Tuesday, 23 December 2008

SIASAT MENGAPA LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM TIDAK SIAP~ Ref Malaysiakini


Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Khairul Salleh menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat mengapa Lapangan Terbang Batu Berendam (LTBB) tidak siap walaupun peruntukan untuk membinanya sebanyak RM131 juta sudah habis digunakan.

"Saya hairan bagaimana peruntukan asal sudah habis LTBB tak siap sehingga kerajaan terpaksa mengemis peruntukan sebanyak RM62 juta lagi"

"Bukankah bajet RM131 itu sudah diberikan secukupnya untuk projek, mengapa ianya tidak cukup?"

Khairul mengharapkan pihak berkenaan supaya menyiasatnya secara telus dan adil keran ia melibatkan duit rakyat.

Beliau juga turut kesal kerana kerajaan Melaka suka menambah hutang dengan meminjam duit kerajaan pusat sedangkan projek-projek yang dibuat tidak memberikan manfaat kepada rakyat terbanyak.


KEJOHANAN BOWLING PIALA KETUA PEMUDA 27 DEC ~ Ref Malaysiakini


Pertandingan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS Negeri akan diadakan pada 27 Disember ini bertempat di Pusat Bowling Mahkota Parade, Melaka.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi Abu Adham di talian 017-900 2958. Penyertaan masih dibuka dengan yuran sebanyak RM120 untuk satu pasukan 4 orang.


Wednesday, 26 November 2008

SEMUA CALON PEMILIHAN PUCAT GIGI - Malaysiakini


Semua calon yang akan bertanding pada pemilihan Mac depan pucat gigi dengan tindakan Bekas Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad yang berhasrat membongkar semua nama-nama calon yang terlibat dengan rasuah dan politik wang.

Ramai yang berasa gerun dan takut dengan ugutan Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu menjadi sanjungan dan dewa mereka.

Bermula dari calon Presiden sehingga kepada sekecil-kecil jawatan dalam Umno dikatakan semuanya melibatkan wang, malah yang mendakwa sejumlah RM1 bilion wang digunakan untuk tujuan rasuah tersebut.

Salah seorang calon Timbalan Presiden, Muhammad Mohd Taib jelas runsing dengan hasrat Dr Mahathir ini. Hari ini beliau membuat kenyataan bahawa beliau menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menyiasat dakwaan bahawa ada calon bagi jawatan tersebut yang terbabit dalam politik wang.

Pada masa yang sama, beliau yang juga ketua penerangan Umno berkata, Umno juga perlu mewujudkan satu cara pemilihan yang boleh mengelak berlaku politik wang.


MAAF DIPINTA ATAS MASALAH MENIMPA KAMI ~ Malaysiakini


Pihak Webmaster Blog Pemudabukitkatil memohon berbanyak kemaafan kerana kegagalan pihak kami mengaktifkan blog pemudabukitkatil ini. Insya Allah bermula hari ini pihak kami akan mengaktifkan blog ini seperti dahulu.

Banyak feedback positif yang kami terima dari orang ramai tentang keujudan blog ini. Ramai yang bertanyakan mengapa blog ini berkubur dan pasif tidak sebagaimana suatu waktu dahulu di mana ianya menjadi salah satu blog yang agak aktif sering dikunjungi.

Maaf dari webmaster.


Sunday, 12 October 2008

KALAU DAH NAMANYA UMNO ~ Ref Malaysiakini


Baru beberapa hari persidangan mesyuarat Umno peringkat pemuda,wanita, puteri dan bahagian berlangsung dah macam-macam kekalutan berlaku.Di Bukit Bintang semalam mesyuarat Puteri Umno ditunda saat-saat akhir hingga menyebabkan ahli puteri di situ hampir berselising lengan.Perasaan tidak puas hati berlaku apabila segala persediaan seperti tempat, makanan dan jemputan tidak dapat digunakan akibat pembatalan saat-saat akhir mesyuarat tersebut.

Aksi menarik Ketua Puteri Umno Bukit Bintang dengan seorang perwakilansementara itu di Sempurna Sabah mesyuarat perwakilan peringkat Perwakilan Pemuda terpaksa dirujuk kepada Perhubungan Umno negeri kerana lebihan kertas undi dalam pemilihan ketua pemuda.

Tetapi yang ini tak pelik, isu lebihan kertas undi dan pengundi hantu ini sudah sinonim dan seringkali dikaitkan dengan Umno sama ada dalam PRU atau pemilihan di peringkat bahagian dan pusat.

Lagipun, bab lebih melebih ni adalah perkara biasa bagi Ketua Bahagiannya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sebelum ini menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sehinggakan harga barang keperluan di negara ini semasa kementerian ini diterajui oleh beliau sentiasa naik melebih-lebih !Selepas ini kita akan dihidangkan lebih banyak episod menarik dalam pemilihan Umno.Sama-sama kita nantikan episod yang seterusnya.

http://angkasanuri.blogspot.com


EYE ON MALAYSIA... SATU LAGI PEMBAZIRAN DI BAWAH ALI RUSTAM ~ Ref Malaysiakini


Eye On Malaysia yang sebelum ini beroperasi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur kini sedang rancak dipasang di Bandar Hilir Melaka dan dijangka mula beroperasi pada 18 Oktober ini.Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang terpaksa menanggung semua kos yang berkaitan dengan pemindahan Eye On Malaysia dari Kuala Lumpur ke Melaka ?

Bagaimana pula dengan nasib Menara Taming Sari yang bernilai RM 26 juta yang juga terdapat di Bandar Hilir Melaka iaitu hanya beberapa ratus meter dari tapak Eye On Malaysia yang sedang dipasang. Secara logiknya, pelancong dari dalam dan luar akan memilih salah satu daripadanya kerana kos menaikinya yang mahal.Kadar Menara Taming Sari ialah RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak manakala untuk Eye On Malaysia ialah RM 18 untuk dewasa dan RM 9 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Lagipun kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk melihat pemandangan menarik sekitar Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka.

Jumlah pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari yang ada sekarang ini pun dah mula merosot.Jika tak percaya anda boleh memerhatikan sendiri apabila berkunjung ke Bandar Hilir. Malah pada hari-hari biasa kecuali hujung minggu Menara Taming Sari ini seakan-akan tidak berfungsi kerana terlalu kurang mendapat sambutan. Awal-awal dulu memang le ramai.Satu perkara lagi, apa perlunya Eye On Malaysia di Melaka bukankah Melaka sudah mempunyai Eye On Melaka di tepi sungai Melaka?

Eye On MelakaSelain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih. Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang kini menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang sekarang tanpa suara dan bunyi kini semakin sunyi sepi.

http://angkasanuri.blogspot.com/


Saturday, 11 October 2008

DATUK SHAH RUKH KHAN : TIDAK ADA LAGIKAH ORANG LAIN UNTUK GELARAN DATUK ~ Ref Malaysiakini


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil kesal dengan penganugerahan Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan oleh kerajaan negeri Melaka. Tidak ada lagikah orang lain yang lebih layak dari beliau. Apa jasa beliau kepada rakyat negeri Melaka sehingga mendapat pengiktirafan begitu tinggi.

Apakah sudah tidak ada lagi bekas perajurit, guru-guru, pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya yang terbukti banyak berjasa kepada negara dan negeri Melaka.

Kalau beginilah tindakan kerajana negeri kami yakin selepas ini semua bintang filem dan penyanyi terkenal dunia akan mendapat gelaran Datuk anugerah dari kerajaan Melaka. Kalau Shah Rukh Khan boleh dapat, takkan Tom Cruise, Jackie Chan, Chow Yun Fat, Salman Khan, Nicole Kidman, Mariah Carey, Michael Jackson tak boleh dapat gelaran tersebut.

Tidak lama lagi semua pelakon filem popular di Hollywood, Bollywood, Hong Kong dan lain-lain turut mendapat gelaran tersebut. Maka mahsyurlah Melaka di seluruh dunia kerana menganugerahkan Datuk kepada pelakon dunia.Nanti akan ada Dato' Salman Khan, Datuk Juhi Chawla, Datuk Aishwarya Rai, Datuk Jackei Chan, Datuk Avril Lavigne dan lain-lain.

Hebatnya negeri Melaka. Murahnya gelaran Datuk. Apalah agaknya sumbangan Shah Rukh Khan kepada rakyat negeri Melaka? Kami pun naik hairan.Apakah Ali Rustam dan kerajaan Melaka sudah buang tabiat kerana tidak lama kagi akan menjadi kerajaan pembangkang.? Pelik tapi benar?

Inikah orang yang kita nak lantik jadi Timbalan Presiden Umno?Utusan Meloya melaporkan hari ini bahawa pelakon terkenal Bollywood itu, merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk. Mungkin agaknya Shah Rukh Khan banyak berjasa kerana menghiburkan rakyat negeri Melaka yang bermuram durja akibat kenaikan harga minyak dan barangan yang melampau sekarang.

Jelas sekali kerajaan negeri Melaka memang suka kepada perkara-perkara maksiat kerana itulah orang seperti Shah Rukh Khan disanjung tinggi dan diberi penghargaan. Fikirkan wahai rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di Melaka yang begitu TOTOK dengan Umno.


SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG BELANJA JUTAAN RINGGIT UNTUK MENANG PEMILIHAN? ~ Ref Malaysiakini


Kami mendapat maklumat bahawa salah seorang pemimpin Umno akan membelanjakan wang jutaan ringgit untuk memenangi jawatan yang ditandingi pada pemilihan Umno Mac 2009. Sebelum pemilihan itu wang ini digunakan untuk memastikan pemimpin itu mendapat pencalonan yang cukup bagi membolehkan beliau bertanding.

Wang sudah tentu akan diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian untuk memastikan dirinya dicalonkan untuk jawatan tertentu. Teka apa jawatannya?Setakat ini saya tidak mahu mendedahkan identiti pemimpin tersebut, dari mana wang itu diperolehi, berapa jumlah sebenar dan kemana ia dibelanjakan.Persoalannya banyak betul duit pemimpin Umno tersebut, kaya sungguh dia ni, beliau ini saudagar balak atau saudagar intan belian.?

Saya tidak hairan kerana pemimpin-pemimpin Umno memang mempunyai wang yang banyak cuma dari mana mereka memperolehi wang itu hanya Allah dan mereka sendiri yang tahu secara terperinci.Amat malang jika sekiranya wang itu adalah wang rakyat. Kalau wang itu wang mereka sendiri, diperolehi secara sah dan halal mungkin tidak berapa kisah sangat.

Cuma kesalahan hanyalah kerana terlibat dengan politik wang bukan mencuri wang rakyat.Saya mengharapkan pihak Jawatankuasa Tatatertib dapat menyiasat kesahihan maklumat ini. Jawatankuasa tersebut mungkin tidak perlu menunggu laporan kerana sesuatu kesalahan itu mesti disiasat walaupun mungkin tiada laporan rasmi.

Tunggu pendedahan seterusnya dalam jangkamasa terdekat.


Friday, 19 September 2008

PEMBEBASAN TERESA KOK BELUM TEBUS DOSA KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini


Pembebasan Teresa Kok siang tadi tidak dapat menebus dosa kezaliman kerajaan BN mengurung tahanan ISA tanpa dibicarakan.
Kini masih ada puluhan tahanan ISA yang dizalimi bertahun-tahun lamanya. Kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan di mana-mana mahkamah. Hanya mahkamah kezaliman kerajaan BN sahaja yang 'membicarakan' mereka secara 'ghaib' membolehkan tahanan ISA ini merengkok di dalam penjara ISA yang mempunyai seribu satu macam penyiksan.
Corak siksaan ini berbeza-beza dari seorang tahanan dan tahanan lain. Mengikut bekas-bekas 'pelajar' ISA ini antaranya Shaari Sungip, Malik Hussin, Dr Badrul Amin, Mohamad Sabu dan lain-lain penyiksaan ini berbagai ragam ada penyiksaan mental, spiritual dan fizikal. Ada yang di'torture' dengan berita-berita bohong, fitnah dan sebagainya. Bacalah buku-buku mengenai tahanan ISA yang banyak dikarang oleh 'Professor' ISA ini.
Sehingga ini ada tahanan yang ditahan lebih 6 tahun ada yang baru sahaja ditahan iaitu Raja Petra Kamaruddin. Ada ditahan kononnya ahli Jemaah Islamiah, KMM, Agen Asing dan sebagainya. Tetapi semuanya sama sahaja iaitu tidak pernah dibicarakan.
Ramai juga tahanan ISA yang sehingga ke hari ini masih tertanya-tanya mengapa mereka ditahan sedangkan mereka sendiri tidak pernah mendengar nama Jemaah Islamiah dan KMM. Ini termasuk salah seorang 'graduan' ISA iaitu Nik Adli Nik Abdul Aziz yang tidak pernah mendengar nama KMM tetapi tiba-tiba beliau dituduh sebagai Ketua KMM dan dizalimi selama bertahun-tahun di Kamunting.
Sesungguhnya kezaliman ini bukan sahaja keatas tahanan ISA tetapi juga kepada dihadapi oleh ayah, ibu, isteri dan anak-anak tahanan ISA. Mereka dipisahkan selama-lama bertahun-tahun dengan keluarga mereka. Saya ingin bertanya sanggupkan Dolloh, AlnAjib dan sesiapa sahaja berpisah dengan ayah,ibu, anak dan isteri bertahun-tahun lamanya.
Lebih menyayat hati ada ayah yang dinafikan hak untuk bersama anaknya yang sedang nazak. Sehingga anaknya menghembuskan nafas terakhir kerajaan zalim ini terus menekan tahanan ISA dengan melengah-lengahkan kepulangan bapaknya menziarahi jenazah anak yang tersayang. Siapakan yang lebih zalim dari kerajaan yang ada sekarang? Cuba jawap pertanyaan saya.
Isteri dan anak-anak kehilangan tempat berpaut, tidak ada sumber rezeki untuk hidup, anak membesar tanpa ayah, isteri dahagakan kasih sayang suami dan seribu satu macam masalah yang semuanya mesti dipertanggungjawabkan kepada kerajaan BN. Dosa ini siapa yang menanggungnya selain dari mereka yang berkuasa sekarang.
Malangnya bulan Ramadhan ini sekali lagi menyaksikan puak-puak kejam bagaikan perangai lanun ini masih bongkak dan angkuh terus menahan tahanan ISA ini.
Dari itu janganlah mendabik dada menyatakan kerajaan BN amat bertimbangrasa dan adil sehingga membebaskan Teresa Kok sedangkan di sana begitu ramai lagi anak, isteri, ayang dan ibu tahanan ISA terus menanti kepulangan insan tersayang yang masih dikurung di dalam bilik 6 X 8 di Kamunting.
Ayuh rakyat Malaysia khasnya orang Islam, mari kita bermunajat dalam bulan Ramadhan ini berdoa kepada Allah agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan agar kita tidak terus dizalimi dan ditekan oleh kerajaan yang ada sekarang.


Tuesday, 16 September 2008

SOKONG PENUH KENYATAAN MEDIA ANWAR


Saya yakin dan percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh Anwar dalam sidang media tadi adalah benar dan perlu diambil perhatian oleh Perdana Menteri Malaysia demi masa depan rakyat dan negara. Saya menyokong langkah yang diambil oleh Anwar yang tidak menamakan ahli-ahli parlimen BN yang telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat atas dasar keselamatan dan tindak balas dari BN.

Ini terbukti apabila sebaik sahaja Parti Maju Sabah (SAPP) membuat kritikan kepada BN, Presidennya, Yong Teck Lee terus disiasat kerana didakwa mengamalkan rasuah. Saya menyokong penuh tindakan PR yang mengambil jalan selamat berlandaskan undang-undang negara dan menghormati Seri Paduka Baginda Yang Dipertua sebagai ketua negara. Kita faham bahawa BN akan menggunakan segala ikhtiar dan cara untuk mengagalkan rancangan ini. Saya mengharapkan Pak Lah dapat bertemu dengan Anwar secepat yang mungkin seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat. Pertemuan ini sangat penting untuk rakyat dan negara kerana ia menjadi titik tolak peralihan kuasa yang licin dan teratur.

Sebagai seorang yang berjiwa besar seseorang pemimpin mesti menerima hakikat bahawa suatu hari beliau akan meninggalkan kuasa dan pangkatnya tidak kira samada secara sukarela atau di'hukum' oleh rakyat.

Pak Lah mesti bersedia untuk bertemu dan Anwar dan pemimpin PR lain demi masa depan negara, bangsa dan agama. Tidak ada gunanya berkeras sedangkan diri sendiri ditolak penyokong sendiri dan PR. Malah rakyat juga menunjukkan reaksi yang sama berdasarkan kepada beberapa kajian badan bebas yang jelas membuktikan peratusan sokongan kepada Pak Lah merudum umpama merudumnya indeks BSKL.

Pertemuan kedua-dua pemimpin ini mesti direalisasikan secepat mungkin bagi memulihkan konflik negara kita yang semakin parah dari segi politik, ekonomi, sosial dan segalanya. Dengan kerajaan baru Insya Allah segala permasalahan ini dapat diperbetulkan. Sekarang inipun negara kita sudah terkena tempias ketidaktentuan politik, ekonomi dan pentadbiran negara kerana kedegilan Pak Lah yang berkeras mahu meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri. Inilah masalahnya yang berlaku dalam politik Malaysia apabila pemimpin perasan dirinya hebat dan tetap disokong oleh rakyat. Sedangkan sebenarnya beliau sudah dicemuh dan dikeji oleh rakyat kerana kelemahan, kecuaian dan kelembapan pemerintahannya.

Diharapkan Pak Lah tidak menjadikan agenda kepentingan politik sendiri mengatasi kepentingan negara, agama dan bangsa.

Kami sebagai rakyat merayu kepada Pak Lah supaya sedar dan insaf akan situasi sebenar di mana dirinya sudah ditolak oleh rakyat dan seluruh kepimpinan politik di dalam negara samada dari PR ataupun BN.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka


Saturday, 13 September 2008

BANTAHAN PENAHANAN DI BAWAH ISA ~ Ref Malaysiakini


Saya membantah sekeras-kerasnya penahanan 3 orang rakyat Malaysia yang ditahan di bawah ISA semalam. Sesungguhnya penahanan ketiga-tiga mereka merupakan pencabulan terhadap hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan hak rakyat untuk bersuara.

Blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin (RPK) ditahan dirumahnya pada jam 1.10 tengahari dan seorang lagi wartawan Sin Chiew Daily, Tan Hong Cheng ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam jam 8.30 malam, manakala Ahli Parlimen Seputeh dan Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, YB Teresa Kok ditahan pada jam 11.18 malam tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya

Penahanan ketiga-tiga rakyat merdeka ini merupakan episod malang yang terus menambahkan rekod buruk Malaysia di mata dunia.ISA adalah akta zalim yang mesti dihapuskan dengan segera. Ianya sering digunakan untuk kepentingan politik pemerintah.Walau sebesar mana kesalahan seseorang itu, Islam memberikan peluang untuk yang dituduh membela diri. Tahanan tanpa bicara seperti ISA adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan.Di dalam Islam orang Murtad sekalipun diberi peluang untuk bertaubat dan membela diri. Si murtad dinasihatkan kembali kepada Islam. Setelah semua prosesnya berjalan dan si murtad enggan bertaubat juga, barulah hukuman dikenakan.

ISA jelas bertentangan dengan Islam di mana tahanan ditahan tanpa bicara dengan tidak dibenarkan membela diri di mana-mana mahkamah terbuka.Walau sejahat mana sekalipun, si tertuduh tidak dikira bersalah selagi beliau tidak dibicarakan di mahkamah dan dibuktikan kesalahan oleh hakim dan beliau dibenar untuk membela diri semasa perbicaraan dijalankan.

Saya juga kesal kerana penahanan wartawan Sin Chiew Daily dikatakan kerana melaporkan kenyataan berbaur perkauman yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Malangnya Ahmad Ismail yang membuat kenyataan berbaur perkauman itu tidak pula ditahan hanya dikenakan tindakan pergantungan keahlian Umno sahaja.Apakah pemimpin Umno dan BN mempunyai imuniti dan kekebalan walaupun membuat kenyataan berbaur perkauman seperti yang dilakukan oleh Ahmad Ismail. Ahmad hanya dikenakan hukuman digantung keahlian Umno sahaja.

Ini merupakan sikap double standard kerajaan BN yang membuat hukuman hanya kepada musuh politiknya sahaja.Jika benar Ketiga-tiga mereka ini bersalah hadapkan mereka ke mahkamah kerana saya yakin masih banyak akta-akta lain selain dari ISA yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka. Antaranya akta hasutan dan sebagainya.

Mengapa digunakan akta zalim ini untuk menahan mereka.Saya juga menggesa kerajaan supaya tidak menjadikan ISA sebagai senjata untuk menyelamatkan kerajaan BN yang sedang dilanda seribu satu masalah.

Saya agak sangsi, apakah siri tangkapan ini menjadi permulaan kepada Operasi Lalang 2 yang pernah menjadi penanda aras kezaliman kerajaan BN seperti yang dilakukan pada tahun 1997 itu. Pada masa itu pemimpin Umno bercakap berapi-api meniupkan semangat Melayu tetapi yang kena tahan adalah pemimpin PAS dan beberapa orang ahli Team B Umno.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Melaka


Friday, 12 September 2008

KJ PERTAHAN PAK MERTUA UNTUK SELAMATKAN DIRI ~ Ref Malaysiakini


Khairy Jamaluddin (KJ) adalah antara orang yang paling takut jika sekiranya Pak Mertua kesayangan beliau, Pak Lah tumbang pada pemilihan akan datang. Ini kerana masa depan politik beliau betul-betul bergantung kepada pak mertuanya. Tanpa Pak Mertuanya itu kita tahu di mana kedudukan KJ sekarang.

Beliau menang jawatan Naib Ketua Pemuda pada pemilihan lalu kerana tiada yang berani menentangnya kerana lawannya tahu jika mereka menentang KJ sudah pasti karier politik mereka malap malah mungkin terus padam. Oleh kerana itu mereka memberikan KJ kemenangan percuma.

Oleh sebab itulah KJ dilihat pergi kesana kemari sekarang untuk berkempen mempertahankan Pak Mertuanya dan dirinya juga. KJ masih mencari ilham masa yang sesuai untuk mengumumkan keputusan bertanding Ketua Pemuda. Mungkin KJ takut untuk berbuat demikian kerana kedudukan Pak Mertuanya juga terumbang-ambing akibat desakan kuat pihak akar umbi supaya Pak Mertuanya meletakkan jawatan.

Salah satu sebab Pak Mertuanya tidak meletakkan jawatan lebih awal adalah kerana untuk memberikan peluang kepada KJ mengukuhkan kedudukan dalam politik Umno sebelum Pak Mertua pencen dari jawatan Presiden Umno. Sebab itulah Pak Lah menunggu sehingga 2010 baru dan berundur.

Inilah masalahnya apabila kerajaan dan parti dibuat seperti milik sendiri macam harta pusaka sendiri sehinggakan rakyat merana dan menderita mereka tidak kisah yang penting aku mesti terus berkuasa. Inilah yang dikatakan mabuk kuasa.

Semalam KJ secara terang-terang menyarankan supaya perubahan dilakukan di peringkat pucuk pimpinan UMNO tidak akan menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan, perubahan pucuk pimpinan parti memerlukan pendekatan menyeluruh termasuk mengkaji bagaimana kaedah memenangi semula hati rakyat dan keseluruhan ahli parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

Maknanya KJ tidak mahu ada perubahan pada pucuk pimpinan parti sebab katanya perubahan tidak menyelesaikan masalah.

Apakah beliau tidak nampak betapa lemahnya Pak Mertuanya memerintah negara. KJ bukan tidak nampak, tetapi KJ takut dirinya ghaibul ghuyub bersama-sama dengan Pak Mertuanya kalau mertuanya itu pencen awal.


Monday, 8 September 2008

ALI RUSTAM ULAMA' BESAR MALAYSIA ~ Ref Malaysiakini


Orang Umno mempertikaikan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kata mereka siapa yang beri gelaran ulama' kepada beliau. Tuan Guru angkat diri sendiri jadi ulama' dan macam-macam lagi penghinaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Tuan Guru.

Saya pun hairan mengapa beriya-iya benar orang Umno ini marahkan Tok Guru digelar ulama'. Mengapa dengki sangat mereka dengan gelaran tersebut sedangkan mereka juga mempunyai ulama' besar seperti Ulama' tersohor Islam Hadhari dan juga pengasas ajaran Islam Hadhari Al Fadzil As-Syeikh Abdullah Ahmad Badawi yang juga terkenal di seluruh pelusuk negara kita.

Bukankah Ulama' Abdullah bijak dan tinggu ilmunya sehingga boleh bersalam dengan perempuan, pegang bahu Amoi, boleh pergi majlis tari-menari, konsert dan bermacam-macam lagi. Sudah tentu ilmu dan ijtihadnya tinggi sehingga boleh menghalalkan semua itu.

Jadi apa yang hendak dipelikkan jika ramai dari rakyat Malaysia malah seluruh dunia mengiktiraf bahawa Tuan Guru adalah ulama'.

Malah di negeri Melaka sendiri, kita ada ulama' yang tidak kurang hebatnya iaitu As-Syeikh Mohd Ali Rustam Al Ketami yang juga terkenal dengan kezuhudannya. Beliau juga sama hebat lebih kurang dengan Al Badawi sehingga Al Ketami boleh mengeluarkan fatwa bersalam dengan wanita bukan muslim tidak salah kerana tidak naik nafsu syahwat.

Jadi saya harap orang Umno lepas ini boleh angkat Al Badawi dan Al Ketami menjadi ulama' besar dan selepas ini kemungkinan mereka akan dipanggil untuk menyampaikan ceramah agama di seluruh dunia dan dijemput untuk membincangkan hukum hakam dan menyelesaikan masalah umat Islam seluruh dunia.

Nukilan : Syeikh Al Tehelli


Sunday, 7 September 2008

ANCAMAN KEPADA MELAYU - RENUNGKAN ~ Ref Malaysiakini


Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.

Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.

Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Meloya, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.

Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.

Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.

Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.

Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.

Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.

Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?

DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?

Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.

Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.
Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?

DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.

Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.

Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?

DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.

Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..

Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?

DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.

Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?

DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.

Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.

Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?

DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.
Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Jangan prejudis kepada perkara 153
Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?

Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?

DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.

Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.

Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.

Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?

DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.

Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.

Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.

Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.

Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.

Mingguan Meloya


JANGAN BIMBANG AHMAD ISMAIL SUDAH TENTU TIDAK BERSALAH~ Ref Malaysiakini


Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata siasatan terhadap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan adalah mengikut prosedur biasa.

Beliau berkata, pihak polis sedang menyiasat kenyataan Ahmad yang dikatakan berunsur hasutan namun enggan mengulas lanjut tentang perkembangan siasatan berkenaan yang disifatkan masih terlalu awal.

“Siasatan terhadap kes ini merupakan siasatan biasa dan mengikut prosedur biasa, kalau hasutan kita akan siasat bawah Akta Hasutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Polis Negara di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) yakin Ahmad tidak akan dikenakan sebarang tindakan kerana Pak Lah sendiri pun seolah-olah menyokong kenyataan Ahmad yang dibuat ketika berkempen pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh bulan lalu.

Cuma Najib sahaja yang beriya-iya memohon maaf tanpa usul periksa sedangkan kesemua Ketua Umno Bahagian di Pulau Pinang dan Pak Lah sendiri menyokong ketegasan Ahmad yang tidak mahu memohon maaf.

