Monday, 31 December 2007

PERANGAI LUCAH MIC MENJALAR KEPADA MCA?


Kalau sebelum ini pelakon-pelakon handalan filem lucah terdiri dari pemimpin MIC (DP Vijandran) kini perangai tersebut menjalar kepada pemimpin MCA. Malah kali ini pelakon ini lebih hebat. Di katakan pelakon tersebut bertaraf menteri dan pemimpin kanan MCA. Betul atau tidak kita tunggu dan lihat. Kalau betul ini cerita panas pada awal-awal tahun 2008 ini.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa DVD tersebut - yang didakwa menunjukkan ahli politik itu sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita - pada mulanya diedarkan di Muar and later, Batu Pahat dan Seremban.

Pada hari Ahad, salinan DVD itu diletakkan di beberapa tempat di Muar untuk diambil oleh orang ramai. Sesetengah salinannya diedarkan oleh individu yang tidak dikenali kepada beberapa buah kedai di kawasan tersebut.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam, dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.

Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.

Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembunyikan’ oleh para pengedar kerana bimbang tindakan polis.

DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.

Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.

Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.

Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, laporan Utusan lagi, masyarakat di Muar percaya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.

Namun, percakapan serta wajah pemimpin itu dari dekat tidak begitu jelas digambarkan di dalam DVD itu.

Manakala Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan semalam memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran DVD itu.


LAPORAN MEDIA YANG CUKUP BERAT SEBELAH


KUALA TERENGGANU: Laporan media tentang Perbicaraan kes dua pemuda PAS yang didakwa terbabit dalam rusuhan yang dikatakan ganas di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok di sini, 8 September cukup berat sebelah dan tidak beretika.

Di dalam laporan itu tidak langsung disebut yang Suwandi dan Azman Aziz telah ditembak Polis dan hampir mati akibat tembakan itu. Tetapi mereka pula yang dikatakan mencederakan Polis dengan parah.

Antara yang laporan yang dipaparkan ialah :-

Sebelum ini, Muhammad Azman Aziz, 21, dari Pasir Panjang dan Suwandi Ab Ghani, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang, masing-masing menghadapi dua pertuduhan utama dan dua tuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi tuduhan pertama, mereka bersama 18 yang lain didakwa mengikut Seksyen 149, Kanun Keseksaan kerana menunjukkan kekerasan jenayah bagi menakutkan pegawai polis ketika menyuraikan satu perhimpunan haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud hingga menyebabkan cedera parah kepada pegawai polis, Wan Abdul Aziz Wan Omar.

Mengikut pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, kedua tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 333 dan Seksyen 511 kanun sama iaitu dipenjara maksimum lima tahun atau denda.

Bagi tuduhan kedua, kedua tertuduh bersama 18 yang lain didakwa menunjukkan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis pada masa, tarikh dan tempat sama mengikut Seksyen 143 kanun sama.


MELAKA TERUS MENJADI SYURGA PELAKU ZINA/MAKSIAT. APA ALI RUSTAM BUAT????


MELAKA: Kes hamil luar nikah terus meningkat di Melaka malah, jumlah itu meningkat 47kes kepada 287 kes berbanding 240 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Golongan yang dianggap malang dan berpendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta berusia antara 17 hingga 30 tahun itu dikatakan sering melakukan maksiat dengan teman lelaki sehingga terlanjur.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kebanyakan mereka yang terlanjur memberi alasan `cair' dengan pujukan kekasih mereka untuk melakukan maksiat.

Katanya, selepas terlanjur kali pertama, ia menjadi `kesukaan' pasangan berkenaan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu sehinggalah mereka sedar selepas pasangan itu mengandung.

"Kebanyakan mereka melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menyewa hotel murah, di rumah sewa dan kediaman keluarga mereka sendiri.

"Mereka yang terbabit dengan kes hamil luar nikah ini pula bukanlah di kalangan mereka yang suka melakukan hubungan seks bebas, sebaliknya hanya bersama teman lelaki masing-masing," katanya kepada media, di sini, semalam.

