Friday, 14 December 2007

BEKAS TUKANG MASAK JADI CANSELOR UNIVERSITI


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Jeanne Abdullah semalam dimasyhurkan sebagai Canselor kedua Universiti Terbuka Malaysia (OUM), sempena Konvokesyen Kelima universiti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Jeanne menggantikan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, yang meninggal dunia akibat barah payu dara pada 20 Oktober 2005.

Sebagai rekod, sebelum Jeanne menjadi isteri perdana menteri Abdullah, beliau adalah seorang tukang masak di kediaman rasmi perdana menteri. Dikatakan bibit-bibit percintaan di antara bekas tukang masak ini dengan Abdullah mula berkembang sejak kematian Endon.

Bekas tukang masak ini menerima watikah pelantikan daripada Presiden yang juga Naib Canselor OUM, Prof Tan Sri Dr Anuwar Ali. Hadir sama, Pro Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Bekas tukang masak ini menjadi isteri perdana menteri yang mengamalkan ajaran "Islam Hadhari" tidak menutup aurat sedangkan isteri Abdullah Gul (perdana menteri Turki) memakai tudung walaupun memerintah di sebuah negara yang masih kuat akar umbi sekularnya.

Negara Sekular Turki tentu berasa bertuah sekiranya mendapat seorang wanita tidak bertudung persis bekas tukang masak ini menjadi 'First Lady' mereka. Sangat bersesuaian dengan prinsip sekular dan anti Islam mereka.

Malaysia pula tentu berasa bangga mendapat seorang 'First Lady' yang bertudung; bersesuaian dengan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam ……selayaknya seorang muslimat memakai tudung kepala dan menutup auratnya.

Menjadi persoalan apakah kelulusan akademik bekas tukang masak ini sehinggakan diangkat menjadi Canselor OUM. Ramai juga bertanyakan sekiranya bekas tukang masak ini tidak hebat dari segi kelayakan akademiknya, namun apakah pula sumbangannya kepada negara selama ini, atau hanyalah sekadar memberi sumbangan besar kepada Abdullah Badawi.

Oleh : Rakan Baik Khairy Jamaludin
Tranungkite


POKOK DITANAM, LONGKANG DIBIARKAN TERSUMBAT


Melaka : Pengguna-pengguna Jalanraya Melaka-Muar merungut kerana perjalanan mereka terganggu terutama di kawasan sekitar Semabok disebabkan kerja-kerja menanam pokok di tengah jalan sehala kerana pekerja seringkali meletakkan plastik merah sebagai isyarat sebahagian jalan ditutup.

Kerja-kerja menanam pokok ini berlarutan sehingga ke malam hari dan ianya mengganggu lalu-lintas terutama pada waktu puncak seperti sebelum jam 8.00 pagi dan sekitar jam 5.00 petang keatas.

Seorang pengguna, Nasry Aripin, 33 kesal dengan masalah lalulintas disebabkan kerja-kerja menanam pokok ini.

"Pokok tersebut memang sepatutnya ditanam tetapi kerja-kerja membaiki longkang dan mengindahkan longkang lebih utama dan sepatutnya diselesaikan dulu." ujarnya yang setiap hari menggunakan Jalan Melaka-Muar untuk ke tempat kerja.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh melahirkan kekesalan disebabkan kegagalan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mengenalpasti masalah sebenar di sepanjang jalan tersebut.

Menurut Khirul, masalah di jalan tersebut bukannya masalah tiada pokok tetapi masalah longkang tersebut yang mencacatkan kecantikan persekitaran jalan.

"Pokok-pokok bukan tidak perlu ditanam tetapi 'priority' mesti diberikan kepada pembersihan longkang tersumbat, lebih-lebih musim hujan dan banjir ini."

"Kita lihat longkang-longkang itu tiada penghujungnya air akan berkumpul dihujung longkang yang tersumbat dan ianya benar-benar mencacatkan pemandangan jalan tersebut, di samping mungkin akan berlaku banjir kilat bila-bila masa" kata Khirul.


SEBELAH JALAN DIGENANGI AIR DI LAMPU ISYARAT BERHAMPIRAN KILANG INFENION


Hujan lebat sebentar tadi menenggelamkan separuh jalan di persimpangan Lampu Isyarat berhampiran Kilang Infenion di Melaka Baru.

Anda diminta berhati-hati apabila melalui jalan tersebut.


PAS MELAKA DESAK PEMIMPIN HINDRAF DIBEBASKAN SERTA MERTA DAN ADILI MEREKA DI MAHKAMAH


PAS Melaka amat kesal di atas tindakan Kerajaan Islam Hadhari terus menzalimi rakyat dengan menahan 5 orang pemimpin Hindraf menggunakan akta rimba, ISA. Mengapa ISA digunakan sedangkan terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka seperti akta hasutan dan sebagainya.

Kelima-lima yang ditahan ialah P.Uthayakumar, M.Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Penahanan mereka menggunakan ISA merupakan suatu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Seperti yang semua sedia maklum ISA merupakan akta zalim yang menahan mangsa tanpa dibicarakan. Tahanan boleh terus dihukum maksimum penjara 2 tahun tanpa dibenar membela diri.

PAS Melaka membantah sekeras-kerasnya penahanan kelima-lima pemimpin Hindraf ini. Kami mendesak agar mereka dibebaskan serta merta. Jika mereka ini bersalah sila bawa dan hadapkan mereka ke mahkamah. Berikan peluang untuk mereka membela diri.

Sesungguhnya undang-undang Islam memberikan seluas-luasnya peluang untuk orang yang dituduh membela diri. Mereka tidak akan disabitkan kesalahan selagi tidak dibuktikan di Mahkamah.

Selagi lagi PAS Melaka mendesak kerajaan Islam Hadhari supaya membebaskan semua pemimpin Hindraf ini serta tahanan-tahanan ISA yang lain dan sila bawa kes mereka ke mahkamah.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59