat semuanya adalah PELAN "ISU PERKAUMAN" yang dipersetujui oleh semua komponen Barisan Nasional.



Anda diperbodohkan.Kalau bukan anda bapa atau ibu anda diperbodohkan.
Setidak-tadaknya keluarga anda diperbodohkan oleh UMNO dan BN.


Harta negara dikaut untuk kerabat mereka, anda digula-gulakan. Itulah realiti pemerintahan UMNO/BN sekarang.

Pak Lah diwar-warkan sebagai "Mr Clean", warak dan sentiasa bercakap lembut tetapi sebenar dialah dalang dan perancang semuanya.

Menteri dalam negeri, yang menjadikan AG budak surahan, SPR dengan pindaan perlembangaan sebagai anjing upahan.

Dia memang hipokrit.

YB Salahudin Ayub telah menerima pendedahan ini dan telah membuat laporan polis. Maklumat yang disertakan ini perlu disebarkan dengan apa cara sekalipun. Mana-mana yang mahir mesti mengubahsuai dan menjadikan ianya menarik untuk dipaparkan kepada umum.

Dua surat sulit ini perlu disebarkan, Klik untuk besarkan dan simpan yang besar (bukan yang dipapar ini)




Setelah ibu bapa, keluarga anda diperbodohkan. Jangan sampai anak-anak anda generasi akan datang pula dicucuk hidung!!

ANDA MESTI BERTINDAK SEKARANG!!!


Kelantan kesal kedatangan Maya Karin ‘dipolitik’


KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan kesal dengan beberapa pihak yang mempolitikkan kedatangan pelakon Maya Karin ke negeri ini bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.

“Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beberapa hari lepas, selebriti itu melahirkan rasa sedihnya apabila kedatangannya ke Kelantan telah dipolitikkan.

Forum yang dihadiri Maya Karin itu turut disertai ahli akademik Prof. Dr. Hatta Azad Khan serta pengarah filem Mamat Khalid dan Hassan Mutalib.

Nik Mohd. Amar berkata, pihaknya bercadang untuk menganjurkan MiniFest Kelantan tahun ini dalam skop yang lebih luas.

“Kita rancang untuk anjurkan sekali lagi program berkenaan pada pertengahan tahun ini dengan meluaskan lagi skop program tanpa terhad kepada forum dan penayangan filem dari negara Islam sahaja,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menayangkan filem dari pelbagai negara asalkan ia memberi mesej yang baik dan bertepatan dengan kehendak agama. Bernama


Wednesday, 9 January 2008

IMAM HADHARI BERDEGIL TAK MAHU TERIMA ISLAM WALAUPUN INDEKS JENAYAH MEMBIMBANGKAN


Tidak cara lain selain mengamalkan undang-undang Islam bagi mencegah kadar jenayah yang semakin meningkat. Ini kerana Allah menjamin bahawa, undang-undang Islam mempunyai aspek 'pencegahan dari Allah'.

Malangnya Imam Hadhari tidak mempercayai apabila terus meminggirkan undang-undang Islam di negara Islam Hadhari ini.

Imam Hadhari Pak Lah badawi dilaporkan oleh media bahawa beliau mengakui indeks jenayah adalah tinggi dan membimbang dan sekaligus mengarahkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah segera untuk menanganinya.

Pak Lah Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, beliau tidak senang hati dengan indek jenayah yang semakin tinggi terutama di beberapa tempat tertentu.

"Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengalami peningkatan jenayah pada tahap membimbangkan," katanya.

Malah, kata perdana menteri, ada orang yang takut dan bimbang untuk keluar membeli barangan keperluan pada waktu malam.

Statistik yang diedarkan kepada media di sidang akhbar tersebut menunjukkan kes jenayah meningkatkan daripada 209,388 pada tahun 2006 kepada 224,298 pada 2007.

Daripada jumlah tersebut, jenayah kekerasan meningkat dari 44,016 kes pada 2006 kepada 49,897 kes pada 2007 (meningkat 5,881 kes atau 13.36 peratus); jenayah hartabenda meningkat dari 165,372 pada 2006 kepada 174,401 pada 2007 (meningkat 9,029 atau 5.46 peratus); dan jenayah

Perpecahan jenayah kekerasan menunjukkan kes rogol meningkat hampir 30 peratus daripada 2,454 kes pada 2006 kepada 3,177 kes tahun lalu - meningkat 723 kes atau 29.46 peratus.