Jadi tidak perlulah Ismail Omar hendak membuat kenyataan tentang siasatan tersebut sebab orang kampung semua sudah tahu keputusannya. Jarang sekali pemimpin Umno akan dikenakan tindakan atas apa juga kenyataan yang dibuat walaupun berbakul-bakul laporan Polis dibuat keatas kenyataan tertentu oleh pemimpin tertentu sebelum ini.


Saturday, 6 September 2008

16 SEPT KEMANA SELEPAS ITU? ~ Ref Malaysiakini


Bagi rakyat biasa, tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 Sepetember sudah lama dilupai, ia tidak pernah dikenang sebagaimana menyambut tarikh kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Media arus perdana juga jarang menyorot tarikh penting itu, tiada juga berita mengenainya disiarkan sama ada dalam bentuk berita mahu pun dokomentari di televisyen bagi memperingati nostalgia 16 September itu.

Tiba-tiba kini tarikh 16 Sepetember menjadi sebutan semua apabila dipilih Ketua Umum KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh ‘deadline’ pembentukan kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru. Malah kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang dan Kelantan telah bersetuju untuk mengistiharkan tarikh tersbeut sebagai cuti umum dinegeri masing-masing, cadangan itu tidak dipersetujui oleh kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional – BN.

Menurut teorinya, pada tarikh itu, 30 orang ahli parlimen BN meninggalkan parti itu untuk menyertai gabungan baru Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat kini dianggotai KeADILan, DAP dan PAS. Gabungan ini mempunyai 82 ahli parlimen manakala BN mempunyai 140 kerusi didalam parlimen yang mempunyai 222 anggota itu. Dengan perhijrahan 30 ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat menjadikan kedudukan kerusi parlimen barubah kepada 112 Pakatan Rakyat dan BN 110, dengan kelebihan satu kerusi itu membolehkan kuasa pemerintahan bertukar tangan. BN menjadi pembangkang manakala Pakatan Rakyat menjadi pemerintah.

Andainya fenomena ini berlaku, maka berakhirlah pemerintahan Perikatan/BN selama 51 tahun penuh suka duka. Pakatan Rakyat menjanjikan perkongsian kuasa yang adil diantara kaum-kaum di Malaysia tanpa menjejaskan kontrak sosial yang telah diterima semua kaum sebelum ini. Bagi penulis, apa-apa status qua yang seperti Agama Rasmi, Bahasa Melayu, hak istemewa Orang Melayu/bumiputera dan sebagainya tidak wajar dipinda andainya Pakatan Rakyat Berkuasa. Begitu jugalah meminda penggunaan Bahawa Melayu pada nama jalan umpamanya tidak perlu ditambah dengan bahasa-bahasa lain ia adalah tidak perlu dan hanya suatu tindakan membazir yang ditentang selama ini.

Mengubah pana tanda nama jalan sepatutnya bukanlah keutamaan kepada Pakatan Rakyat, kerana perkara utama kita tidak bersetuju dengan BN bukanlah mengenai isu tersebut tetapi menyetuh isu yang lebih besar seperti ketidakadilan, salahgunakuasa dan sebagainya. Jika sekadar mengubah tanda jalan kampung, lebih baiklah tidak perlu menukar kerajaan kerana BN telah menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan betul. Dan bahasa Malaysia telah difahami oleh semua rakyat Malaysia.

Sepanjang penulis mengikuti program Anwar, penulis dapati idea Anwar amat jelas memperjaungkan sebuah kerajaan yang adil, telus untuk semua kaum tanpa mengusik kontrak sosial sedia ada. Ertinya tiada apa yang berubah apabila Pakatan Rakyat berkuasa, yang berubah hanya pendekatan dalam menangani isu –isu rakyat, pengagihan kekayaan negara yang lebih adil, pembenterasan rasuah, salahguna kuasa, penyalahgunaan harta awam dan sebagainya. Anwar tidak menyebut langsung, Pakatan Rakyat akan mengubah secara drastik negara ini menjadi negara lebih sifat Malaysia, Malaysian ! atau lebih Islamik sifatnya atau lebih kebaratan!.

Ini bermakna Malaysia selepas 16 Sept akan ujud sebagaimana keujudanya hari ini tetapi dengan pendekatan pemerintahan yang lebih telus, tanpa rasuah dan salahguna kuasa serta tanpa seribu satu macam keburukan yang dilakukan Umno sepanjang 51 tahun pentadbiranya. Justeru kerana Anwar, beliau boleh mendamaikan PAS-DAP yang mempunyai dasar perjuangan berbeza, matlamat perjuangan berbeza. Perbezaan perjuangan PAS-DAP itu tentunya akan terus menjadi tercabar selepas berkuasa, Ia adalah cabaran kepada Anwar selepas pembentukan kerajaan Malaysia Baru nanti.

Namun sebelum itu, rakyat sedang memerhatikan apakah tindakan yang dibuat oleh dua kerajaan negeri, iaitu Kerjaan KeADILan di Selangor dan kerajaan DAP di Pulau Pinang, jika tersilap langkah harapan untuk Pakatan Rakyat akan musnah semuanya … ini sudah tentu berkaitan dengan survival Melayu dan Islam di kedua –dua negeri itu. Melayu sebagai penduduk majoriti sudah tentulah mereka tidak mahu melihat survival mereka terhakis dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Ini kerana undi yang diberi kepada Pakatan Rakyat adalah untuk menentang pembaziran, salahgunakuasa dan segala macam kebonrakan BN semata-mata, ia sudah tentu tidak akan mengizinkan perkara-perkara lain diubah sesuka hati!.

darigaunghati


Wednesday, 13 August 2008

SOKONG KENYATAAN HADI, TIADA APA-APA MASALAH - Ref Malaysiakini


Tidak ada apa-apa masalah dengan kenyataan Presiden PAS yang disiarkan oleh media semalam yang bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat jika Islam dipinggirkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal ditubuhkan pada 16 September ini.
Kenyataan itu bertepatan dengan perlembagaan PAS yang menyebutkan perjuangan Islam adalah asas perjuangan PAS, Al Qur'an dan Hadis menjadi sumber rujukan PAS.
Jadi sebenarnya PKR dan DAP tidak perlu takut dan runsing dengan perkembangan ini kerana PAS tidak pernah menukar prinsip perjuangannya. Kesudian PKR dan DAP bersahabat dengan PAS menunjukkan bahawa mereka menerima dasar PAS. Malah kerajaan negeri di Perak, Selangor dan Pulau Pinang kelihatan semakin utuh dan teguh walaupun ianya sebuah kerajaan campuran.
Malah sewajarnya pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang bukan beragama Islam tidak perlu runsing dengan Islam kerana dasar PAS itu sesuai untuk semua bangsa, agama dan tempat. Tidak pernah terdengar berlaku kacau bilau huru hara dan porak peranda berlaku di negeri-negeri yang diperintah PAS sebelum ini iaitu Kelantan dan Terengganu. PAS sentiasa bertolak ansur dan toleransi dalam semua tindak tanduknya. Sebab itulah apa juga masalah dan kekusutan boleh dibincang dan diselesaikan secara baik, bukannya dengan kekerasan dan dasar tutup pintu.
Dalam sejarah Tahaluff Siyasi (Kerjasama Politik) antara PAS dan rakan-rakannya tidak pernah walau sekalipun PAS mengkhianatinya. PAS sentiasa setia kepada janji dan persahabatan. Sebab itulah kenyataan Presiden PAS tersebut merupakan peringatan kepada PKR dan DAP agar mereka juga menghormati PAS sebagai salah sebuah Parti yang tertua dan terunggul di Malaysia.
Tidak ada gunanya masing-masing berkeras dan ego dengan pendirian masing-masing. Selagi pandangan dan prinsip sesebuah parti itu tidak bertentangan dengan undang-undang dan agama masing-masing maka ia boleh diteruskan. Sebab itulah PAS boleh berkawan dengan sesiapa pun selagi ianya tidak menjejaskan prinsip Islam yang universal dan sesuai untuk sebarang kaum dan tempat.

Sebab itu adalah bab Agama Islam, PAS tidak boleh berkompromi kerana PAS yakin bahawa Islam adalah sesuai untuk semua orang tidak kira orang bukan Islam atau orang Islam sendiri. Malah Islam memberikan kebebasan sepenuhnya kepada Orang Bukan Islam untuk menjadi rakyat di dalam negara Islam. Tidak ada masalah bagi seseorang rakyat yang baik untuk duduk di dalam negara Islam. Namun bagi rakyat yang jahat di mana mereka tinggal sekalipun mereka akan dihukum.


Tuesday, 12 August 2008

ISU HANGAT BAKAL GEGARKAN MUKTAMAR PAS - Ref Malaysiakini


Muktamar PAS Pusat kali ke 54 bakal bermula malam esok dengan dimulakan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat. Setiap kali muktamar sudah tentu akan ada isu-isu hangat yang akan diperdebatkan oleh para perwakilan negeri-negeri dan dewan-dewan.
Kali ini Ipoh akan menjadi medan 'pijar' membakar semangat perwakilan lebih-lebih semangat kemenangan 8 Mac masih hijau didalam minda para perwakilan dan pemerhati.
Namun ada isu lain yang mungkin memanaskan muktamar ini. Antaranya isu muzakarah mungkin mendapat perhatian perwakilan kali ini. Walaupun isu ini sudah selesai dengan pengumuman Presiden bahawa tidak akan muzakarah yang telah dan sedang dijalankan namun dijangkakan masih ada perwakilan yang membahaskannya demi untuk mendapat penjelasan dari saf kepimpinan.
Isu kedua yang dijangka hangat ialah masalah peminggiran kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ada ahli dan perwakilan yang pasti membangkitkan isu tentang layanan kerajaan Pakatan Rakyat terhadap PAS dinegeri-negeri tertentu. Di mana contohnya PAS tidak diberi jawatan Exco di Pulau Pinang, PAS dikatakan diketepikan di dalam kabinet bayangan Pakatan Rakyat dan sebagainya. Atas anggapan itu kemungkinan besar akan ada para perwakilan yang 'melompat' ketika membahaskan isu ini.
Menurut Presiden PAS lagi, pucuk pimpinan parti sedia menjelaskan mengenai kontroversi yang timbul daripada perbincangan dengan Umno itu jika dibangkitkan oleh perwakilan.

