Wednesday, 26 December 2007

PENCINTA KEADILAN SILA HADIR DI MAHKAMAH KUALA TERENGGANU KHAMIS INI. TUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA AZMAN DAN SUWANDI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat prihatin pendokong keadilan untuk turut serta ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Disember 2007,jam 9.30 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada Suwandi dan Azman serta menunjukkan sikap atas bantahan terhadap ketidakadilan penahanan mereka menurut Islam.

Ketua Penerangan DPPBK, Nazri Ariffin menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama meluangkan sedikit masa bersama-sama menunjukkan sokongan moral dan bantahan kepada ketidakadilan Polis dan kerajaan Malaysia.

“Kita berharap seluruh rakyat dapat hadir beramai-ramai di perkarangan mahkamah Kuala Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis jam 9.30 pagi, didalam menunjukkan rasa tanggungjawab kita sebagai saudara kepada Suwandi dan Azman yang dizalimi Polis dan kerajaan Malaysia.


SUDAH TANGKAP TAK TAHU MACAMANA NAK DAKWA


Tempoh ikatjamin ke atas 17 aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan kerana melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember lalu, telah dilanjutkan lagi.

Nampaknya Polis hanya tahu menangkap peserta himpunan aman tetapi tidak tahu macamana hendak mendakwa mereka kerana sememangnya perhimpunan mereka adalah himpunan aman yang dibenarkan perlembagaan negara. Mungkin kerana itulah Polis gagal mengemukakan pendakwaan sehingga tempoh lanjutan ikatjamin terhadap mangsa tangkapan berakhir dua kali.

Salah seorang peguam mereka, Latheefa Koya, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan terhadap 17 anggota Bersih tersebut dan tempoh ikatjamin mereka telah dilanjutkan sehingga 2 Januari 2008.

“Salah seorang pegawai penyiasat memberitahu peguam kita, Amer Hamzah, mengenai lanjutan tempoh (ikatjamin itu),” kata Latheefa.

Ini adalah kali kedua tempoh ikatjamin mereka dilanjutkan - kali pertama dilanjutkan pada 18 Disember lalu yang berakhir hari ini," katanya.

Latheefa berkata, pihak polis mungkin memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan.

Tujuh belas aktivis Bersih tersebut termasuk beberapa pemimpin pembangkang - Ketua Penerangan PKR, Tian Chua (kanan); Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh: ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Ghazali; Pengerusi penaja Parti Socialist Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Setiausaha Agung penaja PSM, S Arutchelvan serta ahli jawatankuasa pusatnya, S Sivarajan.

Pada 11 Disember lalu, seramai 26 anggota Bersih telah ditahan dalam kawasan Parlimen ketika cuba menyerahkan memorandum membantah penyambungan tempoh persaraan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui satu pindaan perlembagaan.

Sembilan daripada mereka dibebaskan tanpa syarat pada hari yang sama manakala baki 17 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.

Perintah larangan

Polis Sentul telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang individu dan pihak-pihak yang berkenaan daripada menyertai satu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum tersebut. Bagaimanapun, tiada perhimpunan yang diadakan.

Antara individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Polis menutup semua jalan masuk ke Parlimen dan mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Trak dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta anggota anggota polis biasa ditempatkan di sepanjang Jalan Parlimen.


PAK LAH ADA MASA BERJUMPA NGO INDIA DAN MIC TETAPI TIADA MASA BERTEMU NGO LAIN


Menghairankan!!!! Pak Lah ada masa untuk bertemu NGO India dan MIC tentang isu Hindraf tetapi tidak masa untuk bertemu dengan NGO lain serta pakatan pembangkang bagi mendengar keluhan rakyat tentang banyak perkara termasuk isu berkaitan pilihanraya, keadilan dan kezaliman kerajaan.

Pertemuan dengan Imam AL Hadhari yang dihasratkan pelbagai NGO dan pembangkang dalam satu pengumuman pada 12 Disember lalu masih tidak dijawab sehingga kini.