Rahimin berkata, berdasarkan statistik, pekerja kilang paling ramai ditahan atas kesalahan itu iaitu sebanyak 202 daripada 287 kes yang direkodkan manakala selebihnya membabitkan pekerja dalam sektor lain termasuk perkhidmatan.

"Kes hamil luar nikah membabitkan pasangan Islam di negeri ini terus meningkat dan kami sentiasa melakukan pemantauan agar jumlah mereka yang terbabit dapat dikurangkan," katanya

Beliau berkata, tidak semua pasangan kepada wanita yang terbabit dalam kes hamil luar nikah itu berjaya ditahan Jaim.

Katanya, biasanya teman lelaki yang terbabit akan mengambil tindakan melarikan diri dan enggan bertanggungjawab.

Malangnya kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu menutup tempat-tempat maksiat seperti hotel-hotel murah, pub, night club, dangdut dan sebagainya. Sebaliknya kerajaan negeri terus menggalakkan program-program yang melibatkan pergaulan bebas seperti konsert, karaoke, nyanyian dan sebagainya.

Selagi rakyat negeri ini terus memberikan sokongan kepada BN dan UMno selagi itulah maksiat akan terus meningkat. Adakah rakyat tidak yang mengundi BN tidak berasa bersalah???


SHAHIDAN MESTI BERHENTI, ALI MESTI SEDAR DIRI



Kalau Shahidan di malukan di Perlis oleh Radzi, Ali Rustam di Melaka mesti sedar diri bahawa kepimpinannya di Melaka gagal dan lemah.

Setiausaha Agong Umno seharusnya menasihati ALi supaya berundur sebelum beliau dimalukan oleh rakyat pada pilihanraya akan datang.

Terlalu banyak kepincangan dan masalah yang di'cipta' oleh Ali Rustam sehingga kepimpinannya diibaratkan semacam kepimpinan JKKK kampung.

bersambung .............


10 BERITA TERPENTING 2007


10 BERITA TERPENTING 2007 MENURUT MALAYSIAKINI

Correct, correct, correct

ISU: Correct, correct, correct, ya, ya, ya! Berita paling popular tahun ini sudah tentunya pendedahan klip video Lingam oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Klip selama 14 minit itu, yang dikatakan dirakamkan pada tahun 2002, menunjukkan perbualan telefon peguam kanan, Datuk VK Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim. Dia didakwa berbual dengan Hakim Besar Malaya ketika itu - jawatan No 3 badan kehakiman - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim Omar, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara.

Dakwaan tersebut telah mencetuskan kemarahan sehingga kira-kira 2,000 peguam mengadakan 'Perarakan untuk Keadilan' sejauh 3.5km untuk menuntut supaya disiasat dakwaan rasuah dalam badan kehakiman.

Walaupun digesa pelbagai pihak, kerajaan pada mulanya keberatan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut. Sebaliknya, kerajaan menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut.

Bila tidak timbul lagi persoalan mengenai ketulenannya, maka kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa diraja, walaupun banyak pihak mengkritik pemilihan anggotanya serta bidangkuasanya yang terhad.

Ahmad Fairuz bersara pada 31 Oktober selepas tempoh perkhidmatan lanjutannya tidak dilanjutkan, walaupun beliau telah membuat menafikan sebarang pembabitannya dalam klip video tersebut. Ahmad Fairuz membuat penafian itu menerusi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Anwar kemudiannya mendedahkan keseluruhan klip video tersebut pada 14 Disember lalu. Manakala adik lelaki Lingam pula mendakwa peguam tersebut rapat dengan hakim-hakim. Lingam bagaimanapun enggan mengulas tetapi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja.

APA SETERUSNYA: Mungkin, penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pelantikan hakim dalam badan kehakiman. Harap-harap ia tidak ditimpa nasib yang sama seperti apa yang berlaku terhadap Suruhanjaya Diraja Polis.

Kemunculan Hindraf

ISU: Hindraf (Hindu Rights Action Force) selama ini tidak dikenali sehinggalah badan tersebut yang diketuai oleh peguam P Uthayakumar dan adiknya Waythamoorthy, muncul memperjuangkan isu-isu yang melanda masyarakat India di peringkat akar umbi di negara ini.