Sentimen bahawa isu muqabalah UmnoPAS bakal menghangatkan muktamar kali ini dikongsi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur Salman Salleh dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Ahmad Sabki Yusof.

Salman yang juga Penolong Setiausaha Urusetia muktamar tahun ini berkata selain muqabalah, isu tentang keanggotaan orang bukan Islam terdiri penyokong bukan Islam PAS, akan turut dibahaskan dalam muktamar kali ini.

Ahmad Sabki pula menjangka kenaikan harga minyak dan pilihan raya kecil Permatang Pauh turut akan mewarnai perbahasan.

Namun, seorang anggota perwakilan yang enggan dikenali, berkata isu pertemuan PAS-Umno akan menjadi topik panas kerana mutktamar itu menjadi pentas terbaik kepada kepimpinan parti memberi penjelasan kepada akar umbi.

"Wakil dari seluruh negeri akan berhimpun bersama dengan barisan kepimpinan dan ini peluang untuk mendengar penjelasan pemimpin dan juga bagi perwakilan menyuarakan pandangan," katanya.
Pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang berkata 3,000 anggota perwakilan dan pemerhati daripada 175 bahagian akan menghadiri muktamar itu, yang julung kalinya dianjurkan di Perak, negeri kelahiran PAS.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

Setiausaha Urusetia muktamar Syed Mohamad Syed Hassan pula berkata PAS Perak telah meminta agar muktamar kali ini diadakan di negeri itu bagi mengembalikan nostalgia ketika ia ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak.

Walaupun Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat beberapa kenyataan yang meredakan sedikit isu muqabalah itu namun bahangnya masih dirasai di peringkat bawahan manakala laman blog penyokong dan pendokong PAS masih hangat membincangkan pertemuan itu.

Isunya ialah "pertemuan sulit" antara pimpinan PAS dan Umno sejurus selepas pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, satu perkara yang terserlah daripada isu itu ialah wujudnya dua "kumpulan" iaitu kalangan yang menganggap pertemuan itu wajar dan kumpulan yang menolak terus sebarang perbincangan dengan Umno.

Antara pandangan yang sering tersiar dalam blog tertentu penyokong PAS ialah mereka lebih rela bekerjasama dengan DAP atau mana parti politik lain dan bukannya Umno.

Sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pendedahan tentang pertemuan beliau dengan beberapa pemimpin PAS selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, beberapa laman blog telah menulis mengenainya sehinggakan ada pemimpin atasan PAS membuat penafian.

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar memohon maaf secara terbuka terhadap penafian beliau tentang pertemuan antara PAS dan Umno itu.

Menurut Mahfuz, kenyataan itu berpunca daripada kesilapan maklumat oleh beberapa individu kepada pimpinan PAS.

Anggota Jawatankuasa PAS pusat Mohamed Hanipa Maidin dalam blognya turut menyuarakan kekecewaan terhadap pertemuan itu kerana tindakan itu boleh menyebabkan PAS menjadi sebuah parti yang sukar dipercayai pada masa hadapan.

Beliau berpendapat penyokong DAP dan PKR khususnya pengundi bukan Melayu mungkin hilang kepercayaan terhadap PAS kerana mengkhianati mereka.

Perak pula dikatakan antara negeri yang "tertekan" apabila isu kerjasama dengan Umno itu timbul, khususnya selepas Umno negeri membuat tawaran untuk membentuk kerajaan negeri Perak dengan PAS.

Namun, Mohammad Nizar menolak dengan lantang tawaran itu dan menegaskan bahawa PAS akan tetap bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

"Ini melegakan ramai penyokong," kata seorang pemimpin PAS Perak.

Pilihan raya umum lepas membuktikan betapa PAS mendapat habuan besar daripada sokongan pengundi bukan Melayu, dan seperti dikatakan oleh Mohammad Nizar, kemenangan beliau di kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang adalah atas sokongan pengundi Cina dan India.
Enam kerusi yang dimenangi PAS di Perak adalah kerusi yang mempunyai 30 hingga 40 peratus pengundi bukan Melayu, dan berdasarkan sejarah pilihan raya sebelum ini, semuanya adalah kerusi selamat bagi Barisan Nasional.

Nik Abdul Aziz sendiri telah mengatakan PAS tidak akan mengecewakan sokongan yang diberikan oleh pengundi bukan Islam dan beliau telah memberi lampu hijau kepada perwakilan untuk membincangkan isu itu.

Pengumuman PAS pada 31 Julai lepas bahawa ia menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan campuran, sama ada di peringkat pusat atau negeri, tetapi bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan semua pihak termasuk Umno demi kepentingan negara dan ummah, telah meredakan sedikit keadaan.

Abdul Hadi berkata PAS berpendirian untuk kekal berada dalam pakatan pembangkang dengan memainkan peranan lebih aktif dan positif selaras dengan matlamat perjuangan untuk menukar kerajaan sedia ada.

Pengumuman itu menyusul selepas Nik Abdul Aziz meredakan suasana apabila mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Seorang pemerhati merumuskan seandainya muktamar kali ini panas, suhunya tidak akan setinggi mana kerana muktamar kali ini tidak menyaksikan pemilihan parti.

Muktamar ini akan dirasmikan oleh Abdul Hadi pada Jumaat di Stadium Indera Mulia di sini manakala tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan mengadakan muktamar mereka secara berasingan pada Rabu dan Khamis.
Namun kami yakin ahli dan pimpinan PAS sudah matang untuk menghadapi isu ini. Jadi tidak ada yang perlu dirisaukan.
Sementara itu Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh bekata mukatamar kali ini dijangka lebih hangat lebih-lebih lagi apabila Presiden PAS dipetik dari Sinar Harian sebagai berkata, PAS mungkin akan keluar dari Pakatan Rakyat jika PAS dipinggirkan di dalam kabinet kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal ditubuhkan sebelum 16 September ini.
Ini merupakan sesuatu yang perlu diperdebatkan di kalangan pemimpin dan ahli PAS bagi mencapai satu keputusan terbaik untuk kesinambungan perjuangan Islam di negara kita.

Selamat Bermuktamar. Robohkan Rangkaian Penindas dan Penzalim.
Sumber Mstar.


KEMANA MENGHILANGNYA ZULKIFLI NORDIN - Ref Malaysiakini


Ke mana menghilang Peguam sensasi dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin. Ada yang berkata beliau bercuti, ada yang kata beliau bersembunyi malah ada yang menyatakan beliau ditahan.
Mana satu yang benar? Hanya Allah dan Zulkifli serta mungkin juga keluarga beliau yang terdekat sahaja yang mengetahuinya.
Kalau betul beliau bersembunyi atau ditahan, apa alasannya. Beliau malukah atau melakukan kesalahan. Sebelum ini tidak timbul langsung ura-ura beliau akan ditahan atau ingin bersembunyi kerana rasanya tidak apa-apa kesalahan yang beliau lakukan.
Zulkifli rasanya bukan seorang yang penakut atau pengecut. Beliau adalah antara peguam yang lantang menentang gejala murtad dan penubuhan IFC di negara ini. Beliau juga merupakan antar Peguam yang membela Anwar dalam kes liwat 1.
Hingga kini (tengahari 12 Ogos) tiada pihak dapat memastikan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar sejak malam kelmarin itu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul ketika dihubungi sekali lagi kira-kira jam 6.30 petang tadi bagi mendapatkan perkembangan terbaru mengenai Zulkifli tetap menafikan khabar angin yang mengatakan Zulkifli ditahan polis.

“Dia tak ditahan (polis). Khabarnya dia (Zulkifli) kini sedang bercuti bersendirian tanpa keluarga.

“Saya tak tahu kemana dia menghilangkan diri. Tapi mungkin keluarganya tahu kemana dia pergi,” katanya.

Tambah beliau dalam hal ini beliau berharap semua pihak berlaku adil kepada polis agar tidak berterusan membuat spekulasi mengenai 'kehilangan' Zulkifli.

"Jangan kita menuduh polis tentang sesuatu perkara yang tidak tepat. Percayalah beliau tidak ditahan polis," katanya.

Johari memberitahu beliau mendapat maklumat tersebut daripada keluarga Zulkifli sendiri dan berharap agar media tidak ‘mengganggu’ mereka sekeluarga.

Tambah Johari, keluarga Zulkifli tidak membuat sebarang laporan polis mengenai misteri ‘kehilangannya’ kerana mereka tahu kemana beliau ‘bercuti’.

Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi turut buntu dengan situasi ketika ini.

