Saturday, 1 December 2007

KEMPEN BAHAYA BN DI MELAKA BERJAYA



Melaka : Kempen Bahaya BN di Melaka bermula pagi tadi disifatkan berjaya oleh para pemerhati dan penyokong PAS.

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri, Khairul Che Salleh berkata program yang bermula seawal jam 7.30 pagi berjaya mengumpul kira-kira 120 orang ahli PAS seluruh Melaka di Melaka Sentral di mana program dimulakan dengan sarapan pagi dan pengedaran risalah di Pasar Awam Melaka Sentral, Stesyen Bas dan sekitar Pasaraya Mydin.

Kira-kira 3,500 risalah berjaya diedarkan kepada para peniaga, pelanggan dan orang ramai di kawasan sekitar Melaka Sentral.

Antara risalah yang diedarkan adalah pamplet Bersih, Risalah berkenaan rasuah oleh Lajnah Penerangan Pusat dan juga Buletin PAS Melaka.

Pengedaran risalah tersebut diketuai oleh dua orang AJK PAS Pusat iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Lo' Lo' Ghazali. Selain beberapa pimpinan PAS Negeri turut bersama-sama dalam program tersebut iaitu Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Adly Zahari, Mejar (B) Jasme Tompang; Ketua Dewan-Dewan Negeri Melaka iaitu Dewan Ulama-Ustaz Zulkifli Ismail; Dewan Pemuda-Ustaz Kamaruddin Sedik; Dewan Muslimat-Dr Khatijah Jumangat; Setiausaha Perhubungan, Harun Mohamed; AJK Perhubungan Negeri, Azrin Majeed dan lain-lain.

Sementara itu di sebelah petang, acara dialog rakyat di adakan Kg Kandang. Seramai 80 orang penduduk setempat menyertai program yang julung kali di adakan di Kg Kandang. Acara di mulakan dengan Dato' Tuan Ibrahim dan Dr Lo' Lo' dan seterusnya penduduk setempat diberi peluang untuk bertanya soalan kepada kedua-dua pimpinan PAS Pusat tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59