Dari dakwaan kekejaman polis dan kes kematian ketika dalam tahanan, dua adik beradik ini juga menumpukkan perjuangan mereka kepada isu peminggiran dan diskriminasi kaum India. Selaras dengan hak kebebasan beragama, mereka turut menentang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini.

Mereka mendapat sokongan masyarakat dan ini dapat dilihat apabila kira-kira 2,000 kaum India berkumpul di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Waythamoorthy kemudiannya melancarkan kempen di peringkat antarabangsa dengan memfail saman RM14 trilion terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan kemudiannya gagal memberi mengambil kira kepentingan mereka ketika Perlembagaan Persekutuan dirangka.

Dua adik beradik itu, bersama-sama dengan para peguam berketurunan India yang lain, mengadakan penjelajahan ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai saman tersebut dan berhubung hasrat Hindraf untuk menghantar petisyen kepada Ratu Elizabeth supaya melantik peguam diraja bagi mewakili rakyat India Malaysia, dalam saman tersebut.

Pada 29 Oktober, kira-kira seminggu sebelum perayaan Deepavali, sebuah kuil lama di Kampung Rimba Jaya di Padang Jawa, Selangor, telah dirobohkan dalam operasi Majlis Bandaraya Shah Alam ketika membersihkan perkampungan setinggan dan sebuah surau di situ.

Insiden itu telah mencetus kemarahan kaum India. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu turut bergegas ke tempat kejadian.

Pada 25 November, kira-kira 30,000 kaum India menghadiri perhimpunan rakyat anjuran Hindraf di ibunegara untuk menyerahkan petisyen tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi British.

Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan tembakan air kimia untuk menyuraikan mereka. Ekoran itu, puluhan mereka yang menyertai perhimpunan itu didakwa di mahkamah. Mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melakukan khianat, manakala sebahagian lagi turut menghadapi tuduhan cubaan membunuh (tetapi tuduhan itu digugurkan kemudiannya).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya mengadakan pertemuan khas dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari kalangan masyarakat India untuk mendengar masalah yang dihadapi kaum tersebut.

APA SETERUSNYA: Apa yang nyata ialah beliau mesti berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi kaum India yang kini tidak mahu lagi terus berdiam diri.

Tuntutan Bersih untuk pilihanraya bersih dan adil

ISU: Apa yang diminta oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) hanyalah sistem pilihanraya yang bebas dan bersih.

Gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang itu aktif mendapatkan sokongan rakyat serta melobi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya melaksanakan idea-idea tersebut.

Sejak awal tahun ini, beberapa perjumpaan diadakan dengan SPR dan Bersih turut menjelajah seluruh negara untuk mendidik rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia.

Usaha mereka menampak hasil apabila SPR setuju melaksanakan penggunaan dakwat untuk mengelak perbuatan mengundi berulangkali serta menggunakan kotak undi telus cahaya dalam pilihanraya umum yang akan datang. Namun, ianya hanya sebahagian sahaja daripada tuntutan Bersih.

Bila Bersih mahu mengadakan ceramah di Kuala Terengganu September lalu, polis bertindak menutup semua jalan ke tempat ceramah. Dan dalam pertembungannya dengan orang ramai yang mahu menghadiri ceramah tersebut, dua orang cedera terkena tembakan peluru hidup.

Namun ia tidak melemahkan semangat Bersih. Pada 10 November Bersih menganjurkan perhimpunan rakyat di ibunegara yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan pencutan air kimia. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di depan Istana Negara di mana petisyen diserahkan kpada wakil Yang di-Pertuan Agung.

Ini diikuti dengan penyerahan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri - melalui ahli Parlimen pembangkang yang turut menyaksikan kekecohan berlaku di bangunan Parlimen pada 11 Disember apabila polis menutup semua jalan masuk ke situ. Memorandum yang sama turut diserahkan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya . Bersih membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan pengerusi SPR setahun lagi.

APA SETERUSNYA: Bersih berikrar untuk meningkatkan lagi tekanan untuk pembaharuan pilihanraya bagi membanteras dakwaan penyelewengan seperti perbuatan membeli undi dan penipuan lain dalam pilihanraya umum akan datang, yang diramal diadakan seawal bulan Mac.