“Masih tiada perkembangan yang diperolehi. Khabar angin makin berterusan hingga ke hari ini,” katanya.

Beliau juga gagal untuk menghubungi Zulkifli dan ahli keluarganya bagi mengetahui kedudukan sebenar.

Usaha sebuah akhbar Online untuk menjejaki Zulkifli juga masih gagal kerana telefon bimbitnya tidak diaktifkan sejak dua hari lalu.

Kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi kelmarin di ibu negara ketika menyertai perhimpunan membantah forum anjuran Majlis Peguam.

Sementara itu semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan berita itu sebagai khabar angin semata-mata.

Beliau menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mengenai penahanan Zulkifli di bawah ISA.
"Mana ada beliau ditahan? Ini semua khabar angin dan ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak yang sengaja buat spekulasi.

"Polis akan siasat laman blog yang menyiarkan berita berkenaan dan harap orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin sedemikian," katanya.

Blog berkenaan memberitahu Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan di Kulim kira-kira jam 10 malam kelmarin dan tiada maklumat lanjut mengenai ke mana beliau dibawa polis.

Pada 29 September 1998, Zulkifli, 46, pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Monday, 11 August 2008

PMTG PAUH : LEBIH BAIK BN MENGAKU KALAH ~ Ref Malaysiakini


Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK)menggesa BN menarik diri dari bertanding menentang Anwar Ibrahim pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
DPPBK mengharapkan BN tidak meletakkan calonnya pada hari penamaan calon Sabtu depan, 16 Ogos demi untuk menyelamatkan maruah BN yang lebih parah jika mereka tewas secara bertanding dengan Pakatan Rakyat (PR) nanti.
Adalah lebih molek jika BN memberikan kemenangan percuma dari BN tewas dengan majoriti yang lebih besar nanti. Impaknya adalah lebih dari tewas tanpa bertanding.
BN boleh memberikan alasan untuk menjimatkan duit rakyat jika tidak mahu bertanding. Ini kerana jika ada pertandingan sudah tentu SPR terpaksa berbelanja besar untuk menguruskannya. Itu belum dikirakan kos pasukan Polis, Kementerian Pelajaran, RTM dan lain-lain Jabatan yang juga terpaksa bertugas mengendalikan pilihanraya secara langsung atau tidak langsung.
Malah kita juga tahu banyak sekali jentera kerajaan akan digunakan oleh parti tertentu pada setiap kali kempen pilihanraya. Antaranya jentera Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Kesihatan dan lain-lain.
Begitu juga dengan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri sudah tentu ada yang menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk berkempen dan bergerak ke sana ke mari. Adakah kita yakin mereka-mereka ini akan menggunakan kereta sendiri tanpa menggunakan kereta kerajaan yang minyak, maintenance dan lain-lain di bayar dengan duit rakyat. Malah mungkin ada yang 'claim' elaun masing-masing sedangkan kerja berkempen adalah untuk parti bukan untuk rakyat.
Jadi untuk menyelamatkan duit rakyat dan untuk penjimatan DPPBK merayu BN supaya memberikan kemenangan percuma kepada Anwar. Apa salahnya sekali sekala BN melakukan sedemikian. Kalau bertanding pun BN tewas, duit habis, mata mengantuk, letih dan sebagainya.
Dr Mahathir pun tak yakin dengan kemampuan BN menentang Anwar. Beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai calon "istimewa" yang mampu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada26 Ogos ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, Penasihat PKR itu akan memenangi pilihanraya tersebut kerana ia merupakan kubu kuat beliau di samping BN juga sudah hilang kredibiliti setelah gagal menawan kawasan berkenaan pada beberapa pilihanraya umum lalu."Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang.
(Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu," katanya ketika ditanya mengenai pandangan beliau berhubung calon yang mampu menentang Anwar dalam pilihanraya tersebut. Sebelum itu, Dr Mahathir menyampaikan syarahan di forum bertajuk "Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu" anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata jika Anwar memperolehi majoriti yang lebih besar, ia tidak bermakna bahawa bekas timbalan perdana menteri itu semakin popular dan mendapat sokongan rakyat. Sebaliknya, Bernama memetik bekas perdana menteri itu sebagai berkata ini menunjukkan bahawa BN khususnya Umno sudah semakin tidak diterima rakyat. "Jika majoriti undi yang diperolehi Anwar kurang...Umno boleh terus ke depan (untuk kembali mendapat sokongan rakyat)," katanya.
Calon bebas
Ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak supaya beliau bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil itu, Dr Mahathir berkata: "Tak mungkin. Saya telah berundur pada 2003 dan saya telah kata saya tidak akan datang semula. Tetapi saya punya hak sebagai warga untuk membuat ulasan mengenai negara saya".
Beliau berkata jika terdapat calon Bebas bertanding dalam pilihanraya kecil itu, ia akan hanya memecahkan undi calon BN dan PKR. "Terpulang siapa (calon Bebas) yang bertanding. Kalau dia dari serpihan PAS, kemungkinan ia akan mengurangkan undi kepada Anwar...kalau dia bekas Umno, maka dia akan menambah kelebihan undi kepada Anwar. Tetapi tidak ada kemungkinan calon Bebas ini akan menang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan kekal sebagai presiden Umno walaupun Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Disember ini.
"Ku Li (Tengku Razaleigh) harus menilai sokongan ahli. Saya dapati cuma di peringkat rendah (akar umbi) yang menyokongnya. (Sebaliknya) Pak Lah mendapat sokongan dari ketua-ketua bahagian Umno sehingga mereka tidak boleh buka mulut sama sekali. "Dulu mereka (ketua bahagian) yang pernah cabar Datuk Seri Abdullah, sekarang senyap...saya fikir susah (bagi Tengku Razaleigh untuk menang).

"(Bagaimanapun) dalam parti Pak Lah akan menang tetapi dalam pilihanraya, dia akan kalah," katanya.


Friday, 8 August 2008

ISU LIWAT MENGERATKAN LAGI PERPADUAN PAKATAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini


Bermacam-macam fitnah dan tohmah dilemparkan kepada Pakatan Rakyat (PR) guna untuk memecahbelah perpaduan yang sedia ujud sejak gabungan ini menunjukka prestasi gemilang pada pilihanraya 8 Mac lalu.
Fitnah dan tohmahan ini tidak lain tidak bukan datangnya dari BN yang memang cemburu dengan kejayaan PR meraih sokongan rakyat secara luar dugaan.
Walaupun ketiga-tiga parti utama PR dilihat mempunyai ideologi berlainan namun mereka berupaya duduk semeja dan membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan. Malah Perak dan Selangor, dua kerajaan negeri yang benar-benar mencerminkan kerjasama PAS, PKR dan DAP semakin kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat tidak sebagaimana dakwaan media pengampu BN yang sentiasa mencari kesalahan kedua-dua kerajaan ini.
Berlainan di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang didominasi oleh DAP dan PAS, Selangor dan Perak mempunyai komposisi yang seimbang dari segi jumlah kerusi dan anggota Exco kerajaan negeri masing-masing. Namun terbukti kerajaan Selangor dan Perak semakin matang dan berpadu.
Hal inilah yang amat dicemburui oleh BN yang akhirnya mencipta 'senjata-senjata' baru untuk 'menembak' kerajaan Selangor dan Perak. Namun terbukti tembakan rambang dengan peluru kapur mereka tidak memberi bekas, rasa gatal terkena tembakan pun tidak dirasai oleh kerajaan dan rakyat kedua-dua negeri tersebut.
Malah semalam gagasan Pakatan Rakyat di peringkat Pusat semakin mantap apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Anwar akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang jika beliau menang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Lim berkata, ia adalah antara empat keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas majlis pimpinan Pakatan - yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS - malam tadi.
Sehubungan itu, beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, Anwar akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.
"Kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan politik," katanya ketika membaca satu kenyataan bersama di luar bangunan kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Beliau membaca kenyataan tersebut di hadapan kira-kira 100 orang penyokong dan para petugas media, sejurus sebelum Anwar masuk ke bangunan mahkamah.

Kenyataan tersebut ditandatangani bersama oleh Lim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.Anwar turut berdiri sebelah Lim yang membaca kenyataan tersebut.
Turut sama Wan Azizah dan anak menantunya.Menurut Lim lagi, Pakatan menganggap kes Anwar sebagai satu kezaliman politik. Dibenar ikatjamin"Dalam kes ini, bukan sahaja Datuk Seri Anwar sahaja yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan," katanya.
Lim berkata, pihaknya telah sepakat, sekiranya Anwar tidak dibenarkan ikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Wan Azizah, akan bertindak sebagai penyelaras majlis pimpinan ini.
Pemerhati politik berpendapat bahawa isu liwat Anwar Ibrahim ini menambahkan lagi perpaduan dan pemuafakatan dalam Pakatan Rakyat. Tidak syak lagi kesepaduan dan pemuafakatan ini menambahkan 'possibility' penubuhan Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat yang diidam-idamkan rakyat selama ini.


