Wednesday, 5 December 2007

MENTERI SENANG LENANG RAKYAT MENDERITA


Patutlah orang berebut-rebut nak jadi wakil rakyat BN dan seterusnya berebut-rebut nak jadi Menteri dan Timbalan Menteri. Rupa-rupanya jawatan itu menjanjikan seribu satu macam kemewahan dunia di atas penderitaan rakyat membayar cukai dan seribu satu macam 'charge'.

Patutlah orang Umno ada yang berbunuh-bunuhan, menfitnah memfitnah, rasuah merasuah, tikam menikam sesama mereka demi untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Dengan pembangkang pula pemimpin BN sanggup menggunakan segala kezaliman dan tipu muslihat untuk memastikan pembangkang tidak menang dalam pilihanraya bagi mengekalkan kuasa mereka agar mereka terus mewah menjadi menteri.

Lihat sahaja habuan mereka di bawah ini:-

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000

2. Elaun Keraian RM9,500.00

3. Elaun Perumahan RM9,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber

Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.


MELAYU LEBIH MISKIN DARI INDIA



Masyarakat India tidak susah yang susah orang Melayu

Dalam keghairahan membuktikan yang kehidupan masyarakat India kononnya lebih baik di negara ini, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Zainal Abidin Osman semalam menegaskan bahawa menurut kajian kerajaan purata pendapatan isi rumah masyarakat India bagi tahun 2004 mencecah RM3,456 sebulan.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan ahli Parlimen Gerik, yang bertanya adakah benar dakwaan Hindraf bahawa masyarakat India di Malaysia miskin dan dipinggirkan.
Angka-angka yang dikeluarkan memang menunjukkan yang masyarakat India di Malaysia dalam keadaan yang selesa. Malangnya angka-angka itu juga membuktikan yang sebenarnya merempat dan dipinggirkan adalah masyarakat Melayu dan Bumiputera. Contohnya bagi pendapatan isi rumah tadi, berikut adalah susunannya mengikut paras tinggi rendah mengikut kaum:

Cina RM4,437
India RM3,456
Melayu RM2,711 (Bumiputera)

Manakala angka-angka peratusan kadar kemiskinan 2004 mengikut kaum menunjukkan:

Cina 0.6%
India 2.9%
Melayu 8.3% (Bumiputera)


Benarlah kata ahli Parlimen berkenaan yang jutaan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dari rakyat di Tamil Nadu, India (ucapan di Dewan Rakyat). Masalahnya kalau benar masyarakat India demikian, kita mahu bertanya kepada Umno dan BN, mengapa masyarakat Melayu Bumiputera yang konon-kononnya diperjuangkan nasibnya oleh Umno sampai hari ini terus merempat dan terpinggir!

Mungkinkah masyarakat Melayu juga perlu menubuhkan sebuah kumpulan pendesak seperti mana Hindraf, berhimpun ditengah jalan kerana sesungguhnya setelah 50 tahun Merdeka, dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan sejak itu sehingga kini, namun orang-orang Melayu dan Bumiputera masih ditangga tercorot dan paling miskin.

Mungkin ahli-ahli Umno dan orang-orang Melayu yang lain boleh menubuhkan MALAYRAF “Malay Action Rights Front” dan membikin memorandum yang berjela-jela untuk menyenaraikan masalah dan kesusahan umat Melayu, tetapi soalnya ke mana mahu diserah memo itu nanti? Demikianlah nasib orang Melayu di buminya sendiri, tetapi anehnya orang Melayu tak kisah, warisan soldadu si Luncai sudah menjadi darah daging "biarkan, biarkan".


DATO' PROF DR HARON CERAMAH DI AYER MOLEK 9 DIS


Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Prof. Dr Haron Din akan berceramah di Rumah Cikgu Abdul Karim Mohamad, Jalan Solok Gaong, Ayer Molek pada 9 Dis (Ahad) bermula jam 9.00malam.

Seluruh lapisan masyarakat di jemput hadir untuk sama-sama mendengar amanat beliau.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59