Kisah kegigihan Ramli Manan

ISU: Dalam memenuhi 'tugasnya untuk negara' bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ramli Manan telah melakukan sesuatu yang akhirnya telah menjatuhkan bosnya.

Bekas pengarah BPR Sabah itu telah membuat beberapa dakwaan terhadap Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Zulkipli Mat Noot - dari dakwaan rasuah hinggalah kepada salahlaku seksual.

Ramli menghantar laporan yang mengandungi dakwaan tersebut kepada Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi semuanya tidak membawa sebarang hasil.

Bagaimanapun, ia 'meletup' selepas Gerakan Demokrasi dan Anti-Rasuah (Gerak) mendedahkan kandungan laporan itu tersebut pada bulan Febuari tahun ini.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Ramli berkata, enam tahun sebelum persaraannya, beliau telah "dibekukan" kerana usahanya yang tidak jemu-menyiasat tuduhan rasuah terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Kasitah Gaddam pada 2000.

Ramli juga berkata, beliau terus menjadi mangsa apabila bayaran gaji dan pencennya ditahan dan beliau telah memfailkan saman berhubung perkara itu.

Ekoran pendedahan tersebut, perkhidmatan Ramli yang telah dilanjutkan dua kali sejak beliau mencapai umur bersara pada tahun 2005, telah ditamatkan pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, empat bulan kemudiannya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah membersihkan nama Zulkifli daripada semua tuduhan rasuah terhadapnya.

APA SETERUSNYA: Menunggu reaksi seterusnya kerajaan bila lebih ramai 'whistleblower' tampil membuat pendedahan.

Rakyat bimbang jenayah meningkat

ISU: Dalam separuh tahun pertama, jumlah kes jenayah telah mencecah 87,582 - meningkatkan 7,006 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia termasuk 1,057 laporan kes rogol, kes rompakan di lebuhraya dan kejadian ragut yang mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Dalam bulan Jun, kira-kira 200 berhimpun di depan kediaman Menteri Besar Johor kerana membantah kejadian jenayah yang semakin meningkatkan di negeri tersebut. Ekoran itu, kabinet mengarahkan polis menghantar anggota tambahan ke Johor. Kabinet juga meluluskan pembinaan 11 stesen polis yang baru di negeri itu.

Pada bulan yang sama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum juga jaminan bahawa pihak polis sedang memantau keadaan jenayah dengan serius dan kerajaan juga akan mengambil langkah sewajarnya.

Manakala Kakus Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia menganjurkan sesi awam pada bulan Julai untuk membantu polis menangani jenayah. Ia diadakan di tiga negeri - Selangor, Johor dan Pulau Pinang - untuk membolehkan orang ramai menyuarakan masalah dan rasa tidak puashati mereka, tetapi pihak media dibenarkan membuat liputan.

Badan pemikir - Merdeka Centre - telah mengadakan tinjauan pendapat, dan hasilnya yang diumumkan pada bulan Ogos mengesahkan apa yang sudah diketahui oleh orang ramai.

APA SETERUSNYA: Pihak polis diharapkan menumpukan perhatian membanteras jenayah, daripada bertindak keras terhadap orang ramai yang memprotes menuntut hak perlembagaanan mereka.

Kekeliruan dalam isu agama

ISU: Konflik mengenai isu-isu agama terus menjadi tajuk utama, termasuk beberapa kes yang berlanjutan dari tahun lalu. Pokok pendebatannya adalah sama ada mahkamah sivil mempunyai bidangkuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Ia juga dikaitkan dengan isu kebebasan beragama.

Dalam kes Lina Joy, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa isu pertukaran agama adalah dalam bidangkuasa mahkamah syariah.

Satu lagi adalah mengenai kes M Revathi, yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi dibesarkan mengikut agama Hindu dan bersuamikan seraong Hindu - yang menceritakan paksaan yang dikenakan ke atasnya sewaktu ditempatkan di pusat pemulihan akidah Islam.