Wednesday, 6 August 2008

BILALAH POLIS HENDAK BERUBAH? - Ref Malaysiakini


Pelbagai aduan dan dakwaan dibuat oleh orang ramai terhadap salah laku Polis. Macam-macam aduan dibuat antaranya,
"Polis makan rasuah"
"Polis kacau ceramah"
"Polis pukul orang dalam penjara"
"Polis provok orang nak berdemonstrasi"
"Polis pukul Anwar" (Ini terbukti Ketua Polis sendiri pukul Anwar hingga lebam mata).
"Polis kerja untuk Umno bukan untuk Raja dan Rakyat Malaysia"
dan seribu satu macam lagi aduan dibuat.
Malah Suruhanjaya Penambaikan Polis pun telah ditubuhkan dan telah lama mengemukakan cadangan untuk memperbaiki perkhidmatan Polis. Namun nampaknya tidak banyak perubahan yang dilakukan.

Semalam satu lagi aduan serius dilakukan terhadap Polis. Malaysiakini melaporkan bahawa enam orang lelaki terus ditahan oleh polis walaupun dua majistret di mahkamah berasingan telah memerintahkan mereka dibebaskan segera.
Mahkamah majistret pada 31 Julai telah mengarahkan keenam-enamnya dibebaskan dari ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya setelah setelah direman empat hari atas siasatan kes berhubung penculikan. Bagaimanapun mereka dipindahkan ke IPD Klang pada hari yang sama dan dibawa ke depan majistret atas siasatan berhubung rompakan berkumpulan.Majistret Klang juga mengarahkan mereka dibebaskan.
Mereka kemudian dipindahkan sekali lagi ke IPD Petaling Jaya dan ditahan bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penangkapan sehingga 60 hari tanpa dibawa depan majistret.Dua di antara mereka Al-Amin Zulkernain dan Samuel Raj Sivajothi membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini berhubung dakwaan "salah guna kuasa polis" dan tindakan pasukan itu yang dianggap "berniat jahat" (mala fide).
Peguam kedua-duanya Francis Pereira berkata, Al-Amin juga mendakwa beliau dipukul sewaktu siasatan di Petaling Jaya.Aduan Al-Amin disampaikan oleh isterinya Fatimah Begum Mohd Kasim, sementara Samuel Raj diwakili kakaknya Padmini Sivajothi, kepada naib pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sapuan di pejabat suruhanjaya itu di Jalan Raja Laut.
Turut hadir dalam majlis itu, pesuruhjaya Datuk Siva Subaramaniam, ketua bahagian aduannya Nurul Hasanah Ahamed, dua lagi peguam dan ahli-ahli keluarga Al-Amin dan Samuel Raj.


Tuesday, 5 August 2008

ISU MUZAKARAH : UMNO TERSILAP LANGKAH ~ Ref Malaysiakini


Umno ternyata tersilap langkah apabila cuba menggunakan isu muzakarah PAS-Umno untuk menonjolkan dirinya sebagai juara Melayu-Islam. Namun taktik Umno pantas dihidu dan dicium oleh pemimpin PAS apabila membuat kenyataan tegas bahawa PAS sekali-kali tidak akan bergabung dengan Umno yang jijik, zalim, busuk dan korup.
Tindakan pemimpin PAS ini yang sepatutnya dibuat lebih awal akhirnya mematikan harapan Umno untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu.
Malah langkah Umno untuk bermuzakarah dengan PAS telah mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan sebantalnya iaitu Gerakan, MCA dan MIC. Gerakan mula mempersoalkan kenapa Umno hanya ingin berbincang dalam soal Melayu dan Islam sahaja. Sedangkan masalah sebenar yang dihadapi sekarang ialah masalah negara, rakyat dan ekonomi yang menghantui semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan ideologi politik.

Semalam, Naib Presiden Gerakan, Dr Teng Hock Nan mempersoalkan kenapa Umno berminat mengadakan dialog dengan PAS dan PKR berhubung isu Melayu dan Islam, sedangkan lebih penting parti utama dalam BN itu wajar berterus-terang dengan komponen BN dahulu.
Mengulas cadangan Datuk Seri Nazri Aziz untuk mengundang PKR dalam rundingan Umno-PAS, Dr Teng Hock Nan berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu "tidak harus berpandangan singkat dengan hanya menumpukan agenda Melayu-Islam."
"Sebaliknya Umno, sebagai satu komponen utama BN, harus memberi masa, tenaga dan perhatiannya ke arah bekerja bersama-sama dengan komponen-komponen lain untuk mengukuhkan struktur dan peranan BN," kata Dr Teng dalam satu kenyataan dipetik dari Malaysiakini.
Jelas sekali Umno sudah tersilap langkah. Bukan sahaja Umno gagal memerangkap PAS untuk meraih sokongan Orang Melayu malah sekarang Umno kehilangan sokongan parti-parti komponen BN dan rakyat Bukan Melayu.


UMNO TAK MALU, TAWAR MUFTI JADI CALON - Ref Malaysiakini


Umno memang sebuah parti yang tidak bermaruah apabila menawarkan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin untuk menjadi calon BN bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Ini kerana Umno yang sememangnya tidak menghormati fatwa, nasihat dan pandangan mufti dalam hal-hal hukum hakam Islam tiba-tiba menawarkan Asri menjadi calonnya. Sedangkan nasihat dan pandangan Asri tentang mengalungkan bunga di Tugu Negara tidak diendahkan oleh Imam Besar Islam Hadhari, Abdullah Ahmad Badawi.
Pandangan dan nasihat Mufti diketepikan tetapi tiba-tiba hidung tak mancung pipi tersorong-sorong datang melutut kepada Asri meminta beliau menjadi calon. Mana maruah pemimpin Umno dalam hal ini.
Asri menulis di blognya bersama foto Imam Besar Islam Hadhari sedang meletakkan kalungan bunga. Dr Mohd Asri berkata:"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
"Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.
"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis."Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.
Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.
Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.
Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.


Sunday, 3 August 2008

HANYA PAK LAH, KA TING DAN SAMY VELLU BERSAMA BN, YANG LAIN SEMUA SERTAI PR ~ Ref Malaysiakini


Seorang demi seorang pemimpin BN atau bekas pemimpin BN keluar dari parti masing-masing dan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat (PR). Kalau minggu lepas bekas Timbalan Menteri, Fauzi Abdul Rahman keluar Umno dan menyertai PKR hari ini seorang lagi bekas Setiausaha Parlimen menyertai PKR.

Dr Tan Yew Kew yang juga merupakan bekas Naib Ketua Wanita MCA yang juga Bekas Ahli Parlimen Klang mengumumkan keluar dari MCA minggu lepas dan menyertai PKR dengan rasminya hari ini.

Beliau menyertai PKR bukannya seorang diri tetapi dituruti oleh seramai 1,700 orang penyokongnya.

Kemasukan kedua-dua bekas anggota kabinet ini membuktikan bahawa selepas ini lebih ramai lagi pemimpin atau bekas pemimpin BN akan mengisytiharkan diri keluar dari BN. Kebanyakan mereka yang keluar dari parti-parti komponen BN ini mendakwa bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin parti masing-masing. Mereka juga secara jelas dan terang sudah tidak yakin Pak Lah dapat menerajui negara berdasarkan situasi politik masa kini serta keadaan ekonomi negara yang semakin parah.

Ada antara mereka yang 'fed up' dengan isu-isu politik yang dilihat tidak masuk akal dan menjijikkan. Jadi bagi mereka tidak ada pilihan lain selain menyeberang menyertai PR. Mereka yakin para pemimpin PR dapat mengubah landskap politik tanahair dan seterusnya memacu ekonomi negara ke arah yang lebih gemilang.
Saya yakin lambat laun nanti hanya tinggal Ong Ka Ting, Samy Vellu dan Pak Lah sahaja dalam BN yang lain semuanya menyertai PR


Saturday, 2 August 2008

RAKYAT PMTG PAUH JADI RAJA DARI SEKARANG HINGGA HARI MENGUNDI


Katakan apa sahaja yang anda mahu, sudah tentu 'Santa Klaus' jadi akan memberikannya kepada rakyat Permatang Pauh. Mereka akibat Raja yang berkuasa, apa sahaja yang mereka ingin dan 'gecorkan' sudah tentu akan diberikan. Yang penting mereka mesti berjanji mengundi BN pada hari pengundian. Begitulah besarnya pengaruh pengundi Permatang Pauh sehari dua ini. Ini semua adalah gara-gara pilihanraya kecil yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

Hendak apa? longkang baru, surau baru, masjid baru, jalan baru, rumah baru hatta gigi palsu baru pun boleh. Pada musim pilihanraya ini sudah tentu ramai pelakon-pelakon hindustan akan muncul. Ada pemimpin BN yang jarang ke masjid dan surau sudah tentu akan jadi rajin ke surau dan masjid. Ada yang tak pernah pakai kopiah dan tudung sudah tentu beli kopiah dan tudung baru semata-mata untuk berlakon bagi mengambil hati pak cik dan mak cik di Permatang Pauh.

Bagi yang berangan-angan hendak menjadi calon sekarang ini sibuk memasang badan. Ada juga yang sudah memasang kaki untuk mendampingi pemimpin 3 beranak untuk melobi bagi diberi kepercayaan menjadi calon yang bakal bungkus. Namun mereka tidak serik walaupun mungkin bungkus tetapi yang penting populariti dan mungkin banyak duit akan 'masyuk'. Kalah menang tak kisah. Yang penting popular.

Bagi 'penyangak-penyangak' Umno yang memang kaki kebas duit poster, duit makan dan sebangainya inilah masanya untuk menonjolkan diri agar dipilih sebagai ketua pasang poster atau jaga makan minum petugas. Bukan apa separuh bagi pada petugas separuh lagi silap haribulan dapat 'masyuk' poket sendiri.