Meskipun menyatakan bahawa beliau bersedia mendengar keluhan rakyat, namun permintaan rakyat yang dinyatakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri masih tidak berjawab.

Mengulas isu itu, Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali masih menaruh harapan agar Perdana Menteri dapat berjumpa dengan parti pembangkang dan NGO bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa isu.

"Kita masih memberikan masa kepada PM untuk mempertimbangkan permintaan kita untuk mengadakan pertemuan tersebut," katanya ketika dihubungi Harakah baru-baru ini.

Sungguhpun sebelum ini PM tidak pernah memberikan jawapan ini tidak bermakna pembangkang dan NGO akan berputus asa.

"Walaupun yang lepas-lepas, kita tidak pernah dapat berjumpa beliau, tak tahulah pula bagaimana reaksi beliau pada kali ini memandangkan banyak pihak turut serta bersama menerusi satu pakatan," jelasnya.

Setakat ini, pihak JPM masih belum memberikan sebarang jawapan, termasuk memaklumkan tarikh temu janji tersebut.


ESOK SATU LAGI KES YANG AMAT PENTING DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH


Mahkamah Persekutuan - mahkamah yang tertinggi di negara ini - akan mengumumkan keputusannya esok sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar isu perceraian yang membabitkan Subashini dan suaminya yang telah memeluk Islam serta hak penjagaan anak-anak mereka.

Panel tiga orang hakim - Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Azmel Ma'amor - akan membuat penghakiman tersebut, tiga bulan selepas peguam kedua belah pihak selesai membentangkan hujah masing-masing dalam kes kontroversi tersebut.

Subashini, 28, memohon untuk menghalang suaminya, T Saravanan, 31, yang telah memeluk Islam, dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah - daripada membawa kes perceraian mereka dan hak penjagaan anak-anak mereka untuk didengar di mahkamah syariah.

Saravanan memeluk Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak sulung mereka, Dharvin Joshua, 4. Beliau kemudiannya memulakan prosiding perceraiannya di mahkamah syariah serta untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Dalam rayuan Subashini kepada Mahkamah Rayuan pada 13 Mac, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hassan Lah - dalam penghakiman 2-1 - telah memutuskan wanita itu membawa kesnya ke mahkamah syariah. Seorang lagi panel hakim ialah Datuk Gopal Sri Ram.

Menurut penghakiman majoriti itu, mahkamah memutuskan bahawa perintah yang dipohon oleh Subashani adalah tidak perlu kerana mahkamah syariah layak dan berkempuan untuk memutuskan kes tersebut.

Bagaimanapun, pada 30 Mac, Subashini mendapatkan perintah sementara dari Mahkamah Rayuan untuk menghalang Saravanan daripada mengemukakan tuntutannya itu di mahkamah syariah.

Perintah mahkamah itu juga melarang Saravanan daripada menukar agama anak bungsunya serta melarangnya daripada membawa kes tuntutan hak penjagaan anak-anaknya ke mahkamah syariah.

Ia juga memutuskan bahawa seseorang pasangan yang telah memeluk Islam boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk menukar agama anak-anak mereka yang masih di bawah umur, kepada agama Islam, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pasangan yang seorang lagi.

Keputusan: Tiga kemungkinan

Terdapat tiga kemungkinan keputusan yang bakal dibuat oleh Mahkamah Persekutuan esok.

1. Mahkamah mungkin menolak permohonan Subashini atas alasan teknikal - berhubung tarikh petisyen perceraian Subashini, yang dibuat dalam tempoh tiga bulan tarikh suaminya memeluk Islam.

Menurut undang-undang, petisyen itu mesti dibuat tiga bulan selepas tarikh suaminya memeluk Islam. Subashini berhujah bahawa dia tidak sedar mengenai tarikh suaminya memeluk Islam. Jika demikian, kes tersebut akan ditolak dan peguamnya boleh menfailkan petisyen perceraian itu sekali lagi.

2. Mahkamah mungkin menolak permohonan Subashini atas alasan bahawa mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa dan mengarahkannya supaya membawa kesnya ke mahkamah berkenaan. Ini membawa maksud bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam kes-kes mereka yang memeluk agama Islam, terutama apabila prosiding telah bermula di mahkamah syariah.

