Sunday, 16 December 2007

ISA simbol penyeksaan


AMNESTY International Malaysia amat dukacita bahawa 50 tahun selepas Merdeka, dan pada ulangtahun ke-20 Operasi Lallang, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghapuskan aktiviti politik dan sosial yang aman, dan juga kritikan membina daripada badan bukan kerajaan dan juga gagasan-gagasan masyarakat yang lain.

Penahanan ISA hari ini dengan jelas berniat untuk menghadkan perbincangan yang penting tentang isu polisi, ekonomi, rasuah dan cabaran sosial yang lain.

Lagipun, aktivis hak asasi seluruh dunia sudah lama mengecam ISA sebagai melanggar prinsip antarabangsa. Ironisnya, kerajaan Malaysia masih tidak segan menggunakan ISA walaupun Malaysia sekarang menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Amnesty International Malaysia juga sangat bimbang sekarang kerana ISA merupakan satu symbol penyeksaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Awal tahun ini, keputusan mahkamah tentang kes Malek Hussin, seorang bekas tahanan ISA, membuktikan bahawa penyeksaan tahanan ISA sememangnya berlaku dan ia adalah satu perkara yang serius.

Amnesty International Malaysia menekankan bahawa ISA adalah satu undang-undang yang digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. ISA merupakan simbol penyeksaan dan ketidakadilan yang paling ketara di Malaysia dan kami mendesak pihak pemerintah supaya memansuhkan ISA dengan segera.

SHANON SHAH MOHD SIDIK
Pengarah Eksekutif
Amnesty International Malaysia


The Star


MELAKA 'BERGEGAU' HARI INI



Telok Mas : Kira-kira 1,000 petugas Pilihanraya yang terdiri dari semua lapisan ahli PAS seluruh negeri telah 'mengGEGAUkan' Melaka hari ini. Mereka telah berhimpun di Balai Islam Telok Mas sejak jam 8.00 pagi bagi menyertai Program Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Melaka yang bertemakan GEGAU Melaka.

Program yang julung kali di adakan di Melaka selepas Pilihanraya Umum 2004 ini berjaya mengumpulkan semua petugas pilihanraya setiap kawasan bagi mendengar amanat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam amanatnya Presiden menegaskan bahawa seluruh jentera PAS setiap mesti bersiap siaga dengan segala kelengkapan guna untuk berhadapan dengan segala tipu muslihat BN yang sudah pasti akan lebih 'ganas' pada pilihanraya akan datang.

"BN sedang kepanasan sekarang, sudah pasti mereka akan menggunakan segenap jentera kerajaan dan SPR untuk memastikan mereka menang sekali lagi".

"Jadi kita mesti bersedia dari semua segi untuk menangkis apa juga serangan dan tipu muslihat mereka"tegas Tuan Guru Presiden.

Turut berucap pada program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang.

Sementara itu di sebelah petangnya Dewan Pemuda PAS Negeri menganjurkan program gerak gempur jentera pilihanraya pemuda di tempat yang sama.

Kira-kira 300 orang pemuda menghadiri program tersebut yang dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Chik.

Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan menghantar wakil-wakil masing. Kontinjen paling ramai datang dari Kawasan Bukit Katil.


BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA


PAS menuntut semua tahanan ISA yang sedang ditahan di Kem Tahanan Kamunting dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di mana-mana mahkamah.

PAS tidak menyokong apa yang dibangkitkan oleh Hindraf tetapi parti itu mengutuk keras penggunaan ISA untuk menahan lima pemimpin pergerakan tersebut kelmarin, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

“Penyalahgunaan ISA adalah tidak wajar bagi sebuah negara demokrasi yang mempunyai undang-undang untuk mendakwa kesalahan mereka jika kerajaan benar-benar mempunyai bukti.

“Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan BN takut untuk melalui proses undang-undang yang adil iaitu mendakwa mereka di mahkamah,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Menurut Mahfuz, penggunaan ISA oleh kerajaan juga merupakan suatu bentuk rampasan kuasa mahkamah di negara ini.

Katanya, PAS berpandangan bahawa pemimpin Hindraf telahpun didakwa di bawah Akta Hasutan sebelum ini.

“Bahkan ada pemimpin mereka dikenakan ikatjamin sehingga RM50,000. Sepatutnya kerajaan meraikan proses undang-undang ini dan membuktikan kesalahan mereka di mahkamah,” tambahnya.

Menurutnya lagi, penggunakan ISA tidak menyelesaikan masalah tersebut kerana ia akan menimbulkan kemarahan orang India dan penganut Hindu, sekali gus memanaskan hubungan antara kaum di negara ini.

‘Sengaja diperbesarkan’

“Penahanan ini akan “mengherokan” pemimpin Hindraf dan mereka akan dianggap pahlawan oleh penganut Hindu,” kata Mahfuz.

Beliau berkata, PAS percaya penahanan ISA ini tidak terhenti setakat pemimpin Hindraf sahaja, sebaliknya akan merebak kepada pemimpin pembangkang yang lain.

“Penahanan pemimpin Bersih di Parlimen minggu lepas dan pendakwaan ke atas pimpinan pembangkang yang lain serta peguam di Mahkamah Seksyen Jln Duta, dengan Peguam Negara berusaha mempengaruhi mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin ke atas mereka, menggambarkan percubaan awal menggunakan ISA pintu belakang.

“PAS percaya setelah percubaan ini gagal maka penggunaan ISA yang sebenar akan dikuatkuasakan kerana Umno/BN sudah terdesak untuk menghadapi pilihanraya dan mereka berusaha untuk melemahkan pembangkang secara belakang tabir,” tambahnya.

Beliau mendakwa, isu-isu perkauman yang ditimbulkan Hindraf sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penyelewengan kerajaan dan kemunafikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


TIMBANGKAN PERMINTAAN NGO INDIA. BAGAIMANA DENGAN SUWANDI DAN AZMAN DI TERENGGANU?


Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan meminta Peguam Negara Gani Patail untuk mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram di Batu Caves, bulan lepas.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau telah meminta Peguam Negara untuk mempertimbangkan perkara itu secepat mungkin.

Katanya beliau bersimpati dengan 31 orang yang didakwa itu dan percaya mereka dipesongkan oleh penganjur perhimpunan haram itu.

Tetapi malangnya Imam Al Badawi tidak pula bersimpati kepada 2 mangsa tembakan Polis iaitu Suwandi dan Azman yang tercedera dalam Peristiwa Batu Burok, yang ditahan di penjara kerana di tuduh cuba membunuh Polis da tidak dibenarkan ikat jamin.

Inilah sikap 'double standard' Imam Badawi yang jelas tunduk kepada pihak tertentu tetapi tiada belas kasihan kepada kedua-dua Pemuda PAS tersebut.

Imam Al Badawi harus sedar bahawa tindakan menuduh Suwandi dan Azman adalah tidak masuk akal kerana kedua-dua mereka tidak ada senjata malah tidak menunjukan sikap untuk membunuh Polis tersebut pada masa kejadian.

Namun kerana busuk hati dan ingin melepaskan diri maka, kedua-dua mereka yang dituduh bersalah sedangkan Polis yang menembak mereka seolah-olah ingin membunuh terlepas.

Hukumlah sekuasa kamu dapat menghukum, kamu hanya dapat menghukum di dunia ini sahaja ..............


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59