Kes samun berkawan tanpa senjatapi meningkat 4,344 atau 159.53 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding dalam tempoh yang sama tahun 2006. Sebanyak 7,067 kes tersebut dilaporkan pada 2007 berbanding 2,723 pada 2006.

Kes ugutan jenayah pula meningkat dari 6,699 (2006) kepada 8,119 (2007) - meningkat 1,420 atau 21.20 peratus.

Kes mencederakan (seksyen 324/326) meningkat dari 5,843 (2006) kepada 6,806 (2007) - meningkat 963 atau 16.48 peratus. Kes samun berkawan bersenjatapi meningkat dari 67 (2006) kepada 77 (2007) - meningkat 10 kes atau 14.93 peratus.

Kes merusuh pula meningkat dari 2,291 (2006) kepada 2,608 (2007) - meningkat 317 kes atau 13.84 peratus. Kes mencabul kehormatan meningkat dari 2,064 (2006) kepada 2,320 (2007) - meningkat 256 atau 12.40 peratus.

Kes pemerasan

Kes pemerasan pula meningkat dari 1,554 (2006) kepada 1,692 (2007) - meningkat 138 kes atau 8.88 peratus. Bagaimanapun, kes bunuh, kes samun tanpa bersenjatapi dan samun bersenjata api telah menurun.

Kes bunuh menurun dari 606 (2006) kepada 588 (2007) - turun 18 kes atau 2.97 peratus. Kes samun tanpa senjatapi turun dari 19,467 (2006) kepada 17,241 (2007) - turun 2,226 atau 11.43 peratus. Manakala kes semun bersenjatapi turun dari 248 (2006) kepada 202 (2007) - turun 46 kes atau 18.55 peratus.

Imam Hadhari juga dilaporkan berkata, bagi mengatasi jenayah, polis mengambil 60,000 anggota baru mulai selepas belanjawan lalu sehingga 2011. Tidakkah Imam Hadhari sedar bahawa walau seramai mana anggota Polis pun ianya belum tentu dapat mengurangkan kadar jenayah selagi rakyat tidak dididik dengan kesedaran Islam dan rakyat masih tidak takut kepada Allah dan undang-undang Allah untuk berbuat jahat.

Jenayah hartabenda

Bagi jenayah hartabenda pula, kes pecah rumah malam meningkatkan dari 20,080 kes (2006) kepada 24,440 kes (2007) - meningkat 4,360 atau 21.71 peratus.

Kes curi motokar juga meningkat dari 11,154 kes (2006) kepada 12,427 kes (2007) - meningkat 1,273 kes atau 11.41 peratus.

Kes curi pula meningkat dari 42,472 kes (2006) kepada 44,617 kes (2007) - meningkat 2,145 kes atau 5.05 peratus.

Kes pecah rumah siang meningkat dari 8,792 kes (2006) kepada 9,159 (2007) - meningkat 367 atau 4.17 peratus.

Kes curi motosikal meningkat dari 65,462 kes (2006) kepada 67,584 kes (2007) - meningkat 2,122 kes atau 3.24 peratus.

Kes curi ragut meningkat dari 11,074 kes (2006) kepada 11,127 kes (2007) - meningkat 53 kes atau 0.48 peratus.

Manakala kes curi van/lori/j'berat pula menurun dari 6,338 kes (2006) kepada 5,047 kes (2007) - turun 1,291 atau 20.37 peratus.

Jumlah kes jenayah bagi peringkat negeri pada tahun lalu adalah seperti berikut: Kedah (2,439), Sarawak (2,922), Kelantan (1,198), Selangor (15,104), Pahang (1,263), Sabah (1,919), Pulau Pinang (3,280), Melaka (1,265), Terengganu (751), Perak (3,211), Johor (6,900), Kuala Lumpur (7,639), Negeri Sembilan (1,857) dan Perlis (149).


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59