3. Mahkamah mungkin menerima permohonan supaya kesnya didengar oleh mahkamah sivil, suaminya tidak boleh membawa kesnya ke mahkamah syariah dan dia perlu kembali semula ke mahkamah sivil kerana perkahwinan pasangan itu dilakukan di bawah undang-undang sivil.

Selepas kes Lina Joy

Ini akan merupakan keputusan yang kedua dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berhubung perkara yang membabitkan isu-isu mengenai kebebasan beragama.

Sebelum ini, dalam kes Lina Joy, mahkamah tersebut dalam penghakimannya memutuskan bahawa isu mengenai seseorang Islam yang mahu menukar agamanya, adalah terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Lina mahu menukar agamanya kepada Kristian.

Dalam penghakimannya, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memutuskan bahawa Lina Joy - seorang Melayu - kekal beragama Islam dan status agamanya tidak boleh dipadamkan dalam kad pengenalannya.


TUAN GURU PRESIDEN LAWAT MELAKA 2 FEB



Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan mengadakan lawatan kerja ke Melaka pada 2 Feb 2007 dalam rangka Jelajah Kepimpinan PAS bertemu rakyat.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang akan berakhir sehingga jam 12.00 malam. Aturcara penuh program akan dilaporkan selengkapnya dalam sedikit masa lagi.


KERAJAAN BN TERENGGANU CEMAS


MELAKA : Kerajaan BN Terengganu cemas dan takut kepada bayang-bayang sendiri akibat dari perbuatan zalim mereka seperti merobohkan rumah rakyat, merampas tanah rakyat serta boros membelanjakan wang rakyat.

Akibat dari perasaan cemas ini Menteri Besarnya, Derih Jusoh melemparkan tuduhan bahawa PAS menggunakan senjata memfitnah mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Pemerhati politik melihat bahawa, Derih Jusoh sekarang ini berada dalam kepanasan yang amat sangat disebabkan perbuatan zalim mereka merobohkan yang ternyata tidak berperikemanusiaan.

Terkahir, mereka bersekongkol dengan polis mengacau ceramah Bersih beberapa lalu, sehingga 2 orang penyokong Bersih ditembak oleh Polis. Malangnya Polis yang menembak rakyat tidak didakwa tetapi 2 orang mangsa tersebut yang disumbat di dalam penjara tidak dibenarkan ikat jamin.

Derih dalam media hari ini meminta pemimpin pembangkang segera menghentikan fitnah terhadap program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Katanya, ini kerana pembangkang sendiri sudah terbukti gagal dan tidak mempunyai kemampuan membangunkan negeri ini walaupun selepas diberikan peluang pada pilihan raya umum 1999.

“Mereka (pembangkang) boleh lakukan apa sahaja ketika diberikan kuasa pemerintahan pada pilihan raya umum 1999 tetapi terbukti mereka tidak mampu dan tidak mempunyai kemampuan untuk memaju dan membangunkan negeri ini.

“Jadi, mereka mesti menghentikan fitnah terhadap perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan BN sekarang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Derih cuba menyedapkan hatinya dengan mendakwa rakyat memberikan sokongan penuh kepada kerajaannya. Sedangkan sebenarnya rakyat sekarang berada dalam keadaan terhimpit disebabkan banyak projek-projek kerajaan negeri tidak langsung memberikan manfaat kepada rakyat seperti Monsun Cup dan lain-lain.

Derih mendakwa bahawa fakta-fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pembangkang samada dalam media atau ceramah-ceramah adalah fitnah sedangkan pemimpin PAS bercakap dengan mempunyai bukti yang sahih.

"Perkara yang berlaku di depan mata seperti robohkan masjid dan rumah rakyat itu dikatakan fitnah sedangkan rakyat melihatnya dengan mata kepada sendiri" kata Saleh Osman seorang penyokong PAS di Taman Merdeka ketika dihubungi pagi ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59