Tuesday, 25 December 2007

DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN


KANGAR: Sungai Perlis yang mengalir di tengah bandar Kangar dihiasi pelbagai keindahan di tebingnya namun bau busuk akibat pencemaran sungai itu menusuk hidung sesiapa yang melalui kawasan sekitarnya.

Sampah sarap di dapati memenuhi sungai dan baunya mengganggu keselesaan orang ramai terutama para pelanggan kedai makan di sekitar Pasar Besar Kangar.

Malang sekali agensi kerajaan yang sepatutnya memberi tumpuan kepada mewujudkan keindahan tebing sungai mengabaikan kebersihan hakiki sungai itu sehinggakan masih berbau busuk.

Tiada guna tebing sungai cantik dengan perbelanjaan berjuta ringgit tapi airnya tetap kotor.

Kegagalan agensi kerajaan pusat maupun kerajaan negeri menangani masalah ini jelas membuktikan kelemahan dan kelembapan mereka menguruskan sungai ini. Duit rakyat yang digunakan jutaan ringgit untuk mengindahkan sungai ini akhirnya dibazirkan apabila ianya gagal memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Kalau perkara ini berlaku di Kelantan sudah tentu ia akan menjadi isu besar.


MASYARAKAT INDIA DAN CINA BERLUMBA-LUMBA TUBUHKAN KELAB PENYOKONG PAS



Minggu lepas sudah 2 Kelab Penyokong PAS di peringkat kawasan ditubuhkan diseluruh Malaysia. Itu yang kita tahu mungkin banyak lagi yang ditubuhkan tetapi tidak dilaporkan.

Di Dungun Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Ustaz Mujahid Yusof Rawa sendiri merasmikan penubuhan Kelab Penyokong PAS Kawasan Dungun.

Di Bukit Gantang Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Perak Tn Hj Zainuddin telah merasmikan Penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India Kawasan Bukit Gantang.

Nampaknya perasaan tidak puas hati bukan Melayu kepada kerajaan semakin membuak-buak. Di harapkan momentum ini akan terus kekal sehingga ke musim pilihanraya nanti.

Gambar Encik Thanarajan sedang menyerahkan borang keahlian kepada Tuan Haji Zainuddin dan Ustaz Nordin Jaafar YDP PAS Kawasan Bukit Gantang sambil diperhatikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.


KALAU 'MINTA SEDEKAH' SIAPA PUN BOLEH


BANDARAYA MELAKA : Melaka dilaporkan memohon peruntukan bernilai RM14 bilion bagi projek pembangunan dan infrastruktur melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk kajian semula.

Fakta jelas menunjukkan bahawa Melaka tidak dapat berdikari kerana setiap tahun terpaksa memohon jasabaik kerajaan Pusat untuk membuat pembangunan. Tidak hairanlah hutang kerajaan Melaka kepada kerajaan Pusat melambung sehingga RM1.08 bilion pada tahun 2006 sebagaimana laporan Ketua Audit Negara 2006.

Adalah dijangka hutang Kerajaan Negeri Melaka akan meningkat dengan lebih banyak pada tahun 2007 ini.

KALAU MACAM INI CARA MEMERINTAH SIAPA PUN BOLEH JADI KETUA MENTERI, TAK ADA DUIT MINTA SEDEKAH DENGAN KERAJAAN PUSAT.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59