Friday, 21 December 2007

HAYATI PERISTIWA KORBAN UNTUK TINGKATKAN JIHAD PERJUANGAN



BUKIT KATIL : Pemuda mesti menghayati pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Hj Abu Bakar Ramle (gambar) dalam kenyataannya pagi ini mengingatkan seluruh pemuda terutama di ahli-ahli Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil supaya mencontohi semangat pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan diri demi menyahut perintah Allah ke atas bapanya Nabi Ismail.

"Ismail yang ketika itu masih di usia remaja, sanggup meyahut perintah Allah tanpa sebarang alasan dan bangkangan walaupun terpaksa menyerahkan nyawanya, pemuda mesti meneladani semangat beliau, Insya Allah jika ini dapat dilakukan Islam akan kembali gemilang di dunia ini".

"Para bapa pula mesti mewakafkan anak-anak mereka untuk berjuang Islam, jangan ada ibubapa yang 'kedekut' untuk mewakafkan anak-anak masing, mereka mesti diasuh dan seteruskan di galakkan untuk berjuang menegakkan Islam" tegas Ustaz Abu Bakar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil.

Sementara itu Unit Amal Pemuda Kawasan juga sekarang ini berada dalam keadaan siap sedia untuk membantu mangsa banjir sekiranya perkara yang sama berlaku seperti tahun lepas.

Ketuanya, Ustaz Abu Bakar Ramle berkata, kira-kira 20 orang ahli Unit Amal diminta bersiap sedia bila-bila masa andainya sebarang kejadian banjir berlaku.

Tahun lepas beberapa buah kampung dan taman di kawasan Bukit Katil ditenggelami air selama kira-kira 3 hari. Antaranya Ayer Molek, Taman Merdeka, Melaka Baru, Sg Putat dan lain-lain.


SAMY VELLU BIJAK AMBIL KESEMPATAN


MELAKA : Presiden MIC, S. Samy Vellu bijak mengambil kesempatan di atas isu Hindraf apabila terus mendesak kerajaan supaya memberikan lebih perhatian kepada kaum India. Malam tadi Samy Vellu dalam rancangan 60 minit bersama menteri di saluran RTM, sekali lagi secara terbuka mendesak kerajaan supaya memberikan lebih peruntukan untuk kaum India.

“Ada juga yang sudah bertanya mengapa (perkara) yang mereka mohon belum ditunaikan, jadi saya telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagilah masyarakat India lebih sikit (dalam program pembangunan negara) dengan mengambil kira sejarah mereka. Perdana Menteri dah bersetuju untuk menimbangkan,” kata Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya dalam satu program wawancara yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 malam tadi.

Untuk menyokong desakannya Samy Vellu bijak memainkan isu apabila mengakui demonstrasi jalanan yang dianjur sebuah perkumpulan haram baru-baru ini sedikit-sebanyak menjejaskan kesetiaan masyarakat India kepada kerajaan

Berdasarkan maklum balas yang diterimanya, Samy Vellu berkata ada dalam kalangan masyarakat India yang mula mempersoalkan mengapa masalah yang mereka bangkitkan ini belum diselesaikan kerajaan.

Lihat bagaimana bijaknya Samy Vellu mengeksploitasikan isu ini.

Ada pihak membuat andaian bahawa kemungkinan juga Hidraf ini dirancangkan oleh seseorang yang licik pandangan politiknya. Hindraf mungkin mengangkat bola tanggung dan di'smash' pula oleh orang dalam kerajaan. Siapa tahu? Yang penting kaum India dapat habuannya.

Malangnya orang Melayu terus menjadi 'yes man' kepada kerajaan tanpa menyedari sebenarnya orang Melayu jauh ketinggalan dari kaum lain dari segi pendapatan perkapita, ekonomi dan pendidikan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59