Dalam bulan ini, Mahkamah Persekutuan membuat satu lagi keputusan bahawa kes perceraian R Subashini, yang suaminya memeluk Islam bersama seorang anak lelakinya, adalah dalam bidangkuasa mahkamah sivil. Keputusan majoriti 2-1 itu juga memutuskan bahawa suaminya boleh menukar agama anaknya tanpa perlu memaklumkan kepada ibunya.

Manakala sebuah persidangan antara agama peringkat global dibatalkan pada saat-saat akhir - dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik diri daripada menyampaikan ucapan dasarnya, sekaligus mencetuskan kritikan sama ada kerajaan benar-benar mengamalkan sikap toleransi beragama seperti yang didakwanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak memanaskan suasana apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

APA SETERUSNYA: Isu-isu agama akan terus diperdebatkan selagi ia dipolitikkan. Dan ia dijangka berterusan tahun depan berikutan dua saman telah difailkan berhubung hak penganut Kristian menggunakan "Allah" dalam Bahasa Malaysia bagi merujukan kepada perkataan "God".

Isu babi di Melaka

ISU: Mengikut kalendar Cina, 2007 merupakan tahun Babi dan di Melaka, penternak babi di negeri itu telah bertindak mempertahankan ladang ternakan mereka.

Kerajaan Melaka memutuskan untuk menutup ladang babi atas alasan pencemaran alam sekitar, sepertimana yang dilakukan di negeri-negeri lain sejak beberapa tahun lalu.

Pada 4 September lalu, ribuan anggota penguatkuasa dari agensi-agensi terbabit telah cuba memusnahkan ternakan babi di Bukit Beruang, Paya Mengkuang, Kampung Man Lok dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, mereka dihalang oleh penternak yang membentuk benteng bagi melindungi ladang mereka. Mereka membantah kerana kerajaan negeri bertindak demikian walaupun tempoh penutupan ladang masih belum tamat.

Mereka serta keluarga masing-masing turut mengebarkan bendera Malaysia dan membawa kain rentang perayaan sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.

Polis menutup semua jalan utama. Beratus-ratus anggota polis, termasuk unit anti-rusuhan ditempatkan di situ. Jentera pengorek juga dibawa untuk menggali lubang bagi menanam babi yang mahu dimusnahkan itu.

Selepas 10 jam berlaku ketegangan, maka pemimpin MCA negeri telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa bagi melanjutkan tempoh tersebut sehingga 21 September bagi memboleh ternakan di kawasan terbabit dipindahkan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana masalah logistik.

Rundingan seterusnya yang diadakan pada 2 Oktober memutuskan untuk menangguhkan lagi tarikh tersebut sehingga 3 Mac tahun depan. Pada tarikh tersebut, kerajaan negeri menetapkan bahawa hanya 48,000 yang dibenar diternak. Kesemua 24 ladang ternakan babi di luar Paya Mengkuang mesti ditutup pada bulan Disember.

APA SETERUSNYA: Penternak terbabit tidak mempunyai pilihan dan perlu mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan. Bagaimanapun, cara pihak berkuasa negeri cuba menutup ladang ternakan mereka akan diingati, terutama ketika mereka keluar mengundi.

Isu PKFZ

ISU: Ia bermula dengan Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (PLDCB) yang ditubuhkan pad tahun 1989 dan dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dianugerahkan tanah seluas 405 hektar di Pulau Indah oleh kerajaan negeri.

Ia menjual separuh daripada tanah tersebut kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM30 juta, dan diikuti dengan bakinya sebanyak RM65 juta - menjadi jumlah keseluruhannya RM95 juta. Pada 2002, Kuala Dimensi menandatangani perjanjian untuk menjual semula keseluruhan tanah tersebut kepada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) pada harga RM1.81 bilion.

Kuala Dimensi pula ada kaitan dengan firma pemaju hartanah dan pelaburan Wijaya Baru Global Bhd (WBGB), di mana menantu lelaki Onn - Faizal Abdullah - menjadi timbalan ketua pegawai eksekutifnya.

Walaupun berlaku percanggahan kepentingan, Kuala Dimensi telah menandatangani perjanjian dengan PKA untuk memajukan kawasan itu sebagai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada mulanya pada kos RM500 juta. Ia kemudiannya meningkatkan kepada RM4.6 billion.

