Thursday, 13 December 2007

TUTUP SEMUA HOTEL MURAH DAN RUMAH TUMPANGAN


MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Hj Bakrin Sidek berkata pertambahan hotel dan pusat penginapan, ternyata diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menjalankan kegiatan ‘kotor’ untuk mengaut keuntungan.

Menurut Bakrin, hotel murah dan rumah tumpangan tersebut menyediakan rumah urut murahan, selain memberi kebenaran kepada remaja termasuk pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi menyewa bilik untuk melakukan maksiat.

"Cuti umum dan hujung minggu digunakan oleh muda-mudi memadu asmara dan melakukan maksiat di rumah tumpangan dan hotel murah itu".

"Kita bukan anti hotel atau rumah tumpangan tetapi mereka sendiri mestilah mematuhi undang-undang dan janganlah berniaga perkara kotor seperti ini".

"Malangnya kerajaan terus membiarkan hotel murah dan rumah tumpangan ini terus beroperasi atas alasan menarik pelancong" kata Bakrin.

Bakrin berkata, undang-undang negeri ini yang tidak berasaskan Islam ternyata gagal membendung dan mencegah kegiatan maksiat yang terus meningkat dari masa ke semasa.

“Mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 seseorang Islam yang didapati bersalah dengan kegiatan seperti ini akan didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

"Undang-undang ini jelas bercanggah dengan undang-undang Islam dan ianya terbukti gagal memberikan kesedaran dan peringatan kepada orang Islam menyebabkan maksiar terus meningkat" tambah Bakrin.

Bakrin menyarankan rakyat Melaka supaya mengambil iktibar dari pertambahan kes maksiat ini supaya menilai semula sokongan mereka kepada kerajaan BN kerana ternyata kerajaan BN gagal mencegah kegiatan maksiat malah tetap berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Islam sebagai penyelesai semua masalah.

"Pilihanraya akan datang pastikan PAS dan BA menang Insya Allah kita akan dirikan sebuah kerajaan yang adil dan kita akan berusaha mencegah kegiatan maksiat seperti ini dari terus menular" ujar Bakrin.

Dari tinjauan kami antara kawasan hotel murah dan rumah tumpangan yang popular ialah di sekitar Jalan Munshi Abdullah.


HIMPUNAN PEMUDA MELAKA 2 PTG 16 DIS


Serentak dengan Himpunan Gegau Melaka anjuran Jentera Pilihanraya Negeri (JPN), Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga mengadakan Ijtimak Pemuda Negeri pada hari dan tempat yang sama tetapi bermula pada jam 2.00 petang iaitu selepas Himpunan Gegau berakhir.

Seluruh jentera Pemuda di peringkat akar umbi dijemput hadir. Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nazri Chik akan menyampaikan amanat Dewan Pemuda PAS Pusat dalam himpunan tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59