NISA' MELAKA ANJURKAN SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR


Nisa' Melaka akan menganjurkan Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan UPSR. Butiran lanjut berkenaan program ini adalah seperti dibawah :-

Tarikh : 10 Ogos 2008
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : INB Resort Ayer Keroh
Yuran : RM25.00

Tenaga-tenaga pakar terdiri dari guru-guru yang menjadi pemeriksa kertas-kertas UPSR akan mengendalikan program ini. Murid-murid akan didedahkan dengan kaedah menjawab dengan teknik yang betul agar mendapat markah penuh.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 013-667 4588


Friday, 1 August 2008

UMNO CAWANGAN LEBIH CERDIK DARI PEMIMPIN ATASAN - Ref Malaysiakini


Mengapa pemimpin Umno pusat, bahagian dan sayap-sayapnya pemuda, wanita dan puteri begitu bang@#g jika dibandingkan dengan pemimpin dan ahli Umno Cawangan Kampung Tua dalam bahagian Langkawi.

Bukan apa Umno Kampung Tua lebih cerdik apabila dapat melihat dan membuat analisa bahawa Pak Lah gagal mengepalai Umno terutama pada Pilihanraya Umum lalu. Lantaran itu, cawangan tersebut mengusulkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember ini.

"Datuk Seri Abdullah perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan tersebut...beliau perlu mengundurkan diri," kata ketua cawangan tersebut, Mansor Hashim."Kita mahu orang lain dan pada pandangan ahli-ahli cawangan, orang yang paling layak menjadi presiden parti ialah Najib dan timbalannya pula ialah Muhyiddin," katanya.

Keputusan tersebut, kata Mansor, dibuat oleh semua 41 ahli Umno cawangan Kampung Tua yang hadir dalam mesyuarat agungnya pada 26 Julai lalu.

Jelas sekali Mansor dan ahli-ahli cawangannya jauh lebih cerdik dari Ahli Majlis Tertinggi Umno yang masih mengamalkan 'Yes Man' semua Pak Lah buat betul belaka.

Mansor lebih cerdik dari Mat Taib, Rais Yatim, Khaled Nordin, Ali Rustam dan lain-lain rakan yang sewaktu dengan pemimpin tersebut.

Terbukti bahawa sekarang ini Umno dipimpin oleh pemimpin yang tidak cerdik dan hanya mementingkan perut dan bawah perut. Maka sudah sewajarnya ahli-ahli Umno meninggalkan Umno dan menyertai PAS atau PKR atau DAP.


KHAIRY JANGAN CAKAP BANYAK ~ Ref Malaysiakini


Semalam Khairy 'berbunyi' semula membuat komen tentang keputusan Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding menggantikannya.
Khairy berkata, Anwar takut kalah sebab itu tidak berani untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu atau Bandar Tun Razak seperti yang digembar-gemburkan Anwar sebelum ini.

Khairy tidak perlulah cakap banyak. Anwar hendak bertanding di mana pun itu hak beliau. Bukankah Anwar memberi alasan bahawa kerusi Kulim Bandar Baharu belum tentu lagi bila akan diputuskan kosong kerana ia bergantung kepada keputusan mahkamah.
Khairy sendiri pun masih takut-takut untuk berterus terang samada ingin bertanding Ketua Pemuda atau mempertahankan jawatannya sekarang.
Semalam Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, rasa tidak yakin Anwar itu disebabkan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini.

''Akhirnya Anwar memilih kawasan selamat untuk bertanding di kerusi Parlimen walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya.

''Selepas itu Anwar buat kenyataan kemungkinan besar bertanding di Bandar Tun Razak dan kemudiannya di Kulim,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Kalau betul Anwar diterima di seluruh negara, kenapa tidak menunaikan janji kepada rakyat Kulim untuk bertanding di sana?

"Ini mesti kerana Anwar tidak yakin dengan penerimaan rakyat terhadapnya terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini," katanya.

Anwar hari ini mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Wan Azizah berkuat kuasa serta-merta.

Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas setahun Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan sebelum dihadapkan ke mahkamah.
Jelas Khairy, Anwar patut membuktikan dakwaannya bahawa beliau diterima di seluruh negara dengan bertanding di Kulim.

''Anwar kini tidak yakin dengan penerimaan rakyat terutama sekali dengan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir- akhir ini,'' katanya.


Monday, 28 July 2008

MEDIA TERUS MAINKAN ISU MUZAKARAH LAGAKAN PAS-DAP - Ref Malaysiakini


Media jahat arus perdana terus menerus memainkan isu muzakarah untuk melaga-lagakan PAS dan DAP sebagai usaha terakhir untuk meragukan rakyat dan ahli politik bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu pakatan yang rapuh dan longgar.

Media jahat ini tidak serik-serik menggunakan pengaruhnya untuk memutarbelitkan fakta walaupun telah diberikan amaran beberapa kali malah negeri-negeri Pakatan Rakyat telah memboikotnya.

Kenyataan tegas oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu, bahawa tidak ujud sama sekali muzakarah antara PAS-Umno juga tidak dihiraukan oleh media ini.

Hari ini media jahat ini terus menyiarkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dikatakan menyelar PAS.

“Pas ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada Pas patut terus dibenarkan menganggotainya,”

“Jaminan Presiden Pas (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa Pas tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.

“Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, Pas mengadakan perbincangan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu,”


“Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa Pas tidak akan bergabung dengan UMNO atau menyertai BN.

“Jelas sekali, kenyataan pemimpin Pas kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat".

Itulah kenyataan-kenyataan Karpal Singh yang disiarkan oleh media jahat tersebut. Mengapa ianya dibesar-besarkan sedangkan pemimpin PAS jelas menyatakan PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan juga tidak ujud sama sekali Muzakarah PAS-Umno. Malah PAS dengan jelas menyatakan PAS lebih yakin dengan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) mencadangkan pemimpin PAS mengambil tindakan undang-undang terhadap media jahat ini supaya media ini tidak terus menerus memainkan isu-isu yang boleh mengeruhkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat.

DPPBK juga menyeru pimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak melayan wartawan-wartawan media jahat ini kerana terbukti mereka hanya mahu memutarbelitkan isu. DPPBK juga mengharapkan semua pimpinan PAS, DAP dan PKR supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan samada ketika ceramah atau 'press statement' kerana bimbang kenyataan itu akan dimanipulasi dan diputarbelitkan oleh media-media jahat yang sekarang ini bagaikan singa lapar menanti masa untuk membaham mangsa iaitu Pakatan Rakyat.


Friday, 25 July 2008

RAKYAT MERANA, YB-YB BINCANG PASAL KERETA APA NAK PAKAI - Ref Malaysiakini


Di saat rakyat bawahan sengsara mencari duit untuk makan dan minum, pimpinan kerajaan negeri sibuk pasal nak pakai kereta resmi jenis apa, Mercedez atau Camry atau Perdana V6. Mereka ini langsung tak fikir kesusahan rakyat marhaen.
Isu pembelian kereta rasmi keraajaan menjadi hangat apabila kerajaan negeri Terengganu dikritik hebat kerana membeli mercedes sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana V6. Pelbagai reaksi diutarakan oleh pelbagai golongan.

Exco kerajaan Negeri Selangor, YB Ronnie Liu berkata beliau secara peribadi bersetuju jika Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Toyota Camry dan bukannya Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan negeri. Antara alasan beliau ialah Toyota Camry lebih murah dari Mercedez tetapi lebih baik dari V6.

Ronnie berkata beliau sendiri mempunyai pengalaman pahit memakai Perdana V6 apabila kereta tersebut rosak secara tiba-tiba. Bila diperiksa kotak gear mengalami masalah dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi sebab itu beliau mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak menggunakan Proton Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi.

Menteri Besar Pahang lagi hebat, beliau dilaporkan berkata, kerajaan Pahang tidak kisah, pakai Kancil pun tak apa. Ya ka Tok Nan? Apa yang engkau cakap ini sukar untuk saya percayai sebab plat kereta Tok Nan sendiri bernilai ribuan ringgit. Betul ke boleh pakai Kancil ni? Cakap tu biarkan cermat sikit nanti sendiri yang malu.

Kalau betul Tok Nan boleh menggunakan kancil, sila jual kereta yang Tok Nan pakai sekarang dan gantikan dengan Kancil atau Viva supaya duit rakyat boleh dijimatkan kerana harga kancil atau Viva yang rendah dan penggunaan minyak yang sedikit. Tok Nan jangan cakap kosong tanpa berusaha untuk merealisasikan cakap Tok Nan ini. Jangan cuba bermain dengan kata-kata kalau dalam hati sebenarnya berkata lain.

Jadi saya menggesa semua Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri pulangkan semua semua kenderaan rasmi kepada pihak berkenaan dan silalah order Kancil atau VIVA hari ini juga.

Pak Ali di Melaka tak mahu tukar kereta ke? Saya ingat Pak Ali kalau nak tukar kereta, pakai kereta lembu lagi baik, tak payah kena servis atau buat 'maintenance' di kedai-kedai service kereta. Kereta lembu pun tak pakai minyak, cuma bagi makan rumput yang baik-baik, minuman yang baik. Petang-petang boleh sabit rumput dekat Bukit Katil.

Tak perlu gaduh-gaduh pasal harga kereta dan 'charge' maintenance yang mahal.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59