Tuesday, 4 December 2007

Majlis Peguam batal perarakan Hari Hak Asasi Manusia


Majlis Peguam Malaysia telah membatalkan perarakan tahunannya sempena Hari Hak Asasi Manusia Ahad ini selepas pihak polis meminta majlis tersebut memohon permit untuk berbuat demikian.

"Kita membatalkannya (perarakan dari Sogo ke Pasar Seni), tetapi akan meneruskan sambutan lain yang telah diatur di Pasar Seni," kata Pengerusinya, Ambiga Sreenevasan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ambiga berkata majlis itu berpendirian bahawa syarat memohon permit polis itu "melanggar hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman".

"Malah, Suruhanjaya Diraja Polis dan Suhakam telah menggesa supaya undang-undang itu dimansuhkan, begitu juga dengan Majlis Peguam," katanya.

Menurut Ambiga lagi, Majlis Peguam telah diminta mengemukakan permohonan permit bagi pertimbangan pihak polis untuk mengadakan perarakan tersebut.

Selepas membuat pertimbangan, beliau berkata, pihaknya percaya syarat tersebut merupakan satu belenggu terhadap hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Sejak dua tahun lalu, Majlis Peguam mengadakan perarakan tersebut tanpa perlu mendapatkan permit polis.


Acara di Pasar Seni

Sementara itu, Ambiga menyifatkan kontroversi yang membabitkan perarakan tersebut sebagai "sesuatu yang malang dan tidak sewajarnya berlaku".

"Ini adalah satu acara yang kita telah adakan sejak dua tahun lalu sebagai mengiktiraf Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, yang jatuh pada 10 Disember setiap tahun" kata Presiden

Selain perarakan itu, Majlis Peguam turut mengadakan beberapa acara di Pasar Seni, termasuk pembacaan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, persembahan orang kumpulan Orang Asli serta pertandingan melukis untuk kanak-kanak.

Oleh itu, katanya, ia tidak seharus mencetuskan sebarang kontroversi.

Sebaliknya, tegas Ambiga, acara tersebut akan mewujudkan keharmonian kaum dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pihaknya berarakan secara aman sempena menyambut hari hak asasi manusia di seluruh dunia.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pihak polis mengenakan syarat mendapat permit tersebut ekoran kenyataan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk turut sama menyertai perarakan tersebut.

Sebelum ini, Bersih telah menganjurkan perhimpunan yang dihadiri oleh 40,000 dan menyerah memorandum menuntut pilihanraya yang bersih dan adil kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu.

Dan pada 25 November lalu, Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) pula mengadakan perhimpunan yang disertai 30,000 orang kerana membantah peminggiran masyarakat India di negara ini.


LAGUPUN JADI MANGSA KERANA BERSIH


Sebut bersih: Lagu Tan Sri S M Salim kena gam?

Benarkah lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian bersama Tan Sri SM Salim dan M Nasir kena gam kerana terlalu banyak menyebut perkataan 'bersih'?

Itulah yang sedang heboh diperkatakan oleh orang ramai dan menjadi perbincangan hangat di kalangan masyarakat siber.

Ini kerana lagu tersebut sering diputarkan ke udara tetapi sejak akhir-akhir ini, ia tidak kedengaran lagi, sehingga menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai.

Pada 10 November lalu, Bersih atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil telah menganjurkan perhimpunan di ibunegara.

Bersih merupakan gabungan parti-parti pembangkang dan lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

Kira-kira 40,000 orang berhimpun di Istana Negara di mana delegasi Bersih telah menyerahkan memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Agong, menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

Delegasi tersebut diketuai oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Turut mengiringi beliau menyerahkan memorandum tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dari DAP.

Lagi tersebut ciptaan M Nasir, dengan senikatanya ditulis oleh Seth.

Bahagian yang dikatakan tidak senangi itu ialah bahagian korus lagu tersebut yang berbunyi:

Kulitnya bersih, hatipun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya bersih, hatipun bersih
memikul belati tiada yang memilih

Jadikan bersih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

Secara keseluruhannya, lagu tersebut menceritakan sejarah kegemilangan orang Melayu pada suatu ketika dahulu.

Ketika itu, orang Melayu termasyhur serata alam, hidup mewah, gagah serta menjadi sebuah bangsa yang keras semangat

Bagaimanapun, kerana kelekaan mereka hampir kehilangan semua itu, sedangkan orang yang bertandang kuat bekerja dan beroleh keuntungannya.

Di bawah adalah senikata penuh lagu Seloka Cak Kun Cak

Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita ramai terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Keras semangat kerana bangsa
Gerak semangat kerana bangsa

Dialog itu orang dulu, berani rajin

Kelekaan jangan dikenang
Lautan juga kelak direnang
hampir tinggal sehelai benang
bencana sengaja dipinang
jika perhati bangsa dagang
kapak beliong,di tangan memegang
kekayaan hendaklah diregang
akhirnya saudagar pangkat dijulang


korus

Disulami syair termasyhur
usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya bersih, hatipun bersih
budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya besih, hatipun bersih
memikul belati tiada yang memilih

Jadikan besih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59