Sunday, 2 December 2007

HINDRAF MELAMPAU, PAK LAH LAGI MELAMPAU


ALOR GAJAH: Imam Hadhari dilaporkan amat marah dengan tindakan Hindraf yang mendakwa Kerajaan Malaysia melakukan pembersihan etnik dan menyifatkan perbuatan itu pembohongan amat jahat.

Imam Hadhari juga berkata bahawa tindakan Hindraf itu melampau.

Tetapi sedarkan tindakan Polis di bawah Kementerian Imam Hadhari yang menembak rakyat di Batu Burok, menyembur air kimia dan menggunakan bom asap pada Himpunan Bersih dan Hindraf juga melampau.

Rakyat yang berhimpun secara aman di layan seperti binatang dan rakyat pendatang asing. Apakah ini tidak melampau.

Selain itu tindakan Imam Hadhari membiarkan gejala murtad berleluasa sehingga 200,000 orang Islam murtad juga MELAMPAU.

Tindakan Imam Hadhari yang 'selamba dek' sehingga indeks jenayah meningkat contohnya kejadian rogol purata 6.7 sehari, bunuh 1.6 orang sehari juga MELAMPAU

Tindakan Imam Hadhari yang membiarkan rasuah semakin membarah sehingga indeks rasuah negara semakin menjunam juga MELAMPAU

Tindakan Imam Hadhari yang membiarkan isteri dan anaknya tidak bertudung sehingga menjadi ikutan rakyat juga MELAMPAUA

Banyak lagi fakta-fakta yang membuktikan Imam Hadhari MELAMPAU .............tak sempat nak tulis


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59