Selepas itu timbul tuduhan bahawa PKFZ mengalami masalah karenah birokrasi, campurtangan ahli politik dan pihak-pihak berkepentingan yang lain, minit mesyuarat yang tidak tepat dan percubaan mengelak cukai.

Masalah-masalah ini disebut menjadi punca syarikat Jebel Ali Free Zone dari Dubai telah menarik diri daripada mengurus dan mempromosi PKFZ.

Ekoran laporan-laporan negatif mengenainya - dan keputusan kerajaan untuk menyelamatkan projek berkenaan - maka pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad mengarah siasatan dijalankan terhadap isu PKFZ.

Bagaimanapun, selepas penjelasan dari PKFZ, PAC nampaknya berpuashati dengan perjalanan projek tersebut.

APA SETERUSNYA: Dengan Peguam Negara belum bertemu PAC dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mengelak daripada jawapan soalan, siasatan yang sedang dijalankan mungkin menemui jalan buntu. Mungkin ia juga akan dilanda sindrom 'mudah lupa'.

BERSAMBUNG ............


SUWANDI DAN AZMAN TERUS DIZALIMI.


KENYATAAN AKHBAR PESURUHJAYA PAS TERENGGANU DATO' HJ MUSTAFFA ALI

Saya merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang tidak membenarkan diikat jamin kepada mangsa tembakan peluru hidup dalam insiden Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz dan dalam masa yang sama membenarkan penangguhan perbicaraan daripada pihak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada hari ini, peguam-peguam yang mewakili tertuduh itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas telahpun menyatakan mereka bersedia untuk menjalankan perbicaran.

Bagaimanapun, perbicaran tidak diadakan pada hari ini dan kenapakah Peguam Negara hanya pada hari ini memohon penangguhan atas alasan-alasan hendak menjalankan perbicaraan bersama dengan kes yang diadakan di Mahkamah Majistret.

Sepatutnya, semasa pada hari pendakwaan, 9 Disember lalu Peguam Negara sudah boleh membuat permohonan untuk menggabungkan kes itu.

Jadi hari ini kes tidak dapat dijalankan, hanya membuang masa dan tiba-tiba kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagi kita, ini suatu tindakan yang menganiaya kedua-dua tertuduh dan seolah-olah mereka ini telah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah. Malah, lebih mendukacitakan lagi mereka telah menjalani keadaan (penjara) tersebut khususnya Suwandi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

Muhammad Azman pula dipukul dalam tahanan dan hari ini keluarga mereka membuat laporan polis. Peguam Negara semasa perbicaraan tadi menyatakan akan mempastikan orang yang membuat tindakan tersebut akan didakwa. Kita mahu lihat Abdul Gani mengotakan apa yang dikatakan itu.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peguam yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas bersama Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohamad Hanipa Maidin serta pasukannya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita.

Saya berharap kedua-dua keluarga Suwandi dan Muhamamd Azman bersabar dalam menghadapi situasi sekarang. Kita akan terus memberikan pembelaan dalam kes mereka walau berapa lama pun akan mengambil masa termasuk bantuan kebajikan.

Saya juga meminta ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bertenang dalam menangani isu ini. Kita akan tangani isu ini dengan sebaik mungkin dan ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa dilalui.

Dato’ Haji Mustafa Ali,

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu


SHAHIDAN 'CONFIRM' TAK DAPAT SAMBUNG TUGAS MB PERLIS, RADZI KEMPUNAN NAK JADI MB PERLIS?



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Sabtu lalu secara terbuka meminta Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, memberi laluan kepada kepemimpinan baru untuk menerajui parti itu di Perlis.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Perlis mengambil tindakan drastik dengan memilih kepemimpinan baru untuk menerajui parti, apatah lagi dengan keadaan politik di negeri itu yang dianggapnya semakin kucar-kacir, sejak akhir-akhir ini.

"Bagi saya, Perlis patut berubah dan MB (Menteri Besar) juga patut diubah. Jika masih kekal kepemimpinan lama, Perlis akan tetap kekal macam tu juga," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Bahagian Padang Besar,Sabtu lalu.

