Tuesday, 11 December 2007

BERI SOKONGAN ANDA KEPADA PEMIMPIN DAN AHLI BA YANG DITANGKAP


SEMUA PENYOKONG DIMINTA BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI
DI DEPAN IPK KL (hadapan bekas Penjara Pudu)
PADA JAM 4 PETANG INI BAGI MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL
KEPADA 2O PEMIMPIN & AKTIVIS YANG DITAHAN OLEH
POLIS BERMAHARAJA DI MALAYSIA

1. Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung KeADILan)
2. Tian Chua (Ketua Penerangan KeADILan)
3. Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
4. Mohd Hatta Ramli (Bendahari Agung PAS)
5. Dr. Lo Lo Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
6. Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS)
7. Azira Ariffin
8. Hashim Awang
9. Nasruddin Hassan Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
10. Abd Muhaimin Roslan (13 tahun)
11. Mohd Sabri Shafie
12. Mohd Badilah Muda
13. Dr. Nasir Hashim (Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
14. S. Arutchelvan (Setiausaha Agung Protem Parti Sosialis Malaysia)
15. S. Sivarajan (Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
16. Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
17. Dr. Zulkifli Ahmad (AJK Pas Pusat)
18. V. Gayathry ( Centre for Independent Journalism)
19. Mien Lor dari Komas
20. Yap Swee Seng (SUARAM)
21. Mustafa Ali (Pengarah Pilihanraya PAS)


MUSTAFA ALI DAN DR DZUL JUGA DITANGKAP POLIS SEBENTAR TADI


Mustafa Ali dan Dr Dzulkifli Ahmad, masing-masing Pengarah Pilihanraya dan AJK PAS Pusat ditahan polis di perkarangan bangunan Parlimen sebentar tadi bersama Sdr Yap Swee Seng.

PAS mengutuk keras tindakan penahanan ini kerana ianya berlaku di kawasan Parlimen yang sepatutnya merupakan simbol demokrasi tertinggi Negara. Penangkapan ini jelas tidak menghormati sama-sekali badan tertinggi perundangan Negara dan malah menghina Parlimen dan mencemarkan nama negara dipandangan dunia.

Sebelum itu turut ditangkap adalah Setiausaha Agung PKR Tan Sri Khalid Ibrahim.
Penahanan borong seperti ini, khasnya dikalangan pimpinan NGO dan parti-parti pembangkang membuktikan yang Malaysia benar-benar menuju ke arah "Negara Polis" sebagaimana yang didakwa Presiden PAS baru-baru ini.

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar
Presiden PAS
2.00 petang
11 Disember, 2007


ANWAR TURUT DITAHAN SEMENTARA


"Sepang, 11 Dis - Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditahan sementara oleh pihak imigresen di KLIA pagi ini semasa dalam perjalanan balik dari luar negara.

Beliau ditahan dan dilarang masuk kerana disenaraihitam oleh pihak imigresen.

Pada waktu ini, beliau dilaporkan akan dibenarkan keluar.

Izzah yang dihubungi oleh Era Hanim (isteri) di Malaysia mengesahkan tangkapan tetapi tidak mendapat maklumat kenapa? mengapa?........

Kini Anwar sudah dibebaskan dan dibawa menuju ke kediamanya.

Dalam makluman lain semua tahanan Black Sunday (peristiwa hitam menjelang Hari HAM sedunia) telah dibebaskan dengan ikat jamin. Perhimpunan Bersih di depan Parlimen tetap diteruskan. Polis sekali lagi membuat sekatan jalanraya dan menjadikan Kuala Lumpur dalam keadaan darurat.

Makluman dari staff Pejabat Agung PAS memaklumkan Ibupejabat Pejabat Pas dikepung oleh Polis (LSF). sms yang baru diterima menyatakan Tian Chua ditahan dalam satu sekatan jalanraya dan beberapa pimpinan lain turut ditangkap di beberapa lokasi di ibukota.

Para aktivis di minta bertenang dan jangan melayan sebarang provokasi. Berada sehampir mungkin dengan parlimen dalam keadaan aman.


Rombongan BERSIH seramai 6 orang telah berjaya menembusi Parlimen


Rombongan BERSIH seramai 6 orang telah berjaya menembusi Parlimen yang dikawal ketat oleh pihak polis sejak awal pagi tadi. Rombongan diketuai Yap Swee Seng (SUARAM) dan Dr Dzulkifli Ahmad kini sedang mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen. Mereka ditemani Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Dato' Kamarudin Jaffar.


Laporan seterusnya menyusul.


ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Akhbar
Presiden PAS


Pindaan untuk kekalkan Rashid 'Penipu' dibentang


KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66tahun dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan ini yang jelas mahu mengekalkan Rashid 'Penipu' sebagai Pengerusi SPR ditentang habis-habisan oleh pembangkang. Ini kerana ianya jelas mahu menyelamatkan Rashid supaya membolehkan beliau meneruskan konspirasi untuk bersekongkol dengan kerajaan BN mengalahkan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang membentangkan rang undang-undang itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pindaan itu adalah sejajar dengan langkah kerajaan menaikkan umur persaraan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan daripada 65 tahun kepada 66 tahun pada tahun 2005.

Mengikut Fasal (3) Perkara 114, seseorang anggota SPR terhenti memegang jawatan apabila mencapai usia 65 tahun.

"Pada dasarnya pelantikan anggota SPR tidak banyak bezanya dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, sebelum pindaan kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, umur persaraan hakim adalah sama umur persaraan SPR iaitu apabila mencapai umur 65 tahun.

