Monday, 24 December 2007

DOLLAH SEMAKIN KUSUT



Ku sangka matahari akan terus menyinari ku, tetapi mendung jua yang tak kunjung henti, mungkin itulah bait-bait akhir sajak yang di nukilkan oleh Imam Hadhari seandainya beliau menulis sajak sehari dua ini.

Bait-bait sajak itu menggambarkan betapa kusut masainya fikiran Imam Hadhari itu akibat pandangan dan ramalan veteran-veteran Umno bahawa BN akan mengalami kejutan pada pilihanraya umum kali ini andainya Imam Hadhari tersilap langkah.

Sehari dua lepas, Bekas Menteri Kewangan, kesayangan Mahathir, Daim Zainuddin pula tak semena-mena menyatakan bahawa BN dalam keadaan panas di tiga negeri iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau tidak pula menyebut Kelantan dan Terengganu. Mungkin kedua-dua negeri lubuk PAS itu memang sudah di ramalkan siang-siang lagi akan ditakluki PAS.

Namun ramalan bahawa 3 negeri Pantai Barat itu akan menjadi hotspot sedikit sebanyak menimbulkan keraguan baru kepada Imam Hadhari. Sebelum ini mungkin Imam Hadhari penuh yakin bahawa ketiga-tiga negeri itu sudah hampir pasti terus dicengkam oleh parti Islam Hadhari. Tetapi ramalan Daim yang sememangnya tidak berapa suka berpolitik meninggalkan mimpi ngeri kepada Imam HAdhari.

Antara faktor mengapa Selangor menjadi hotspot kata Daim, jika di Selangor golongan kelas pertengahan ramai yang tidak berpuas-hati dengan beberapa keputusan pihak kerajaan.

Pulau Pinang beliau sifatkan sebagai sebuah negeri yang paling aktif berpolitik. Dasar-dasar kerajaan negeri sering dihalusi oleh rakyatnya dan jika BN tidak beri perhatian kepada rungutan dan ketidakpuasan hati rakyat, tidak mustahil "angin perubahan" akan bertiup di negeri ini.

Oleh sebab betapa gusarnya Imam Hadhari, maka beliau berkata partinya akan mengambil perhatian serius kepada kenyataan Daim itu.


RAKAT TERUS MENDERITA


RAKYAT TERUS MENDERITA. Harga minyak masak terus melambung. Bekalan minyak masak dilaporkan berkurangan di beberapa negeri, termasuk di sekitar ibu kota, menyebabkan harga barang kawalan itu kini meningkat hingga RM2.70 sehingga RM2.80 sekilogram berbanding harga yang ditetapkan RM2.50 sekilogram.

Tinjauan media di beberapa kedai runcit sekitar ibu negara semalam, mendapati peniaga merungut kerana menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan daripada pemborong, namun segelintir lagi mengakui bekalan masih boleh didapati dengan mudah walaupun harganya dinaikkan.

Nampaknya janji manis Shafie Afdal untuk memantau hanyalah omongon kosong bagai menanam tebu dibibir mulut.

Mungkin sudah beribu kali Shafei berjanji untuk melaksanakan pemantauan tapi semuanya hanyalah untuk menyedapkan hati rakyat kerana itu semua mustahil dapat dilakukan.

Kesimpulannya kerajaan yang ada sekarang sememangnya gagal untuk mengawal harga barangan kerana kelembapan dan kelemahan mereka. Sudah sampai masanya rakyat mengajar kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya akan datang.

WAHAI RAKYAT SEMUA GUNAKAN KUASA YANG ADA PADA ANDA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN YANG LEMBAP DAN ZALIM INI. UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF SERTA PEMBANGKANG LAIN.


BN MELAKA LAKUKAN PILIHANRAYA PERCUBAAN SEMALAM


BANDARAYA MELAKA: Seramai 36,838 orang Ketua (K-10) Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka telah pergi menemui 368,378 pengundi dalam Pilihan Raya Percubaan yang dijalankan oleh BN di seluruh negeri Melaka semalam.

Difahamkan mereka berkumpul di 206 bilik gerakan peti undi seluruh Negeri Melaka pada jam 8 pagi tadi dan bergerak menemui para pengundi di bawah seliaan mereka secara serentak.

K-10 atau Ketua 10 adalah jentera yang digunapakai oleh Umno dan BN di mana seorang seorang petugas Umno/BN akan menjaga 10 orang pengundi dengan memastikan kesemua 10 pengundi di bawah seliaan masing-masing turun mengundi dan semestinya mengundi BN.


BN KEDAH KECUT PERUT



Melihat kepada jumlah kehadiran dalam ceramah perdana Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kompleks PAS Kedah malam tadi sudah tentu BN Kedah kecut perut. Manakan tidak kira-kira 100,000 ahli dan penyokong BA berhimpun tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Insya Allah, BN Kedah akan kecundang kali ini, demikian kata-kata ahli PAS Melaka bila membaca laporan Harakahdaily pagi ini.

"Kalau macam ni Mahdzir Khalid pasti tak senang duduk" tambahnya.


TIADA DEMOKRASI DALAM BN


Melaka : Dalam BN semua pemimpin bawahan dan ahli parti mesti menjadi 'Yes Man' tidak boleh mengkritik pemimpin atau parti walaupun parti atau pemimpin mereka jelas melakukan kesalahan.

Bagi BN dan pemimpinnya mereka semua adalah 'maksum' tidak pernah melakukan kesalahan.

Itulah yang terjadi kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy yang mungkin akan dikenakan tindakan keras kerana mengkritik kepimpinan negara dan BN.

Baru-baru ini, S.Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang telah disiarkan dalam Internet mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.

Beliau menyatakan pemimpin UMNO gemar menjadikan parti komponen BN sasaran serta menjadikannya batu loncatan untuk mengekalkan populariti UMNO dalam kalangan masyarakat Melayu.

Berikutan dengan tindakan Paranjothy itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu.

Dalam nada keras, Hishammuddin berkata, kalau penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil Pemuda UMNO serta BN akan memutuskan hubungan dengan parti Gerakan.

Akhirnya media hari ini melaporkan bahawa Parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap S. Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, tindakan tersebut juga diambil kerana perbuatan Paranjothy didapati membelakangkan semangat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk siasatan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) bagi tindakan selanjutnya.

“Kami memandang serius perbuatannya mengkritik pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan mengeluarkan kata-kata keras untuk menyerang parti komponen BN secara terbuka.

“Ia perbuatan yang kasar dan amat tidak wajar,” kata Tsu Koon pada sidang akhbar di pejabat parti Gerakan di Pulau Pinang semalam.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59