Nampaknya riwayat Shahidan sebagai Menteri Besar sudah sampai ke penhujungnya. Selepas Pilihanraya akan datang kita tahu kemana Shahidan akan di'terajang' oleh Pak Lah.

Kenyataan Radzi yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baru nanti, sudah tentu menyakitkan hati Shahidan sendiri. Malah lebih teruk lagi ianya disiarkan di muka depan akhbar arus perdana seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Namun Radzi sendiri mungkin kempunan untuk menjadi Menteri Besar kerana ada calon lain yang lebih layak iaitu Dato' Prof Haron Din atau Ustaz Hasim Jasin dari PAS. Ini kerana 'mood' rakyat sekarang menunjukkan PAS semakin mendapat tempat di hati mereka bukan sahaja di Perlis malah diseluruh negara.

TAMATLAH RIWAYAT SEORANG LAGI MENTERI BESAR UMNO YANG 'CENGE' DAN BENGKEN INI. KASIHAN TOK DAN LEPAIH HANG PI MANA TAKUT-TAKUT APA JAWATAN PUN DEPA KAT HANG MENTERI PUN TAK DAPAT, AHLI PARLIMEN PUN MELEPAS


JENTERA PENERANGAN MESTI LIPATGANDAKAN USAHA - TUAN GURU PRESIDEN


Taman Melewar : Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menggesa seluruh jentera penerangan PAS melipatgandakan usaha untuk meyampaikan maklumat kepada rakyat supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan betul.

Menurutnya, hanya kerja kuat dan istiqamah sahajalah risalah perjuangan Islam dan isu semasa dapat disalurkan kepada rakyat.

"Jentera PAS mesti menggunakan segenap saluran dan kaedah demi untuk memastikan rakyat dapat faham isu dan maklumat sebenar dengan itu Insya Allah mereka akan menyokong kita".

"Kita ada suratkhabar walaupun terhad, kita mesti gunakan internet, laman web, blog dan sebagainya agarnya semua ini dapat dibaca dan ditatap oleh rakyat" kata Tuan Guru.

Tuan Guru juga berkata, isu semasa sekarang ini memberikan kelebihan kepada kita tetapi ianya mesti digarap dengan cara yang menarik, berkesan dan terkini agarnya ianya menarik minat rakyat untuk membaca dan seterusnya memahaminya.

Tuan Guru berkata demikian dalam program taklimat khas tertutup Presiden mengenai isu-isu semasa di Taman Melewar semalam. Turut hadir semuanya Ahli Jawatankuasa Pusat termasuk, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Timbalan Mursyidul Am dan pimpinan-pimpinan Kawasan seluruh negara.


PAS BUKIT KATIL TEMBUSI KUBU KUAT UMNO DI TAMAN TUN RAHAH



PAS Kawasan Bukit Katil melalui Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan Peti Undi Taman Tun Rahah.

Malam tadi bertempat di Pejabat Peti Undi Taman TUn Rahah, Unit Peti Undi PAS Taman Tun Rahah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.

Dalam ucapannya, Hj Bakrin berkata, kejayaan PAS menubuhkan Unit Peti Undi Taman Tun Rahah merupakan kejayaan di luar dugaan kerana taman itu terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak dahulu.

Menurutnya kejayaan MTD Bukit Baru ini patut dijadikan contoh kepada MTD lain kerana kesungguhan pimpinan mereka akhirnya membuahkan hasil bukan sahaja UPU berjaya ditubuhkan bahkan mereka berjaya membuka pejabat sendiri di kawasan Taman Puncak.

"Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah kepada Pejabat ini iaitu Saudara Mohd Jas Abdul Rahman kerana sanggup menwakafkan rumahnya sendiri untuk dijadikan pejabat, beliau sanggup berpindah ke rumah lain semata-mata untuk kepentingan jemaah" tegas Hj Bakrin.

Peti Undi Taman Tun Rahah merupakan Peti Undi baru yang diujudkan oleh SPR untuk pilihanraya akan datang dan ianya adalah pecahan kepada peti undi Bukit Katil.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59