"Sejajar dengan kenaikan umur persaraan anggota Perkhidmatan Awam, daripada umur 55 tahun kepada umur 56 tahun, Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda melalui Akta Perlembagaan Pindaan 2005," kata Mohamed Nazri.

Menerusi pindaan yang dicadangkan itu, anggota SPR yang dilantik selepas tarikh kuatkuasa pindaan akan bersara apabila mencapai usia 66 tahun.

Bagaimanapun bagi anggota yang dilantik sebelum tarikh kuatkuasa pindaan baru ini, mereka mempunyai pilihan sama ada bersara pada usia 65 tahun ataupun 66 tahun.

Dewan Rakyat akan membuat keputusan mengenai cadangan pindaan itu hari ini menerusi undi belah bahagian, selepas usul yang dibentangkan Mohamed Nazri sebelum itu agar persidangan tidak ditangguhkan sehingga rang undang-undang itu selesai dibahas dan diputuskan, diterima oleh persidangan.

SPR adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan pilihan raya Dewan Rakyat dan dewan-dewan undangan negeri, menyediakan dan menyemak Daftar Pemilih dan mengkaji semula pembahagian-pembahagian pilihan raya persekutuan.

Pelantikan anggota SPR yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima anggota biasa, dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.


PEJABAT AGUNG PAS DI KEPUNG


Pejabat Agung PAS di Raja Laut juga di kepung. Ini merupakan suatu tindakan kurang ajar Polis untuk menyekat kebebasan pemimpin dan ahli PAS untuk keluar masuk ke pejabat tersebut.

Tindakan Polis menjadi barua kerajaan BN memperlihatkan bahawa kerajaan BN benar-benar dalam kepanasan sekarang disebabkan penentangan secara terang-terangan rakyat kepada kerajaan BN yang zalim ini.

Sementara itu dilaporkan bahawa kemungkinan besar Memorandum yang di cadangkan untuk diserahkan di Parlimen hari ini tidak dapat dilakukan kerana sebahagian besar pemimpin PAS dan PKR telah ditahan oleh Polis.


TERKINI UPDATE (12.45PM) PEMIMPIN KANAN PAS DAN 10 YANG LAIN DITANGKAP


Kerajaan Islam Hadhari terus mengganas hari ini apabila menggunakan segala kuasa yang ada untuk berdepan dengan rakyat.

BN jelas dan nyata menggunakan Polis untuk berdepan dengan rakyat. Malangnya Polis nyata sanggup diperkudakan oleh Kerajaan BN walaupun namanya Polis Diraja Malaysia.

Pagi tadi pihak polis meneruskan siri tangkapannya. Kali ini beberapa pemimpin PAS dan KeADILan turut ditahan.

Sebelum ini, suasana aman dalam melahirkan bantahan oleh Bersih tercemar apabila pihak polis mula membuat tangkapan secara kasar ke atas peserta yang berhimpun di hadapan parlimen.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi tadi, beberapa pemimpin kanan PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mat Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Dalam kejadian tersebut, empat anggota dengan kasar telah memaksanya keluar dari kenderaan yang dipandu oleh pemandunya.

Beliau bersama-sama dengan pemandunya telah dibawa oleh polis dengan kenderaan berasingan ke IPK Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pagi ini.

Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.

Empat individu tersebut ialah Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Adenaan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, lebih 50 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara sedang berada di sekitar kawasan parlimen untuk membuat liputan.


IMAM HADHARI ANGKUH DAN SOMBONG


PUTRAJAYA: Dengan angkuh dan sombong, Imam Al Hadhari menegaskan beliau tidak rasa bersalah mengarahkan penahanan seseorang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidakkah Imam Hadhari sedar bahawa menahan seseorang tanpa bicara adalah salah di sisi Islam. (Mungkin Islam Hadhari mengHALALkannya)

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab yang dikendalikan Pengerusi Bernama, Mohd Annuar Zaini, selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Building Hearts And Minds“ pada siri Syarahan Global Khazanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Dari kata-katanya yang sombong dan angkuh itu jelaslah bahawa beliau sememangnya tidak ada perikemanusiaan dan sifat belas kasihan. Jauh sekali untuk menurut tuntutan agama yang mementingkan keadilan di mana orang yang dituduhkan tetap akan diberi peluang membela diri sebelum disabitkan kesalahan.


PEMERINTAHAN BN HANCURKAN NEGARA



PUTRAJAYA: Negara menuju ke arah kemusnahan jika pengundi dengan mudah terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan yang menimbulkan sentimen perkauman bagi meraih sokongan politik, begitulah kata-kata Imam Al Hadhari semalam.

Perdana Menteri berkata usaha-usaha mesti terus dilakukan bagi mengekalkan kestabilan politik negara yang dinikmati rakyat sejak 50 tahun yang lepas.

Malangnya Imam Hadhari tidak sedar bahawa negara kita sebenarnya sedang menuju kehancuran disebabkan kegagalan BN memerintah.

Lihat sahaja fakta-fakta seperti indeks jenayah yang semakin meningkat;institusi kehakiman yang hancur;rasuah yang membarah;anak muda yang rosak;Islam dikesampingkan;pemimpin yang rosak dan bermacam-macam lagi masalah.

Imam Hadhari mesti memuhasabahkan diri dan pemerintahannya dulu jangan dok syok sendiri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59